[OG] Pujaan Hati Mr Headprefe...

By wanyhoney

210K 16.5K 21.5K

selamat datang ke penerbangan wany airlines ♡ + saya wanymadu, ketua juruterbang bagi penerbangan merentasi d... More

00 : 00
00 : 01
00 : 02
00 : 03
00 : 04
00 : 05
00 : 06
00 : 08
00 : 09
00 : 10
00 : 11
00 : 12
00 : 13
00 : 14
00 : 15
00 : 16
00 : 17
00 : 18
00 : 19
00 : 20
00 : 21
00 : 22
00 : 23
00 : 24
RAYA BERSAMA PHMH
00 : 25
00 : 26
00 : 27
00 : 28
00 : 29
00 : 30
00 : 31
00 : 32
00 : 33
00 : 34
00 : 35
00 : 36
00 : 37
00 : 38
00 : 39
00 : 40

00 : 07

5.5K 437 199
By wanyhoney


« who is she?  »

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

enjoy reading my blueberries ♡

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"BALIK kampung... ohoho balik kampung~"

Amelia menyanyi riang sambil melipat beberapa helai baju t-shirt nya lalu menyusun rapi baju itu ke dalam sebuah beg hitam.

"Tak sabar aku nak jumpa parents aku. Dah 2 minggu kot tak balik. Aku nak peluk mak aku ketat ketat." Diyana tersenyum sendiri di bucu katil.

"Untung ah balik rumah. Aku ni pulak kena balik rumah kakak aku. Dahlah ada abang ipar aku tu. Terpaksa lah aku bertudung 24 jam non stop. Nak balik JB!" Raysha mencebik.

Dia lantas melabuhkan punggung  di sebelah Syuhada yang sedang sibuk memasukkan beberapa buah buku novel ke dalam sebuah beg.

Syu memang hantu novel. Bagi la genre apa pun. Semua dia minat dan baca. Walaupun dah habis baca, dia akan ulang baca lagi sampai dia betul betul hafal jalan cerita novel tu. Koleksi novel dia pun berlambak.

"Mak kau tak bagi duit tambang bas balik JB ke?" soal Afieya sambil menghirup air kotak berperisa anggur di tangannya.

Piya ni memang jenis tak kisah. Dia tak kemas barang pun lagi walaupun jam dah hampir menunjukkan pukul 5 petang.

5 petang ialah waktu pelepasan semua murid yang menetap di asrama untuk pulang ke rumah masing masing. Nanti kalau mak bapak dia dah sampai, dia capai je beberapa helai t-shirt kat dalam loker tu lepastu sumbat dalam beg. Pemalas!

"Mak aku kata tak payah balik. Membazir. 3 hari je pun."

Raysha sebenarnya menetap di Johor Bahru. Jauh kan? Aku sendiri pun tak tahu kenapa dia boleh sekolah sampai ke Kuala Selangor ni. Baik cari sekolah yang dekat area rumah. Senang.

Kalau pihak asrama benarkan pelajar balik rumah masing masing, dia akan balik rumah kakak dia dekat Puchong. Dan setiap kali nak balik, dia akan merungut dan membebel.

Semuanya sebab malas nak pakai tudung dalam rumah. Cha ni. Benda kecik je pun. Suka sangat besarkan benda yang kecil.

"Ara, kau okay tak? Kenapa senyap je dari tadi? Selalunya, kau yang paling excited bab bab nak balik ni."

Aku yang sedang duduk di meja belajar ku sambil melontarkan pandangan ke luar jendela tersentak apabila mendengar namaku disebut.

Aku menoleh ke arah rakan rakanku. Masing masing memandangku, menunggu jawapan.

"Aku okay," balasku sebelum kembali melontarkan pandangan ke luar. Barang barang semua aku dah siap kemas dan letak dekat bucu katil.

Rakan rakanku berpandangan sesama sendiri.

"Kau still fikirkan hal dalam kelas tadi?" Soal Diyana.

Aku hanya mendiamkan diri. Aku tak tahu lah kenapa sejak dua menjak ni, banyak pulak masalah yang muncul. Masalah dengan cikgu, Izwan, Bella.

Aku melepaskan keluhan berat sebelum meraup wajahku kasar. Ya Allah. Sumpah aku stress.

"Ala, chill la. Tak payah fikir sangat. Aku tak rasa pun benda tu benda besar. Budak budak gedik tu je yang melebih nak serang serang kau bagai."

"Nasib baik Izwan ada masa tu. Kalau aku ada dekat situ, memang makan penampar jepun aku lah Bella si minah berlagak tu."

Afieya membebel sambil gigit straw.

Aku dah ceritakan semua yang jadi tadi pada mereka semua.

"Haah, Ara. Kenapa kau nak kena serabutkan fikiran kau untuk fikir pasal masalah ni je? Dia orang tu saja je nak cari pasal. Nak tengok kau marah marah. Lagi kau fikir, lagi kau serabut. Dah. Tak payah fikir pasal benda ni lagi okay?"

Syuhada menghadiahkan sebuah senyum manis kepadaku.

Tak kisah la apa pun yang dia orang cakap, aku masih tak boleh lupakan apa yang jadi harini.

"Aku pelik. Kenapa diorang layan aku macam ni? Dari dulu lagi. Diorang tak pernah puas hati dengan aku. Ada je benda yang tak kena. Apa salah aku? Aku penat la macam ni," entah kenapa tiba tiba aku rasa sebak.

"Aku tak pernah pun cari pasal. Tapi diorang tak habis habis kacau aku. Aku rasa macam... hidup aku tak tenang kat sekolah ni. Ikutkan hati aku, memang dari dulu lagi aku dah angkat kaki blah dari sekolah ni. Aku stay sebab aku fikir pasal parents aku je."

"Haters gonna hate," Diyana bersuara mendatar.

"But the best will stay," sambung Diyana sambil tersenyum ke arahku.

Aku membalas senyuman Diyana dengan sebuah senyuman tawar.

"Oh ya... tadi masa aku beli air ni kat vending machine sebelah dataran, aku terserempak dengan Izwan. Dia kata, dia nak jumpa kau." Afieya menyedut air kotaknya buat kali yang terakhir sebelum mencampakkan kotak kosong itu ke dalam tong sampah.

Aku terdiam.

"Wuu. Abang headprefect kita nak jumpa kak long kita la... so fishy!" Amelia tersenyum nakal.

Aku capai bantal busuk Raysha di atas meja belajar ku dan mencampakkannya tepat ke wajah Amelia.

"Goal!" Aku tersengih.

Rakan rakanku yang lain terus ketawa terbahak bahak bila melihat wajah cemberut Amelia.

"Iee apa ni main baling baling bantal! Cha, dah berapa lama kau tak cuci bantal kau ni? Bau ketiak Piya lagi wangi dari bantal busuk kau."

"Apahal ketiak aku pulak jadi mangsa ni? Meh sini. Bagi aku bau ketiak kau. Entah entah lagi busuk dari ridsect." Afieya berlari ke arah Amelia dengan wajah tak puas hati.

"Andwae! Jangan! Aku tak mandi lagi sejak pagi tadi!"




















❀❀❀

"CINTA sejati boleh diibaratkan sebagai pengakhiran kepada sebuah penantian. Penamat selepas permulaan. Pelabuhan selepas pelayaran."

"Euw."

Aku menutup kulit buku novel merah jambu itu dengan pantas.

Aku tak suka baca pasal cinta, dengar pasal cinta, dengar lagu cinta dan semua yang berkaitan dengan cinta.

Kurang asam punya Cha. Aku suruh dia pinjamkan buku yang best best dekat library sebab aku nak baca sepanjang cuti. Dia boleh pulak pergi ambik buku pasal cinta cinta?

Yela. Duduk rumah pun, aku bukannya ada teman nak main. Waaa... kenapa la aku dilahirkan sebagai anak tunggal?

Aku menghayunkan kaki ku beberapa kali. Semua orang dah balik ke? Kenapa aku sorang je yang ada dekat bus stop ni?

Kawan kawan aku yang lain semua dah balik. Dorm pun dah kosong tadi. Sebab tu aku tunggu dekat bus stop.

Persoalan yang bermain di benak fikiran aku sekarang ni...

Mana ummi? Dah nak dekat pukul 6:30. Takkanlah lupa nak ambil aku kot. Aku dah spam whatsaap tadi.

"Eh... Laura!"

Aku menoleh ke arah suara tadi. Senyuman ikhlas aku lemparkan pada Nazrul dan Amierul.

"Sorang je ke?" soal Amierul sambil melabuhkan punggung di sebelah ku. Tak ada lah dekat sangat.

Ikhtilat kena jaga ya, anak anak.

"Kau ada nampak orang lain ke kat sini?" aku menyoal kembali dengan nada usikan.

Amierul sekadar ketawa kecil.

"Kau dengan perangai suka menyakat tu memang tak boleh dipisahkan eh?"

Aku mencebik.

"Kenapa kau tak balik lagi?" Nazrul memandangku.

Aku memang respect Si Nazrul ni. Dah lah hensem, segak bergaya, ketua Biro Kerohanian badan pengawas. Sopan je orangnya. Perangai dia sebijik macam perangai Syu.

Dia pun antara hot stuff kat sekolah ni. Tapi tu la. Sorry. Dia memang takkan layan mana mana perempuan yang luahkan perasaan kat dia walaupun perempuan tu menangis keluar air mata darah sekalipun.

Aku menggeleng.

"Entah la mak aku ni. Dah sejam aku tunggu kat sini. Batang hidung mancung dia tu pun aku tak nampak lagi."

"Korang pulak? Kenapa baru keluar?" aku memandang wajah mereka berdua silih berganti.

"Susah jadi pengawas ni. Kitorang kena pastikan kawasan sekolah sunyi sepi dulu baru kitorang boleh balik. Tadi kitorang baru habis buat rondaan dekat belakang Blok K," jelas Amierul sambil melepaskan keluhan berat.

Aku hanya mengangguk. Nasib baik aku tolak tawaran jadi pengawas masa form 1 dulu. Aku bukannya rajin sangat nak buat rondaan bagai ni. Marah dengan denda orang tu aku suka la.

"Tapi kan. Aku lagi kesian dekat Izwan."

Aku tersentak apabila nama itu keluar dari mulut Nazrul.

"Kenapa pulak dengan dia?" soalku.

Entah kenapa rasa curious pulak.

"Dia tu lagi la kena teruk. Kalau balik asrama, tak pernah balik awal. Paling awal dia balik, lepas maghrib."

Aku mengerutkan dahi.

"Kenapa lambat sangat? Dia join cleaner basuh tandas ke apa?"

"Dia banyak kerja. Kena pastikan semua report badan pengawas ada atas meja cikgu. Lepastu, semua report nama dan kesalahan murid di hantar ke unit disiplin. Bukan tu je, dia kena masuk meeting dengan pihak unit disiplin jugak."

Ternganga aku mendengar penjelasan Nazrul.

"Wuish. Serius ah. Busy dia mengalahkan Syed Saddiq je bunyinya. Dia tak stress ke?" soalku lagi.

Amierul mengangguk.

"Mestilah stress. Tapi nak buat macam mana. Tu semua tanggungjawab dia sebagai Ketua Pengawas dan Ketua Pelajar."

"Tapi, Wan tu bukan jenis suka kongsi masalah dia. Dia nampak je cool macam tu. Tapi sebenarnya dia lah manusia yang paling banyak masalah. Kalau dia dah terlampau stress sangat pun, dia akan senyap lepastu duduk dekat satu tempat tu sorang sorang."

Aku terdiam mendengar penjelasan Nazrul. Rasa bersalah pun ada. Yelah. Izwan tu mesti selalu stress pasal tugas tugas dia. Aku pulak? Makin kusutkan fikiran dia je.

"Tapi kan. Bila kitorang mention pasal kau, dia terus senyum sampai telinga." Amierul tersenyum penuh makna.

Aku memandang wajah kedua dua jejaka disebelah ku dengan pandangan 'nak mati ke?'

"Korang pahal nak mention mention pasal aku dekat dia? Mengumpat je kerjanya."

"Ala sorry ah. Kitorang bukan apa. Itu je cara nak buat Izwan senyum bila dia tengah tak ada mood."

Aku terdiam. Otak aku cuba memproses perkara yang baru aku dengari.

Izwan senyum bila dia dengar nama aku?

Dey!

Kemengarutan apakah yini?














❀❀❀

"AWWW!!! Aduh. Ieee... darah!"

"Apa Meena ni. Jackie Chan yang kena tumbuk. Meena pulak yang lebih lebih." Ummi melayangkan satu cubitan manja pada paha kiri ku.

Aku mencebik. Sakit.

Ni lah aktiviti rutin keluarga aku setiap malam kalau aku balik asrama. Layan cerita Cina yang pukul pukul tu. Apa nama dia?

Ha kungfu!

Kitorang akan duduk bertiga atas sofa. Aku tengah tengah, di antara ummi dengan abah. Lepastu mulut aku yang paling bising bila Jackie Chan kena pukul. Kesian pakwe tite kena pukul.

"Ala. Iklan!" aku mengeluh kasar apabila tiba tiba keluar iklan Rejoice.

Lembut gila rambut dia. Macam bulu itik pun ada. Eh. Bulu itik lembut ke?

"Iklan sekejap je," ujar abah, lelaki paling hensem di mata aku.

Muka abah ada iras Park Bogum tau. Jangan main main. Tapi jangan nak menggatal sangat. Abah ummi aku yang punya. Ummi pulak ada iras Song Hye Kyo. Nak bukti? Jap. Aku bukak IG ummi.


INSTAGRAM

Ummi1978_

❤ liked by Parkbogum01_ and 991 370 others

Ummi1978_ - Throwback masa honeymoon dengan hubby kesayangan @Abah_1977💓 love you 3000 😍❤
Nak honeymoon lagi tapi kena pergi bertiga.. Kalau tak @Lauraameena merajuk 😆

VIEW ALL 600 000 COMMENTS

Lauraameena - Ala ummi.. Gambar Meena tak ada ke? 😢

Amelianatasya - Kau kat dalam perut lagi la, gila! 😛 @Lauraameena

Abah_1977 - Love you 4000 sayang 😆❣️

Parkbogum01_ - Kenapa muka suami awak iras muka saya ya? 🤔
translated from korea - see original

Rayshasabreena - @Parkbogum01_ 🤫🤭😂😂😂

Parkbogum01_ - 🤣👌@Rayshasabreena

Songjongkionly - 😢

Kyo1122 - Terima lah hakikat. Jodoh kita sampai sini je 😪@songjongkionly
translated from korea - see original

Parkbogum01_ - Mana tahu jodoh awak dengan saya pulak ke.. Ehh 🤭 @Kyo1122
translated from korea - see original

Kyo1122 - Kalau nak tahu, malam ni jom buat solat istikharah 😌 @Parkbogum01_
translated from korea - see original

Songjongkionly - 😭💔 @Kyo1122 @Parkbogum01_

Abah1977 - Nak berdrama bukan dekat ruangan comment ig isteri saya ni. Pergi main jauh jauh! 😡 @Songjongkionly @Kyo1122 @Parkbogum01_



Jangan jealous tengok likers dan followers ummi. Ummi tu memang Instafamous.




























❀❀❀

AKU menggeliat dengan mata yang masih tertutup rapat.

Hiyargh! Perlahan lahan aku membuka kelopak mata walau rasa mengantuk masih menebal dalam diri.

Aku tersenyum riang.

Saturday fun day!

Harini abah dah janji nak bawa aku pergi ice skating dekat Sunway Piramid. Yahoo! Last aku main benda alah tu pun tahun lepas.

Aku pernah jatuh tersungkur atas gelanggang ais tu sebab kena tolak dengan seorang perempuan yang tak dikenali. Dahlah pakai baju pun tak cukup kain. Muka dah cun. Adab langsung tak ada. Minta maaf pun tak, memang mintak kaki!

Aku bingkas bangun lantas melangkah ke bilik mandi. Nak mandi sambil karaoke. Em. Lagu apa best?

"Oh my my my ,oh my my my.. You got me high so fast .. Ne jeonbureul hamkkehago sipeo .. Oh my my my , oh my my my .. You got me fly so fast.. Ije jogeumeun na algesseo.."

(Ada readers ARMY macam author tak? 🍓 siapa BIAS korang? 💓)


















❀❀❀

"ALA, abah. Kata nak main ice skating. Kenapa singgah cafe ni pulak?" aku merengek kecil sambil berdiri di bucu meja cafe mewah itu.

Tak nak duduk. Nak protes.

Ummi menarik tangan aku untuk duduk di sebuah kerusi berhadapannya manakala abah duduk di sebelah ummi.

Aku mengalah lalu terus melabuhkan punggung di atas kerusi itu.

"Kita makan dulu, isi perut. Tadi kat rumah kan tak sempat sarapan. Lepas ni kalau Meena nak terbang macam superman dekat gelanggang ais tu pun tak apa. Sarapan ni penting," abah tersenyum sambil membelek buku menu itu apabila melihat muka tak puas hati aku.

Aku mencebik. Banyak la abah punya terbang. Aku menolak buku menu di hadapan ku.

"Meena tak nak makan. Tak suka sarapan."

Aku buat muka comel. Memang dari dulu aku tak tak suka sarapan. Kalau sarapan, mesti perut aku sakit. Mungkin, sebab aku jarang sarapan.

Tapi masalahnya, aku selalu kena paksa. Dekat sekolah, kawan kawan aku yang jadi pemaksa. Kalau kat rumah, ummi dengan abah pulak yang paksa. Haih. Susah lah jadi kesayangan ramai ni.

Iee Laura gedik!

"Order?" seorang lelaki segak berseragam coklat lembut datang mengambil pesanan.

"Give me one latte coffee, one brown sugar coffee and two red bean bread," Abah membuat pesanan untuk ummi sekali.

Aku sempat mengerling ke arah ummi dan abah yang tersenyum manja sambil menggenggam tangan masing masing.

Memang sweet di mata orang. Tapi agak menggelikan di mata aku.

"Meena nak makan apa, sayang?" soal ummi sambil memandang ku.

"Bagi brown sugar coffee satu. Tak nak makan." Ujar ku sambil memandang lelaki pengambil pesanan itu.

"Meena, kenapa tak nak makan? Nanti perut masuk angin macam mana?" ummi menjegilkan mata ke arahku.

"Tambah one set of toast ya?" Abah membuat pesanan tambahan. Semestinya untuk aku.

"Abah, Meena tak nak makan. Kalau abah order, Meena tetap tak nak makan." Aku memeluk tubuh.

Ummi menggeleng gelengkan kepalanya. Dah tak boleh nak kata apa. Meena memang tak boleh dipaksa. Kalau makin paksa, makin teruk dia memberontak.

"Tak apa lah, dik. Tu je."

Pelayan tadi mengganggukkan kepalanya lalu tersenyum sebelum beredar dengan buku menu itu.

"Meena ni degil betul." Ummi memandang ku dengan pandangan garang.

Aku tersenyum manja.

"Ala tak apa. Jimat sikit duit abah kalau Meena tak makan. Kan, abah?"

"Habis, siapa nak habiskan duit abah kalau bukan Meena? Meena sorang je anak abah kan?" Abah memandangku.

Aku tersengih. Sayang abah lebih!

"Kenapa tak pakai blouse yang ummi baru beli tu? Asyik pakai hoodie je."

Aku memandang tubuhku yang berbalut hoodie oversized paras lutut berwarna kelabu dipadankan dengan legging hitam.

"Ala... Meena tak suka lah pakai blouse. Kenapa ummi beli?"

Aku memang simple orangnya. Kalau nak keluar, sekadar pakai hoodie dengan legging lepastu lilit shawl atau bawal. Aku tak suka sandal jugak. Aku lebih suka pakai sneakers kalau keluar.

I'm not a girly person.

"Meena tu perempuan. Cuba pakai pakaian macam perempuan sikit." Bidas Ummi.

"Meena pakai apa yang Meena selesa je. Blouse tu buat Meena rimas."

Ummi melepaskan keluhan kecil. Malas nak berdebat dah. Meena memang takkan mengalah.

Sementara itu, mataku meliar memerhati ke seluruh kawasan cafe vintage ini. Hmm... not bad. Tapi, cafe ummi lagi cantik.

"Your order is ready."

Pelayan lelaki tadi meletakkan beberapa pinggan berisi makanan yang dipesan oleh abah. Tiga cawan kopi berlainan jenis di letakkan di hadapan kami.

"Thank you," ummi tersenyum manis sebelum pelayan lelaki itu menghilangkan diri ke dapur.

Aku memandang hidangan yang dipesan milik abah dan ummi. Rasa terliur pulak. Perut aku tiba tiba berbunyi.

Aku memandang kopi brown sugar milikku yang tampak menyelerakan. Haih. Rasa macam nak order roti jugak.

Tapi... malu!

Sebab tadi aku mati mati menolak bila abah dan ummi nak pesan kan makanan. Tu la kau, Ara. Degil tak bertempat.

Aku memandang abah dan ummi yang sudah mula menikmati hidangan masing masing. Aku menelan liur. Untuk mengelakkan rasa terliur yang melampau, aku terus keluarkan telefon dari dalam poket beg silang hitam milik aku.

Sebelum minum, tangkap gambar dulu. Pfft.


"Meena, minggu depan cuti sekolah berapa lama?" Soal Ummi sambil mengunyah roti kacang merah itu.

"Seminggu je,"

"Ha bagus. Abah dah ambik cuti. Boleh kita balik kampung. Jumpa nenek dengan atuk."

Aku tersenyum lebar lalu mengangguk senang.

Kampung aku dekat Kelantan. Aku memang rapat gila dengan atuk dan nenek aku. Sepupu aku pulak ramai. Memang meriah la jawabnya. Semua pulak happy go lucky je. Kampung ni kampung sebelah ummi.

Kampung sebelah abah?

Entah. Aku jarang balik sana.

Lagipun, semua sepupu dan saudara belah abah kebanyakkannya dah besar panjang. Kalau balik sana pun, tak ada geng aku nak main.

"Nanti balik kampung, make sure behave. Jangan nak jadi monyet, panjat pokok sana sini. Kang jatuh macam haritu, penat ummi nak pujuk. Meena kalau dah nangis bukan nya senang nak berhenti. Makin dipujuk, makin kuat menangisnya."

Aku tersengih mendengar bebelan ummi. Ummi ni macam tahu tahu je rancangan aku. Aku memang bercadang nak main panjat panjat pokok.

Best jadi tarzan kampung. Kampung aku memang dekat dengan sungai. Kalau jalan kaki, 5 minit je dah sampai

Aku mula naik bosan bila ummi dengan abah mula berborak dan bersembang sesama sendiri sambil tersenyum senyum manja.

Mula la tu. Kalau dah sweet sweet macam tu, aku kat depan mata pun tak nampak. Tapi kalau gaduh, katil aku jadi mangsa ummi. Gaduh je terus lari tidur bilik aku.

Aku mencapai telefon ku setelah kopi panas itu aku cicip perlahan. Aplikasi Instagram aku buka. Nak stalk siapa?

Bosan.

Tiba tiba mata aku membuntang melihan satu suapan terbaharu.

Iz—Izwan...



INSTAGRAM

Izwanhakiem

LOCATION - COFFEA COFFEE , SUNWAY PIRAMID

❤liked by Bella_Izwan and 996 999 others

Izwanhakiem - 19 March 🍃
Cc 📸 ; @Nayliafrina 👀

VIEW ALL 996 395 COMMENTS

Bella_Izwan - Sampai hati you tak ajak I kan Izwan 💔😿

Naylyafrina - Thanks for your time today, Izwan! 😘💖

Izwanhakiem - No problem! ; ) @Nayliafrina

Izwan_girls - SIAPA PEREMPUAN NI?! 🤬@Nayliafrina

Fanatik_Izwan - Tutup muka pun still nampak hensem. Cute nya!! 😍💓💘

15 minutes ago



Nayli Afrina?

Siapa perempuan ni? Thanks for your time?

Diorang keluar berdua?

Tangan aku mula menggigil.

Coffea coffee? Tempat yang dia tag ni... tempat yang sama yang aku tengah lepak dengan ummi dan abah sekarang ni!

Aku meliarkan pandangan ke serata cafe. Kelihatan beberapa buah keluarga sedang seronok bergelak ketawa sambil menikmati hidangan masing masing.

Jantung aku terasa seperti direntap apabila mata ku tertangkap kelibat Izwan di suatu sudut cafe yang agak tersorok. Dari sudut itu, dia takkan nampak aku. Tapi aku boleh nampak dia dengan jelas.

Dia tak berseorangan.

Ada seorang gadis berbadan kurus dan tinggi duduk berhadapan dengannya. Gadis itu berambut lurus keperangan melepasi paras bahu.

Aku agak tersentak apabila melihat Izwan ketawa dan tersenyum manis sambil berbual dengan gadis itu.

Siapa dia? Aku tak dapat nak tengok muka dia dengan jelas dari sini. Aku cuma nampak bahagian sisi muka dia tu je. Wajahnya putih cerah.

Macam...

Mix pun ada.

"Meena..."

Terangkat bahu aku apabila disergah begitu oleh Ummi.

Aku mengurut dadaku perlahan.

"Ummi ni. Terkejut Meena."

Ummi mengerutkan dahi.

"Meena tengok apa sampai tak berkelip? Ummi dengan abah dah siap makan ni. Jomlah. Tadi tak sabar sangat nak main ice skating."

Aku menoleh sekali lagi. Memandang 'pasangan bahagia' di suatu sudut itu.

Aku meneguk liur yang terasa pahit.

Hati aku terusik apabila nampak senyuman bahagia terukir di bibir lelaki itu.

Izwan.

Siapa perempuan tu?

"Ummi, jom balik. Meena rasa tak sedap badan,"















To be continued

uish. laura jealous ke tu...?
jumpa next chapter!



bubye
love you ♡
borahae 💜

with love,
wany ♡

Continue Reading

You'll Also Like

2M 78.5K 54
Irfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'Hot'. 'Hot' sangat ke? Eleh, semua tu tak...
1.7M 92.6K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
1.5M 78K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...
45.5K 3.1K 73
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...