FALAH | Serunai Maut ✔

By Leena_syiha

860K 113K 15.6K

Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. ... More

Pengumuman
Prolog
| Linda | 1
| Linda | 2
| Linda | 3
Serunai Maut | Henry | 4
Serunai Maut | Henry | 5
Serunai Maut | Henry | 6
Serunai Maut | Henry | 7
Serunai Maut | Henry | 8
Serunai Maut | Falah | 9
Serunai Maut | Iman | 10
Serunai Maut | Falah | 11
Serunai Maut | Falah | 12
Serunai Maut | Falah | 13
Serunai Maut | Henry | 14
Serunai Maut | Henry | 15
Serunai Maut | Falah | 16
Serunai Maut | Falah | 17
Serunai Maut | Falah | 18
Serunai Maut | Falah | 19
Serunai Maut | Falah | 20
| Henry | 21
| Falah | 22
| Falah | 23
| Falah | 24
| Iman | 25
| Nuna | 26
| Falah | 27
| Falah | 28
| Tok penghulu | 29
| Razak | 30
| Falah | 31
| Mona | 32
| Jibt | 33
| Nyai | 34
| Mona | 35
| Falah | 36
| Falah | 37
| Falah | 38
| Linda | 39
| Falah | 40
| Gimbaran | 41
| Andika | 42
| Tok penghulu | 44
| Bunga | 45
| Nuna | 46
| Linda | 47
| Falah | 48
| Anjana | 49
| Bunga | 50
| Falah | 51
| Falah | 52
| Nuna | 53
| Embun | 54
| Linda | 55
| Henry | 56
| Falah | 57
Epilog
Sambungan Serunai Maut

| Kevin | 43

12K 1.7K 81
By Leena_syiha

Imbas kembali.

MATANYA tercelik. Terus kegelapan menyambut pandangan. Nafasnya laju. Tangannya terasa sejuk.

Apa yang berlaku?

Perlahan dia mendudukkan tubuh, tangannya dapat merasakan fabrik lembut. Tilam. Dia sedar sekarang dia sedang duduk atas katil. Tangannya kemudian naik memegang kepala. Rambut yang jatuh diselit ala kadar.

Wajah diangkat ke sekeliling.

Seluruh ruang gelap. Tiada apa yang dia dapat lihat. Dia cuma dapat dengar bunyi kipas dan bunyi ombak di luar sahaja. Tangannya bergerak hendak mengambil telefon di meja tepi katil.

Sebaik dapat menyentuh objek segi empat itu, serta merta dia menekan punat on. Cahaya muncul sekaligus membuatkan mata Linda jadi silau. Dia kelipkan mata beberapa kali untuk menyesuaikan diri.

Jam di skrin telefon dipandang. Jam 1245 pagi. Spontan dia mengeluh. Kenapalah dia bangun sekarang? Baiklah dia tidur. Dia kembali berbaring, memaksa diri untuk tidur. Mata dipejam. Dia kena tidur.

Namun dia tak dapat tidur. Badannya rasa tak selesa.

Matanya dicelik semula. Tidurlah Linda! Dia memejam mata kembali. Namun lenanya tetap tak berkunjung. Akhirnya dia bangkit terduduk. Dua tanya naik meraup wajah. Nafas dihembus perlahan-lahan. Dua tangan dijatuhkan dari wajah. Terus ke tepi tubuh. Lembik.

Namun sesaat, matanya menangkap sesuatu yang asing. Suasana kubikel yang gelap tiba-tiba menjadi cerah!

Matanya terbeliak apabila dapat melihat bayang-bayang tingkap kubikel. Terus dia melemparkan pandangan ke luar tingkap yang bulat itu. Sebaik terlihat cahaya yang terang benderang dari luar tingkap, dia tak dapat menahan dirinya dari terlompat ke lantai. Terus dia menghampiri tingkap dengan wajah pucat lesi.

Saat berdiri di tingkap ini, dia dapat lihat dengan jelas bahawa cahaya ini adalah dari spotlight di dek atas. Sesekali spotlight gergasi itu kelihatan digerak-gerakkan. Cahaya lampu jadi bergoyang.

"Ya Allah.. Diorang ni tak faham bahasa ke apa?! Kan dilarang bukak lampu! Sengaja nak cari pasal!" Linda membebel-bebel perlahan. Tidak mahu menganggu rakan sebiliknya lain lain. Lantas tanpa berlengah dia terus merembat tudung di bucu katilnya dan menyarungnya ke kepala. Dengan berbekalkan telefon yang dipasang torchlight, dia terus keluar dari kubikel berlari ke dek atas.

Sesampai di dek atas, angin malam terus bertiup menyejukkan tubuhnya. Linda mula menyesal tidak menyarung kardigan dahulu sebelum keluar ke sini. Namun itu semua tidak penting. Cahaya lampu yang sedang dipasang itu lebih penting!

Linda mencari arah cahaya tadi, sekejap dia mundar-mandir di dek atas itu. Hilang punca. Apabila dia teringat yang biliknya di sebelah timur, maka dengan segera dia berlari ke arah timur. Sebaik kakinya memijak kawasan timur, dia terus dapat melihat sesusuk tubuh berjaket lengkap dengan hud sedang berbuat sesuatu pada lampu gergasi feri ini. Cahaya lampu terang benderang, mata Linda mula pedih.

"Encik!! Berhenti!!" Linda menjerit lantang. Sudah tidak dipedulikan keselamatannya menghadapi lelaki itu, yang lebih penting adalah lelaki ini telah melanggar pantang larang Pulau Jengka.

"Jangan buat kerja gilalah! Berhenti pasang lampu!!" Linda menjerit lagi apabila melihat susuk itu seakan terkaku.

Angin laut menampar tubuh. Menerbangkan hujung tudung. Linda cepat-cepat memegangnya sebelum auratnya terbuka. Tubuh dipeluk kemas-kemas. Sejuk.

"Encik patut tahu, kita tak boleh bukak lampu!! Kan Mr Suzuki dah jelaskan tadi!! Takkan tak faham lagi? Encik tolonglah tutup lampu itu!!"

Apabila lelaki itu mengabaikannya maka dia tiada pilihan lain, dengan segera dia berlari mendekati tiang yang menempatkan lampu gergasi itu.

"Encik!! Berhentilah!!"

Dia melaung dari bawah. Kepalanya terdongak mencari wajah lelaki tersebut.

"En-"

"Eh diamlah!!" Serentak dengan jeritan itu, bunyi besi berdentum konkrit bergema. Orang itu kelihatan mencampakkan barangnya. Bengang.

Linda serta merta kecut perut.

"Engkau bisinglah!! Aku nak buat kerja pun tak senang!" Marah orang itu lagi. Kakinya sibuk menyepak barang-barang lain.

Linda ketap bibir. Dia mula rasa takut. Tapi dia lebih takut dengan mitos serunai maut.

Lelaki di atas itu telah melanggar pantang larang serunai maut..

Linda menggeleng kepala. Rasa seram sejuk mula berlari di serata tubuhnya. Apatah lagi angin tiba-tiba terasa kencang sahaja malam ini.

"Kalau kau takut sangat, berambus lah. Tak payah duduk sini." Suara lelaki itu bergema lagi. Kali ini sayup-sayup sahaja kerana dia bercakap perlahan.

"Encik.. Encik tahu kan, kalau kita buka lampu apa akan jadi? Serunai--"

"KAU JANGAN SEBUT BENDA CELAKA TU! AKU TAK NAK DENGAR!" Suara itu menggertak keras.

Linda terus menikus. Tidak berani lagi untuk berkata apa.

"Kevin.." Tidak semena satu suara lain menyampuk. Memanggil susuk di atas. Linda tersentak. Suara itu familiar. Lantas dia menoleh ke sisi.

"Kau dah siap Andy?" Susuk di atas tersengih puas hati. Sekejap sahaja dia sudah turunkan hud dari kepalanya. Terserlah wajah cinanya yang berserabut itu.

"Dah." Andika jawab.

Linda ternganga. Bersilih ganti memandang pada dua susuk tersebut.

"Abang Andika.. Abang Kevin." Dia menekup mulut. Tak sangka.

Andika pandang Linda kosong.

"Kau buat apa dekat sini? Pergi masuk bilik." Arah Andika tanpa kompromi.

Linda menggeleng pantas. "Apa abang buat ni?! Macamana kalau mitos serunai maut itu memang betul!? Macamana kalau kita buka lampu serunai akan berbunyi? Kalau ya pun benda tu karut sekurang-kurangnya hormatilah pegangan Pulau Jengka!" Linda benar-benar marah.

Apa semua ini?

Dia fikir Abang Andika percayakan serunai maut itu. Malah masih jelas lagi kata-kata Abang Andika siang tadi. Tentang harapan dia agar tiada siapa yang buka lampu malam ini. Adakah itu hanya sandiwara!?

"Samada ianya betul atau tak, semuanya kita akan dapat lihat selepas kita langgar pantang larang itu. Alaah.. Dahlah Linda. Kalau kau takut, pergi masuk bilik. Jangan duduk sini. Kacau kitaorang je." Kevin mencelah selamba seraya turun dari menara lampu gergasi itu.

Linda sudah hampir menangis memandang Andika. Kepalanya tergeleng-geleng.

"Kau dah halakan ke arah pulau macam kita rancang kan?" Kevin bertanya seraya mengemaskan rambutnya yang berserabai. Dia sudah selamat berdiri di sebelah Andika.

"Dah." Andika balas acuh tak acuh. Seraya itu dia memeluk tubuh dan mengangkat wajah pada menara berdekatan. Menara yang menempatkan spotlight ke arah timur, manakala menara satu lagi adalah spotlight yang terarah pada selatan namun dia sudah alihkan ke arah timur sekejap tadi.

Mereka sudah merancang untuk menumpatkan cahaya yang sangat terang ke arah Pulau Jengka. Jadi kedua-duanya lampu itu diarahkan ke sana. Hasilnya sekarang mereka dapat lihat dengan jelas daratan Pulau Jengka biarpun malam semakin memekat.

"Abang Andika.. Abang Kevin. Tolonglah berhenti. Jangan buat begini. Macamana kalau serunai maut berbunyi? Nanti semua akan mati.." Linda merintih perlahan. Tangannya menggigil.

Andika pandang Linda dengan riak kosong. Manakala Kevin sudah korek telinga rimas.

"Weh kalau kau takut, pergi tidurlah! Kacau betul!! Aku dah tak sabar nak tengok pertunjukan apa akan berlaku selepas ini. Jadi jangan kacau!" Kevin membentak geram.

Linda sudah pun menangis. Dia ketakutan. Memikirkan apa akan berlaku selepas ini buat dia betul-betul ketakutan.

Kevin mendengus kencang. "Aku nak tengok show pun susah." Dia merungut-rungut.

Andika hanya diam menyeluk saku seluar.

"Eh Andy, kau suruh adik kau masuk. Aku rimas tengok perempuan menangis." Kevin menolak lengan Andika.

Andika ke hadapan sedikit dengan tolakan itu. Dia menjeling tajam ke arah Kevin. Kevin hanya tersengih.

"Pergi masuk bilik Linda. Jangan ganggu kitaorang." Andika sudah penat untuk menyuruh.

Linda tetap menggeleng. "Tak akan selagi abang tak tutup lampu. Linda tak nak masuk bilik. Nanti macamana kalau Linda mati waktu nak pergi bilik?" Linda menangis memikirkan keadaan itu.

Kevin mencemikkan wajah. Manja tapi degil. Dia paling benci perempuan begitu.

Andika mengeluh panjang. Lengan Linda dipegangnya lantas ditarik mengikuti langkahnya.

"Tak nak!! Tak nak! Abang Andika lepaskan!" Linda meronta. Andika tanpa perasaan terus menarik kasar lengan adik tirinya itu sehingga akhirnya Linda terjatuh kerana terlalu bersungguh melepaskan diri.

Kevin yang menonton menggeleng kepala. Drama.

Tidak semena dia teringat sesuatu. Dahinya berkerut.

"Eh Andy, aku lupa kamera aku!" Kevin baru teringat akan benda paling penting itu. Dahinya ditampar sekilas.

Andika tak melayan langsung Kevin, terus mencangkung di hadapan Linda.

"Aku turun sekejap. Nanti aku naik balik." Kevin pun terus berlari masuk ke pintu kecemasan. Hendak turun ke biliknya. Sesaat, tinggal Andika dan Linda sahaja di dek ini.

Linda kesat air mata kasar. Hingus ditarik. Mata basahnya menatap Andika.

"Tolonglah tutup lampu. Linda takut. Linda takut kalau serunai maut betul-betul ada, nanti semua dalam kapal ini mati. Abang juga kata begitu kan. Abang tak sedih ke kalau ibu dan kak Wafana mati?"

Andika diam.

"Walaupun diorang selalu buli Linda, Linda tetap sayang diorang. Linda tetap sayang abang macam abang Linda sendiri. Linda tak nak abang mati, Linda tak nak kak Wafana dan ibu mati. Jadi tolonglah, jangan buat benda ini semua." Linda bersungguh-sungguh meminta. Sehingga tanpa disedari tangannya sudah memegang tangan Andika. Benar-benar merayu.

Andika hanya diam memandang tangannya dalam tangan kecil Linda.

"Tolonglah.. Abang Andika tak jahat kan. Abang Andika sanggup ke tengok semua mati?"

Linda menangis bersungguh-sungguh di hadapan Andika.

Tidak semena Andika memegang tangan Linda lantas melepaskannya dari terus menggenggam tangannya yang sebelah lagi. Linda berhenti menangis. Terus terdiam. Hanya kedengaran sedu sahaja.

"Kau dengar betul-betul apa aku cakap." Andika bersuara serius.

Linda diam menunduk. Bibirnya bergetar.

"Aku dan Kevin sudah rancang perkara ini lama. Memang rancangan kami untuk singgah di Pulau Jengka dan cari masalah untuk terus menetap di sini. Tapi kau kena faham, aku buat semua ini bukan sebab aku nak semua orang mati," Andika diam sejenak.

"Tapi sebab aku nak satu dunia lihat apa aku dan Kevin boleh buat. Tak ada siapa berani buat seperti yang kami buat. Semua takut dengan mitos ini, semua tak berani untuk mencuba. Jadi biarkan aku dan Kevin buktikan yang sebenarnya serunai maut hanyalah mitos semata-mata. Dengan sebab penemuan itu, aku boleh jadi masyhur. Aku akan dipandang tinggi sebagai seorang yang dapat membuat penemuan baru. Dan kes tiga puluh tahun lepas tak akan dipandang sebagai pembunuhan misteri lagi."

Andika melepas nafas selepas habis ayat.

"Aku percaya, serunai maut hanyalah palsu. Ianya rekaan semata-mata. Jadi biar aku buktikan." Andika senyum tajam.

Linda pula terus diam dalam tersedu-sedu. Tangisannya benar-benar sudah hilang.

"Jadi sekarang, jangan sesekali kau berharap aku akan dengar cakap kau. Aku tunggu hari ini sudah lama. Hari di mana aku dapat buktikan pada dunia bahawa seorang Andika ialah seorang yang berani. Aku yakin esok akan menjadi hari yang gemilang untuk aku dan Kevin." Andika tidak sabar menunggu hari esok. Matanya sudah bersinar memikirkan betapa masyhur dirinya selepas ini. Bukan sebagai pemilik Ezus lagi, tapi sebagai seorang jejaka yang berani yang telah membuat penemuan baru selepas tiga puluh tahun ianya menjadi misteri.

Cukuplah selama ini dia menjadi boneka untuk ibunya di Ezus. Cukuplah.

"Pergi masuk Linda. Tiada siapa perlukan kau di sini." Andika bergerak ingin bangun. Malas hendak melayan Linda.

Namun sesaat pergerakannya terbejat sebaik telinganya mendengar satu tawa halus. Matanya membesar, serta merta dia memandang pada Linda.

Linda masih bersimpuh dalam keadaan tunduk. Namun Andika dapat lihat dengan jelas tubuh Linda mengigil menahan tawa. Halkumnya spontan bergerak sebaik melihat pemandangan itu.

Tawa Linda perlahan-lahan menjadi nyaring dan kuat. Sehingga akhirnya Linda ketawa terbahak-bahak dengan begitu nyaring sehingga mengilukan telinga. Andika serta merta berdiri. Lututnya mula goyah. Bibirnya rasa kering semacam.

Linda perlahan-lahan mengangkat wajah, mendongak pada Andika. Tawanya sudah surut berganti dengan sengihan lebar yang tampak mengerikan.

Andika kedu.

"Pabila malam pekat menjelma," Tidak semena bibir gadis itu bergerak mengalunkan sesuatu. Dan suara Linda kedengaran sangat-sangat lain.

Kedengaran merdu dan halus.

Sehingga Andika hanya kejung di temparnya.

"Saat Anak Adam semua alpa,

Sinar cahaya tetap diwarna,"

Andika dapat lihat mata Linda hanya tinggal putih. Mata hitam gadis itu sepenuhnya naik ke atas.

"Seluruh alam seolah menderhaka,

Di kala itu dia menghamburkan murka,

Dengan serunai maut yang mampu membunuh sejagat jiwa."

Dan Linda yang bagai dirasuk itu tersenyum lebar sehingga Andika mula terfikir bahawa pipi gadis itu akan terkoyak.

Ketika itu tidak semena, dari jauh Andika terdengar sesuatu. Ianya seakan bunyi seruling yang ditiup penuh sayu.

Mula-mula ianya perlahan dan sayup-sayup, namun sekejap sahaja Andika merasakan seolah bunyi itu seperti di sebelahnya.

Dan Andika sedar sesuatu.

Serunai maut.








"JADI itulah yang terjadi." Iman mengeluh panjang.

Mereka baru selesai mendengar kisah Linda. Kisah tragis malam kejadian tersebut.

Yang lebih tragis, Linda mengatakan bahawa di dalam memori itu dia bukanlah memegang watak Linda tapi dia menjadi seorang penonton yang melihat segala yang terjadi.

Seolahnya memori itu adalah babak dalam sebuah filem thriller dan Linda dengan syok menontonnya sambil menikmati bertih jagung. Sebab itulah Linda serta merta bertanya siapakah Andika. Kerana watak utama dalam filem itu ialah lelaki itu. Bukan Linda.

"Baru I faham." tiba-tiba Henry bersuara selepas semua seakan dilema mendengar kisah Linda.

"Apa dia?" Iman pantas menyoal.

"Kenapa cctv langsung tak menangkap susuk Andika selepas rakaman pertama? Rupanya sebab Kevin sudah pun uruskan semuanya. Dia anak pemilik feri itu. Mesti dia boleh godam sesuka hati sistem keselamatan kapal itu."

"Dah tu kenapa Andika masih boleh dilihat dalam rakaman pertama?" Iman lontarkan soalan.

"Sebab itu bukan kawasan yang mencurigakan untuk sesiapa keluar. Sesiapa pun boleh keluar waktu itu, lagipun itu aras VIP. Tak ada apa yang aneh kalau ada yang keluar bersiar-siar. Yang aneh adalah bila rakaman dapat tangkap mereka menuju ke dek atas waktu-waktu begitu sebab itu Kevin tutup semua cctv berdekatan situ." Henry balas. Tubuhnya dibawa bersandar ke batang pokok di belakang.

Iman baru faham. Terangguk-angguk. "Jadi suspek utama kes ini ialah Kevin dibantu oleh Andika?"

"Mereka berdua bersalah. Tak lebih tak kurang." Falah yang dari tadi diam mencelah.

Serentak semua memandangnya.

"Mayat Kevin dijumpai di mana?" Falah bertanya kemudiannya. Matanya jatuh pada Henry.

"Di depan bilik dia. Bersama ayah dia." jawab Henry. Masih jelas dalam ingatannya kedudukan dua mayat itu. Sehinggakan jika Falah minta dia lukis balik lokasi dan kedudukan mayat itu pun, dia boleh buat.

"Ada kamera bersama dia?" Falah bertanya lagi.

Henry diam sejenak. Kemudian dia menggeleng. "Tak ada. Kamera ada dalam bilik."

"Bagaimana kedudukan mereka? Bersebelahan, Kevin agak ke pintu biliknya dan Sir Suzuki di belakang? Pintu bilik terbuka? Begitu?" Falah menerka.

"Ya. Betul." Henry takjub dengan ketepatan tekaan Falah.

"Itu bermaksud Sir Suzuki sedang marahkan anaknya sebab pasang lampu, kemudian Kevin buka pintu untuk ambik kamera di dalam bilik tapi belum sempat dia masuk ke bilik mereka dikejutkan dengan.. "

"Serunai maut." Iman sambung pantas.

Falah angguk.

"Jadi maksudnya Sir Suzuki tahu tentang rancangan anaknya?" Iman bertanya.

"Tak. I tak rasa dia tahu. Sebab itu dia terpedaya dengan propaganda anaknya tentang ada kerosakan di dek bawah. Padahal bila kita siasat, tak ada apa yang rosak pun. Kevin sengaja reka untuk dapat menginap di Pulau Jengka."

"Macam yang Andika kata, rancangan ini sudah sangat rapi." Henry sambung seraya memeluk tubuh.

Mereka jeda seketika.

"Ibu dan kakak tiri saya dijumpai di mana?" tiba-tiba Linda mencelah perbualan serius itu.

Mereka bertiga serentak memandang Linda.

"Maaf kalau Linda tanya soalan tak kena tempat." Linda jadi malu apabila Falah juga turut memandangnya. Dia menggaru kepala segan.

"Tak apa. Kena je dengan tempat. Lagipun abang tahu Linda curious tentang keluarga Linda." Henry menenangkan keadaan.

Sebentar tadi mereka sudah berterus terang pada Linda tentang keluarga gadis itu secara penuh. Malah turut diceritakan pada Linda tentang kematian mereka yang dikatakan asbab serunai maut.

Linda awalnya semacam tidak percaya namun apabila mereka padankan dengan apa yang dalam memori Linda, hakikatnya kematian itu diterima akal.

"Diorang dijumpai berpelukan dalam bilik tidur." Iman tolong jawab soalan Linda tadi.

Linda yang mendengar serta merta berwajah sedih. Kepalanya tertunduk. "Kenapa abang Andika sanggup buat begitu?" dia berbicara seorang diri. Namun jelas dapat didengari semua orang.

"Linda," Iman tiba-tiba memanggil.

"Ya?" Linda angkat wajah.

"Linda sudah ingat siapa Linda?" Berhati-hati Iman bertanya.

Muka Linda berubah.

Lambat-lambat dia menggeleng. "Linda masih tak ingat tapi Linda sudah cukup bersyukur sekarang Linda sudah tahu siapa keluarga Linda. Ibu, Kak Wafana dan Abang Andika. Sekurangnya Linda tahu Linda pernah ada keluarga." Linda tersenyum kelat.

Iman memandang simpati. Dia sempat berbalas pandang dengan Henry. Henry hanya senyum sekerat. Dia juga kasihan pada Linda.

"Tak apa Linda, sekarang kami keluarga Linda. Linda tahu itu bukan?" Iman tersenyum kecil.

Linda mengangguk perlahan.

"Kalian memang keluarga Linda." Dia menjawab betul-betul dari hati.

Continue Reading

You'll Also Like

101K 18.3K 31
Saat kau merasakan dirimu adalah sebuah beban, ada lagi yang merasakan dirinya adalah beban untuk segala-galanya. Darjat dan angka adalah segala-gala...
Suamiku Mr.Bad Boy By qiss

Mystery / Thriller

718K 30.7K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...
1M 42.6K 72
Dhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya sendiri, Medina. "Kalau aku nak kahwin d...
396K 34.4K 56
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagak...