KATARSIS

By wanieizan

3.8K 168 33

FIRAS AMSYAR, seorang remaja 17 tahun. Hidupnya biasa sahaja seperti remaja 17 tahun di luar sana, sedang men... More

Author's Talk
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11

BAB 6

189 13 0
By wanieizan

Firas dan Farizah berjalan beriringan untuk ke pintu pagar sekolah. Farizah yang hanya diam selepas keluar dari Bilik Disiplin tadi, membuatkan Firas agak gelisah. Ibu marah ke? Sedih? Kecewa? Banyak persoalan yang bermain di minda Firas. Dia mengusap tengkuk. Tak tenang pula dirinya. Dia berfikir sejenak. Kalau lah dia tidak provoke Najwan ketika itu, tiada lah dirinya dibelasah. Kalau lah dia tidak memanggil Najwan 'bodoh', tidak lah Najwan mengamuk. Kalau lah dia biarkan sahaja Najwan dan terus ke kantin membeli nasi bajet, mesti sekarang ini dirinya sudah kenyang. Iya, seorang Firas Amsyar sangat lapar. Tapi apa yang paling penting sekarang ini adalah ibunya. Firas pasti ibunya sedang menahan marah. Iyalah, mak siapa yang tidak marah apabila anaknya terlibat dalam kes pergaduhan. Firas mengeluh. Dia rasa semua ini salah dirinya.

"Ibu..." Firas memanggil sekaligus memberhentikan langkah mereka. Farizah menoleh. Wajah ibunya yang tidak beriak menyukarkan Firas untuk mentafsir perasaan ibunya. Tekaknya terasa kelat untuk bersuara.

"Fi minta maaf, ibu." Ucapnya sambil merenung lantai, tidak berani mahu bertentang mata dengan ibunya. Tidak mahu juga melihat wajah kekecewaan yang terpamer.

"Tadi Cikgu Rohana ada bagitahu ibu yang Fi cuba nak mempertahankan Kid, kan?" Laju Firas mengangguk kepala.

"Apa yang Fi buat tu betul dan ibu tak marah pun. Tapi,ibu sedih tengok keadaan Fi." Ujar Farizah sambil menilik wajah anaknya yang lebam. Terserlah riak kerisauan yang terpamer. "Kesian anak ibu." Farizah mengusap lembut pipi kiri Firas.

Segaris senyuman terlukis di bibirnya selepas mendengar kata-kata itu. Dia mencapai tangan ibunya yang sedang mengusap lembut pipi kirinya lalu digenggam perlahan. Ibu jarinya mengusap tangan Farizah.

"Ibu jangan risau lah. Dia tumbuk tak kuat mana pun. Setakat lebam ni, apalah sangat. Esok hari elok dah. Ibu jangan risau, okey?" Dia cuba menyakinkan Farizah. Tidak lama kemudian Farizah mengangguk sambil tersenyum tawar.

"Okey lah, ibu balik dulu. Fi ada kelas tambahan kan?" Firas mengangguk. Kalau diikutkan bisikan syaitan di sebelah kirinya, mahu sahaja dia ponteng. Tak mahu memasuki kelas dengan wajahnya yang lebam.Tapi dia teringat pula pesanan Cikgu Rohana sebentar tadi, membatalkan niatnya.

Selepas menemani ibunya sehingga ke pagar sekolah, Firas terus menuju ke kelasnya untuk menghadiri kelas tambahan bagi subjek Matematik Tambahan.

"Petang-petang belajar Addmath." Gumam dia perlahan. Dalam perjalanan, dia menangkap kelibat Akid sedang berdiri di bawah gajah menyusur sambil membaca info di papan kenyataan. Akid menoleh apabila menyedari kehadirannya.

"Kau baca apa?" Firas soal sambil turut membaca info yang dibaca oleh Akid.

"Aku tunggu kau lah,gila. Lambat sangat." Ujar Akid. Firas mencebik. Dia tidak menyuruh Akid menunggu pun. Mereka berjalan beriringan ke kelas.

"So apa jadi kat Wan?" Akid tanya.

"Kena gantung lah"

"Kau?" Firas tidak menjawab sebaliknya dia hanya tersenyum senget. Melihat reaksi rakannya itu, Akid ketawa mengekek. Lengan kanannya melingkar pada bahu Firas.

"Kau memang gila. Plan kau mana pernah tak jadi. Macam mana lah kau boleh tahan diri kau tu. Kalau aku, dah lama si bangang tu masuk hospital kena tibai dengan aku." Ujar Akid. Disebabkan Firas langsung tidak mencederakan Najwan, dia terkecuali dalam hukuman 'gantung sekolah' selama 3 minggu.

"Tapi asal tak kena buang terus? Serabut lah dia tu." Akid tetap tak puas hati.

"Okey lah tu, untuk orang yang pentingkan akademik dalam hidup dia. Kena gantung 3 minggu confirm 'koyak'." Balas Firas. Akid di sebelah mengangguk faham. Baru sahaja mereka ingin menaiki tangga, Firas memberhentikan langkah.

"Aku nak beli air kejap"

"Ha belikan aku punya sekali." Akid ingin mengeluarkan dompetnya tapi ditahan oleh Firas. "Tak payah lah, aku belanja." Mendengar itu, Akid pandangnya dengan penuh sangsi. Ini bukan perkara yang biasa dilakukan oleh Firas.

"Dude, are you dying?"

"Cibai"

Akid ketawa kecil. "Kalau macam tu, belikan aku Milo." Tercengang Firas mendengar permintaan sahabatnya. Bukan apa, air tin Milo adalah minuman yang paling mahal di mesin air sekolahnya. Sengaja lah tu, demand tinggi.

"Iyelah" Firas bersetuju. Dia tak kisah pun membelanja banyak untuk rakannya. Cuma dia tidak pasti yang duit di dalam dompetnya mencukupi atau tidak.

Akid tersengih. "Alright, aku naik dulu." Ujar Akid sebelum sambung menaiki anak tangga untuk ke kelas. Firas pula melangkah ke kanan, menuju ke tempat terletaknya mesin air.

Dari jauh dia dapat melihat sebuah mesin air yang berwarna putih yang terletak di depan bilik sukan. Firas berjalan santai lalu beratur di belakang seorang budak perempuan yang sedang terkial-kial ingin memasukkan dua keping not RM1 ke dalam lubang duit. Firas merenung budak perempuan tersebut dari kepala hingga ke kaki. Ketinggian budak itu yang sama paras dengan sikunya membuatkan dia tertanya-tanya tentang umur dan ketinggian budak tersebut.

'Pendeknya, budak sekolah menengah ke ni?' Bisiknya di dalam hati. Melihat kain sekolah berwarna biru cair yang tersarung menyakinkan Firas bahawa budak di hadapannya ini bersekolah di sini.

'Budak lower form kot.' tekanya. Matanya tertumpu pula pada tangan kanan yang tidak berjejari milik si gadis kecil. Firas hanya memerhati tindak-tanduknya dari belakang tanpa disedari oleh sesiapa. Jangan salah sangka, dia bukan mata keranjang. Dia cuma tidak berpuas hati apabila budak itu membeli 3 tin air Milo, tambahan lagi mesin air ini pula sering menolak duitnya dan berkali-kali budak itu mencuba.

Firas mendengus perlahan. 'Lembab lah. Dia nak beli apa lagi? Dah beli tiga air dah, apahal tamak sangat.' Bebelnya di dalam hati.

Firas yakin budak ini mendengar dengusannya tadi, tapi dia tidak peduli Tidak lama kemudian, mesin air itu menerima wangnya. Budak perempuan itu laju menekan butang yang tertera minuman tin Milo dan terus mencapai air tin dari tempat yang disediakan.

Firas merenung butang merah yang tertera pada mesin. Butang merah itu menandakan minuman tersebut sudah habis terjual. Firas mendecit. 'Habis pulak' Desisnya di dalam hati

Matanya beralih pula melihat gadis kecil yang terkial-kial ingin mengangkat empat tin dengan kedua belah tangannya yang kecil. Tambahan pula tangan kanannya yang cacat menyukarkan budak itu untuk mengangkat sekali gus. Firas mengeluh sambil menguak rambut ke belakang. Dia pula yang merasa jengkel dengan kelakuan kelam-kabut gadis kecil ini. Firas mendekati budak tersebut sebelum merampas dua tin dari tangan kecil itu. Gadis kecil ini tersentak, terus mendongak melihat Firas. Pandangan mereka bersabung untuk beberapa saat sebelum anak mata Firas bergerak pada tag nama yang terlekat pada tudung gadis tersebut.

'Nurul Anis'

••••••••••••••••••••

Kring! Kring!

Jam berbunyi menandakan telah masuk ke angka 11.30 pagi. Waktu untuk Anis patut bersiap untuk ke sekolah bagi sesi petang. Dia menutup jam tersebut dan kembali merebahkan badan diatas katil. Matanya merenung siling sambil mengingati kelakuan pelik abangnya pagi tadi.

Keluar sahaja dari tandas, Anis terus berjalan ke biliknya dalam keadaan yang masih mamai. Dia menggosok matanya yang terasa berat. Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Dia yakin keluarganya masih nyenyak tidur di dalam bilik mereka. Cuma ayahnya sahaja yang tiada di rumah, tidak balik dari pagi.

"ANIS!" Terenjut bahunya apabila ada suara yang memanggil namanya dengan kuat. Matanya yang tadi berat terus terbuka luas. Anis kenal suara yang datang dari bilik sebelah itu. Dia merapat ke muka pintu bilik tersebut sebelum mengetuk perlahan.

"Abang?" Dia memanggil tapi tiada sahutan yang kedengaran. Tidak lama itu ada tangisan perlahan pula yang kedengaran. Tanpa berfikir panjang, Anis terus memulas tombol pintu bilik abangnya. Dia terus menapak ke dalam dan matanya menangkap sosok tubuh terbaring di atas katil single. Dia mendekatinya. Walaupun di dalam bilik itu agak gelap, dia masih dapat melihat dengan jelas wajah abangnya menangis dalam tidur.

Tanpa menunggu lama, tangan Anis laju menggoncang tubuh Akid supaya sedar. "Abang! Bangun!" Dia pula yang berasa risau melihat abangnya itu. Mata Akid yang berair terbuka dan membulat. Akid terpisat-pisat bangun dari pembaringan.

"Abang kenapa?" Anis soal. Akid seakan tersedar yang mata dan pipinya basah, cepat dia mengelapnya menggunakan tangan. Dia kembali merenung Anis. Renungan yang penuh kerisauan. "Kau okey?" Akid soal.

Anis mengangguk dengan muka bingung. Mendengar jawapan adiknya, Akid menghembus nafas lega lalu meraup muka. Dia baring kembali, lengan kanannya menutup kedua belah mata. Anis yang berdiri di sebelah katil masih keliru. "Are you okey?"

"Okey, kau pergi lah sambung tidur." Halau Akid sambil mata tertutup rapat.

"Abang tak sekolah ke?"

"Kejap lagi"

"Anis?" Suara wanita kedengaran di luar biliknya diselangi dengan ketukan pintu sekaligus mematikan lamunannya. Dia masih lagi tidak tahu mengapa abangnya berkelakuan pelik pagi tadi.

"Bangun Anis, pergi sekolah." Kata suara di luar.

"Iya, Mak Som" Sahut Anis sambil bangun dari pembaringan. Dia menggeliat sebelum matanya tertumpu pada lengan kanannya. Di situ terdapat garisan-garisan kecil akibat torehannya sendiri yang telah meninggalkan parut. Dia menggigit bibir bawahnya.

"Apa yang aku buat ni?" Gumamnya perlahan.

••••••••••••••••••••

"Belajar rajin-rajin ya Anis." Ucap lelaki pertengahan tahun itu dengan senyuman manis. Anis hanya tersenyum nipis sebelum keluar dari kereta berjenama BMW Alpina B7 berwarna hitam. Sebaik sahaja menutup pintu, kereta itu bergerak meninggalkannya. Anis hanya melihat kereta dinaiki tadi hilang dari pandangan.

"Bestnya ada personal driver." Anis terus memusing badan ke arah punca suara. Seorang budak perempuan sedang memeluk tubuh melihat Anis.

"Dira..." Anis memanggil. Adira mengangkat kening kirinya. "Best kan?" soalnya lagi, ingin Anis menjawab soalan itu.

"Tak lah...biasa je." Anis cuba merendah diri. Dia tersenyum janggal, tidak selesa dengan soalan Adira.

"Biasa?" Ujar Adira sinis. "Biasa bagi kau, tapi bukan bagi aku. Tengok aku...aku naik van je. Dah la panas, sempit pulak tu. Untung lah jadi kau." Sambung Adira lagi dan membuatkan Anis berasa serba salah.

"Sorry Dira..." Adira ketawa kecil mendengar permohonan maaf Anis. Dia mendekati Anis lalu lengan kanannya merangkul pada lengan kiri Anis. "Kau ni asyik minta maaf je. Aku gurau je lah." Anis mengukirkan senyuman lega. Nasib baik Adira tidak terasa hati dengannya.

"Dah lah, jom masuk kelas. Mesti diorang dah sampai." Kata Adira mesra. Mereka jalan beriringan ke kelas mereka. Sampai sahaja di kelas 1 Al-Biruni, mereka disambut dengan sapaan rakan-rakan mereka.

"Ha sampai pun korang." Maya menyapa.

"Korang ni selalu datang lambat." Nuha pula bersuara.

"Mana ada lambat, biasa je. Korang je yang awal." Adira membidas sambil duduk di tempatnya. Anis di sebelah hanya tersenyum. Dia membuka beg lalu mengeluarkan kotak pensil,buku latihan Tatabahasa dan buku teks mata pelajaran Bahasa Melayu bagi kelas pertama pagi ini. Tiba-tiba Irsya datang ke arah mereka dengan wajah kerisauan.

"Korang! Aku lupa nak bawa buku Tatabahasa. Macam mana ni? Aku dah siapkan dah malam tadi. Dah lah Cikgu Kamariah nak check hari ni."

"Siapa suruh kau tak bawa. Padan muka! Nasib kau lah kena rotan dengan cikgu." Adira cuba ingin menambah lagi kerisauan Irsya. Irsya mendengus marah. "Jahat lah kau ni!" Dia menoleh pula ke arah tiga lagi sahabatnya.

"Maya,Nuha,Anis...macam mana ni?" Dia merengek. Mereka bertiga memandang antara satu sama lain. Jujurnya mereka sendiri tidak tahu apa yang patut dilakukan untuk membantu rakannya itu. Tidak lama kemudian Maya mendapat idea. Mereka semua menumpu perhatian kepadanya

"Apa kata kau pinjam buku Anis" Ujarnya kepada Irsya. Berkerut dahi Anis mendengar cadangan itu. "Maksud kau?" Adira menyoal.

"Sya guna buku Anis bila Cikgu Kamariah check nanti." Jelas Maya. Anis mula tidak keruan mendengar penjelasan itu. Jika begitu, dirinya bagaimana? "Habis tu Anis macam mana?" Nuha menyoal bagi pihak Anis.

"Ni Anis lah, anak Dato' Megat. Penyumbang terbesar kat sekolah ni. Mana ada cikgu yang berani nak rotan dia." Kata Maya. Mereka semua mengangguk setuju kecuali Anis. Anis merasakan cadangan itu tidak beberapa baik kerana dia tidak yakin yang Cikgu Kamariah tidak akan merotannya hanya kerana dia anak penyumbang terbesar di sekolah. Dia ingin menolak idea itu tetapi suaranya bagai tersekat di kerongkong. Tambahan pula mereka semua bagaikan mengharap dirinya setuju untuk membantu Irsya.

"Macam mana Anis? Boleh tak?" Irsya menyoal. Wajah Irsya seakan terdesak ingin persetujuan Anis. Anis diam seketika, memikir mahu bersetuju atau tidak.

"Boleh lah,Anis. Kesian Sya...kau tak kesian dekat dia ke?" Nuha cuba memujuk." Anis merenung Irsya yang seperti ingin menangis. Jatuh kesian pula melihat rakannya itu. Anis menghembus nafas berat.

"Okey lah..." Anis setuju sambil menghulur buku latihan Tatabahasa kepada Irsya. Irsya sambut dengan senyuman gembira.

"Thank you! Anis! Kau memang kawan baik aku." Irsya memeluk tubuh kecil Anis dengan erat. Mereka yang lain hanya tersenyum kecil melihat gelagat Irsya. Anis hanya mampu tersenyum tawar.

"Weh! Cikgu datang!" Jerit salah seorang pelajar lelaki kelas 1 Al-Biruni yang tergopoh-gopoh ingin duduk di tempatnya. Semua pelajar disitu kelam kabut ingin mencari kerusi mereka. Anis menggenggam tangan. Degupan jantungnya mula tidak sekata. Masuk sahaja Cikgu Kamariah ke kelas mereka serta merta kelas menjadi sunyi. Di tangannya menggenggam kemas sebatang rotan panjang. Cikgu Kamariah meletakkan beg tangan dan beberapa buku yang di pegangnya tadi diatas meja guru. Ketua kelas bangun lalu memberi salam dan diikuti oleh pelajar yang lain. Cikgu Kamariah hanya mengangguk.

"Jangan duduk dulu. Keluarkan homework yang saya bagi semalam." Arah Cikgu Kamariah. Kemudiannya Cikgu Kamariah berjalan ke setiap meja dengan rotan panjang di tangan. Matanya bagaikan laser yang memerhati satu per satu buku para pelajarnya. Anis menggigit kuku menunjukkan betapa gementarnya dia.

"Kenapa kamu tak siap?" soal Cikgu Kamariah kepada seorang pelajar lelaki.

"Sa...saya lupa,cikgu." Tergagap-gagap pelajar itu ingin menjawab. "Angkat tangan!" Terenjut bahu Anis mendengar tempikan Cikgu Kamariah. Pelajar lelaki tadi akur.

Zapp! Zapp!

Pelajar lelaki tadi menggenggam tangannya selepas di rotan. Berkerut dahinya menahan sakit.

Melihat reaksi lelaki itu, Anis semakin gementar. Entah kenapa dia berharap supaya Cikgu Kamariah menyemak nama di depan buku latihannya yang sekarang berada di tangan Irsya. Tetapi sangkaan Anis meleset apabila Cikgu Kamariah telah selesai menyemak bukunya itu. Dia mengetap bibir. Tiba sahaja gilirannya Cikgu Kamariah menyoal.

"Mana buku kamu?" Anis tidak terus menjawab. Sebaliknya dia hanya menunduk memandang meja. Dia juga merasakan semua yang berada disitu memerhatinya. Anis mula rasa sesak nafas tapi dia cuba mengawal pernafasannya.

"Anis?"

Takut cikgu di depannya semakin hilang sabar, Anis membalas pertanyaan Cikgu Kamariah. "Saya...tak bawa cikgu. Maafkan saya." Satu dengusan kasar dilepaskan oleh Cikgu Kamariah. "Jangan ingat kamu ni anak dato' kamu boleh buat hal. Saya tak kisah kamu anak dato' ke, anak perdana menteri ke? anak raja ke? Salah tetap salah." Sindir Cikgu Kamariah. Sindiran itu membuatkan mukanya membahang. Malu.

"Angkat tangan!" Anis akur lalu menadah tangan kanannya yang cacat.

Zapp! Zapp!

••••••••••••••••••••

"Sorry Anis!" Irsya memeluk Anis dengan erat sambil tangan kanannya mengusap tangan Anis yang berbirat. Anis hanya tersenyum.

"Aku pun tak sangka Cikgu Kamariah berani macam tu sekali." Kata Maya. Mereka berlima sedang berjalan mahu ke pondok yang selalu dihuni setiap kali waktu rehat tiba.

"Takpe, tak sakit pun..." Tipu Anis. Kini, mereka sampai di sebuah pondok yang di tepinya terdapat pokok-pokok bunga yang mekar. Mereka duduk di atas kerusi konkrit yang dicat cantik berwarna coklat. Mereka semua menjamu selera dengan makanan yang baru dibelinya tadi sambil berbual kosong. Anis kebanyakan hanya mengunci mulut, tidak tahu bagaimana ingin mencelah. Kadangkala dia merasa terpinggir setiap kali mereka berbual. Melihat mereka gelak ketawa tentang lawak mereka yang Anis sendiri tidak faham, dia mengeluh perlahan.

'Aku layak ke berkawan dengan diorang?' bisik hatinya.

"Aku haus tapi tak cukup duit. Korang belanja boleh tak." Pinta Nuha selamba.

"Banyak cantik muka kau. Meminta pulak." Marah Irsya. Nuha mencebik. "Aku memang cantik pun." Irsya membuat muka seperti mahu muntah. Nuha mendekati Anis. Lengan kanan Anis dirangkul.

"Anis...belanja aku, boleh?" Sengaja Nuha mengedip-ngedip matanya, mahu memujuk Anis. Anis merenung Nuha untuk beberapa saat sebelum mengangguk setuju. Lagipun dia ada duit lebih. Dia tidak kisah membelanja untuk rakannya ini.

"Boleh, Nuha nak air apa? Anis belikan." Pelawanya sambil bangun dari kerusi. Tidak tahu mengapa dia mahu pergi dari situ. Sesak pula nafasnya bila berada dengan mereka.

"Untuk Nuha je? Untuk kitorang takde?" Adira pula meminta. Maya dan Irsya mengangguk setuju. Terkebil-kebil Anis seketika. Dia berfikir sejenak. Untuk mereka tidak mengapa kot. Lagipun mereka lah yang sudi berkawan dengannya. Anis rasa inilah masanya untuk membalas budi empat orang rakannya itu.

"Okey, nak air apa?" Soal Anis ramah.

"Air tin Milo!" Jawab mereka serentak. Mereka ketawa kerana tidak menyangka mereka berfikiran sama. Anis turut memasang senyuman. Dia meminta diri dan terus beredar dari pondok itu. Hala tujuannya adalah mesin air yang terletak di hadapan bilik sukan. Nasib menyebelahinya apabila tiada siapa yang sedang membeli air, jadi dia tidak perlu beratur panjang. Anis merenung tin Milo yang berharga RM2. Dia pun tidak pasti duit di dalam dompetnya mencukupi atau tidak untuk membeli empat tin. Anis membuka dompet dan mengeluarkan dua keping not RM1. Duit itu dimasukkan pada lubang duit dan terus menekan butang yang tertera pada minuman tersebut. Dia ulang langkah yang sama untuk membeli tin yang seterusnya.

Derapan kaki seseorang yang mendekati dan terus berdiri di belakangnya. Anis abaikan. Dia tekun ingin memasukkan duit kedalam lubang duit apabila mesin itu tiba-tiba tidak menerima duitnya. Anis mula gugup. Dia tidak mahu mengambil masa disitu kerana ada pembeli lain di belakangnya. Takut pembeli itu hilang sabar. Terkial-kial dia ingin memasukkan duit.

'Terima lah, lagi satu tin je.' Katanya di dalam hati. Satu dengusan kasar kedengaran dari belakang. Anis pasti orang dibelakangnya mula hilang sabar. Oleh itu, dia tidak berani ingin memusing badan ke belakang. Selepas berkali-kali dia mencuba, akhirnya mesin itu menerima duitnya. Pantas dia menekan butang, dengan pantas juga dia ingin mengangkat keempat-empat tin sekaligus. Tetapi tangannya yang tidak berjejari dan kecil menyukarkan Anis. Tiba-tiba ada tangan yang merampas dua tin dari genggamannya. Anis tersentak sedikit. Dia terus menoleh dan mendongak melihat pemilik tangan itu. Mata Anis bersabung dengan sepasang mata hitam pekat milik seorang lelaki.

"Biar aku tolong" Pelawa lelaki itu dingin.

'Dia marah ke?' Fikir Anis. Dia tidak membantah pelawaan itu. Terkebil-kebil Anis apabila lelaki yang berketinggian sama dengan abangnya mula melangkah pergi. Anis berlari anak ingin mendapatkan lelaki itu sambil memeluk dua tin minuman. Mereka jalan beriringan.

"Dekat mana?" Lelaki itu menyoal tetapi Anis kurang mendengar.

"Ha?"

"Kita nak pergi mana?"

"Po-pondok dekat taman bunga" Tergagap-gagap dia ingin menjawab. Maklumlah dia tidak pernah berbual dengan mana-mana lelaki kecuali abang dan ayahnya sahaja. Gugup pula dia rasa, Anis menjeling melihat tag nama yang terlekat pada kemeja lelaki itu.

'Firas Amsyar' Bacanya di dalam hati.

Anis pasti lelaki ini adalah senior di sekolah ini. Dalam diam dia mengamati wajah Firas. Lebam di pipi kiri menyerlah dengan warna kulit kuning langsat Firas. Bibirnya pula luka dan terdapat sedikit darah kering disitu.

'Kenapa? Gaduh ke?' Anis tertanya-tanya.

Walaupun ada kecelakaan di wajahnya, namun ia tidak dapat menutup wajah tampan Firas. Anis terpegun seketika melihat wajah lelaki disebelahnya, hidung yang mancung, mata yang sedikit sepet, tulang rahang yang agak jelas terbentuk, postur badan yang ideal dan- Tiba-tiba bola mata Firas bergerak memandangnya, cepat Anis membuang pandangan ke tempat lain. Iya, lelaki ini cukup tampan tapi Anis rasa pandangan lelaki ini cukup tajam bak helang. Oleh itu dia tidak ingin bertentang mata dengan Firas.

"Lepas aku tolong kau, bagi aku satu." Pinta Firas selamba sambil menayang setin minuman di tangannya.

"Ha?" Anis tidak faham. Firas mengeluh. Rasa jengkel pula apabila Anis asyik tidak memahaminya.

"Aku nak beli air ni tadi, tapi dah habis sebab kau beli tak ingat dunia." Kata Firas satu per satu. Anis berasa serba salah pula. Dia pun tidak sedar air yang dibelinya tadi sudah habis.

"Sorry..." Ujar Anis perlahan. "....saya tak boleh nak bagi abang satu sebab semua itu kawan-kawan saya punya."

"Untuk kawan-kawan? Guna duit kau?" Persoalan Firas membuat Anis tersentak sedikit. Dia menunduk memandang jalan. Kenapa hati dia begitu sakit? Bukankah dia sendiri yang mahu membelanja untuk rakan-rakannya? Anis memasang senyuman nipis. "Saya yang nak belanja diorang." Ujarnya. Firas diam seketika sebelum bersuara...

"Ohh.. belanja" Anis terus menoleh melihat Firas. Lelaki itu masih kekal beriak selamba. Entah kenapa ayat yang keluar dari mulut lelaki ini kedengaran cukup sarkastik di cuping telinganya. Anis melarikan pandangan, tiba-tiba dia merasakan dirinya dipersenda oleh Firas.

Sampai sahaja di tempat mereka tuju, suara Adira, Maya, Nuha dan Irsya riuh dengan gelak tawa mereka. Melihat kehadiran Anis dan Firas, mereka mula berbisik antara satu sama yang lain dan membuatkan Anis berasa bimbang. Mereka tersipu-sipu merenung Firas. Anis dan Firas meletakkan tin minuman yang dibawa dari tadi di depan mereka.Tanpa membuang masa, Firas memusing badan dan ingin melangkah pergi dari situ.

"Abang!" Adira memanggil lembut. Firas berhenti dan menoleh, mengangkat kening kiri. Adira tersenyum manis.

"Nak nombor boleh?" Pinta Adira dengan manja. Maya,Nuha dan Irsya mencebik melihat Adira.

"Gediknya..." Bisik Irsya pada Anis. Anis hanya tersenyum janggal, tidak tahu mahu merespons apa. Dia melihat Firas, menunggu balasan lelaki ini. Firas menjeling tajam Adira sebelum memusing badannya kembali dan melangkah pergi, meninggalkan Adira termangu-mangu.

"What the- dia ignore aku?" Soal Adira tidak percaya kepada rakan-rakannya. Maya, Nuha, Irsya berdekah-dekah ketawa.

"Sebab kau tak cantik!" Ujar Maya. Adira muncung mulut sambil memeluk tubuh, sakit hati mendengar hinaan Maya tambahan pula dia baru sahaja kena tolak.

"Kau bukan tak cantik, Dira. Kau takde ni-" Irsya menggesek ibu jari dengan jari telunjuknya menandakan isyarat 'duit'. "Betul! Kau tengok Anis, ada duit. Mana tak terpikat abang tu." Nuha pula menambah. Sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan Anis.

"Bukan lah! Abang tu tolong Anis je. Bukan ada apa-apa pun! " Suara Anis naik satu oktaf, ingin membela diri. Selepas mendengar tengkingan Anis, mereka berempat melihatnya dengan pandangan yang dia sendiri tidak dapat mentafsir.

"Sorry...Anis bukan marah. Anis cuma-"

"Annoying lah kau ni." Adira potong. Dia bangun dari kerusi dan terus beredar dari situ. Anis mula tidak keruan. Dia tidak suka Adira bermasam muka dengannya nanti. Anis menunduk, tidak berani mahu bertentang mata dengan tiga lagi rakannya. Dia pasti mereka akan menyebelahi Adira.

"Sorry Anis, salah aku. Aku yang mulakan dulu." Nuha meminta maaf sambil menggenggam tangan kiri Anis.

"Yup, kau jangan terasa dengan Dira,eh. Dia emosi sikit. Yelah, baru lepas kena reject." Maya pula memujuk. Mereka bertiga memandang Anis dengan senyuman nipis. Senyuman itu melegakan hatinya yang berkecamuk. Dia menghembus nafas lega sebelum turut melontarkan senyuman. Syukur rakan-rakannya masih menyebelahi dia.

••••••••••••••••••••

Continue Reading

You'll Also Like

80.7K 1.7K 28
𝐀𝐫𝐢𝐚𝐧𝐧𝐚. For 11 years of her life Arianna has been pushed, beaten and forced to become a top assassin. At the age of 5, little Arianna was kid...
29K 1.1K 32
She was careful He was careless she was uptight him, the opposite she was serious he was playful like fire and water lava and ice they were opposite...
23.3K 588 20
Naruto Uzumaki is the eldest of four siblings, born into the Uzumaki family, renowned for their strong chakra and their special connection to the Nin...