Kelas DSB

Door farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... Meer

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL

152 23 18
Door farid5attar

Cikgu Wan diserang oleh Khairil Ihsan. Pelajar yang lain hanya menyaksikan perlawanan sengit itu. Puteh Nur ketawa kecil.

"Terima kasih untuk idea dadih tu. Walaupun berkesan, sayangnya tak gagal untuk membunuh harimau ni," kata Puteh Nur.

"Kau... Kau curi idea kami! Kau tahu tak kau dah buat kesilapan besar! Lagi satu, badan aku saiz M, bukannya 'Forever Flat'!" marah Farah Yasmine.

"Bawa bersabar, Yasmine," pesan Iskandar kekok sedikit.

"Heh... Budak-budak," sindir Puteh Nur dengan sinis.

Tiba-tiba, kedengaran suara Cikgu Wan cuba mengeluarkan kuasa, menarik perhatian mereka di luar.

"Kame... Hame... Ha!" seru Cikgu Wan yang terpengaruh dari anime Dragon Ball Z.

Anak muridnya terkejut kecuali Alif Najmi. "Mantera apakah?"

Mata Alif Najmi bersinar-sinar. "Sugoi!"

Kaboom! Satu letupan berlaku.

Khairil Ihsan ditewaskan juga.

"Baiklah, Khairil. Kamu dah kalah lagi," kata Cikgu Wan, lembut.

Kepala Khairil Ihsan terasa denyutan yang kuat hingga terasa sakit. Dia akhirnya mengerang kesakitan. "Argh! Sakit!"

Cikgu Wan tidak berbuat apa-apapun. "Kenapa ni?"

"Setiap kali dia kalah perlawanan, dia mesti akan rasa sakit kepala. Disebabkan sudah tiga kali kau kalahkan kami, aku serahkan Khairil kepada kamu. Chao." Puteh Nur terus beredar.

"Apa? Penjaga jenis apa kau ni?"

Khairil Ihsan bangun lalu terus melarikan diri. Mereka yang lain kehairanan.

"Ke mana dia pergi tu?" soal Zulfadlie.

"Cikgu Wan!" Fatin Shahira terkejut melihat Cikgu Wan rebah kepenatan.

Mereka yang melihat terus mendekati Cikgu Wan.

"Cikgu Wan okey, tak?" Tanya Iskandar, resah.

"Cikgu okey. Cuma,... ada air tak dekat sini?" balas Cikgu Wan kepenatan akibat perlawanan sengit tadi.

* * *

Khairil Ihsan merayau di sekitar pekan.

"Kenapa dia tinggalkan aku? Kenapa?" monolog Khairil Ihsan.

Langkahnya terhenti di hadapan kedai telefon. Remaja it uterus menyerang kedai telefon bimbit itu lalu melarikan diri.

"Itulah yang terjadi dekat dia sekarang," kata Ruby di skrin telefon sambil memaparkan berita terbaharu.

"Tapi... kenapa kedai telefon?" kata Farah Yasmine menjongketkan keningnya.

"Saya akan cuba cari maklumat."

"Okey. Terima kasih, Ruby," ucap Iskandar.

Skrin telefon terpadam. Pandangan dibuang ke arah satu sama lain. Cikgu Wan berdiri.

"Baiklah, murid-murid. Cikgu pergi cari dia," pinta Cikgu Wan

"Tapi... Nanti, dia serang cikgu pula," kata Fatin Shahira risau.

"Ya, cikgu tahu tapi Khairil pun anak murid cikgu juga."

Segera, Cikgu Wan terbang ke udara, meninggalkan pelajarnya yang lain.

"Apa kata kita ikut Cikgu Wan?" cadang Alif Najmi.

"Jomlah!" Zulfadlie bergegas mengejar Cikgu Wan.

Mereka yang lain turut mengejar.

Sementara mereka mengejar, Cikgu Wan meninjau sekeliling dari langit. Dia melihat Khairil Ihsan menyorok di sebalik lorong kecil lalu mendarat di hadapannya.

"Khairil," panggil Cikgu Wan, perlahan.

Khairil Ihsan memandang Cikgu Wan. Dia kehairanan. "Kenapa muncul pula? Bukankah kau tu sasaran aku? Nak kena serang lagi ke?"

"Bukan, saya ni cikgu kamu dan kamu tu pelajar saya juga."

Pelajar yang lain muncul dengan bantuan GPS dari Ruby. Mereka mendekati situasi itu.

"Kamu boleh bunuh cikgu dengan syaratnya," kata Cikgu Wan lagi.

"Apa syaratnya?" tanya Khairil Ihsan.

"Kamu kena belajar dengan kawan kamu yang lain."

"Ya, kita akan belajar sama-sama dan bunuh cikgu sama-sama," pujuk Fatin Shahira berlembut.

"Jomlah sertai kami, Khairil," kata Iskandar pula.

Khairil Ihsan terdiam.

"Tengok tu Khairil. Semua orang nak berkawan dengan kamu. Apa kata kamu masuk Kelas 5F bersama mereka di sini?" ajak Cikgu Wan.

Tiba-tiba, bom asap dicampak ke tengah situasi itu lalu meletup mengeluarkan asap. Mereka di situ terkejut lalu terbatuk termakan asap.

"Apakah?" Cikgu Wan terkejut melihat bulu pada tubuhnya luruh akibat asap khas itu.

Khairil Ihsan ditangkap lalu dibawa masuk ke dalam van putih.

"Seperti yang dirancang. Membuatkan Khairil terpisah daripada aku pun sebahagian dari rancangan," kata Puteh Nur yang duduk di dalam van itu.

Kumpulan Puteh Nur itu terus bergerak pergi dari situ, menculik Khairil Ihsan. Mereka yang lain bergerak keluar dari asap itu.

"Diorang culik Khairil!" kata Zulfadlie.

"Tak apa. Cikgu akan selamatkan dia... lagi," kata Cikgu Wan pula.

Sekali lagi, Cikgu Wan terbang ke udara lalu mencari Khairil Ihsan. Dia melihat sebuah taman disinari lampu terang. Sudah pasti Khairil Ihsan ada di situ.

Cikgu Wan tiba di taman lalu melihat Khairil Ihsan terkurung di dalam jaring. Dia cuba selamtkan pelajarnya tetapi cahaya lampu yang lebih terang menyinari tubuh Cikgu Wan.

"Apa pula ni? Lampu ni... buatkan aku makin perlahan," kata Cikgu Wan melindungi bahagian cahaya yang menyinari matanya.

"Baiklah. Serang dia," arah Puteh Nur yang berdiri tidak jauh dari situ.

Serta-merta, beberapa das tembakan dilepaskan ke arah Cikgu Wan. Cikgu Wan cuba mengelak selaju yang mampu. Khairil Ihsan yang terlentang di dalam jaring itu melihat Cikgu Wan mengelak peluru anti-harimau.

"Kenapa selamatkan aku?" kata Khairil Ihsan, lemah dan perlahan.

Perlahan-lahan, memori silamnya terlintas di fikirannya. Dia pernah bekerja di kilang alatan elektrik dan elektronik milik bapanya. Namun, tidak lama setelah bapanya mengalami bankrup lalu melarikan diri dari para pemiutang. Khairil Ihsan diabaikan. Hidupnya hanya di sebalik jalan gelap sebelum menemui Puteh Nur.

"Anak muridku, memang mudah untuk bergerak berseorangan. Namun, akan menjadi lebih mudah apabila kita bergerak berkumpulan," pesan Cikgu Wan.

Tiba-tiba, Alif Najmi muncul menyerang kumpulan yang menembak Cikgu Wan dari atas pokok.

"Maaf mengganggu ya," ucap Alif Najmi tersenyum.

Kemudian, muncul pula mereka yang lain untuk mengucar-kacirkan suasana. Puteh Nur terkejut. Orang bawahannya habis dijatuhkan. Lampu khas yang menyuluh Cikgu Wan dirosakkan geng Zulfadlie.

"Jadi, kamu dah kalah... lagi sekali. Kalau masih tak puas, boleh beradu sekarang," kata Zulfadlie serius.

Puteh Nur hilang rentak. Rancangan membunuh Cikgu Wan gagal lagi.

"Sekarang ni, kamu boleh pergi. Biar kami jaga Khairil ni," kata Cikgu Wan tenang.

Puteh Nur berlalu pergi dengan kekecewaan. Orang bawahannya turut beredar dari situ. Kelas 5F mendekati Khairil Ihsan.

"Cikgu, ekor Khairil makin reput," kata Hasbi terkejut melihat ekor Khairil Ihsan semakin reput kerana jaring yang memerangkapnya.

"Cepat lepaskan dia!" arah Cikgu Wan.

Segera, para pelajar melepaskan Khairil Ihsan dari jaring anti-harimau itu. Melihat keadaan Khairil Ihsan yang lemah, perasaan simpati tertanam di dada.

"Kenapa Khairil macam ni?" kata Amira kehairanan.

"Saya dah jumpa puncanya," balas Ruby muncul di telefon.

Semua orang tertumpu pada Ruby di skrin telefon.

"Sebenarnya, bapa Khairil seorang pengurus kilang barangan elektrik dan elektronik jenama Samsung. Kilang tu meletup dalam kerja membuat telefon baharu. Akibat kekurangan wang, kilang itu gagal dipulihkan menyebabkan bapa Khairil mengalami bankrup. Khairil akhirnya diabaikan. Sejak itu, dia mula gilakan kuasa," terang Ruby panjang lebar.

"Macam tu ya," kata Zulhilmi memahami.

"Patutlah dia serang kedai telefon tadi," kata Farah Yasmine.

"Tak apa," celah Zulfadlie. "Serahkan Khairil kepada kami."

Syamil dan Raviendra membimbing Khairil untuk bangun.

"Baik. Jaga dia baik-baik ya," pesan Cikgu Wan.

Geng Zulfadlie beredar dari situ dengan tubuh Khairil Ihsan yang lemah.

"Eh! Tak apa ke kita biarkan diorang ambil Khairil?" kata Siti Zulaikha mencekak pinggangnya.

Cikgu Wan ketawa sinis.

* * *

Capati dibuat oleh Raviendra di kedai makan milik bapanya.

"Okey, capati kuah banjir siap!" kata Raviendra menghidangkan capati kepada Khairil Ihsan.

"Oi, Ravi. Tak pernah pun ada orang buka kedai capati pukul 12 tengah malam ni," kata Najwa Mufida, dingin.

"Kau diamlah. Ni pun aku guna kunci pendua nak buka kedai ni."

"Hmm... Capati ni kan... Hmm... Rasa macam ramuannya dari tepung zaman 50-an," kata Khairil Ihsan selamba menikmati capati.

Apakah? Dia tahu rahsia ramuan ni? Desis hati Raviendra terkejut.

"Nah!" Najwa Mufida meletakkan bandana hijau pada kepala Khairil Ihsan.

Khairil Ihsan menjeling ke atas, melihat bandana itu. Dia menyentuh bandana itu.

"Pakailah. Sekurang-kurangnya, kurang sikit sakit kepala tu," pesan Najwa Mufida.

"Wah, macam Tupac Shakur la..." puji Syamil mencelah. "Okey, kita pergi bengkel aku!"

* * *

Motosikal Yamaha 125ZR ditunggang laju oleh Syamil menerusi jalan raya yang sepi. Khairil Ihsan hanya membonceng di belakang tanpa rasa gerun. Mereka yang lain melihat Syamil menunggang.

"Dia ada lesen ke tu?" soal Najwa Mufida berwajah kosong.

Zulfadlie mengeluh. "Dia ada lesen B Full. Jangan risau."

Syamil menunggang menerusi pekan macam pelesit.

"Okey, aku nak brek mengejut ni. Bersedia ya," kata Syamil.

Secara tiba-tiba, Syamil membuat aksi stoppie. Khairil Ihsan yang bertubuh kecil terpelanting ke hadapan, masuk ke dalam semak.

"Khairil!" seru Raviendra terkejut.

Zulfadlie memandang Syamil yang memberhentikan motosikal. "Oi, tak boleh bawa elok-elok ke?"

"Eh! Maaflah." Syamil hanya mampu tersengih.

"Khai, kau okey, tak?" kata Raviendra.

Najwa Mufida membantu Khairil Ihsan untuk keluar dari semak. Khairil Ihsan berdiri menghadap mereka.

"Macam mana tadi? Seronok tak?" soal Syamil tersenyum.

Debush! Satu tumbukan mengenai kepala Syamil.

"Apalah kau ni! Bahaya tau!" marah Zulfadlie.

Sebuah novel seram dihulurkan kepada Khairil Ihsan.

"Baca novel ni. Kau akan rasa kegelapan di dalam diri kau. Lagipun, novel Penulis Malam ni belum ada di pasaran tau. Ruby cetak rompak novel ni," pesan Najwa Mufida dengan jelingan maut.

"Erk... Dia nak sangat ke baca buku tu?" kata Zulfadlie dingin.

Khairil Ihsan menunduk. Emosinya terganggu. Mereka yang lain melihat Khairil Ihsan yang mula hilang waras. Ekornya bersedia hendak menyerang sesiapa sahaja.

"Dia nak mengamuk lagi," kata Raviendra mula ketakutan.

"Cepat lari!" kata Syamil berlari terlebih dahulu.

Mereka terus melarikan diri kecuali Zulfadlie.

"Zul, kau nak buat apa pula tu?" kata Syamil, cemas.

"Kau nak marah ke, nak serang ke, marilah," kata Zulfadlie bersedia.

Khairil Ihsan memandang tajam ke arah Zulfadlie. Ekornya terus melibas badan lelaki berbadan besar itu tetapi berjaya disambut kemas oleh Zulfadlie.

"Apa?" Khairil Ihsan terkejut.

"Huh? Kau dah lupa ke yang aku pernah kalahkan kau? Pergerakan kau pun dah makin perlahan. Senanglah aku nak baca gerakan kau. Kau kena tahu aku pernah berkumpulan dengan kau semata-mata nak bunuh harimau tu. Tapi, aku sedar... aku dipergunakan. Aku lemah. Dulu, aku gilakan kuasa macam kau. Buli orang-orang lemah. Sayangnya, semua tu tak ke mana. Musang yang kau anggap orang kuat tu pun tak mampu bunuh Cikgu Wan. Inikan pula kau yang tak mampu kalahkan aku. Kau lembab, lemah, bodoh. Kau sedarlah diri kau tu!" kata Zulfadlie cerewet.

Khairil Ihsan terdiam lalu melepaskan ekornya dari badan Zulfadlie. Cikgu Wan muncul di hadapan mereka.

"Memang betul apa yang dia kata tu, Khairil. Memang bagus kalau ada kuasa. Tapi kuasa tu takkan ke mana kalau disalahguna," pesan Cikgu Wan berlembut.

Khairil Ihsan menunduk, sedar atas kesilapan. "Yalah."

"Macam saya katakan tadi, kamu boleh bunuh cikgu dengan syarat, kamu kena sertai kawan kamu untuk belajar juga."

Remaja itu kembali mendongak. Senyuman kecil terukir. "Baiklah, saya sertai Kelas 5F."

"Bagus. Sekarang, cikgu kena potong ekor kamu. Takut kamu cederakan rakan kamu yang lain nanti." Cikgu Wan memegang gunting kecil untuk memotong ekor di belakang Khairil Ihsan.

* * *

Keesokannya, Khairil Ihsan berjalan menerusi koridor dengan bandana di kepala.

"Selamat pagi, Khairil. Awal datang hari ni," sapa Amira, ceria.

Khairil Ihsan hanya berjalan menuju ke kelas tanpa banyak kata. Dia memasuki kelasnya. Mereka yang hadir pada awal pagi itu melihat ketibaan Khairil Ihsan.

"Wah, Khairil! Kau nampak segak bila tak ada ekor," puji Hasbi tersenyum.

Langkah remaja itu diteruskan ke tempat duduknya di antara Zulfadlie dan Alif Najmi.

"Yo, awal datang kelas!" tegur Zulfadlie baru tiba.

Khairil Ihsan memandang Zulfadlie. Raviendra dan Syamil turut tiba.

"Habis kelas nanti, kita lepak makan capati nak?" ajak Khairil Ihsan.

"Apakah?" Raviendra terkejut.

Iskandar hanya memerhati Khairil Ihsan dari tempat duduknya. Nampaknya, terdapat pelajar baharu di sini.

#vote

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

391K 14.1K 30
Mengisahkan seorang gadis yang telah terpilih sebagai Pahlawan Shadow Hunter bagi melindungi sebuah negara yang bakal menghadapi peperangan. Tugas i...
79.6K 8.8K 63
GENRE (FANTASY/MYSTERY/ROMANCE) [BOOK 1] Gadis biasa Meena yang telah kehilangan kakak kembarnya secara tiba-tiba kini bernekad untuk menyelesaikan m...
211K 15.6K 41
Eric The Doll Maker, tiba-tiba sahaja terima jemputan untuk masuk ke satu akademi yang elit sahaja mampu masuk. Satu-satunya akademi yang orang kaya...
16.5K 1K 20
Adif Hazrael. Terpaksa berpisah dengan keluarganya sejak kecil demi menjaga maruah keluarga. Penampakan demi penampakan yang menganggunya menghilang...