THE KING AND THE QUEEN

By asterhyzells_

787K 29.4K 569

[FANTASY ROMANCE + ACTION] [COMPLETE] Harrash Mikhael, lelaki yang mempunyai dua personaliti. Jangan buat dia... More

PROLOG
BAB 01
BAB 02
BAB 03
BAB 05
BAB 06
BAB 07
BAB 08
BAB 09
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80
BAB 81
BAB 82
BAB 83
BAB 84
BAB 85
BAB 86
BAB 87: EPILOG
HALLU!!

BAB 04

11.9K 498 14
By asterhyzells_

"Hoii sedap betul dating dengan Encik Crush dalam kelas eh?"sergah Nana. Punggung dilabuhkan disalah satu tempat duduk yang ada di situ.

"Mana ada. Dia ajar aku matematik sahaja pun tadi."nafi Maira. Ayam goreng yang dibeli dari kantin digigitnya. Sedap!

"Eh jomlah masuk kelas. Kelas tambahan dah nak mula ni. Kan kena denda pula sebab masuk lewat."Eyliz menarik tangan Maira dan Nana lalu berlari masuk ke dalam kelas.

"Iyalah. Perlahanlah sikit. Eh sekejap! Bukan ke hari ni cikgu tak ada? Maksudnya kelas tak ada lah kan?"soal Nana. Serta merta Eyliz berhenti berjalan laju. Berkerut dahinya seketika mengingat kembali tentang itu.

"Haah betul juga. Lupa pula aku. Apa-apa pun, jomlah masuk kelas. Membawang dalam kelas je."Eyliz terus ketawa. Dasar kaki membawang!

Mereka bertiga duduk di tempat masing-masing dan bermulalah sesi mengupas bawang mereka. Meja Maira tiba-tiba ditendang kasar oleh seseorang. Kepala didongak memandang gerangan yang menendang mejanya.

"Kau dah kenapa Elina? Dah tak ada adab ke nak tendang meja orang sesuka hati kau?"soal Maira geram.

"Aku cuma nak bagi amaran dekat kau. Jangan rapat dengan Harrash! Dia milik aku!!"

"Ouhh iya ke? Kepunyaan kau lah sangat! Ada aku kesah?"Maira menyilangkan tangannya didada seraya mengukirkan senyum sinis.

"Ish kau ni kan! Berlagak betul! Ka--"Elina menghentikan kata-katanya apabila mendengar suara garau dari arah pintu kelas. Bulat matanya memandang susuk tubuh Harrash di hadapan pintu.

"Maira! Jom!"panggil Harrash dengan nada mendatar. Kelam kabut Maira mengambil buku dan alat tulisnya di dalam beg lalu menghampiri Harrash.

"Kau lambat, aku denda kau lari dekat padang 2 round!"

Kata-kata Harrash petang semalam masih tergiang-giang di dalam kepalanya. Ada juga yang koyak rabak kain nanti kalau lambat. Maira mengulang kaji subjek matematik sebab Harrash paksa dan bukannya kerelaan dia.

"Alaa awak! Tak naklah buat permintaan karut, tak masuk akal, tak berguna tu haaa. Saya betul-betul dah putus asa dengan matematik!"rengek Maira sebaik sahaja mereka tiba di perpustakaan.

"Ah tak ada, tak ada! Aku nak kau buat juga!! Lagi tujuh minggu Maira..."bantah Harrash. Maira mencebik menyampah.

"Apa-apa sahajalah! Loceng dah berbunyi. Saya lapar. Sambung nantilah."Maira sengih menampakkan barisan gigi hadapannya.

"Aipp tadi baru makan. Nak makan lagi?"Harrash mengerutkan dahi. Bela saka ke apa lapar memanjang macam ini?

"Iya. Tadi punya tak kenyang. Jomlah. Lagipun ramai yang lepak dekat kantin masa ni."kata Maira lagi memberi alasan. Sengaja mahu mengelak sebenarnya. Harrash mengeluh halus.

"Iyalah! Banyak songeh betul! Jom aku belanja."ajak Harrash. Mengalah sekali sekala tidak apa!

"Serius awak?! Betul ni? Betul ni?"Maira sudah teruja dengan mata membulat. Harrash hanya mengangguk.

Sudah datang bersama, kenapa pula tidak semeja? Mestilah satu mejakan? Maira sedar orang di sekelilingnya memandang diribya berkali-kali namun dia hanya buat tidak peduli. Telinganya sempat menangkap kata-kata daripada pelajar di sekelilingnya.

"Macam mana Maira yang sombong tu boleh satu meja dengan Harrash eh?"

"Ni mesti Maira bela saka ni! Kalau tak, macam mana dia boleh rapat macam tu dengan Harrash. Dasar sundal!"

"Eh ada orang bercintalah dekat sekolah! Mesti viral ni!"

"Jangan dengar apa yang mereka cakap. Pekakkan telinga sahaja."Harrash bersuara. Maira hanya diam. Sedikit sebanyak dia terkesan dengan kata-kata mereka. Lagi-lagi apabila dia digelar sundal. Apa salah dia sehingga mereka menggelarnya sebegitu?

•••

Semakin hari, Maira semakin rapat dengan Harrash. Mereka sudah menjadi kawan. Harrash pula sudah semestinya bahagia kerana rancangannya hampir berjaya. Rancangan apa? Rancangan untuk tawan hati sang permaisurinya.

Lagi berbaki empat minggu sebelum peperiksaan sebenar. Kelas Maira masih lagi seperti biasa. Ada yang membawang, ada yang tidur, ada yang membuat bising bila cikgu tiada dalam kelas. Namun lain pula Maira, dia masih fokus mengulang kaji. Jika dia sudah berusaha sampai ke tahap itu, tidak akanlah dia mahu mensia-siakannya?

Derapan kaki seseorang menuju ke arahnya langsung tidak mengganggu fokus Maira. Elina menghampiri meja Maira lalu meja Maira disepaknya kuat. Terkejut semua orang yang berada di dalam kelas. Eyliz dan Nana yang sedang tidur turut terkejut. Lantas mereka berdua berdiri.

"Aku dah cakapkan sebelum ni, jangan rapat dengan Harrash! Kau ni memang tak reti bahasa eh?"marah Elina.

"Suka hati aku lah nak rapat dengan dia ke apa. Kau apa sibuk? Kau bukan isteri dia pun!"sinis Maira. Tangannya disilangkan ke dada manakala anak matanya merenung tepat ke anak mata milik Elina.

"Kau ni masih berlagak eh! Nak kena bagi pengajaran dulu baru nak faham bahasa ke?"Elina terus menampar pipi Maira sehingga membuatkan Maira terteleng ke kiri. Eyliz terkejut.

"Kau memang kurang ajar eh!"Maira menampar semula pipi Elina. Elina yang tidak menjangka Maira akan membalas balik tamparannya sudah sudah terduduk kerana tidak dapat menyeimbangkan diri.

"Liz, Nana jom balik. Dah waktu balik ni. Tak guna layan perempuan otak letak dekat punggung macam ni"ujar Maira.

"Kurang ajar betul kau ni kan?! Woii!!"tempik Elina sambil menghentak-hentakkan kakinya, geram. Namun Maira apa peduli? Terus keluar tanpa melihat Elina.

"APA WOI-WOI?! NAK MATI?!"jerit Eyliz kuat. Elina dan dua kawan perempuannya sudah terkejut beruk. Sedikit sebanyak perasaan takut menjalar di dalam diri mereka.

"Weh, dah jom. Sakit telinga aku dibuatnya. Kau ni askar ke apa haa? Suara pun haishh..."rungut Nana sambil menggosok telinganya.

"Sekejap! Elina, kenapa dengan warna mata dia tadi haa? Bertukar hijau yang sebelah kiri..."soal salah seorang daripada kawan Elina.

"Manalah aku tahu!?! Sudahlah! Aku malas nak layan orang tak reti bahasa macam tu! Kau tunggulah aku buat apa dekat kau esok!"Elina mengukir senyuman sinis.

"Maira, mata kau tu. Takkan kau tak perasan duh?"Eyliz memberhentikan langkah Maira.

"Aku tahu. Mesti benda tu terjatuh tadi. Tak apalah. Esok aku pakai cermin mata je."balas Maira tenang walhal dia sudah merasa aura ketakutan di dalam diri. Takut menanti apa yang akan terjadi esok.

"Kau patut biar aku belasah mereka tadi. Bunuh mereka ke, cincang sampai lumat ke... Tak serik-serik buat hal dengan kau!"dengus Eyliz.

"Kau ni biar betik? Kejamnya!"

"Aku gurau je lah."sengih Eyliz.

•••

"Maira! Kenapa dengan mata kau haa? Cantik beb! Pengetua tak marah ke kau pakai kanta mata?"soal Zara, si mulut kecoh dekat sekolah. Pantang nampak sesuatu terjadi. Pasti dia akan menyelit sekali.

Maira hanya berdehem lalu membetulkan cermin matanya yang sudah sedikit melorot jatuh. Pertanyaan Zara dibiar sepi. Zara mencebik menyampah apabila soalannya tidak dilayan

"Sombong!"omel Zara.

Maira berjalan menuju ke arah tandas seorang diri. Masuk sahaja ke dalam tandas, dia membasuh tangan di dalam sinki. Pintu tandas yang tiba-tiba diterjah oleh sekumpulan lelaki membuatkan Maira terkejut. Bulat matanya memandang ke arah lelaki-lelaki itu.

"Kau orang semua masuk sini kenapa? Ini tandas perempuan tahu tak?!"soal Maira menahan amarah. Gila apa masuk tandas perempuan? Mahu kata lelaki-lelaki itu buta sehinggakan tersilap tandas, tidak. Elok sahaja mata mereka.

"Garang betul! HAHAHAHAHA kau ingat aku kesah?"salah seorang lelaki itu ketawa mengejek. Mereka mula mendekati Maira perlahan-lahan. Kaki dan tangan Maira sudah menggigil ketakutan. Dia tidak mahu perkara yang sama berulang kembali.

Sementara itu, Harrash mencari tempat untuk menyembunyikan diri seketika. Pihak musuh yang berkeliaran di hadapannya dipandang sekilas. Dia berasa tidak sedap hati sedari tadi. Apa agaknya yang sudah berlaku kepada Maira? Lantas nombor Shafiq didailnya.

"Fiq! Kau ada dekat mana sekarang?"soal Harrash. Kiri kanan dipandangnya, bimbang musuh mengetahui keberadaannya.

"Rash, aku dengan Eyliz tak dapat jaga Maira sekarang. Suruh anak buah kau uruskan yang lain dulu. Aku kena uruskan gundang. Musuh dah serbu sana."balas Shafiq tercungap-cungap di dalam talian.

Harrash semakin tidak sedap hati. Dia memberi arahan kepada beberapa orang pengawalnya untuk menguruskan pihak musuh terlebih dahulu. Kemudian, barulah dia beredar dari situ, ingin ke sekolah.

Langkah kaki dilajukan apabila melihat sekumpulan pelajar berkerumun di hadapan pintu tandas. Tanpa banyak menyoal, dia menendang pintu tandas sehingga tercabut.

"Macam mana kau masuk?"soal pelajar lelaki yang berada berhampiran Maira itu sedikit terkejut. Wajah Maira yang sudah pun memucat dipandang oleh Harrash. Air matanya sudah mencurah-curah ke pipi dangan badan yang menggigil ketakutan.

"Berani betul kau orang buat macam ni? Kau dah sentuh dia? Dekat bahagian mana kau sentuh?"soal Harrash.

"Yang kau sibuk sangat kenapa? Suka hati aku lah nak sentuh dia dekat mana pun!!"bentak salah seorang lelaki di sebelah Maira. Tangannya naik mencengkam dagu milik Maira.

"Kau memang cabar aku budak..."Harrash menampar dan menumbuk setiap seorang lelaki yang berada di dalam tandas. Pelajar yang ada di luar sudah terkejut melihat apa yang dilakukan oleh Harrash. Tidak menjangka sekali Harrash akan bertindak seperti itu. Longlai setiap lelaki itu dikerjakan oleh Harrash.

"Tuan Muda, tolong bersabar Tuan Muda."pujuk Pengetua. Walaupun Harrash ialah Raja, Pengetua perlu memanggil Harrash sebagai Tuan Muda kerana bimbang identiti Harrash akan terbongkar.

Tiada sesiapa berani menghampiri Harrash. Semua orang takut akannya. Harrash terlihat lebih menakutkan dari kebiasaan. Auranya menggerunkan. Harrash mendekati Maira, kemudian Maira yang sudah tidak menyedarkan diri dicempungnya.

"Kau orang berlima, tunggu sini sampai aku datang balik. Kalau kau orang lari, aku takkan teragak-agak nak cari kau orang sampai jumpa. Aku takkan beri kemaafan dah untuk masa tu. Aku cincang terus badan kau orang semua!"ujar Harrash.

"You better watch that bastard!!"ujar Harrash sambil memandang tajam ke arah Pengetua. Pengetua menunduk rasa bersalah. Salah dia juga kerana tidak menyuruh guru disiplin meronda di setiap kelas. Kalau guru disiplin meronda di setiap kelas, pastinya pelajar tidak akan keluar berkeliaran.

Continue Reading

You'll Also Like

NARENDRA By been

Teen Fiction

8.5M 810K 62
[FOLLOW DULU SEBELUM MEMBACA] Menjadi tawanan seorang ketua geng motor karena kesalahan mantan pacarnya? Itu adalah hal yang tidak pernah di bayangka...
1M 107K 49
Kehidupan Dinar Tjakra Wirawan berubah, setelah Ayah dan kakak laki-lakinya meninggal. Impiannya yang ingin menjadi seorang News anchor harus kandas...
6.8M 338K 74
"Baju lo kebuka banget. Nggak sekalian jual diri?" "Udah. Papi lo pelanggannya. HAHAHA." "Anjing!" "Nanti lo pura-pura kaget aja kalau besok gue...
2.3M 167K 32
"Saya nggak suka disentuh, tapi kalau kamu orangnya, silahkan sentuh saya sepuasnya, Naraca." Roman. *** Roman dikenal sebagai sosok misterius, unto...