JUSTICE : Projek 046

By BananaAdelyn_

7.2K 1.1K 1.5K

Notes : Kalau malas nak layan ads wattpad. Boleh pm saya untuk e-book version okay ✨ Disclaimer: Cerita ini... More

✨ Gallery & Achievement ✨
Prolog
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Epilog

Bab 1

642 82 147
By BananaAdelyn_

TERDAPAT sebuah pulau kecil yang hanya mempunyai populasi penduduk lebih kurang 1000 orang sahaja yang diberi nama Holmes. Holmes, adalah negara yang tidak wujud dalam peta dunia. Tiada siapa yang tahu akan kewujudan pulau itu melainkan mereka yang menetap di situ.

Rakyat Holmes bukanlah orang yang biasa-biasa. Satu persepuluh penduduk Holmes terdiri daripada golongan saintis dan golongan genius (pakar) teknologi yang ditugaskan untuk menyelidik dan mengkaji satu tenaga asing yang dijumpai dua dekad yang lepas.

Kewujudan tenaga itu dirahsiakan daripada pengetahuan dunia kerana orang yang menemui tenaga itu percaya bahawa tenaga itu akan disalahgunakan untuk peperangan.

Satu organisasi perisik elit rahsia yang digelar JUSTICE telah ditubuhkan oleh pengasas negara Holmes. Kebanyakan rakyat Holmes merupakan ejen rahsia yang berkidmat untuk JUSTICE dalam mempertahankan aset penting iaitu tenaga asing tersebut.

Tenaga asing itu dikenali sebagai Teranium. Atau lebih tepat, nama failnya ialah Projek 046.

"Leftenan Adira... Kapten Arash panggil Leftenan."

Gadis berumur 25 tahun iaitu Adira, berhenti melepaskan tembakan ke arah kadboard sasaran yang berada 100 meter di hadapan. Fon kepala berwarna kelabu itu disangkutkan ke leher. Badannya berpusing 180 darjah, menghadap gadis sebayanya yang memanggil dia sebentar tadi.

"Apa awak cakap tadi Sarjan Ermina?" soal Adira sambil mengelap keringat di dahi. Anak matanya memandang gadis bernama Ermina yang lengkap berpakaian seragam JUSTICE yang serba hitam.

"Kapten Arash nak jumpa Leftenan." Sarjan Ermina mengulang semula ayat yang telah diberitahu kepada Adira sebentar tadi.

Adira mengangguk faham. Pistol yang masih berada kemas dalam genggaman tangan kanan, dimasukkan ke dalam sarung pistol yang dipakai pada paha kirinya.

"Nak gaduh dengan aku lagi ke Kapten Arash?" bisik Adira perlahan yang hanya dapat didengari oleh dirinya sahaja.

"Tempat biasa katanya." Walaupun Adira tidak bertanya apa-apa soalan, Ermina terlebih dahulu memberitahu Adira tentang lokasi yang harus dia tujui.

Adira mengucapkan terima kasih kepada Ermina terlebih dahulu dan barulah dia mengorak langkah menuju ke tempat 'biasa' dia dan Arash.

Pintu aras bumbung itu ditolak dan terus saja mata Adira menangkap kelibat orang yang ingin berjumpa dengannya. Orang itu sedang termenung memandang langit siang dengan kaca mata hitam. Tidak pasti dia sedang tenung apa.

"Langit takkan beri kita jawapan, kalau kita hanya sekadar melihat langit dengan pandangan kosong. Kalau nak lihat, lihat dengan hati, jangan lihat dengan mata kasar," hujah Arash seolah-olah mengetahui bahawa ada orang yang sedang menghampiri dia secara senyap-senyap dari belakang.

Adira hanya mengulum senyum janggal. Dia berdiri di belakang Arash.

"Ada apa Kapten nak jumpa saya?" tanya Adira dengan sopan.

Arash tidak menoleh ke arah Adira sebaliknya, dia menepuk-nepuk udara di sisi kanannya sebagai isyarat Adira harus berdiri di situ.

Adira akur. Dia bergegas berdiri sejauh lima puluh sentimeter di sisi kanan Arash.

"Kenapa Kapten nampak sedih? Kucing Kapten curang dengan Kapten ke?" soal Adira terselit gurauan untuk membuatkan Arash ketawa.

Arash tersenyum mendengar kata-kata Adira itu. Walaupun dia tidak ketawa, senyum sahaja sudah memadai.

"Kucing saya dah lama mati. Kena hempap dengan serpihan bangunan."

'Aduh, tersalah kata pula.' Adira tersentak. Bibir bawahnya digigit. Kemudian dahinya ditepuk perlahan.

"A... da... ada apa Kapten panggil saya? Daripada riak wajah Kapten, saya beranggapan berita yang Kapten mahu khabarkan macam tidak berapa baik," soal Adira kekok.

Melihat jejaka yang tua setahun daripada dirinya itu mengerutkan dahi, hati Adira berdebar-debar menunggu jawapan daripada Arash.

"Tak ada apa yang menyedihkan. Saya cuma nak maklumkan yang saya sudah berjaya lantik tiga orang rekrut baru. Muda lagi baru 17 tahun. Mereka akan mula bertugas esok. Saya terjumpa mereka berkeliaran di hadapan pangkalan kita pagi tadi.

Keluarga mereka terkorban disebabkan pertempuran dahsyat yang berlaku bulan lepas. Saya kasihan dengan mereka jadi, saya ambil mereka sebagai rekrut baru. Sedikit sebanyak kita dapat bantu orang yang memerlukan bantuan." Setelah lama menyepi, akhirnya Arash bersuara. Langit mendung membuatkan emosinya menjadi semakin sedih.

Arash menarik nafas dalam lalu menghela nafas perlahan-lahan. Dia menyambung, "Saya nak kamu, Sarjan Ermina dan Sarjan Haura latih mereka bertiga jadi ejen JUSTICE yang hebat seperti kamu bertiga."

Dahi Adira berkerut setelah mendengar permintaan Arash itu. "Kapten pun hebat juga," puji Adira. Entah mengapa wajah sedih Arash ketika itu benar-benar merunsingkan hatinya.

"Kalau saya hebat, JUSTICE takkan musnah. Saya takkan hilang keluarga dan kawan-kawan saya. Awak takkan hilang keluarga dan kawan-kawan awak.

Kalau saya hebat, kita boleh hidup lebih daripada enam orang dan kita takkan tinggal di pangkalan lama JUSTICE yang terbiar dan tiada senjata ni.

Kalau saya hebat, saya boleh kalahkan Malik dan Farhan tapi, malangnya saya tak hebat," luah Arash menahan sebak. Tubir matanya mula hangat dengan takungan air mata.

Hati Adira menjadi sebak mendengar luahan hati Arash itu. Mahu saja dia peluk lelaki itu untuk menenangkannya akan tetapi, hukum memeluk lelaki ajnabi ialah haram. Dosa besar pula yang dia akan dapat nanti.

"Kapten cakap apa sekalipun, saya masih anggap Kapten sebagai ketua yang hebat. Sebab kalau Kapten tak hebat, satu bulan yang lepas kita berenam mungkin senasib dengan ejen-ejen JUSTICE yang lain dan Projek 046 yang mereka mahukan sangat tu mungkin sudah jatuh ke tangan Malik dan Farhan. Lebih teruk, mungkin sekarang dunia ni sedang huru-hara," pujuk Adira.

Arash hanya tersenyum mendengar pujukan Adira itu. "Terima kasih Leftenan. Awak boleh sambung kerja awak," ucap Arash perlahan.

"Baiklah. Jumpa nanti, Kapten."

"Jumpa nanti, Leftenan."

⚔️⚔️⚔️

ADIRA memandang wajah ketiga-tiga rekrut baru dihadapannya itu. Wajah mereka begitu serius sehingga membuatkan dahi Adira berkerut.

"Kamu bertiga memang tak mahu atau tak reti untuk senyum?" tanya Adira, memulakan bicara.

Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri. Mulut mereka seperti ada mangga yang terkunci rapat menghalang mereka untuk berkata-kata.

Adira menggeleng kepala. Tanggapan negatif dia buang jauh. Dia abaikan perangai mereka yang susah benar untuk buka mulut.

"Kamu semua boleh panggil saya Leftenan Adira. Selamat datang ke organisasi perisik elit, JUSTICE." Nada Adira kedengaran agak serius dan tidak ceria. Ingat mahu ceria dengan mereka bertiga tetapi wajah mereka sungguh serius pula seperti mahu menelan orang.

"Kamu Ejen Rayyan, Ejen Zakwan dan Ejen Ayra. Betul?" soal Adira ingin kepastian daripada mereka bertiga yang lengkap berpakaian seragam JUSTICE. Mereka berdiri tegak dengan tangan disilang ke belakang.

Mereka bertiga mengangguk sekali. Lagi sekali Adira mengukir senyuman paksa.

"JUSTICE adalah satu organisasi perisikan elit secara rahsia yang terunggul di negara Holmes. Kita bukan ejen biasa tapi, kita ini professional. Kita ditugaskan untuk melindungi Teranium daripada kerakusan kuasa manusia di luar sana." Adira meneruskan perjalanan mereka untuk melawat bangunan JUSTICE.

"Sebagai rakyat yang sudah lama menetap di Holmes, saya pasti kamu semua sudah dengar banyak tentang JUSTICE. Lebih-lebih lagi tentang kejadian besar di mana semua ejen JUSTICE terkorban dalam peperangan dahsyat sebulan yang lalu." Adira terdiam seketika apabila teringat akan rakan-rakannya gugur di medan perang. Dia tunduk memandang lantai untuk beberapa detik sebelum memandang ke hadapan semula.

"Kamu bertiga adalah pengganti ejen-ejen hebat yang telah terkorban. Kami amat berbesar hati menerima kehadiran ejen baru seperti kamu bertiga."

Mereka berempat kini berada di kawasan hangar, tempat pesawat tempur disimpan. Adira memimpin mereka berjalan ke arah satu-satunya pesawat tempur yang ada di ruang itu.

"Ini satu-satunya pesawat tempur yang kita ada dan kami telah beri nickname kepadanya iaitu Terajet." Adira menyeluk tangan ke dalam poket. Kepalanya didongak memandang sayap Terajet itu.

"Sarjan Ermina," panggil Adira.

Ermina yang berada di sayap Terajet itu menjenguk ke bawah. "Ya saya, Leftenan Adira."

Adira memberi isyarat untuk turun ke bawah. Ermina mengangguk kemudian dengan selamba dia melompat ke bawah daripada sayap Terajet itu.

Rayyan dan Zakwan terkejut apabila melihat Ermina melompat dari tempat tinggi yang sekurang-kurangnya 30 kaki itu.

Ayra terjerit kecil apabila melihat Ermina terapung di udara. Tapak kakinya lebih kurang 2 inci hampir mencecah tanah.

"Jangan risau, ini kasut anti-graviti. Saya takkan mati." Ermina tersengih malu. Dia mematikan mode anti graviti pada kasutnya menggunakan cermin mata khas yang dipakai.

"Lambat lagi ke nak malam? Saya sudah mengantuk." Secara tiba-tiba muncul Haura dari belakang mereka berlima.

"Oh, ada orang baru. Hai." Haura melambaikan tangannya mesra ke arah mereka bertiga.

"Tak sabar nak buli," ujar Haura lalu menyeringai.

Adira menjeling Haura tajam. Lantaran itu, hilang ketawa Haura dan wajahnya berubah menjadi suram.

"Kenalkan ini Sarjan Ermina dan Sarjan Haura."

Dengan wajah yang serius, mereka bertiga mengangguk kepala tanda faham.

"Kenapa serius sangat mereka ni?" bisik Ermina yang dapat didengari oleh Adira dan Haura sahaja.

"Manusia atau alien atau mental sudah rosak?" soal Haura pula kepada Adira dengan berbisik pada cuping telinga ketuanya itu.

Adira hanya mengangkat bahu tanda dia juga tidak tahu. Mereka bertiga berdiri tegak tanpa bergerak walaupun seinci.

Suasana ketika itu begitu janggal sekali.

"Okey... kalau tiada apa-apa, kita teruskan dengan lawatan kita." Adira menggosok tengkuknya, canggung.

'Kenapa mereka bertiga ni begitu serius?' gumam hati Adira kemudian mengeluh berat.

Sepanjang hari itu, Adira terpaksa mengukirkan senyuman palsu apabila bersama mereka bertiga.

Continue Reading

You'll Also Like

2K 284 24
Kisah si pemegang kuasa StoneCrystal bayang dan ketua asal Elementalist, Kai Vari. Dia bersama enam adiknya, hidup di Altar untuk mencuba pelbagai be...
1.5M 64.1K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...
318 71 51
Dia direndahkan hanya kerana bukan mewarisi takhta kerajaan itu.Hanya seorang gadis yang kecil tapi ketabahan yang dia ada sangatlah tinggi.Dia tabah...
3.9K 408 17
⚠️AMARAN⚠️: cerita ini mengandungi pengkhianatan, kematian, pengorbanan, penderitaan dan kesengsaraan karakter mahupun pembaca. 🚫Read at your own ri...