Kelas DSB

Od farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... Viac

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS

121 25 11
Od farid5attar

Dua minggu lagi sebelum Ujian Bulanan September. Para pelajar DSB berlari bebas menuju ke sekolah, main parkour dari bumbung ke bumbung.

"Wohoo!" jerit Amira, seronok.

"Best betullah!" kata Hasbi.

"Cara cepat ke sekolah!" kata Immanuel melompat melepasi paip.

"Hei, mana boleh lari parkour di luar kelas!" tegas Siti Zulaikha turut berlari.

"Ah, lantaklah! Peluh tak keluar lagi," bantah Hanif.

Iskandar turut berlari parkour dengan rakan sekelasnya yang lain. Masing-masing menunjukkan kepakaran berlari. Adil yang berlari laju dan Puteri Atikah yang berbadan fleksibel sudah pasti hebat dalam melepasi halangan.

"Wah, hebatlah!" puji Zafina Shahira, kagum.

Hanif dan Adil mendahului larian. Mereka melompat di hujung bumbung rata itu. Sebaik melompat, baru sedari terdapat seorang lelaki tua sedang mengayuh basikal.

"Alamak!" kata Adil terkejut.

Lelaki tua itu melihat dua pelajar itu terjun dari bumbung ke arahnya.

Bum!!

Lelaki malang itu terjatuh basikal. Mereka yang berlari parkour tadi terus hilang langkah larian. Seorang lelaki yang membawa bunga, menyaksikan peristiwa itu.

"Teruk dah ni. Kena telefon ambulans." Segera lelaki penghantar bunga itu menghubungi ambulans.

* * *

Pelajar DSB berkumpul di depan Hopsital Besar Kuala Lumpur, menghadap Danial Nabil.

"Gunakan kuasa untuk suka-suka? Untuk buktikan kamu tu kuat sangatlah. Sedarlah benda tu buatkan kamu gila kuasa tau," pesan Danial Nabil bernada sinis.

Mereka yang mendengar hanya mampu menundukkan kepala.

"Grr..." Cikgu Wan muncul dengan wajah bengis.

Para pelajar melihat gurunya marah.

"Cikgu Wan..." kata Iskandar, perlahan.

"Kami tak sengaja nak benda ni," kata Ilman Faiz kurang senang.

"Lagipun, kami nak tajamkan lagi bakat ni," kata Zafina Shahira pula.

"Betul. Tambahan lagi, kami akan bunuh cikgu juga, kan?" kata Zulfadlie, dingin.

Pakk! Satu tamparan menghinggap ke pipi Zulfadlie.

Begitu juga dengan pelajar yang lain. Semuanya ditampar sekali tanpa pengecualian. Cikgu Wan berdiri di hadapan mereka.

"Adakah itu dikira mencederakan pelajar?" soal Cikgu Wan kepada Danial Nabil.

"Untuk didikan, itu tak dikira sebagai cederakan pelajar," jawab Danial Nabil, dingin.

Danial Nabil bergerak masuk ke dalam hospital, meninggalkan mereka di luar. Situasi kembali senyap seketika.

"Dua minggu lagi akan ada ujian bulanan. Jadi, cikgu nak kamu jangan belajar dalam tempoh ni," kata Cikgu Wan kembali tenang.

"Apa?" Satu kelas terkejut.

"Tak, jangan salah faham. Ni bukan denda kamu. Ada benda yang lebih dari tu."

Sementara itu, Danial Nabil menemui lelaki tua tadi, Tok Salleh yang terlantar di hospital.

"Dua minggu tu bukan sekejap tau. Saya ada anak yatim yang kena jaga tau!" marah Tok Salleh.

Danial Nabil hanya berdiam sahaja mendengar leteran lelaki tua itu.

Zushh!!! Tiupan angin kuat menarik perhatian penghuni wad itu.

Tok Salleh melihat bunga memenuhi wadnya. "Dari mana bunga ni muncul?"

Cikgu Wan munculkan diri tiba-tiba di sebalik jambakan bunga.

"Maafkan kami, tuan!" jerit Cikgu Wan menyergah.

Hampir gugur jantung Tok Salleh dengan sergahan tiba-tiba itu.

"Kami akan tebusi dosa kami setelah apa yang terjadi pagi tadi," tambah Cikgu Wan.

"Waaaaaaaarrrgghhh!!!" Tok Salleh menjadi tidak keruan.

* * *

Maka, pelajar DSB terima tugasan khas di sebuah pusat jagaan anak yatim di luar bandar.

"Anak-anak, Tok Salleh tak dapat hadir dekat sini," kata Puan Hafizah, pengasuh di situ.

"Alaa..." keluh kanak-kanak di situ.

"Tapi, abang-abang, kakak-kakak dekat sini akan teman kamu semua dalam dua minggu ni."

"Yeay!" Kanak-kanak di situ kembali ceria.

Kanak-kanak di situ menghampiri pelajar DSB. Salah seorang daripadanya hanya mendingin.

"Eii... takutnya," kata kanak-kanak yang ketakutan melihat Najwa Mufida.

"Apasal takut dengan aku pula ni?" kata Najwa Mufida memandang pelik.

"Tu sebab diorang ingat kau tu nenek kebayan. Yang aku ni digigit macam daging lembu," kata Zulfadlie menahan geram dengan kanak-kanak yang menggigit lengannya yang berotot.

Raviendra, Syamil dan Khairil Ihsan bermain dengan kanak-kanak di situ dengan mesra.

"Hmm... Kira baguslah juga buat kerja tak bergaji selama dua minggu ni demi rahsia Kelas DSB. Sekurang-kurangnya, kita buat kerja kebajikan," celah Fauzi tersenyum.

"Fauzi," kata Iskandar terpegun.

"Tak sangka, kau boleh senyum walaupun seluar kau ditarik budak-budak," kata Immanuel.

Fauzi hanya berdiam dengan senyuman sahaja biarpun seluar dilondeh oleh dua kanak-kanak.

"Haih... Apa yang korang buat dekat sini? Korang nak apa dari kami?" marah kanak-kanak yang dingin tadi.

"Erkk... Huda dah naik angin," kata salah satu kanak-kanak itu.

"Habis la nanti. Hancur rumah ni," kata kawannya pula.

Iskandar memandang Huda Inani, kanak-kanak tersebut. Kelihatan kanak-kanak perempuan itu membawa penyapu.

"Saya akan menghukum kamu!" kata Huda Inani mengangkat penyapu.

Belum sempat berbuat apa-apa, lantai kayu yang dipijak Huda Inani tiba-tiba rosak.

"Eh, kat sini rosak juga ke? Aduhai," kata Huda Inani melihat lantai kayu iyu.

"Oh, rumah ni selalu dibaiki ke?" soal Ilman Faiz kepada Puan Hafizah.

"Jarang sebab kami tak cukup duit untuk baiki semuanya," terang Puan Hafizah tersenyum.

"Hmm... Apa kata kita baiki bangunan ni," cadang Silvaprea.

"Bagus juga tu," akur Sharanya.

"Dalam dua minggu ni, kita akan nampak kelainannya," kata Immanuel meletakkan jarinya ke dagu.

"Okey, jom mulakan!" kata Ilman Faiz.

* * *

"Oh, tidak! Raksasa datang menyerang!" kata Farah Yasmine berlakon di pentas kecil.

Zulfadlie berlakon sebagai raksasa Godzilla, menyerang Farah Yasmine. Alif Najmi, sebagai pahlawan, terus menangkap Zulfadlie dari belakang.

"Pahlawan Musang!" seru Farah Yasmine.

Alif Najmi menumbuk muka Zulfadlie dalam pelukan dari belakang.

"Oi, ni lakonan kot!" kata Zulfadlie.

Alif Najmi menumbuk lagi, bertubi-tubi.

"Tak guna!" Zulfadlie terus marah lantas menyerang Alif Najmi.

Alif Najmi menepis setiap serangan dengan langkah Muay Thai.

"Wah, macam lawan sungguhlah!" kata kanak-kanak di situ.

"Hebat betul!"

"Wah!"

Siti Sarah sebagai ahli sihir muncul lantas meletakkan kain ke mulut Zulfadlie. "Matilah kau!"

Zulfadlie terus pengsan dek terbau racun pada kain itu.

"Dengan racun ni, raksasa ni takkan dapat hidup lagi, tuan puteri," ucap Siti Sarah kepada Farah Yasmine.

"Oh, terima kasih!" ucap Farah Yasmine.

Farah Yasmine memandang kank-kanak yang lain. "Maka, tamatlah cerita ini. Berikan tepukan."

Kanak-kanak yang menonton, memberi tepukan setelah puas menonton. Dua pelajar DSB yang lalu di luar terlihat Farah Yasmine mesra dengan kanak-kanak.

"Mesra juga Yasmine dengan budak-budak," kata Zulhilmi membawa sebatang kayu balak.

"Dia selalu ceria memanjang," kata Cheng membawa simen dengan kereta sorong.

Mereka berdua menghampiri tapak pembinaan. Kereta kebal kawalan jauh bergerak laju di situ. Khairil Ihsan bermain dengan wajah tiada emosi.

"Lajunya," kata seorang kanak-kanak di sebelahnya.

"Nah." Khairil Ihsan memberi alat kawalan kepada kanak-kanak tersebut.

Kereta kebal bergerak tanpa hala tuju sehingga mendekati sekumpulan kanak-kanak perempuan. Amira berada di situ sambil membelai bulu kucing.

Berbalik ke dalam pusat jagaan, Iskandar sibuk mengajar Huda Inani. Dia melihat kertas ujian kanak-kanak itu. Markahnya teruk sekali bagai ketinggalan jauh ke belakang.

"Ermm..." Iskandar menggumam.

"Cepatlah, Is! Kau kena ajar aku jadi orang berkuasa!" kata Huda Inani, kasar.

"Erhh... Ya. Sebenarnya,... kenapa Huda berhenti ke sekolah?"

"Sebab buli. Setiap kali masuk ke dalam kelas, diorang mesti perlekehkan Huda. "Takut ke?", "Kau Cuma perempuan", "Jangan layan dia!", Huda selalu dengar ayat macam tu. Huda tak fahamlah dengan manusia sekarang. Bila diorang dah besar, diorang bagai gila kuasa. Selalu buli diorang yang kecil."

Bila cakap pasal salahguna kuasa ni, aku pula yang terasa, desis hati Iskandar.

"Apa kata kita jalan-jalan dekat luar," ajak Iskandar tersengih.

Huda Inani menurut sahaja dengan wajah dingin. Mereka berdua pun bergerak keluar.

"Ermm... Kucing dah tak nak turun," kata seorang kanak-kanak yang melihat kucing tadi berada di dahan pokok.

"Bila tengok kucing tu, dia macam takut nak turun," kata Amira berfikir.

"Is, apa kata kau panjat pokok tu?" cabar Huda Inani kepada Iskandar.

"Erkk..." Iskandar tergamam.

Adil dan Hanif yang ternampak kucing di atas dahan itu mendapat idea.

"Anip, tolong aku," kata Adil.

"Okey," balas Hanif.

Huda Inani hanya memerhati.

"Huda," panggil Iskandar, lembut.

Kanak-kanak itu memandang remaja itu.

"Situasi menghadap pembuli macam panjat pokok."

Hanif berdiri menghadap Adil, sedia. Tangan ditadahnya.

"Semasa kau panjat pokok,..."

Adil berlari ke arah Hanif lalu memijak tapak tangan. Hanif melambung Adil ke udara. Adil mendakap dahan pokok lalu bergerak ke atas dahan. Kanak-kanak yang lain terpegun termasuk Huda Inani.

"...kau takkan pandang ke bawah dan takkan rasa takut. Jadi, semasa menghadap pembuli tu, abaikan ayat diorang dan terus ke depan. Biarlah diorang kata apapun. Ini hidup kau."

Huda Inani memandang remaja itu lagi. Kata-kata Iskandar menjadi inspirasinya. "Iskandar."

* * *

Dua minggu berlalu, Tok Salleh dilepaskan dari hospital. Cikgu Wan setia berjalan di sisinya sambil membawa beg milik Tok Salleh.

"Haih... Apa nak jadi dekat rumah aku tu?" keluh Tok Salleh.

"Semuanya akan baik," kata Cikgu Wan menyamar dengan wajah palsu.

Mereka berdua berhenti melangkah lalu melihat pusat anak yatim itu.

"Apakah?" Tok Salleh terkejut sakan.

Mana tak terkejutnya kalau rumah yang dahulunya hanyalah rumah simen, kini ditambah dengan bangunan kayu dalam masa dua minggu. Dua tingkat pula tu.

"Kayu-kayu semua ni diambil dari hutan belakang kelas kami. Kualitinya bagus dan tahan lasak sebagai dinding. Dengan itu, pusat jagaan ni mendapat ruang lebih luas," terang Cikgu Wan.

"Jemputlah masuk ya," kata Hasbi, lembut bicaranya.

Mereka beralih ke masuk ke dalam pula.

"Setiap ruangan menjadi lebih luas. Ditambah pula dengan bilik belajar, tempat permainan dalaman dan bilik tidur yang berasingan," tambah Cikgu Wan lagi.

"Kalau tidak keberatan, datanglah ke garaj," pinta Syamil tersengih.

"Garaj?" Tok Salleh kehairanan.

Mereka bergerak ke garaj di belakang bangunan pula. Tok Salleh terkejut gila melihat basikal tuanya diubahsuai.

"Dengan enjin skuter, basikal diubahsuai menjadi lebih laju hanya dengan minyak masak membuatkan karbon monoksida tidak merebak ke udara. Bantuan GPS yang dipasang membolehkan anda mengetahui selok-belok jalan raya dan tidak lagi tersesat jalan. Troli di sebelah basikal meluaskan lagi ruangan untuk meletakkan barangan," terang Cikgu Wan.

"Apakah semua ini!?" Tok Salleh mati akal.

"Sebagai tambahan, gigi palsu diletakkan pada loceng."

"Bapak detail gila korang buat!"

Tok Salleh melihat wajah-wajah pelajar tidak bersalah itu. Masing-masing berwajah bersinar.

"Haih... Saya tak boleh sangka saya cakap benda macam ni. Saya tak tahu nak balas macam mana lagi ni," kata Tok Salleh tersenyum.

"Tak apa. Perkara kecil saja," balas Ilman Faiz.

"Iskandar!" kata Huda mendekati remaja lelaki itu.

Iskandar memandang kanak-kanak sekolah rendah itu. "Huda, pergi sekolah ya."

"Ya. Waktu tu, ujian. Saya masuk diam-diam saja tanpa pedulikan apa yang diorang kata, macam Iskandar cakap sebelum ni," kata Huda, ceria.

"Baguslah macam tu." Isakndar mengusap kepala Huda Inani.

Mereka yang lain hanya memerhati. "Nampak curiga pula bila Iskandar dengan budak tu bersatu."

Huda Inani memandang Tok Salleh lalu berlari ke arahnya. "Atok!"

"Ya, Huda. Lari ke sekolah lagi ya," kata Tok Salleh tersenyum.

Huda Inani tersenyum manis lalu menunjukkan kertas ujian matematik. "Atok tengoklah. Huda dapat A tambah."

"Wah, baguslah tu. Pandai cucu atok ni ya."

Segalanya sudah berubah dalam dua minggu ini. Hakikatnya, Ujian Bulan September benar-benar pada keesokan harinya. Akibat tidak dapat belajar dalam tempoh dua minggu itu, beginilah kesannya.

"Haih... tak sangka jadi macam ni," keluh Zulhilmi berjalan bersama Hanif dan Iskandar.

Zulhilmi mendapat tempat ke-65 dalam tingkatan. Hanif pula di tempat ke-76.

"Tak apa. Masih belum SPM lagi," kata Iskandar cuba naikkan semangat, di tempat ke-54.

Lima pelajar 5A muncul di depan mereka. Subject King menyindir mereka. Arif Hakimi seperti biasa mendapat tempat pertama.

"Akhirnya, kamu kalah kali ni," kata Dven Joo yang mendapat tempat keempat.

"SPM nanti begitulah nampaknya," sindir Doc Rakim di tempat keenam.

"Saya dah nampak jalan ke University Oxford dah sekarang," kata Ismah Fatih di tempat kelima.

"Korang tak boleh cakap dengan yang pemenang ni," cemuh Gary Spark di tempat ketiga.

Tiba-tiba, muncul satu suara mencelah situasi.

"Jadi, korang pun tak boleh cakap dengan akulah," kata suara itu.

"Satu daripada 28 pelajar yang berjaya serang hendap. Walaupun waktu Karnival Jom Heboh, dia sibuk bermain permainan video selama sejam, dia habiskan masa 23 jam untuk belajar. Macamlah cikgu tak perasan buku-buku selerak atas katil dia. Itulah dia," kata Cikgu Wan memerhati situasi dari jauh.

"Hmm... Cikgu aku mesti bangga tengok kedudukan aku ni," kata Alif Najmi di tempat kedua dalam tingkatan.

"Apakah?" kata Arif Hakimi.

"Apa-apalah. Dalam soalan subjektif matematik topik Linear Equation tu sepatutnya X sama dengan 2 dan 3. Tapi aku sengaja jawab kosong. Nak bagi muka sikit dekat kembar kita ni," sindir Alif Najmi tersengih.

"Tch..." Arif Hakimi tersenyum sinis.

"Situasi macam main game juga. Berapa kali kita gagal dan kalah dalam permainan, kita pasti temui kemenangannya. Biar jatuh berkali-kali, kerana kejayaan hanya sekali."

Alif Najmi berpaling badan.

"All we have to do is follow the damn train, Kimmy," pesan Alif Najmi lalu bergerak pergi.

Arif Hakimi menggumam sinis.

Najmi... backup kita, desis hati Iskandar.

"SPM nanti, aku tak bagi muka dah," jerit Alif Najmi sambil mengangkat tangan.

Sekali lagi kelas 5A terasa dikalahkan.

* * *

"Huhu... Kelas DSB menang lagi. Masa untuk sambutnya dengan lasagne dari Itali dan kentang goreng dari Perancis," monolog Cikgu Wan teruja sambil membakar daging dan kentang di hutan.

Tiba-tiba, Zafina Shahira terjun dari tebing lalu menghempas dapur dengan punggung.

"Apakah yinihh!??" Terkejut beruk Cikgu Wan lalu menangkap daging dan kentang yang terjatuh.

Zafina Shahira bangun semula lalu melihat sut baru yang dipakainya, kagum. "Wah, terjun kuat macam tu pun tak rasa sakit."

Kemudian, muncul rakan sekelas yang lain. Masing-masing berpakaian baharu yang ala-ala tentera.

"Cikgu Wan, kami nak tunjukkan baju baru kami ni," kata Ilman Faiz.

Cikgu Wan melihat pakaian mereka, terasa takjub.

"Baju ni khas untuk medan perang selalunya. Cuma, diubahsuai menjadi lebih ringan untuk mereka yang di bawah umur ni," terang Cikgu Wan.

"Wah!" Cikgu Wan menjadi takjub.

"Walau macam mana pun, kamu tetap tak dapat bunuh cikgu," sindir Cikgu Wan.

Trivia:

Tok Salleh – watak sampingan Penulis Malam

Puan Hidayah – watak sampingan Tundukkan Tiga Tuxedo

#vote

Pokračovať v čítaní

You'll Also Like

13.5K 1.7K 61
GENRE (FANTASY/ACTION/FRIENDSHIP) [BOOK 3] Alpha. Walaupun hanya sekadar manusia biasa, namun Alpha mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk memimpi...
65.7K 196 4
Perkongsian tentang perkara yang menjadi mitos dalam masyarakat.
186K 10.3K 50
Yang pasti cinta itu buta.
33.1K 2.4K 91
🌺 Amazing cover by @azleyanaa_ Kau percaya dengan takdir? Kau manusia biasa, lemah, tapi ditakdir menjadi pahlawan. Boleh kau bayangkan? Better kau...