Kelas DSB

Da farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... Altro

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN

145 30 14
Da farid5attar


Sebuah warung disinggahi. Ilman Faiz bekerja sampingan di situ.

"Dia kerja part time dekat sini je la," kata Siti Zulaikha memerhati Ilman Faiz menghantar hidangan.

"Sebab tu, aku selalu lepak sini lepas sekolah," kata Immanuel, dingin.

"Mesra juga Ilman semasa kerja. Tak ubah macam dalam kelas," puji Iskandar.

"Dah dia presiden kelas kita, kan?" kata Hanif yang duduk di sebelah Siti Zulaikha.

Ilman Faiz tiba dengan minuman yang dipesan. "Nah, minumannya."

Minuman diletakkan satu per satu.

"Kau dah lama kerja dekat sini?" tanya Hanif berwajah kosong.

"Baru je. Okey, aku ada kerja lain ni," balas Ilman Faiz lalu beredar.

Mereka yang lain hanya memerhati kawan sekelas bekerja.

"Lelaki misali," puji Siti Zulaikha.

"Alaa... Kau tengoklah dia nanti. Dia boleh bawa banyak pinggan," kata Immanuel menyilang tangannya di paras dada.

Seperti dijangka, Ilman Faiz membawa empat pinggan dengan tangannya. Dua di tapak tangan manakala dua lagi di lengan. Mereka yang lain melihat terkejut.

"Apakah?" Siti Zulaikha terpegun.

Ilman Faiz mendekati kawannya lalu meletakkan makanan yang dipesan mereka berempat.

"Wah, hebat!" kata Iskandar memuji.

"Eh, mana adalah," balas Ilman Faiz, segan lalu kembali pergi.

Dagu Siti Zulaikha ditongkat dengan tangan. Matanya tertumpu pada lelaki itu. Keluhan dilepaskan.

"Lelaki misali," puji Siti Zulaikha.

"Dia cakap dengan pelanggan pun tak kasar," kata Iskandar melihat Ilman beramah dengan pelanggan lain.

"Lelaki misali." Mata Siti Zulaikha bersinar-sinar.

"Apa susah? Ilman pandai bajet," kata Immanuel lalu menghirup minumannya.

"Lelaki misali!"

"Ingat tak waktu karnival Jom Heboh tu? Dia dapat tangkap ikan banyak."

"Lelaki misali!"

"Oh, ya! Dia selalu guna tisu muka bila tandas sekolah tak ada air dan tisu."

"Lelaki misali!"

"Tapi guna tisu makan semasa guna tandas," celah Hanif.

Siti Zulaikha menjeling maut ke arah Hanif. "Menjijikkan!"

Immanuel melihat Ilman Faiz bergurau dengan pelanggan yang lebih tua. "Dekat sini, dia boleh gurau dengan orang tua."

Wajah Siti Zulaikha kembali bersinar. "Lelaki misali!"

"Aku pula dipergunakan oleh orang tua," kata Iskandar menunduk.

"Siapa kisah?"

"Ilman pernah dapat surat layang dari seseorang," kata Immanuel lagi.

"Lelaki misali!" puji Siti Zulaikha, kagum.

"Aku pun dapat surat layang dari seseorang, tapi perempuan yang hantar surat tu. Aku pun tak layan," tambah Siti Zulaikha.

"Cinta terabai..." celah Hanif, selamba.

"Diamlah kau!" marah Siti Zulaikha kepada Hanif.

"Cikgu pun pernah dapat surat layang. Tapi tu cerita lama," celah Cikgu Wan yang minum di meja sebelah. Entah bila muncul.

Mereka berempat diam tak terkata.

"Krik krik... Krik krik..." Hanif sengaja membuat bunyi cengkerik.

Cikgu Wan diabaikan. Mereka kembali berbual.

"Siapa yang bagi surat layang kat harimau tu?" bisik Siti Zulaikha.

"Entahlah," balas Hanif.

Tidak lama kemudian, lima pelajar dari kelas 5A muncul di warung itu. Arif Hakimi melihat Ilman Faiz bekerja.

"Budak kelas belakang kerja dekat warung ni?" kata Dven Joo menyindir.

"Macam tak ada masa depan," kata Doc Rakim pula.

Ilman Faiz terpandang lima pelajar itu. "Subject King."

* * *

"Tak lama lagi akan ada Hari Sukan. Kelas kami nak cabar kelas korang waktu Hari Sukan tu," kata Arif Hakimi dengan wajah serius.

"Takkan tak puas lagi dengan ujian bulanan?" kata Ilman Faiz berkerut dahi.

"Bukan sebab tu. Yang ni sebagai warm-up sebelum Ujian Bulanan September," terang Arif Hakimi.

"Hmm..." Ilman Faiz memandang rakannya yang lain.

"Terima atau tak, kita akan tetap berlawan juga. Nak tengok siapa pemimpin yang terbaik nanti."

Ilman Faiz terpaksa terima cabaran yang melibatkan kepimpinannya.

"Baik. Saya terima."

* * *

Satu kelas berbincang tentang Hari Sukan, terutamanya pasal perlawanan yang bakal berlangsung di antara kelas 5A dan kelas 5F, kini dikenali 5 DSB. Permainan yang dicadangkan ialah galah panjang dua padang.

"Semua laki patut turut serta dalam acara galah panjang dua padang ni," cadang Iskandar.

"Ya, aku setuju," akur Zulhilmi.

"Tak apa. Kami sokong dari tepi," kata Farah Yasmine.

Ilman Faiz yang berdiam dari tadi, terus bangun dari tempat duduknya. Dia berdiri menghadap rakan sekelasnya.

"Tak apa. Biar aku pergi seorang. Demi kelas ni, aku buat seorang diri," kata Ilman Faiz.

Mereka yang mendengar, hanya berdiam.

"Lelaki mi... Musibah betullah!" kata mereka di situ lalu memberi kecaman.

"Kita kena gerak secara berpasukan."

"Jangan bertindak melulu je."

"Diorang tu ramai. Bukan seorang."

"Yela... Yela... Kita gerak berpasukan," kata Ilman Faiz terpaksa akur.

* * *

Maka, pada Hari Sukan, hampir semua pelajar turut serta dalam acara yang dianjurkan. Adil menjuarai acara larian 100 meter.

"Wah! Bagus, anak muda! Ayah kagum!" kata Cikgu Wan menangkap gambar anak muridnya.

Kelemahan Cikgu Wan #27

Bangga sebagai bapa walaupun tiada talian keluarga

Silvaprea memenangi acara makan makanan tergantung. Puteri Atikah dan Fatin Shahira memenangi acara lari berpasangan. Farah Yasmine pula menang dalam acara merangkak bawah tali dek tubuhnya yang kecil. Setiap acara yang libatkan Kelas DSB, Cikgu Wan menangkap gambar mereka dengan perasaan bangga.

"Huhu... Tahniah, nak. Ayah bangga!" kata Cikgu Wan, bangga.

"Err... Cikgu Wan ni... Nanti, orang pandang cikgu pula," tegur Immanuel.

"Baiklah. Sekarang, tiba acara galah panjang dua padang," ucap satu pengumuman.

"Okey, jom lakukan," kata Ilman Faiz bersemangat.

Galah panjang dua padang dimain oleh 15 orang satu kumpulan. Oleh kerana hanya 13 pelajar lelaki yang ambil bahagian, Cheng dan Sharanya terpaksa turut serta sebagai penjaga. Terdapat tiga bahagian; bahagian pertahanan, tengah dan serangan. Bahagian tengah bebas bergerak tanpa garisan. Kemenangan akan diperoleh selepas salah seorang pemain melepasi bahagian lawan.

Mata pelajar DSB tertumpu pada pelajar 5A yang terdapat empat pelajar antarabangsa. Jauh lebih besar dan tegap dari mereka.

"Apakah?" kata Iskandar terkejut.

"Jangan takut! Kita boleh menang!" kata Ilman Faiz memberi semangat.

Prrtt!!! Wisel berbunyi.

Kelas DSB menggunakan formasi Lindung dari Hancur hasil inspirasi dari cengekerang Cikgu Wan sebelum ini di mana seluruh kelas DSB mengawal ketat di bahagian pertahanan. Kelas 5A mula menyerang. Empat pelajar termasuk seorang lelaki antarabangsa bergerak ke hadapan.

"Diorang datang!" kata Immanuel melihat serangan tiba.

"Okey. Ravi, Syamil, ikut pelan kita," arah Ilman Faiz.

Dengan sukacita, Raviendra dan Syamil bergerak ke depan.

"DEMI DSB!!!" jerit dua pelajar selekeh itu.

Baru satu saat di bahagian tengah padang, sudah ditolak ke tepi oleh pelajar antarabangsa.

"Adeh..." keluh Syamil.

"Dua dah keluar," kata Immanuel masih di baris pertahanan.

"Baiklah. Lima orang, Total Victory!" arah Ilman Faiz kekal di baris pertahanan.

Lima pelajar mengorak langkah ke depan. Arif Hakimi hanya memerhati.

"Kepung diorang," arah Arif Hakimi, sinis.

Segera tiga orang di kiri dan tiga orang di kanan bergerak ke depan lalu mengepung gerakan kelas DSB. Kelas DSB hilang langkah.

"Hehehe... Jangan fikir sampah yang buruk tak mampu saingi perhiasaan tak bernilai," monolog Cikgu Wan, sinis.

Lima pelajar kelas DSB yang dikepung itu melihat lawan di sekelilingnya.Tanpa disangka, mereka berlima bergerak keluar dari padang, menuju ke kerusi penonton. Para penonton di situ segera bergerak memberi ruang. Kelas 5A pun kejar kelas DSB keluar padang.

"Bagus! Mereka dah guna Formasi Neraka inspirasi dari Niratcha," kata Cikgu Wan sambil menangkap gambar anak muridnya.

Lima pelajar DSB itu hanya melompat-lompat dari kerusi ke kerusi sambil mengelak ditangkap Kelas 5A. Alif Najmi berdiri di atas kerusi plastik itu.

"Lambatlah korang ni. Takkan tak boleh tangkap musang kot?" sindir Alif Najmi.

Mendengar kata-kata itu, kemarahan 5A membuak lalu cuba menangkap mereka. Arif Hakimi hanya memerhati dari dalam padang. Dia melihat dua pelajar DSB berlari ke arahnya. Syamil dan Raviendra rupanya.

Apakah? Baru aku tahu taktik ni. Korang sengaja buangkan dua orang dan buatkan diorang serang hendap dalam kekecohan ni, desis hati Arif Hakimi.

"Permainan bermula," monolog Arif Hakimi.

Raviendra dan Syamil mengelak dari ditangkap di kawasan lawan. Sebaik mereka mendekati Arif Hakimi, Arif Hakimi bergerak di atas lalu menghalang mereka berdua dengan tendangan Muay Thai. Tepat mengenai pinggang mereka.

"Aduh, sakit!" keluh Raviendra.

Dari pemerhatian Ilman Faiz, dia melihat serangan kasar itu.

"Baiklah, peluang. Serang habis-habisan!" arah Ilman Faiz lalu berlari ke hadapan.

Mereka yang bergelut di tempat penonton terus berlari ke padang lawan. Mereka yang di baris pertahanan turut bergerak ke hadapan. Yang tinggal hanyalah Cheng dan Sharanya.

"Erh... kita berdua macam tak ada function dekat sini," kata Cheng memperli.

"Itulah," akur Sharanya.

Sementara mereka berdua di baris pertahanan, mereka yang berada di padang lawan, cuba lepasi barisan pertahanan. Masalah utama sekarang hanyalah Arif Hakimi yang hebat menepis serangan.

"Ishh! Apa ni main kaki?" kata Zulfadlie, geram.

"Tak apa. Lawan aku," kata Alif Najmi, sinis.

Alif Najmi muncul dengan serangan Muay Thai, terus menyerang Arif Hakimi. Pasangan kembar itu beradu kekuatan. Tendangan demi tendangan ditepis. Mereka yang menyaksikannya kagum dengan rentak mereka.

Sedang asyik beradu serangan. Khairil Ihsan muncul berlari ke arah mereka. Dia bergerak ke atas belakang tubuh Zulfadlie lantas meloncat melepasi pasangan kembar itu. Alif Najmi menumbuk dagu kembarnya dari bawah. Arif Hakimi mendongak ke atas lalu melihat Khairil Ihsan melepasinya.

Tak mungkin, desis hati Arif Hakimi.

Khairil Ihsan mendarat melepasi kotak lawan. Mereka yang menyaksikan, berasa kagum.

"Mustahil. Pemenangnya Kelas 5F!" kata juruacara perlawanan itu.

Serta-merta, Kelas DSB bersorak kemenangan. Arif Hakimi yang terima tumbukan pada dagu tadi terus rebah terbaring. Alif Najmi melihat kembarnya terkaku.

"Jadi, kami dah menang sekarang. Nampaknya, kelas kami akan menang dalam ujian nanti," kata Alif Najmi tersenyum sinis.

"Kau... tunggulah nanti," balas Arif Hakimi.

Alif Najmi berjalan pergi dari situ lalu menyambut kemenangan kelasnya. Kelas 5A mendekati Arif Hakimi.

"Kau okey, tak?" kata Gary Stark melihat Arif Hakimi terbaring dari tadi.

* * *

Arif Hakimi bertemu Farid Sattar di pejabat bersama empat pelajar dari luar negara itu. Situasi begitu dingin sekali.

"Jadi, kamu dah kalah lagi?" kata Farid Sattar mengusap misainya.

Mereka hanya berdiam sahaja.

"Sampah yang terhina lagi keji mampu saingi aset bernilai juta. Jangan sangkakan air tenang tiada buaya tau," kata Farid Sattar lagi.

"But, sir. Your grandson is good in that game just now," kata salah seorang lelaki luar negara itu.

"No, Alex!" tegur Arif Hakimi, tegas.

"You should proud of him. He try to make the best for you."

"Alex, stop it."

Farid Sattar tersenyum sinis diikuti tawa sinis. Dia bangun dari tempat duduknya. Kot yang dipakainya ditanggalkan.

"Alright. As you said, come get to me," kata Farid Sattar berdiri tegak seperti biasa sahaja.

Mereka yang lain kehairanan. Arif Hakimi turut kebingungan.

Beberapa minit kemudian,...

Arif Hakimi terkejut dengan sketsa berdarah di depan matanya. Empat lelaki tegap habis rebah dek penangan Silat Cekak dari Farid Sattar.

"Jadi, kamu dah faham kan peribahasa 'Air yang tenang jangan disangka tiada buaya'? Kamu boleh tengok dia berdiri macam orang lemah sahaja. Tak ada langkah pembuka pun, hanya berdiri sahaja. Hakikatnya, dia adalah orang paling bahaya sekali. Bandingkan Silat Cekak dan Silat Gayung. Orang boleh kata Silat Cekak lemah sebab berdiri sahaja berbanding Silat Gayung yang buka kekuda. Sayangnya, pandangan pertama itulah yang membutakan mata hati. Ingat ayat saya tu."

#vote

Continua a leggere

Ti piacerà anche

16.5K 1K 20
Adif Hazrael. Terpaksa berpisah dengan keluarganya sejak kecil demi menjaga maruah keluarga. Penampakan demi penampakan yang menganggunya menghilang...
79.7K 8.8K 63
GENRE (FANTASY/MYSTERY/ROMANCE) [BOOK 1] Gadis biasa Meena yang telah kehilangan kakak kembarnya secara tiba-tiba kini bernekad untuk menyelesaikan m...
211K 15.6K 41
Eric The Doll Maker, tiba-tiba sahaja terima jemputan untuk masuk ke satu akademi yang elit sahaja mampu masuk. Satu-satunya akademi yang orang kaya...
85.2K 11.5K 162
Di sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan...