Megat memandang Hasha atas bawah. "Tukar." Pakaian itu walaupun hitam, tapi tetap ketat menampakkan dada tunangnya dan dia tidak sukakan itu.
"Kenapa?"
"Tukar. Aku suruh tukar, Hasha Irdina Qaisara."
"Tapi, ini sahaja yang ada."
"Betul, ini sahaja yang ada?" Soal Megat menapak selangkah mendekati dia. Hasha melangkah ke belakang setapak. "Janganlah dekat."
"Tukar atau..."
"Atau?"
"Atau, tak perlu ikut lansung."
"Huh? Tadi dia yang beria paksa orang ikut. Lepas itu, kata orang tidak boleh ikut. Macam lalang. Kalau kau tak nak aku ikut, lagi bagus. Aku memang tak nak ikut." Sangkaan Megat silap. Fikirnya Hasha akan mengikut dia pergi perbincangan dengan yakuza-yakuza. Tapi, dengan sikap gadis kesayangannya yang sebegitu rupa. Terpaksa, dia hereta sama Hasha. "Buka baju."
"Huh?"
"Buka. Baju."
"Kenapa?"
"Tuan, ini kemeja putih Tuan." Hasha memandang kemeja putih yang sudah kemas bergosok itu dihulur kepada Megat. Banyak pula kemeja putih milik jejaka itu. "Nah, ambil. Sarung kemeja ni dekat atas."
"Tapi..." Katanya berhenti apabila Megat menyarungkan kemeja itu pada tubuh dia. Lelaki itu memasang dua butang atas dan melipat lengan baju sedikit. "Better."
"Apa salahnya baju yang aku pakai tadi?"
"Hasha, pleases stop bahasakan diri kau sebagai aku."
"Tak nak."
"You want me to kiss you?"
"Aku tak takut dengan ugutan kau." Hasha memang sengaja memanaskan hati dia. Tapi, tidakkah gadis itu tahu ugutannya bukan hanya sekadar di bibir sahaja. Akhirnya, bibir merah jambu air milik Hasha dipagutnya lembut. Terbeliak mata Hasha melihat tingkah berani dia. "Kau macam tak kenal aku sahaja, Hasha Irdina Qaisara."
"Awak memang lelaki yang suka ambil kesempatan atas perempuan ya, Megat?"
"Ya. Kalau perempuan itu bernama Hasha Irdina Qaisara. Jangan risau sangat. Sebab kau, akan jadi milik aku. Cuma aku rasmi bibir kau terlebih awal."
"Apa, bibir Cassandra tak cukup puaskan awak?"
"Bibir dia? Nak tengok pun tak lalu. Apatah, lebih daripada itu. Memang tidaklah. Dah, jom. Nanti kita lewat." Megat memegang kemas tangan dia. Walaupun, dia cuba melepaskan genggaman itu, lelaki itu semakin mengemas pegangan mereka. Dalam terpaksa, dia relakan kaki dia membuntuti langkah Megat. Nicky dan Hisyam, sama-sama juga mengikut langkah mereka berdua.
Sebaik mereka masuk ke dalam lif, Hasha nampak Megat menekan satu butang yang membawa mereka ke tingkat 7. "Lif ini, lif khas. Sesiapa yang ada kad akses sahaja boleh pergi ke tingkat 7." Terang lelaki itu kepadanya seperti tahu apa yang bermain dalam kepala dia.
Masuk ke ruang tingkat 7 itu, Hasha terkejut melihat ramai orang di dalam ruangan itu. Dia memegang kemas lengan Megat dan menyorok sedikit dibelakang tubuh sasa itu. "Hasha." Megat memanggil nama dia dalam nada berbisik. Dia mendongak membalas pandangan mata jejaka itu. Tidak bersuara dia memberitahu kepada Megat yang dia takut. "Nicky, Hisyam. Kalau ada apa-apa berlaku, selamatkan Hasha dulu."
"Daddy, apa yang Daddy cakap ni?" Dia yang mula sedikit takut dan risau, tidak sedar panggilan buat Megat berubah. "Don't worry, baby girl. I'm here." Kata lelaki itu tenang mengucup kepalanya.
"Wah, tidak sangka Megat Arshad Xylan membawa bakal isterinya ke sini. Hasha Irdina Qaisara, selamat datang. Senang dapat bertemu dengan anda." Walaupun, lelaki yang dia tidak kenal itu menegurnya ramah, Hasha tetap rasa tidak selesa apabila dipandang atas bawah.
"Duduk. Kita mulakan perbincangan kita. Jangan buang masa lagi." Kata Megat dengan nada serius dan wajah yang dingin. Megat melabuhkan punggung diatas kerusi yang terletak di depan sekali. Barisan-barisan yakuza duduk dibahagian kiri dan kanan sederet di ruangan meja bincang itu. Hasha mengundur kebelakang ingin berdiri bersama Nicky dan Hisyam tapi langkahnya dihentikan oleh Megat kerana lelaki itu memegang lengan dia. Merentap lembut tangan dia, tubuhnya tidak stabil jatuh terduduk diatas riba Megat. "Daddy."
"Shush." Megat meletakkan satu jari dibibirnya meminta dia senyap.
"Muka aku disini. Dengan aku yang kau orang mahu bincangkan bukan wanita aku." Mata-mata yakuza yang melihat kearah Hasha tadi beralih kearah lain melarikan pandangan.
Pintu lif terbuka tanda ada yang baru sampai. Megat melihat jam di pergelangan tangan dia. Lambat satu minit dari ketibaan dia. "Baby..."
"Duduk Cassandra."
"Baby, kena..."
"Kau nak aku bahasakan kau sebagai babi lagi ke? Kalau tak nak, baik kau duduk sekarang."
"You ni..."
"Hisyam."
"Ya, Tuan." Sebelum sempat Hisyam membuka langkah, Cassandra membuka langkah dulu mencari kerusi untuk duduk. "Bagus. Mari kita mulakan. Nampaknya semua pun sudah ada."
"Apa lagi yang nak diperbincangkan lagi? Bukannya semua dah jelas ke dengan kedudukan kau sebagai pengganti Xylan?"
"Mungkin ada yang jelas dan mungkin juga masih ada segelintir yang belum jelas dan peka dengan pengumuman tentang wujudnya Xylan baru."
"Siapa?" Soal kawan baik Abahnya iaitu Ken, yang masih belum bersara seperti Abahnya.
"Uncle Watanabe, ada apa-apa nak kata sebelum saya bercakap?"
"Tak. Kenapa?"
"Bagus."
"Hisyam, acukan." Terkejut beberapa orang besar dalam perbincangan itu apabila Hisyam dan beberapa orang Megat mengacukan pistol mereka di kepala. "Apa semua ini, Megat?" Watanabe terkejut apabila dia juga salah seorang yang diacukan kepala di pistol.
"Uncle tanya saya kenapa? Uncle lupa ingatan ke atas apa yang Uncle rencanakan selama ini?"
"Megat, kenapa you buat dekat my Dad macam tu?!" Cassandra bangun menunjukkan rasa tidak puas hati. "Duduk, Cassandra. Atau, peluru pistol aku singgah dekat kepala kau." Mendengar ugutan itu, Cassandra jadi duduk semula kerana takut tapi masih tidak menyorokkan rasa tidak puas hati.
"Ya, Megat. Apa kaitan Watanabe dan lain-lain ini?"
"Uncle Ken, Watanabe punca segalanya berantakan. Sebaik Abah mengumumkan dia bersara dan ingin berikan yakuza Xylan kepada Megat, semuanya bagai carca marba. Sebelum ini yang mulanya hormat Abah, jadi berubah arah. Kecuali, Ken dan yang tidak diacukan pistol sekarang ini."
"Watanabe, apa semua ini?"
"Jangan percaya cakap budak itu. Dia cuba membuat semuanya kacau bilau, Ken."
Megat mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menekat satu butang yang memainkan rakaman suara.
================
"Xylan akan pulang ke Malaysia. Ini masanya kita bertindak."
"Tapi, Xylan bersara bukan dengan pergi kosong macam itu sahaja. Dia amanahkan anak dia untuk gantikan tempat dia."
"Megat Arshad Xylan? Jangan risau. Budak itu lemah. Dia tidak boleh lawan kita. Malah, dia lebih banyak habiskan masa dia di MCORP berbanding mengikuti Xylan di sini."
"Kalau Xylan tahu hal ini berpunca dari kita, dia tidak akan lepaskan kita, Watanabe."
"Kau ingat, aku akan biarkan Xylan senang macam itu sahaja ke tahu semua ini berpunca dari kita, Taoka, Himisaki. Kau ingat budak baru yang baru cipta nama dalam yakuza tu?"
"Siapa? Yang baru ditarik masuk oleh Xylan itu ke sebelum persaraan dia. Nikko, nama dia, kalau tidak silap aku."
"Nama budak itu akan terpalit busuk di depan Xylan. Nikko juga akan menjadi kambing hitam dalam kes kematian Megat Arshad Xylan."
"Kau nak bunuh anak Xylan, Watanabe? Xylan tak akan lepaskan kau macam itu sahaja kalau dia tahu."
"Taoka! Kau, kalau takut sangat. Jangan ikut kami!" Jelas suara Watanabe berang dengan tingkah Taoka yang acah-acah berani tapi berkeras ingin ikut serta rancangan jahat mereka. "Kalau kau nak tahu, sebelum ini... aku nyaris dapat lenyapkan pewaris Xylan itu dari dunia ini. Tapi, malangnya, dia sempat diselamatkan."
Himisaki memandang rakannya. "Kau yang hantar orang untuk melanggar Megat?"
"Bukan aku. Tapi, anak aku."
"Daripada engkau suruh Cassandra bunuh Megat, baik kau suruh anak perempuan kau goda anak Xylan. Disitu, lagi senang kau nak bolot semuanya, Watanabe."
"Sebabkan Megat tidak layan Cassandra, anak aku buat keputusan untuk lenyapkan sahaja Megat. Kata anak aku, pewaris Xylan itu sombong dan tidak lut dengan godaan."
"Macam mana dia nak percayakan anak engkau, kalau Cassandra pernah cuba nak goda dan perangkap bapa dia."
"Ah, Xylan itu bodoh. Dengan perempuan muda dan cantik macam Cassandra pun, boleh ditolak macam itu sahaja. Kalau aku, memang aku ngap terus." Tambah Taoka dengan senyuman nakal membayangkan tubuh anak perempuan Watanabe yang seksi dan menggoda itu. Kalau sahaja Watanabe tahu dia pernah merasai Cassandra, agak-agak, berlebam tidak mukanya. Atau mungkin, dia juga akan dibunuh oleh rakannya.
"Rancangan itu, kita jangan fikirkan sangat. Aku dah suruh Cassandra uruskan Megat. Kali ini, kita kena pastikan Nikko yang menjadi mangsa. Kita akan buat Megat Arshad Xylan fikir Nikko punca semua ini."
"Kau jangan lupakan aku bila dah dapat semuanya, Watanabe." Kata Taoka dan Himisaki kepada Watanabe. Watanabe gelak besar seperti rancangan jahatnya sudah berjaya. "Jangan risau, Taoka, Himisaki. Kau berdua akan jadi orang kanan dan orang kiri aku. Kita sama-sama akan lenyapkan nama Xylan dalam dunia yakuza disini." Ketawa besar Watanabe tadi disambut dengan ketawa Taoka dan Himisaki.
================
"Jelas semuanya?" Tanya Megat sebaik rakaman suara itu tamat dimainkan.
Muka Watanabe, Taoka dan Himisaki dah berubah pucat. "Nikko."
"Boss." Nikko berdiri menunduk 90 darjah kearahnya tanda hormat. "Kau uruskan tiga orang ini. Aku serahkan kepada kau sebab mereka yang berpakat untuk kotorkan nama kau."
"Boss?"
"Kenapa?"
"Terima kasih, Boss." Nikko sekali lagi menunduk hormat. Baginya ia satu penghargaan kerana Megat selaku ketua besar mereka memberikan dia amanah untuk menghapuskan pengkhianat-pengkhianat itu. "Untuk ahli-ahli bawah Watanabe, Taoka dan Himisaki. Kau orang ada dua pilihan. Satu, ikut ketua korang mati sekali. Dua, pilih mana-mana yakuza dan minta kebenaran mereka untuk masuk ke dalam kumpulan mereka. Pilihan atas kau orang sendiri."
Sebelum ada sempat mengeluarkan pistol untuk selamatkan ketua mereka yang jahat, beberapa tubuh tumbang diatas lantai kerana kepantasan anak-anak buah Nikko menembak. "Ada sesiapa lagi?" Yang baki, semua menunduk.
"Megat!" Cassandra bangun mengacukan pistol tepat kearah Hasha.
"Kau sengaja nak cari mati ke, Cassandra?"
"Lepaskan, my Dad!"
"Kau nak aku lepaskan pengkhianat besar? Memang tidaklah!"
"Lepas atau aku tembak Hasha!" Hasha terus berdiri kerana takut. "Jangan masuk campur. Ini antara aku dan Cassandra." Tegas Megat tidak mahu ada sesiapa yang keluarkan pistol.
"Macam mana aku boleh tak sedar, kau perempuan bertudung yang ada di depan bilik hotel Megat tadi." Hasha macam tidak percaya yang Cassandra baru sedar dia ialah Hasha. "Mesti kau fikir aku dah sentuh bakal suami kau, kan?"
"Megat Arshad Xylan. Bunyi sahaja gah. Tapi, sentiasa menepis godaan aku. Dan, kau. Tiba-tiba, entah datang dari mana. Berjaya lunturkan hati keras, beku dan dingin Megat."
"Aku tak terlibat apa-apa dalam hal ini!" Hasha marah sebab dia tiba-tiba ditarik masuk dalam hal rumit itu. "Kau tak terlibat? Sebaik sahaja kau masuk ke dalam dunia Megat, automatik kau terlibat, Hasha."
"Cassandra, letakkan pistol kau." Megat turut berdiri.
Bang! Mendengar picu ditarik. Hasha memeluk tubuh Megat dan memusingkan kedudukan mereka. Dia di belakang dan Megat di depan. Bang! Satu lagi das tembakan dilepaskan dia. "Cik Qaisara, tak apa-apa?" Hasha melihat pistol di tangan Nicky. "Awak lepaskan tembakan itu, Nicky?"
"Saya terpaksa, Cik Qaisara.Cik Qaisara diancam sebegitu, saya terpaksa bertindak."
"Terima kasih, Nicky."
"Tuan Megat?" Hisyam cepat-cepat lari kearah Tuannya sebaik Nikko mengambil tempatnya mengacukan pistol di kepala Watanabe.
"Dungu." Megat terbatuk sedikit. Dia meregangkan ototnya yang rasa sedikit sengal dengan tembakan itu. Dahi Hasha dijentiknya. "Auch, sakitlah!" Hasha memandang dia tajam tidak puas hati.
"Kenapa kau pusingkan badan kau?"
"Hasha bukan jenis kekasih yang 'ku sanggup renangi lautan api untukmu'. Memang tidaklah. Orang tahulah kena tembak tu rasa sakit, bukan rasa sedap."
"Kalau aku kena tembak betul-betul macam mana?"
"Bawa sahaja ke hospital. Lagipun, Hasha tahulah Daddy pakai jaket bulletproof." Sekali lagi, Megat menjentik dahi tunangnya. "Baby girl pun ada jacket bulletproof, kan?"
"Tak nak rosakkan, baju kemeja putih Daddy. Mahal nak ganti balik."
"Megat." Suara Uncle Ken menegur dia yang bergaduh manja dengan Hasha. "Ya, Uncle Ken?"
"Kami bersurai dulu. Jumpa masa majlis kahwin kamu nanti."
"Ya, Uncle Ken. Terima kasih semua kerana masih setia kepada yakuza Xylan. Saya mungkin tidak sama dengan Xylan yang kau orang semua kenal. Tapi, aku akan cuba sehabis baik untuk buktikan Xylan masih boleh layak memimpin kau orang selaku ketua."
"Yakuza Xylan!" Semua yang ada dalam ruangan itu menunduk 90 darjah hormat kepada dia selaku menerima dia sebagai ketua pengganti Yakuza Xylan. "Nikko, terima kasih."
"Terima kasih, Boss. Saya akan pastikan ketiga-tiga mereka mendapat hukuman yang setimpalnya." Nikko dan orang-orangnya mengheret pergi ketiga-tiga pengkhianat itu.
"Apa nasib tiga pengkhianat itu? Hukuman apa yang setimpal untuk orang yang mengkhianat?" Soal Hasha sebaik melihat semua pergi meninggalkan ruang tingkat 7 itu. Hisyam dan yang lain-lain pula, menguruskan badan-badan kaku yang tidak bernyawa itu. Termasuk Cassandra yang ditembak tepat dibahagian kepala Nicky.
"Penggal kepala." Bisik Megat di telinga dia. Kali ini, Hasha rasa bersyukur sebab dia tidak menyaksikan kekejaman itu. "Macam mana dengan pewaris-pewaris mereka?"
"Kadang-kadang, kalau mereka malu sampai tak sanggup tunjuk muka. Mereka sendiri buat keputusan untuk tamatkan nyawa sendiri. Tapi, kalau mereka mahu mulakan hidup baru, aku akan lepaskan."
"Eh, Daddy nak buat apa?" Soal Hasha melihat Megat menanggalkan baju kemeja putih itu di depan dia. Tangannya menutup mata Nicky tapi tidak matanya. "Hisyam."
"Ya, Tuan. Kau pastikan Nicky balik berehat ke bilik dia. Aku ada hal nak diselesaikan dengan Hasha."
"Huh?" Hasha memandang Megat. Hal? Hal apa? Tidak sempat dia menyoal, tubuhnya dulu dicempung lelaki itu masuk ke dalam lif. Dia mahu panggil Nicky untuk menaiki lif sama tapi pintu ditutup dulu oleh Megat. "Hisyam akan uruskan Nicky. Dan, kau... aku sendiri akan uruskan."
"Daddy tak malu ke kalau ada orang naik lif nampak Daddy tidak berbaju macam ini?"
"Kau lupa, aku cakap tadikan lif ni perlukan kad akses." Pintu lif terbuka berhenti ditingkat bilik-bilik suite.
"Hasha boleh jalan sendiri."
"Nu-uh, kau masuk bilik aku."
"Huh?" Tidak sempat Hasha melompat turun dari dukungan Megat, Megat sudah dulu buka pintu suite. Tapi, bukan bilik S143. Sebelum masuk, dia nampak jelas di muka pintu ada papan tanda tulis SUITE VVIP. "Bilik S134 tadi ada langau. Aku tak suka.Jadi, aku tukar bilik hotel yang baru."
"Tak tanya pun."
"Tak tanya. Tapi, dalam kepala kau tu ada soalan nak bertanya." Eh, Megat ini macam Nujum Pak Belalang pula boleh teka-teka apa yang terdetik dalam minda dia.
Megat mencampakkan tubuhnya diatas katil empuk dalam bilik itu. Nasib baik lembut sahaja campaknya. Kalau kuat tadi, mahu sakit badan dia. Belum sempat dia bangun, Megat dahulu menindih tubuhnya. Erk...
"Daddy nak buat apa?"
"Kau rasa-rasa, aku nak buat apa?" Soal jejaka itu dengan menjungkit kening nakal. Hasha cuba larikan pandangan tapi tidak boleh kerana dia bagai tenggelam lemas dalam pandangan mata Megat. Wajah mereka semakin lama semakin dekat. Puncak hidung dia dan Megat akhirnya bertemu. Matanya dipejam tidak sanggup melihat apa tindakan berani jejaka itu.
Terlepas tawa besar dari bibir Megat. Hasha, tindak-tanduk gadis itu sentiasa comel dimatanya dan menghiburkan. Menjarakkan tubuh mereka, dia baringkan tubuhnya disebelah Hasha. Dia nampak Hasha sudah membuka mata. Tanpa berkata, dia menarik tubuh itu ke dalam dakapannya dan biarkan berbaring atas tubuh dia. "Pejam mata. Tidur." Jelas arahannya diikuti Hasha kerana gadis itu menutup mata. Tangannya tidak lepas merangkul pinggang gadis itu turut memejam mata.
Bersambung...