BODYGUARD MR.GAY(complete)

By Hafizah_Awang

9.9K 333 5

RAFIE YAHYAH tidak tahu apa itu 'Perempuan' . Dia kehilangan ibunya di dalam satu tragedi kebakaran sewaktu d... More

BAB 1 - AKU HARAP
BAB 2 - AKU KENAL DIA
BAB 3 - ANEH RASA ITU
BAB 4 - AKU TAK SALAH
BAB 5 - BODYGUARD MR.GAY?
BAB 6 - BELUM SAAT UNTUK JATUH CINTA
BAB 7 - TAKDIR ATAU KEBETULAN?
BAB 8 - LELAKI MISTERI & MISI BERMULA
BAB 10 - BILA KAU PERASAN CANTIK
BAB 11 - FEEL SOMETHING BAD
BAB 12 - DUNIA BERCERITA TENTANG KITA
BAB 13 - CINTA GILA
BAB 14 - RAHSIA LAMA
SEMI FINAL - AKU TAK SANGGUP
FINAL - AKU...RINDUKAN DIA

BAB 9 - PUTUS KAWAN

480 19 0
By Hafizah_Awang

BARU seminit Freya melabuhkan punggung di atas sebuah kerusi selepas memaksa lelaki nerd itu untuk duduk di sampingnya, dia sudah merasa tak sedap hati bila memikirkan makhluk-makhluk itu memerhati Rafie dari arah belakang.

" Kenapa diorang semua tengok Rafie? "

Gumam Freya, sesaat berkalih pandang ke makhluk-makhluk itu, sessat ke wajah Rafie. Freya mengetap bibir, memandang lelaki nerd itu yang hanya berdiam sambil membaca sebuah buku cerita. Freya perhati kembali di sekeliling, dia mendapat buah fikiran yang bernas.

" Kat sini semua lelaki. Takpe lah, aku duduk kat sana ek? "

Ujar Freya, bingkas berdiri dengan cepat. Aaron mengangguk, tak berkata apa-apa. Rafie sembunyi senyum bila Freya duduk di sampingnya.

" Kenapa pindah tempat duduk? " Soal Rafie, tidak memandang Freya. Hanya berpeluk tubuh dengan mata yang terpejam.

" Saja " Jawab Freya sepatah, Lecture pun mula kelihatan dari luar tingkap.

Hari ini, mereka akan berada di kampus dari pagi hingga ke petang kerana bulan hadapan mereka akan menduduki semester kedua. Rafie dan Freya makan tengahari bersama di dewan makan kolej. Semua pandangan melirik ganjil ke arah mereka berdua.

Spontan Rafie teringat peristiwa hari itu dan sejak kejadian aneh itu, Freya di label sebagai seorang perempuan yang tidak sihat sehinggakan tiada pelajar yang mahu mendekatinya. Aaron perhati dari jauh, dia mulai tertanya.

" Jom? " Ajak Rafie, sangat faham dengan air muka yang Freya pamerkan.

Freya tersenyum saat mereka sudah mengambil meja untuk menikmati makan tengahari. Senyumannya semakin melebar bila melihat lelaki itu hanya merenung jauh ke dalam pinggan makanan.

" Cik Rafie, macammana Cik Rafie nak makan kalau mask tu Cik Rafie tak tanggalkan? "

Soal Freya, senyum nakal. Rafie melirik ke kiri kanan, dewan makan itu dipenuhi dengan pelajar-pelajar kolej. Freya menaikkan kedua belah kening bila lelaki itu memandangnya.

" Kalau Cik Rafie nak, kita boleh pergi tempat lain. Pagi tadi, Cik Rafie datang kolej naik kereta sendiri ke? " Lanjut gadis itu bertanya.

" Haah. Reza hantar "

Jawab Rafie, lemah. Perut dah mula berkeroncong di dalam, memberitahu bahawa sudah tiba masanya untuk mengisi perut yang kian lapar.

" Kat taman tak ramai pelajar yang lalu. Cik Rafie nak makan kat sana? "

Freya memberi cadangan, Rafie tidak banyak berfikir, langsung dia setuju. Mereka menuju ke kaunter bayaran, memberikan dua pinggan itu pada juruwang dihadapan.

" Kak, tolong bungkus asing ye? " Ujar Freya, Rafie hanya diam, berdiri mematung dibelakang gadis itu.

Mereka duduk berdua di atas sebuah kerusi yang sama sambil menikmati hidangan sederhana yang tampak istimewa.

" Boleh tak, kalau saya nak tanya Cik Rafie? "

Freya bersuara bila mereka selesai menikmati makanan tengahari yang lazat. Rafie menganggukkan kepala, menatap skrin HP sendiri. Dia sedang menunggu panggilan dari kekasihnya, Reza.

" Kenapa Cik Rafie tak tinggal dengan dady Cik Rafie? Kenapa Cik Rafie memilih untuk tinggal sendiri? "

Mendengar pertanyaan gadis itu, Rafie berhenti membelai skrin HP sendiri. Suara Freya Zemira sedikit bergetar saat menuturkan kata-kata itu.

" Dady saya jauh. Dia takde kat Malaysia " Jawab Rafie, menyimpan HP ke dalam kocek.

" France? "

Tanya Freya, ingin pasti. Rafie menganggukkan kepala, lambat. Freya menggapai minuman sejuk di dalam bag sandangnya. Ketika dia menyedut straw minuman itu, anak matanya melirik ke wajah  kacak Rafie.

" Mami Cik Rafie pula, macammana? " Tanya Freya, masih anak matanya melirik ke wajah lelaki itu.

" Saya hilang sebuah panggilan mami bila saya kehilangan dia di dalam sebuah kebakaran "

Freya melepaskan straw minuman pabila tersedak kecil. Semua kerana, dia terlihat makhluk itu sedang menuju ke arah mereka. Langsung hatinya meluap-luap, geram dengan makhluk wanita itu.

" Dady awak ke yang cerita kat awak? "

" Emm "

Hanya nada itu saja yang terbit dari mulut Rafie tatkala menekur pandangan ke bawah. Hatinya kembali tenang bila memandang rumput yang kehijauan, menghiasi kawasan kolej mereka.

Saat Freya mahu bertanya lagi, tiba-tiba dia terpandang Diana yang berjalan nun jauh disana. Freya melambai, tetapi rasa aneh bila Diana berpura-pura tidak melihatnya walhal sudah terpandang.

" Dian, "

Freya bangkit berdiri, sebak mula menapak di dada. Rafie menoleh, terlihat seorang gadis berpenampilan menarik sedang merenung ke arah mereka. Diana berhenti melangkah dan membuat keputusan untuk menjelaskan segalanya pada Freya. Laju saja langkah kaki dibawah menapak dengan menayangkan riak marah dan kecewa.

" Dian, mana kau pergi? Baru hari ni aku nampak kau "

Ucap Freya, cuba menyentuh lengan Diana tapi, pantas gadis itu menepis dan mengundurkan langkah kembali. Freya berasa bingung dan pelik dengan sikap Diana yang tiba-tiba dingin dengannya.

" Diana, kenapa ni? " Freya cuba mendekat lagi meski Diana semakin menjauh.

" Dengar sini Freya. Mulai dari saat ini, kau dan aku bukan lagi kawan! "

Tiba-tiba air mata Freya mengalir di pipi pabila mendengar ucapan sepahit hempedu itu. Rafie hanya duduk dan mendengar, langsung tidak menoleh ke arah mereka. Dia hanya sibuk menatap skrin HP, masih menanti panggilan dari Reza walhal dia sudah tahu, Reza akan sibuk memanjang kerana dapat tawaran berlakon.

" Tapi kenapa Dian? Apa salah aku? "

" Aku takde kawan gila macam kau! Dengar ye, kita bukan lagi kawan! "

Diana memusingkan badan, mempercepatkan langkah kaki tapi pantas Freya berlari dan terus menarik lengannya yang tak berlapik.

" Lepaslah! "

Diana menepis kuat tangan Freya yang sudah menyentuh lengannya. Dia menolak kawan sendiri, tapi pantas Rafie datang dan berlari lalu menyambut badan gadis itu dari terjatuh mencecah tanah.

" Sampai hati kau kata aku macam tu Dian! Sampai hati kau! "

" Sebab kau gila! "

" Aku bukan gila! " Pekik Freya, menepis kuat kedua tangan Rafie yang menyentuh belakang badan dan bahunya.

" Dah terbukti kau tu memang gila! Selama ni kau berpura-pura normal depan aku, rupanya kau perempuan yang hilang akal! "

" Diana... "

Pilu rasa hati bila mendengar tohmahan dan hinaan dari mulut Diana sendiri. Sangat terguris kalbu, air mata mula mengalir laju.

" Video gila kau dah jadi viral! "

" Apa? Video apa? " Jujur, Freya terkejut.

" Kau cari sendiri, video hilang akal kau! "

///

Freya menangis dibawah pohon, memeluk kedua lutut dengan bersamaan dengan dahi yang dilekapkan ke atas lutut. Rafie setia berdiri di samping Freya, hanya memerhati langit yang tiba-tiba menghitam. Sesekali ia toleh ke bawah, gadis itu masih menangis tersedu-sedu. Laju hinggutan bahu yang dia lihat, benar Freya terluka dan kecewa dengan permainan dunia.

Langit mula berdentum dan Freya masih tidak berganjak di situ. Lalu, hujan pun turun membasahi bumi. Begitu cepat mereka kebasahan kerana tiada tempat untuk dijadikan teduhan. Rafie membuka jacket kulit berwarna hitam miliknya, memayungi kepala gadis itu dalam keadaan mencangkung.

" Freya, saya kedinginan "

Ucap Rafie, menggigil. Perlahan gadis itu mengangkat pandangan dan menoleh ke sisi, wajah basah Rafie menyapa pandangan sayu. Rafie juga tertoleh bila sedar, Freya tengah memandang dia. Sekejap dia berkalih pandang, lalu pandangan kembali ke wajah gadis itu.

" Kenapa? " Tanya Rafie dengan suara bergetar, dingin.

" Saya tak menangis " Ucap Freya tiba-tiba. Rafie menguntum senyum di dalam hujan yang kian lebat.

" Ye, sebab air mata awak dah terpadam oleh air hujan " Kata Rafie, Freya semakin keras menangis.

" Kita dah basah, balik nak? "

Soal Rafie, Freya mengangguk tak bersuara. Hanya suara tangisan yang kedengaran. Mereka berlari di dalam hujan dan berteduh seketika di perhentian bas.

Freya mengusap kedua lengan dengan tangan yang bersilang, dingin. Rafie lihat diri sendiri, semua pakaian juga basah. Tiada apa yang dapat dia berikan untuk gadis itu hangatkan suhu badan.

Freya lihat di sekeliling, ke semua makhluk yang berkeliaran tiba-tiba terpadam. Hapus di telan hujan, dia berkerut kening dan memandang Rafie yang hanya berdiri saja.

" Mana makhluk tu pergi? Sebab hujan ke diorang lari? " Gumam Freya.

" Kenapa? " Tanya Rafie bila Freya memandang dia sedari tadi.

" Takde apa-apa " Jawab Freya, berkalih pandang semula.

||2 JAM KEMUDIAN||

Hujan semakin lebat, menunggu hingga reda mungkin sampai ke malam. Hari pun sudah semakin gelap dek kerana cahaya matahari  yang terpancar ke dunia lain.

Rafie mengeluh berat bila HP mereka sudah tidak berfungsi lagi kerana basah oleh air hujan.

" Macammana kita nak balik? "

Soal Rafie, bingung. Freya tak menjawab, dia menggeleng kepala laju dan terus melangkah buatkan Rafie bertambah bingung. Apalagi dalam keadaan dingin, mungkin otak mereka membeku, jadi tak pandai mencari buah fikiran untuk mencari jalan pulang ke rumah.

Kemana langkahan kaki gadis itu menapak, dia ikuti dari belakang. Rentak kaki seperti memainkan satu irama yang membuatkan dia ingin menari di atas jalan. Tidak sedar, mereka sudah semakin jauh berjalan kaki tanpa merasa lelah.

" Nasib baik kolej dan pangsapuri tak jauh "

Ucap Rafie, memaksa sebuah senyuman. Di dalam lift, Rafie sudah tidak dapat rasakan kakinya berpijak ke arah mana kerana sudah lenguh berjalan kaki.

" Freya, tolong saya Freya. Kaki saya kram! "

Rafie meminta pertolongan cemas dari seorang gadis yang sedang termenung jauh. Sama sekali Freya tidak dapat mendengar ucapan Rafie walau hanya sepatah. Bila pintu lift terbuka, gadis itu langsung melangkah keluar.

" Freya! Tolong... Kaki saya kram! Saya tak boleh jalan! Freya!! " Pekik Rafie, mengetuk pintu lift yang tertutup.

Organ badan tiba-tiba saja tak berfungsi dengan baik. Rafie rasakan saraf kaki sudah rosak kerana gagal menggerakkan kaki seperti biasa.

" Cik Rafie, kenapa tak buka pintu? "

Tanya Freya bila sedar, dia sudah berdiri lama dihadapan pintu. Dia menoleh, tiada Rafie dibelakangnya.

" Cik Rafie, Cik Rafie "

Panggil Freya, mencari Rafie. Dia menggunakan lift untuk turun ke bawah dengan cepat. Tetapi, pabila pintu terbuka, wajah merah padam Rafie membuatkan matanya mencerlung dengan mulutnya yang ternganga luas.

" Haaa! Cik Rafie! kenapa Cik Rafie duduk kat sini? "

Rafie memandang tajam dengan mencebik-cebik pada dia, masih mahu bertanya sebab kenapa dia duduk bersandar di situ.

" Kaki saya kram! Awak pekak ke? Saya panggil, awak tak dengar! Oh, atau awak memang nak bunuh saya kan? "

Freya mengebil-gebilkan mata mendengar tuduhan jahat Rafie terhadapnya. Tapi, marah dengan majikan sendiri? Sudah tentu tidak. Dia sabar saja menghadapi karenah manusia. Selagi boleh sabar, dia sabar.

" Jap, saya ambik ubat "

Ujar Freya, membantu Rafie duduk di atas sofa di ruang tamu. Dia berlari dengan tergesa-gesa menuju ke ruang dapur. Kabinet atas dia buka, senyum pabila terlihat sebuah peti ubat elok diam-diam di situ.

" Cik Rafie, boleh tak kalau Cik Rafie ganti baju dulu? Nanti Cik Rafie demam "

Ucap Freya, berdiri dihadapan Rafie sambil menjinjit peti ubat itu. Rafie menghela nafas panjang lalu dia berkata,

" Saya tak boleh jalan. Kaki saya masih kram lagi. Awak, tolong ambik kan pakaian saya. Saya akan ganti kat sini aje " Freya mengedip-gedipkan mata, menggigil.

" Kenapa awak buat muka macam tu? Awak... Awak fikir saya akan ganti baju depan awak ke? "

" Eh tak! Saya tak fikir pun macam tu "

" Awak gantilah baju dulu. Lepas tu hantar pakaian saya "

" Okey "

Sesudah dia berganti pakaian, dia masuk ke dalam ruang persalinan Rafie. Sesaat dia terpana melihat ke semua barangan di dalam bilik itu tampak kemas dan bersih.

" Euw! " Ucap Freya, melihat 'Boxer' milik Rafie.

" Nah! "

Freya mencampak saja pakaian Rafie ke atas permaidani yang terhampar di lantai ruang tamu. Cepat-cepat Freya berlari masuk bilik dan sempat berkata,

" Dah siap panggil! "

///

" Aku tak percaya, aku jadi tukang urut kaki artis. Mentang-mentanglah aku hanya pekerja! "

Gumam Freya, mencebik-cebik. Hendak saja dia cakar kulit kaki Rafie yang kelihatan sangat putih dan bersih. Freya pandang wajah lelaki yang sedang tidur itu. Spontan, bait lirik lagu 'You are my garden' berdendang di telinga hingga tak sedar, kaki lelaki itu ia peluk menyentuh dadanya.

Rafie menggerakkan kaki bila terasa berat  dan terasa sesuatu yang lembut sedang menapak di kaki. Langsung Rafie terkejut beruk bila Freya memeluk erat kedua belah kakinya dan hampir saja lelaki itu terkena serangan jantung.

" Apa yang awak buat kat kaki saya hah? " Freya mengebilkan mata, pipinya mula menjadi merah padam.

" Argh!! " Jerit Freya dan berlari.

" Awak buat apa? Freya jangan lari! Apa yang awak dah buat!! "

Satu rumah mereka berpusing berlari, sedang bermain kejar-kejar. Freya mahu masuk ke dalam bilik tapi, langkah kaki seringkali terhalang oleh raut wajah Rafie yang mula menyinga.

" Saya tanya, apa yang awak dah buat? " Tanya Rafie, nada marah. Mengejar Freya di meja makan.

" Saya takde buat apa-apa lah "

" Habis tadi tu apa? Kenapa awak lari kalau awak tak buat salah? "

" Sebab " Freya kalut dan bingung. Lantaran dari itu, Rafie mengambil kesempatan dan pantas menangkap pakaian Freya.

" Lepas! Isk! "

Freya gigit tangan Rafie dan sepantas kilat berlari. Rafie tidak menyerah di situ, dia mengejar Freya hingga tiba di ruang bilik gadis itu kerana Freya gagal menahan pintu dari terus tertutup.

" Mana nak lari? Baik awak mengaku, awak buat apa? "

Tanya Rafie, Freya menayangkan riak geram pada lelaki itu. Freya berdiri ditepi katil, tanpa sedar kakinya tersandung kaki katil saat cuba mengundurkan langkah kaki ke belakang.

Lalu, pada saat dia hendak terjatuh, secara tak sengaja, tangannya tertarik kuat t-shirt lelaki itu dan mereka sama-sama terjatuh ke atas tilam. Rafie tersembam ke atas tubuh Freya dan hal itu akhirnya benar-benar terjadi, bibir mereka akhirnya tersentuh. Rafie tercium Freya di situ.

" Yayank!!!! "

Jerit Reza, kecewa dan sangat terkejut melihat adegan Rafie dan Freya. Sejak bila dia tiba, mereka berdua langsung tak sedar.

Continue Reading

You'll Also Like

619K 23.6K 144
Amanda Farina... Nama seindah orangnya tetapi kehidupan yang dilaluinya langsung tidak seindah yang diharapkannya. Bukan kehidupan begini yang dia m...
1.5M 12.9K 16
Siri pertama. Hottest Romance Award 2018. "Camne pengalaman malam pertama kau dengan aku? Mesti kau nak lagi erk? "-Tengku Fazril. "Aku tak nak meng...
Wattpad App - Unlock exclusive features