Aryanna Sufya

By _unniesab_

29.2K 925 21

Kepulangan Aryanna Sufya ke tanah air membuka semula kisah yang telah lama terkubur dalam hidupnya. Pertemuan... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BREAK
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44

BAB 17

549 23 0
By _unniesab_

Ketika Aryanna sibuk menyemak kewangan syarikat, pintu ofisnya diketuk tiba-tiba. Terkejut Aryanna dibuatnya.

"Masuk." Mata Aryanna masih ralit menyemak fail-fail financial milik FRH BUILDINGS. Banyak yang nak kena semak. Bertimbun atas meja Aryanna. Erghhh! Stress!

"Busy nampak? Baru first day, dah banyak kerja ke?" Tingkah Aryanna yang sibuk terhenti. Dia kenal suara tu. Pantas Aryanna angkat muka, mendongak.

Tekaannya menjadi tepat bila melihat Ferhat berada di hadapan mejanya. Air muka Aryanna berubah kelat. Ini pun satu tekanan juga. Tak habis-habis nak ganggu hidup orang! Insiden pagi tadi, mula menerjah minda Aryanna.

Pantas Aryanna menggeleng bila teringatkan peristiwa tadi. Ferhat pula, mula hairan bila melihat tingkah laku gadis itu. Sekejap geleng, sekejap angguk. Apa masalah dia?

"Awak ni dah kenapa? Tak betul?" Aryanna pandang Ferhat, sekilas. Tak kuasa nak melayan! Ferhat mendengus kasar. "Hei! Awak bisu ke? Saya tanya, sepatah haram pun awak tak jawab!" Aryanna tersentak. Terkejut dengan suara yang tadinya lembut, tiba-tiba bertukar kasar.

"Encik Ferhat nak apa? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Aryanna beranikan diri menyoal. Dia tak tahu samada, lelaki itu bertindak sebagai bosnya atau Ferhat yang dia kenal sewaktu zaman sekolah dulu? Reaksi Ferhat sememangnya tak dapat dibaca dengan begitu mudah.

"Saya nak laporan kewangan tahun 2017 syarikat ni. Saya nak check. Lepas tu, saya nak awak buat analisis kewangan. Kalau tak tahu, tanya Puan Wahida. Saya nak hari ni jugak." Ferhat keluar selepas memberi arahan.

Arahan yang tak masuk akal untuk Aryanna. Laporan 2017? Wehh! Aryanna melihat fail yang berada ditangannya. Muka/surat 2, Fail Laporan Tahunan 2010.

Muka/surat 2 daripada 219. Aryanna melopong. Jam tangan dipandang lama. Sudah jam 4:30 petang. Lagi satu jam nak balik. Sempat ke? Nak semak fail tak boleh skip. Itu kata Puan Wahida kepada Aryanna tadi.

"Ingat, Aryanna. Awak kena semak semua fail ni ikut tahun. Jangan skip satu pun!"

"Kalau bos minta laporan tahun lain? Tapi saya masih buat tahun lain? Macam mana?"

"Pandai-pandai la awak fikir. Yang saya tahu, awak tak skip satu pun!"

Aryanna mengeluh. Takkan hari pertama kerja dah kena balik lambat kut? Kejam betul semua orang dekat pejabat ni. Sama aje semua. Ikut perangai bos!

Aryanna keluarkan phonenya, lalu jarinya laju menaip sesuatu.

IBU❤
last seen 3:45 minutes ago

   Ibu. Yanna rasa, Yanna tak boleh balik awal hari ni. Banyak sangat kerja. ✅✅

Beberapa detik kemudian, Sufinah membalas mesej anaknya.

IBU❤
online

Laa..banyak sangat ke kerja tu? Kesian anak ibu. First day kerja dah kena balik lambat.✔✔

Nak buat macam mana ibu. Yanna kena tunjuk la yang Yanna ni pekerja baik. Kan?🙈✔✔

Hahaha😅 Ye la. Tak apa la. Yanna buat la kerja elok-elok. Tapi, kalau sempat. Balik la awal.✔✔

Aryanna mengeluh. Aihhh! Nampaknya..memang kena stayback lerr.

Ferhat bersiap-siap untuk pulang ke rumahnya. Sudah pukul 5:30. Dia tersenyum sinis. Mesti minah tu tengah buat kerja lagi.

Sebenarnya, dia saja nak kenakan gadis tu. Seronok tengok Aryanna kelam-kabut. Comel. Ferhat tersenyum lagi. Ketukan di pintu mematikan lamunan Ferhat.

Isy! Kacau aje dia nak berangan. "Masuk." Wahida melangkah masuk dengan tumit tingginya itu. Walaupun usia sudah mencecah 37 tahun. Rupa dan gaya Wahida jelas sikit pun tak seperti wanita di usianya.

Wajah yang semakin diamah usia itu disolek agar dapat menutup cela-cela pada wajahnya. Gaya yang menjadi trend terkini turut diikuti oleh Wahida.

Sekali pandang, tak nampak macam Wahida ni wanita 30an. "Ada apa Encik Ferhat nak jumpa saya ni?" Ferhat membetulkan duduknya.

"Pengurus kewangan baru kita tu....dah balik ke?" Wahida berjeda seketika. "Belum. Bukan Encik Ferhat suruh dia buat analisis kewangan ke?" Ferhat terangguk-angguk kecil.

"Tak apa la. Awak boleh balik." Wahida tersentak. "Saya boleh balik? Habis tu..siapa yang nak monitor Aryanna?" Ferhat senyum penuh makna.

"Tak apa. Awak boleh balik. Pasal Aryanna tu.. Ada yang akan monitor dia. Awak tak payah risau. Awak balik aje." Wahida tersenyum hambar.

Pelik-pelik la bos dia tu. Ferhat tersenyum lagi. Hari ni, bibir kerap senyum aje. Sejak Aryanna muncul, Ferhat rasa bahagia. Entah mengapa, hatinya seakan-akan gembira dengan kehadiran gadis itu.

Jika dulu, wajah itulah yang dibencinya. Bahkan, bunyi tapak kaki gadis itu pun dia tak nak dengar. 'Fatin? Saya minta maaf. Saya dah silap tafsir kawan awak.'

Kenangan lalu mula terimbau di minda Ferhat.

"Fer..Ferhat?" Ferhat segera mendapatkan Fatin yang terlantar di atas katil itu. Bekas oksigen yang dipakai Fatin, ditarik perlahan. Ia bagi memudahkan Fatin untuk melontarkan kata-kata.

Wajah tampan Ferhat disentuh lembut. Diusap perlahan bagaikan itu kali terakhir dia melihat wajah jernih itu.

"Ferhat? Aw..awak sa..sayang saya kan?" Ferhat angguk laju. Tangan kecil yang berada di wajahnya dipegang erat.

"S..s..saya...nak jum..jumpa Yanna." Ferhat tersentak. Yanna? Aryanna? Lepas peristiwa yang lalu, gadis bernama Aryanna terus menghilangkan diri.

Ferhat tahu. Itu semua berpunca daripada dirinya. Bukan dia tak cuba cari Aryanna. Tapi tak jumpa. Kemana gadis itu pergi, dia sendiri tak tahu.

"Encik Ferhat? Encik Ferhat?" Aryanna mendengus kasar. Fail ditangan, dipegang erat. Geram. Sudah larut malam. Dia akhirnya berjaya juga siapkan tugasan yang di minta.

'Sekali lagi. Kalau tak menyahut juga...Aku blah!' Gumam Aryanna dalam hati. "Ehem! Encik Ferhat? Encik Ferhat!"

Ferhat tersedar. Jauh betul dia mengelamun. Dia membetulkan duduknya yang sedikit melorot ke bawah itu. "Eh? Macam mana awak masuk? Kenapa tak ketuk pintu?"

Kening Aryanna terangkat sebelah. Wahh! Aryanna pula kena sound. Sepatutnya, dia yang kena sound dengan si Aryanna.

"Dah banyak kali saya ketuk, Encik Ferhat. Encik Ferhat tak menyahut. Saya masuk ajelah. Saya ingat Encik Ferhat dah balik."

Ferhat bangkit daripada duduknya. "Habis tu? Kalau saya balik sekalipun, awak boleh suka-suka hati masuk ofis saya ke?"

Aryanna terdiam. Ada betul juga apa yang Ferhat cakap. Tanpa Aryanna sedar, bibirnya memuncung panjang. Tanda protes.

Sekilas dan sepantas kilat, terasa bibirnya disentuh oleh sesuatu yang lembut. Membulat mata Aryanna. Terkejut. Hilang terus kata-kata. Macam bisu.

Bila Aryanna tersedar, dia pantas menolak jauh tubuh yang berada dekat denganya. "Apa awak ni?! Apa awak buat ni?!" Aryanna menyeringai.

Marah mula menguasai diri gadis genit itu. Masuk ni dah dua kali kesuciannya diregut. Ferhat terkesima. Dia tahu dia salah. Dia sendiri tak tahu macam mana dia boleh bertindak sampai macam tu sekali. 

"Yanna. Saya minta maaf? Saya tak sedar." Pap! Tamparan kuat terus hinggap pada wajah Ferhat. Dada Aryanna berombak menahan amarah yang dahsyat.

****************************
Guys! I'm back! Finally, dapat jugak tulis cerita baru balik! Korang jangan la baca je.. Vote la sekali. Hehehe.. Harap ARYANNA SUFYA mendapat sambutan yang sama macam PENCULIK CINTAKU. Keep on supporting, voting and reading my story guys!

LoL..

👉 follow me @ns_sb01
👉 follow my ig @ns_sb06
👉 follow my facebook Nur Sabrina











Continue Reading

You'll Also Like

25.7K 959 55
[BOOK 1]♡ Kasih sayang seorang abang sentiasa ada untuk adiknya...tapi adakah abangnya mampu untuk menahan sikap barannya terhadap sikap adiknya send...
164K 14.3K 61
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
180K 5.3K 71
highest ranking #1 #annoying highest ranking #1 #dramasangat Why should I marry with someone yang aku langsung tak kenal malah tak cinta ? - Zyra Ha...
67.4K 687 5
Mia,Jenny,Elysiana & Hana gadis yang digelar Devil di Royal Highschool kerana sikap mereka yang sememangnya tidak bertolak ansur.Kisah silam yang ama...