Kelas DSB

By farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... More

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

MUSIM 2: BAB 4-KOD

174 29 60
By farid5attar

Seminggu berlalu bersama Khairil Ihsan.

"Baiklah. Jaga diri ya balik rumah tu. Cikgu nak ke beli Yong Taufu dekat Shanghai. Yi, er, san. Go!" kata Cikgu Wan berdiri di muka pintu.

Cikgu Wan terus terbang keluar begitu sahaja. Para pelajar mengeluh melihat gurunya bertindak sesuka hati.

"Haih... Cikgu Wan ni..." keluh Siti Zulaikha.

"Selalu pergi macam tu je," kata Zafina Shahira, dingin.

"Dah la tu. Jom jumpa Cikgu Neraka," kata Hasbi cuba tenangkan situasi.

Para pelajar perempuan bergerak ke luar dari kelas.

"Saya balik dulu ya. Jumpa esok," sapa Farah Yasmine menggalas beg sekolahnya.

"Ya, jumpa esok," balas Iskandar.

Para pelajar lelaki pula masih belum mahu pulang. Malah, tertarik dengan kereta kebal kawalan jauh yang direka oleh Khairil Ihsan.

"Wah! Kau buat sendiri ke?" puji Ilman Faiz, kagum.

"Ya. Sejak aku kerja dekat kedai elektrik ayah aku, aku banyak belajar tentang barang-barang elektrik dan elektronik," jelas Khairil Ihsan menumpu pada video yang terpapar pada alat kawalan jauh itu.

"Kau pasang kamera ke?" soal Immanuel menyibuk.

"Yang tu... aku yang letak," celah Fauzi membetulkan cermin matanya.

Khairil Ihsan mengawal kereta kebal kawalan jauhnya. Laju dan lincah. Mereka yang melihat kereta kebal kecil itu pasti mengaguminya.

"Korang nak tahu tak kelemahan terbesar Cikgu Wan?" kata Khairil Ihsan sambil bermain alat kawalan jauh.

Mata mereka tertumpu pada wajah lelaki itu.

"Waktu aku di bawah jagaan Puteh, aku jadi bahan ujikaji, macam Cikgu Wan, lebih kurang. Puteh bagitahu aku kelemahan terbesar kami berdua... iaitu jantung," terang Khairil Ihsan tanpa emosi.

"Jantung?" kata mereka yang mendengar kata-kata lelaki itu.

Khairil Ihsan hanya mengangguk kecil.

Dari ruang Stratosfera, Cikgu Wan merasakan sesuatu di jangkaannya.

"Rasanya, dia dah bagitau kelemahan terbesar aku," monolog Cikgu Wan bersangka.

Kelemahan Cikgu Wan #26

Jantung

"Betulkah?" kata Zulhilmi ingin kepastian.

"Dekat bawah tali leher Cikgu Wan tu tempat jantung dia berada," terang Khairil Ihsan lagi.

Dalam asyik bermain kereta kebal kawalan jauh sampai keluar kelas, suara para gadis jelas didengar dari rakaman pada alat kawalan itu. Mereka memerhati video secara langsung itu. Pelajar perempuan berjalan keluar dari bilik guru.

"Okey, Cikgu Neraka. Kami balik dulu ya," kata Zafina Shahira melangkah keluar.

Tanpa disengaja, rakaman video pada alat kawalan itu terakam sesuatu dari bawah. Masing-masing merah muka.

"Kau nampak tak apa benda tu?" soal Hanif mula berdarah hidung.

"Aku rasa macam nampak sesuatu," kata Immanuel berfikir.

"Sama," kata Zulhilmi mencelah.

Iskandar hanya memerhati dari jauh. Jangan cakap yang korang nampak seluar dalam perempuan, kata hatinya.

"Tapi, tak jelaslah," kata Raivendra tidak puas.

"Aku cadangkan kita guna kanta fisheye," kata Fauzi memperbetulkan cermin matanya.

"Fauzi!" balas mereka.

Penasihat:

Fauzi

"Tak apa. Kamera aku ada kanta tu," celah Hanif tersenyum nakal.

Jurukamera:

Hanif

Hanif memandang kotak hitam, tempat tinggal Ruby. "Ruby."

Ruby munculkan diri pada skrin kotak besar itu. "Ya, Hanif."

"Tolong carikan beberapa buah kedai kamera. Lepas tu, analisis kualiti dan harga."

"Baik." Skrin kembali terpadam.

Khairil Ihsan mengawal kereta kebal ke pintu keluar blok.

"Okey, keluarlah!" kata Zulfadlie menonton rakaman itu.

Maka, kereta kebal kawalan jauh itu dipandu keluar dari blok kayu itu. Hakikatnya, kereta kebal itu terbalik akibat bentuk muka bumi yang tidak rata. Mereka yang menonton video itu terdiam.

"Dah terbalik," kata Khairil Ihsan tanpa emosi.

"Tak apa. Aku betulkan," kata Faiz dengan kelajuan pantas keluar dari kelas.

Kru Penyelamat:

Faiz

Sementara itu, mereka yang lain berfikir tentang kereta kebal itu.

"Hmm... bunyi kereta kebal tu boleh menarik perhatian orang sebab transmission. Esok, aku bawa transmission yang aku buat. Mungkin boleh perlahankan kereta kebal tu. Kereta kebal tu macam motosikal juga. Aku tahu pasal ni," terang Syamil tersengih.

Penyokong Rancangan Sistem Pemanduan:

Syamil

"Boleh juga. Aku tolong cat kereta kebal tu ala-ala camouflage sebab kelas kita dekat dengan hutan. Boleh jadi penyamaran dekat sini," kata Zulhilmi mengeluarkan warna air dari begnya.

Pengurus Penyamaran:

Zulhilmi

"Bagus idea tu. Aku pula akan buat pelan kawasan ni sebab aku dah tahu selok-belok kawasan ni," kata Immanuel meletakkan jarinya di dagu.

Pelukis Pelan:

Immanuel

Dari jauh, Iskandar hanya memerhati gelagat rakan sekelasnya. Macam skuad mengintai seluar dalam perempuan je, desis hatinya.

"Baik, kita tunggu esok!" kata Hanif bersemangat.

***

Esoknya, para pelajar lelaki berkumpul untuk misi khas mereka. Kotak transmisi yang diubahsuai, diletakkan di meja Khairil Ihsan.

"Aku dah ubahsuai transmission semalaman," kata Syamil.

Sebungkus roti capati turut diletakkan di atas meja.

"Err... Roti capati yang kau order semalam tu dah sampai," kata Raviendra.

Pembekal Makanan:

Raviendra

Khairil Ihsan hanya berdiam sambil mengubahsuai kereta kebal kawalan jauhnya. Dia meletakkan kereta kebal itu ke lantai lalu mengawalnya. Kereta kebal kecil itu dikawal keluar kelas, meluru ke hutan.

Tiba-tiba, sesuatu benda dilanggar kereta kebal itu.

"Kau langgar apa tu?" soal Immanuel, hairan.

Seekor musang memandang kereta kebal itu lalu mendekatkan hidungnya ke kamera pada kereta kebal itu. Situasi menjadi panik seketika.

"Wargghhh!!! Musaaaaangggg!!!" jerit mereka.

Serta-merta, Khairil Ihsan menekan butang merah pada alat kawalan.

Bang! Sebutir peluru kecil dilepaskan.

Tembakan tepat mengenai hidung musang itu. Haiwan itu mengancam kereta kebal itu kerana cuba menyerang.

Akibatnya, kereta kebal menjadi rosak teruk apabila dibawa balik ke kelas.

"Haih... kita lupa bahagian peluru," keluh Raviendra.

"Erfan jadi Gunner la," arah Immanuel.

Erfan Shafiq kehairanan. "Aku tak kata apapun."

Gunner:

Erfan Shafiq

Sudah terlambat untuk bersuara. Erfan Shafiq terpaksa sertai skuad itu.

"Apa yang korang sembangkan ni?" kata Siti Zulaikha memegang bahu Hanif dari belakang.

"Pasal misi..." Mata Hanif dijeling ke arah gadis itu.

"Misi apa?" celah Siti Zulaikha dengan jelingan maut.

"Err..."

Gadis yang baru tiba, turut berasa geram dengan karenah gatal pelajar lelaki itu. Iskandar hanya memerhati mereka sahaja tanpa mencampur tangan. Farah Yasmine berdiri di sisi lelaki itu.

"Selamat pagi. Apa yang kecoh pagi ni?" kata Farah Yasmine memandang pelik.

"Entahlah," balas Iskandar, kekok.

Alif Najmi muncul kemudian dengan beg sandang. "Apa kecoh-kecoh ni?"

Khairil Ihsan tanpa pedulikan mereka yang lain, mendekati Alif Najmi. "Ada tempat nak ponteng kelas, tak? Aku nak ponteng ni."

"Haa... boleh juga. Jom! Ikut aku."

Maka, Alif Najmi dan Khairil Ihsan berjalan keluar dari kelas, mahu ponteng.

***

Setelah waktu rehat, dua pelajar tadi kembali ke kelas. Mereka duduk di tempat duduk masing-masing. Zulfadlie mendekati kawan barunya itu.

"Oi, harimau kecil," panggil Zulfadlie.

Khairil Ihsan memandang Zulfadlie dengan muka kosong.

"Kau panggil dia harimau?" kata Raviendra, hairan.

"Dia kan pernah jadi harimau?" balas Zulfadlie kepada Raviendra.

Amira munculkan diri dengan langkah cerianya. "Comel apa panggil harimau?"

"Comel macam tuan badan jugalah" puji Hasbi munculkan diri pula.

Rambut Khairil Ihsan diusap manja oleh Siti Zulaikha. Bahunya pula diurut Zafina Shahira dari belakang.

"Hmm... Jarang bersenam juga kau ni," kata Zafina Shahira merasai bahu lelaki yang keras itu.

Dari muka pintu, Iskandar melihat Khairil Ihsan dikelilingi para gadis pula. Semalam, dengan lelaki. Hari ni dengan perempuan pula. Telinga Iskandar menangkap keluhan dari Faiz. Pandangan dibuang ke arah lelaki itu.

"Kenapa ni?" kata Iskandar kepada Faiz.

"Mak ayah aku selalu panggil aku 'Adil' tapi letak nama Faiz. Aku tak fahamlah," kata Faiz kemurungan.

"Sebab mak ayah kau polis. Dah kena dengan keadilan tu. Itu yang panggil Adil."

"Tapi aku tak nak. Aku dah terbiasa dengan Faiz. Lepas SPM nanti, ayah nak tukar nama aku jadi Adil. Waktu SPM result nanti, nama Adil yang keluar nanti."

"Alaa... Mak aku selalu panggil aku Mufida dari Najwa. Dia pernah hidap histeria waktu dulu. Sebab tu, aku lagi suka kegelapan," celah Najwa Mufida munculkan diri.

Najwa Mufida terus tunjukkan wajah seramnya. Sedikit tidak menakutkan Faiz.

"Tengok. Muka macam Mufida, kan?"

"Err... Ya," balas Faiz, kekok.

"Apa yang korang sembangkan ni?" kata Alif Najmi munculkan diri.

"Pasal nama."

"Oh, pasal tu."

"Ya tak ya. Kenapa orang gelar kau musang?" tanya Farah Yasmine, pelik.

"Apa? Aku okey je. Nak ceritakan, panjang juga." Alif Najmi mengurut belakang lehernya.

Fikirannya terimbas kisah lamanya, sebuah kemalangan yang libatkan keluarganya. Seorang kanak-kanak perempuan berada di ribanya.

"Jimmy."

Pandangan sekilas dibuang ke arah rakannya.

"Apapun, aku okey je," kata Alif Najmi menyimpan kisah lamanya.

Cikgu Wan muncul di muka pintu. "Selamat pagi, kelas. Apa yang kamu bualkan ni? Dari luar, cikgu boleh dengar."

"Pasal nama Faiz ni. Ayah nak tukar nama dia jadi Adil," lapor Iskandar.

"Begitu ya," balas Cikgu Wan menyentuh dagunya.

"Apa nama sebenar Cikgu Wan?" soal Amira ceria.

"Kan dah diberi nama? Buat apa nak tahu?" kata Immanuel, dingin.

"Alaa... tanya je."

"Cikgu masih tak puas dengan nama tu," kata Cikgu Wan meluah.

"Eh! Cikgu tak suka ke?" kata Farah Yasmine, hairan.

"Bukan tu maksud cikgu. Cikgu suka kamu panggil Cikgu Wan, tapi dua guru kamu tu. Diorang langsung tak sebut nama tu walau sekali. Cikgu Danial selalu panggil, 'Hoi', 'Kau dekat situ'. Cikgu Neraka kamu tu pula panggil, 'Wei', 'Harimau'. Diorang langsung tak sebut Cikgu Wan," luah Cikgu Wan murung.

Danial Nabil dan Niratcha yang berjalan di koridor, terdengar luahan Cikgu Wan. "Apa?"

Pap! Satu tepukan menarik perhatian mereka.

"Apa kata kita guna kod nama setiap seorang? Macam pembunuh dekat Pulau Langkawi dulu. Nampak hebat, bukan?" cadang Puteri Atikah.

"Boleh juga," balas Iskandar bersetuju.

"Okey! Kita buat kod nama masing-masing. Buat empat nama. Satu untuk kod nama sendiri. Tiga kagi untuk cadangan kod nama cikgu kita," kata Ilman Faiz.

"Baik," balas satu kelas.

***

Di tengah hutan yang sunyi, suatu suara bergema ke sekeliling.

"Bola! Bola! Dengar, tak?" kata Cheng kepada Zulhilmi menerusi walkie-talkie.

"Dengarlah ni. Apa situasi Lukisan dekat sana?" balas Zulhilmi yang bergelar Bola.

"Joe dan Sniper dah sedia di lokasi serangan," lapor gadis Cina yang digelar Lukisan.

Ilman Faiz dan Farah Wahida menyorok di sebalik semak. Oleh kerana pangkat presiden, gelaran Joe diambil atas sebab tajuk lagu President karya Joe Flizzow. Farah Wahida pula digelar Sniper atas kemahiran menembak jarak jauh.

Tiba-tiba, Danial Nabil muncul dengan larian ninja. Ilman Faiz dan Farah Wahida terlepas sasaran.

"Lemah! Kamu kena lebih peka terhadap gerakan musuh," cemuh Danial Nabil bergelar Lembab.

"Playboy, Lembab lari ke arah kau," lapor Ilman Faiz.

Immanuel bergelar Playboy bersedia untuk menyerang dari semak sebaik mendengar panggilan itu. Sayangnya, Danial Nabil lebih laju dari jangkaan menyebabkan Immanuel gagal menembak Danial Nabil.

"Lajunya," keluh Immanuel berpeluh. "Aku tak sempat tembak dia."

"Kumbang, Game, Pengarah, bersiap sedia," arah Ilman Faiz.

Wahida bergelar Game, Sharanya bergelar Pengarah dan Amira bergelar Kumbang terus menghalang laluan Danial Nabil. Amira mahu melepaskan tembakan tetapi Danial Nabil terlebih dahulu memintas mereka.

"Terlepas!" kata Sharanya.

"Tak apa. Serahkan pada kami," kata Zulfadlie bergelar Raja.

"Rossi! Capati! Elektrik! Kejar Lembab tu," arah Zulfadlie lagi, macam raja gila kuasa.

Syamil yang digelar Rossi dan Raviendra yang bergelar Capati terus turun dari dahan pokok lalau mengejar Danial Nabil dari belakang. Khairil Ihsan yang digelar Elektrik menanti sasaran di hadapan. Danial Nabil berlari sambil menganalisis situasi.

Dua di belakang. Satu di hadapan. Pasti ada serangan hendap, desis hati Danial Nabil.

Mata Danial Nabil meninjau sekeliling lalu mengesan Siti Sarah dan Farah Yasmine.

"Racun, Leper, saya dah nampak kamu," kata Danial Nabil.

Dua gadis yang cuba serang hendap itu mengeluh.

"Haih... Macam mana dia tahu?" keluh Siti Sarah bergelar Racun.

"Entah. Laju pula tu," akur Farah Yasmine bergelar Leper kerana bentuk dada yang leper.

Tanpa disangka, Siti Zulaikha, Zafina Shahira dan Iskandar muncul dengan senjata paintball. Tembakan dilepaskan. Danial Nabil berjaya mengelak peluru.

"Tak perasan pula mereka dekat situ," monolog Danial Nabil menyorok di sebalik batu besar.

"Jantina, gerak ke kanan. Amerika, gerak ke kiri," arah Siti Zulaikha bergelar Janda Muda.

Iskandar dan Zafina Shahira mengikut arahan, mendekati batu besar itu dari arah berlainan. Iskandar digelar Jantina akibat kebolehan berlakon seperti perempuan biarpun lelaki manakala gelaran Amerika bagi Zafina Shahira disebabkan kebolehan berbahas Inggeris.

Sebaik mereka mendekati batu, mereka dapati Danial Nabil hilang.

"Dia dah terlepas!" kata Iskandar.

"Tak apa. Aku dengan Drama dapat kejar dia," kata Hanif menerusi walkie-talkie.

Fatin Shahira yang bergelar Drama cuba berlari lebih laju mengejar Danial Nabil. Hanif tiba-tiba berhenti berlari.

"Sekejap!" kata Hanif memegang perutnya.

Fatin Shahira turut berhenti berlari. Dia memandang Hanif. "Dah kenapa ni, Penggatal?"

Hanif bergelar Penggatal memegang perutnya. "Senak perut ni lari."

Fatin Shahira memegang walkie-talkie. "Terdapat masalah teknikal di sini. Musang Berjanggut, giliran kau."

Mendengar arahan itu, Alif Najmi yang bergelar Musang Berjanggut mula bertindak di sebalik penyamaran daun-daun bersama Erfan Shafiq yang digelar Peluru.

"Peluru, siap sedia," pinta Alif Najmi meneropong dalam keadaan meniarap.

Erfan Shafiq bersedia dengan sniper. Kelihatan susuk tubuh Danial Nabil berlari berada di depan mata mereka.

"Tembak!" arah Alif Najmi.

Bang! Satu tembakan jarak jauh dilepaskan.

Danial Nabil mengelak peluru itu. Badannya mula tidak stabil. Matanya tertumpu susuk tubuh seorang pelajarnya, Faiz.

"Adil!"

Dua pucuk pistol diacu tepat ke arahnya.

Bang! Bang!

***

Kesan tembakan ditunjukkan kepada para pelajar di kelas.

"Jadi, macam mana seharian dengan kod nama masing-masing?" kata Cikgu Wan berdiri di depan kelas.

"Seronok," balas Puteri Atikah bergelar Atlet.

"Bila-bila masa kita buat lagi," kata Hasbi bergelar Facebook, ceria.

"Hmm... tapi kan? Kenapa aku dipanggil Kotak?" tanya Ruby digelar Kotak berfikir.

Silvaprea bergelar Ibu yang duduk di hadapan Ruby, memandang gadis dalam skrin kotak itu. "Sebab kau selalu tinggal dalam kotak tu."

Cikgu Wan berdiri di depan Faiz lalu memegang bahu lelaki itu. Faiz mendongak, memandang gurunya.

"Jadi, Faiz. Mulai hari ni, cikgu akan panggil kamu, Adil. Boleh?" kata Cikgu Wan, lembut.

Faiz atau Adil tersenyum kecil. "Boleh."

Cikgu Wan memandang pelajar kelas itu. "Baiklah, murid-murid. Cikgu ada nama baru untuk kelas 5F."

"Nama kelas?" kata Iskandar kehairanan.

"Nama apa tu? Macam menarik je," kata Immanuel tersenyum kecil.

"Nama baru kamu ialah..." Kata-kata Cikgu Wan tergantung seketika.

Satu kelas menepuk meja, seperti bermain dram. Masing-masing menanti jawapan.

"Kelas DSB!" jerit Cikgu Wan.

"Wahhh!!!" sorak satu kelas kagum.

"Nanti." Namun, sorakan itu lenyap tiba-tiba.

"Apa?" Mereka kebingungan.

"DSB tu apa?" soal Amira tidak tahu, sungguh.

"DSB tu singkatan bagi Diploma Seni Bina di Institusi Pengajian Tinggi. Dalam Kesasterawan Melayu, DSB singkatan bagi 'Dan sebagainya'. Dalam konteks luar negara pula, DSB merujuk kepada Ducati Sud Belgio di Belgium. Boleh juga jadi Death Star Battle dalam permainan video Star Wars. Ada banyak lagi perkataan yang boleh dipanjang melalui DSB mengikut kreativit masing-masing. Tapi, dalam konteks Cikgu Wan, DSB bermaksud... Diploma Seni Bunuh," terang Ruby menganalisis.

"Betul tu," kata Cikgu Wan mengangguk kecil.

"Jadi, nama kamu akan ditukar dari Kelas 5F kepada Kelas DSB. Pastikan kamu dapat bunuh cikgu sebelum bulan April tahun depan ya," katanya lagi.

Dengan nama kelas baru, para pelajar bersemangat untuk membunuh sasaran mereka.

"Baiklah. Hari ni, kamu kena panggil cikgu... Putera Phoenix Angin Abadi!" kata Cikgu Wan tersengih.

"Kami tak nak!" balas satu kelas lantas melepaskan tembakan ke arah Cikgu Wan.

Sebenarnya, secara bulat suara, satu kelas menggelar Cikgu Wan, Harimau Lengkuas Gatal Penakut.

"Okey, cukup untuk hari ni. Jaga diri baik-baik ya," pinta Cikgu Wan terus terbang keluar dari kelas.

Para pelajar bangun dari tempat duduknya. Masing-masing mengeluh.

"Jomlah balik," ajak Ilman Faiz.

"Okey," balas Immanuel.

Maka, mereka semua berjalan keluar dari kelas. Fauzi yang digelar Cermin Mata (LOL) mengemas begnya.

"Kenapalah aku rasa pelik bila orang panggil Cermin Mata?" monolog Fauzi memperbetulkan cermin mata.

"Apa yang peliknya? Yang lagi pelik bila orang panggil aku, Hantu," kata Najwa Mufida yang digelar Hantu.

Iskandar melangkah keluar dari kelas bersama Farah Yasmine. Alif Najmi hanya mengekori dari belakang mereka.

"Oh, ya! Cikgu Neraka digelar apa?" tanya Farah Yasmine.

"Cikgu Neraka..." kata Iskandar tergantung.

"Selamanya Neraka," celah Alif Najmi, sinis.

***

Arif Hakimi memasuki bilik pengetua sekolah untuk menemui datuknya.

"Kamu datang sini sebab nak cakap pasal Ujian Bulan September ke?" soal Farid Sattar duduk menghadap luar tingkap.

Arif Hakimi terdiam. Macam tahu-tahu sahaja pertanyaan yang hendak diajukan.

"Tak lama lagi akan ada Hari Sukan. Saya nak tengok kamu bergelut macam mana nanti dengan kelas belakang tu," kata Farid Sattar lagi.

Pelajar dari kelas 5A itu melangkah keluar dari bilik tanpa kata. Mindanya bercelaru buat masa kini.

"Aku akan kalahkan kelas tu nanti," monolog Arif Hakimi bertekad.

#vote

Continue Reading

You'll Also Like

2.3K 221 9
🔴SEDANG BERLANGSUNG!🔴 Menggabungkan konsep NanoWrimo dan Open Novella Contest, kami sekali lagi dengan bangganya membawakan kepada anda, INKFINITY...
391K 14.1K 30
Mengisahkan seorang gadis yang telah terpilih sebagai Pahlawan Shadow Hunter bagi melindungi sebuah negara yang bakal menghadapi peperangan. Tugas i...
186K 10.3K 50
Yang pasti cinta itu buta.
65.7K 196 4
Perkongsian tentang perkara yang menjadi mitos dalam masyarakat.