FALAH | Serunai Maut ✔

By Leena_syiha

859K 113K 15.6K

Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. ... More

Pengumuman
Prolog
| Linda | 1
| Linda | 2
| Linda | 3
Serunai Maut | Henry | 4
Serunai Maut | Henry | 5
Serunai Maut | Henry | 6
Serunai Maut | Henry | 7
Serunai Maut | Henry | 8
Serunai Maut | Falah | 9
Serunai Maut | Iman | 10
Serunai Maut | Falah | 11
Serunai Maut | Falah | 12
Serunai Maut | Falah | 13
Serunai Maut | Henry | 14
Serunai Maut | Henry | 15
Serunai Maut | Falah | 16
Serunai Maut | Falah | 17
Serunai Maut | Falah | 18
Serunai Maut | Falah | 19
Serunai Maut | Falah | 20
| Henry | 21
| Falah | 22
| Falah | 23
| Falah | 24
| Iman | 25
| Nuna | 26
| Falah | 27
| Falah | 28
| Tok penghulu | 29
| Razak | 30
| Falah | 31
| Mona | 32
| Jibt | 33
| Nyai | 34
| Mona | 35
| Falah | 36
| Falah | 37
| Falah | 38
| Linda | 39
| Gimbaran | 41
| Andika | 42
| Kevin | 43
| Tok penghulu | 44
| Bunga | 45
| Nuna | 46
| Linda | 47
| Falah | 48
| Anjana | 49
| Bunga | 50
| Falah | 51
| Falah | 52
| Nuna | 53
| Embun | 54
| Linda | 55
| Henry | 56
| Falah | 57
Epilog
Sambungan Serunai Maut

| Falah | 40

12.3K 1.7K 77
By Leena_syiha

LINDA serta merta berundur setapak dari tempatnya sebaik melihat pemandangan di hadapan. Susuk yang dia telah panahkan tadi tidak semena bertukar rupa.

Semua serta merta menjauh. Apatah lagi apabila mendapati mata susuk gimbaran yang terbeliak itu tiba-tiba bertukar hitam sepenuhnya. Mulutnya tiba-tiba ternganga luas seolah rahangnya sudah terkoyak.

Bau busuk mula menguasai tempat. Spontan Iman menutup hidung. Baunya sangat menjijikkan. Henry sendiri sudah hendak termuntah.

"Kenapa ni.?" Linda berkerut melihat perubahan mendadak susuk itu. Tekaknya mula rasa kembang menghidu bau yang sangat busuk itu.

Belum sempat mereka membuat perkiraan, tidak semena-mena keluar ulat hitam yang sangat banyak daripada seluruh rongga mayat gimbaran itu. Mata susuk itu yang tadi nampak hitam sudah tinggal rongga apabila ulat-ulat keluar, malah mulut yang ternganga luas itu seolah memuntahkan ulat hitam dengan begitu banyak.

Iman hampir terduduk dek terkejut dengan keadaan tersebut, nasib baik Henry sempat menyambutnya.

Linda pula terkedu sehingga tidak berbuat apa. Matanya terbuntang. Ulat-ulat hitam itu berselerak keluar dari tubuh tersebut. Kebanyakannya sibuk melahap tubuh itu sendiri, manakala ada juga yang bergolek-golek sehingga hampir menyentuh hujung selipar Linda. Namun Linda tidak menyedari apa-apa kerana terlampau pegun melihat semua ini. Sehinggalah Falah menarik lengannya menjauh dari kawasan itu barulah dia tersedar.

Linda serta merta menoleh pada Falah. Wajah lelaki itu serius menatap tubuh yang sedang dilahap ulat hitam itu. Suasana terasa sangat mengerikan apabila bunyi tubuh dilahap mengisi kesepian. Namun itu semua tidak menjadi perhatian Linda, kerana dia lebih tertarik apabila melihat bibir Falah bergerak membaca sesuatu menatap mayat tersebut.

Apa yang abang Falah baca?

"Apa sebenarnya berlaku Falah?" Henry yang sedang menahan loya dek bau busuk - bersuara. Dia tidak dapat menahan sabar menonton semua ini.

"Kita pergi dari sini sahajalah Falah." Iman memberi saranan dalam keadaan separuh wajahnya ditutup dengan kain. Mukanya berkerut menahan rasa jijik.

Falah hanya diam memerhati mayat itu melalui proses tersebut. Tidak membalas soalan mahupun cadangan yang diutarakan padanya.

Iman dan Henry berpandangan. Sedikit tidak berpuas hati. Ya tuhan, mereka sudah hendak muntah.

"Kita tunggu." Falah menjawab kemudiannya.

"Tunggu apa? Keadaan di sini sangat menjijikkan!" Iman tidak dapat menahan. Apatah lagi apabila dia melihat susuk mayat itu sudah dikerumuni sepenuhnya oleh ulat hitam itu. Sehingga sudah tiada ruang untuk diintai kulitnya.

Iman sudah mula merasakan bulu romanya menegak dan geli-geli di serata tubuh. Tangannya pun jadi lembik.

Ianya adalah perasaan bila kau sangat-sangat geli sehingga kau rasa ada ulat sedang merayap di badan kau.

Iman pejam mata. Terlampau berasa jijik.

"Tunggu sehingga.." Ayat Falah terhenti apabila ulat-ulat hitam yang tadinya sangat agresif itu secara mendadak jatuh ke tanah dalam keadaan mengecut.

Dengan jumlah yang sangat banyak begitu, semuanya mula mengecut dan jatuh berguguran ke tanah. Linda cepat-cepat berundur ke belakang.

Susuk mayat tersebut mulai jelas pada pandangan mereka apabila ulat itu berguguran satu demi.

Dan sebaik semua ulat itu jatuh ke tanah dalam keadaan berubah menjadi bangkai dan susuk mayat itu sudah zahir sepenuhnya - Linda serta merta tergamam di tempatnya.

Falah beristighfar panjang.

Iman menekup mulut terkedu, dan Henry hanya terdiam tak menyangka.

Di situ, terbaring seorang wanita tua bangka, tidak berpakaian walau sehelai perca, berambut putih sepenuhnya, wajahnya cengkung dengan amat dalam bersama mata yang melohong pekat, mulutnya terlopong luas.

Air mata Linda serta merta tumpah. Dia kenal wanita tua ini. Walaupun rupanya sudah tiada namun dia kenal wanita ini.

Tubuhnya mengigil kuat. Bibirnya bergetar. Jiwanya remuk redam.

"Nyai.." Esakannya pecah.

Falah menghela nafas panjang.

"Nyai.." Linda ingin menerpa mayat tua bangka itu namun Falah lebih pantas menyekat. Lengan Linda disambarnya.

"Jangan Linda." Tegasnya.

"Itu Nyai.." Linda tetap sahaja memandang susuk tersebut. Air matanya makin memenuhi ruang pandangan.

Nyai.. Itu Nyai.

"Ingat kata-kata saya, Nyai tidak wujud, Linda." lengan Linda ditolak ke belakang. Menjauhkan Linda dari mayat tua bangka itu.

Linda terundur beberapa tapak dalam keadaan menggigil seluruh tubuhnya. Kenyataan itu sangat menyakitkan dadanya. Membuatkan tangisannya bertambah lebat.

Tanpa apa-apa dia terus terjelopok jatuh ke tanah. Terduduk di situ dalam keadaan seluruh badannya terasa sangat lemah. Matanya yang kabur dek air suam terus sahaja menatap susuk mayat berupa wanita tua bangka itu.

Bagai jelas pada pandangannya wajah Nyai yang sering tersenyum padanya, sering menenangkannya, sering menjadi pemangkin semangatnya..

Nyai yang menjadi penemannya.

Nyai.

Nyai.

Dia telah bunuh Nyai.

Dia baru sahaja membunuh Nyai.

Linda menggenggam tangan yang semakin kuat menggigil. Dia terus menangis teresak-esak. Seolah tidak dapat menerima hakikat bahawa dia baru sahaja memanah neneknya sendiri.

"Linda.." Falah menegur.

"Saya.. Saya bunuh nenek saya sendiri.. Saya bunuh Nyai." Linda bersuara perit.

"Saya bunuh Nyai!" Linda memukul dadanya yang terasa sakit.

Senyuman Nyai yang terbayang di benaknya semakin menyakitkan dadanya.

"Linda.." Falah memejam mata dengan nafas berat.

Henry dan Iman tidak terkata dengan situasi itu. Hanya memandang.

"Saya baru sahaja bunuh Nyai saya sendiri!" Linda menjerit-jerit. Terus memukul dirinya bagai orang gila.

Raungannya bergema serata hutan. Dia makin tidak keruan. Memorinya bersama Nyai semakin merasuk diri.

"Linda!" Jerkahan Falah menyentaknya.

Tangisannya serta merta berhenti. Namun tetap dia tersedu-sedu dengan tubuh yang mengigil hebat.

Dia dapat rasa Falah sudah mencangkung di hadapanya dengan raut wajah yang tegang. Namun dia abaikan lelaki itu. Hatinya masih sakit kerana mengetahui hakikat dia baru sahaja membunuh Nyai. Dan itu semua salah Falah.

"Bukan saya sudah kata, Nyai tidak wujud." Falah bersuara tegas.

"Kenapa saya perlu percaya orang luar?" Linda tersedu-sedu. Matanya menatap tajam wajah Falah.

Muka Falah berubah.

"Kenapa saya perlu percaya abang? Kenapa?! Kenapa saya perlu percaya yang saya memang bernama Linda?! Kenapa saya perlu percaya bahawa kehidupan saya selama ini hanyalah rekaan?! Kenapa?!" Linda membentak penuh emosi.

"Kenapa..? Kenapa saya terlalu percayakan abang sehingga saya bunuh nenek saya dengan tangan saya sendiri..?" Linda kembali tenggelam dalam tangisan. Tangan yang mengigil ditekup ke wajah.

"Nyai tidak wujud Linda." Falah mengulangi kenyataan itu. Mahu menyedarkan Linda yang tampak kerasukan itu.

"KENAPA SAYA PERLU PERCAYAKAN KAU!?" Linda menjerit tiba-tiba. Air matanya bercucuran keluar dari

Falah terdiam. Henry dan Iman mula tak sedap hati.

"KENAPA AKU PERLU PERCAYA APA SAHAJA YANG KAU CAKAP?! APABILA KAU KATAKAN BAHAWA NYAI TIDAK WUJUD, KENAPA AKU PERCAYA KAU BULAT-BULAT?!" Linda menjerit betul-betul di depan Falah. Air matanya tumpah melebat.

"KAU HANYALAH ORANG LUAR! YANG AKU BARU KENAL TIDAK SAMPAI SEHARI! KENAPA AKU BOLEH PERCAYAKAN KAU SEHINGGA AKU MEMBUNUH NYAI YANG SELAMA INI MEMBESARKAN AKU!!?" Linda benar-benar mengamuk. Dua tangannya menolak-nolak dada Falah sehingga terduduk Falah dibuatnya.

"Nyai.." suaranya mengendur kemudiannya. Pecah. "Nyai yang besarkan aku.. Dia besarkan aku, jaga aku, belai aku.. Kemudian bila kau datang kau kata semua itu hanya rekaaan? KENAPA AKU PERLU PERCAYA SAMA KAU?! KENAPA??!" Linda terus menolak-nolak dada Falah.

Henry hendak menyekat tingkah tersebut namun Iman segera menyekat. Baginya lebih baik mereka tidak masuk campur.

"Linda sedarlah.." Falah menghela nafas. Mukanya serius. "Awak bukan Mona. Nyai tidak pernah wujud. Awak ialah Linda."

"KALAU BEGITU KENAPA AKU TAK INGAT LANGSUNG TENTANG DIRI AKU?! KENAPA AKU LANGSUNG TAK INGAT APA-APA TENTANG LINDA?! KENAPA DALAM MEMORI AKU LANGSUNG TIDAK ADA KISAH TENTANG LINDA!? SIAPA LINDA SEBENARNYA?!" Linda semakin diamuk kegilaan. Rambutnya sudah berserabai dicengkam olehnya sendiri.

Falah bungkam.

"BERITAHULAH! KENAPA AKU LANGSUNG TAK INGAT APA-APA TENTANG LINDA!? KENAPA DALAM KEPALA AKU HANYA ADA NYAI?! HANYA ADA KISAH KECIL AKU SEBAGAI MONA?! SIAPA AKU SEBENARNYA?!" Linda teresak-esak kekeliruan. Tubuhnya semakin dahsyat menggigil. Nafasnya tersekat-sekat.

"Linda.." Falah menarik nafas dalam-dalam.

"Diamlah!! Diam!!" Linda menjerit sekuat hati.

"Aku tak nak dengar apa-apa dari kau! Kau tak perlu bercakap apa-apa!!" Linda bangun berdiri. Tapaknya longlai seakan bila-bila masa sahaja akan tumbang.

Falah turut berdiri. Terbisu menatap Linda.

Linda berjalan lemah menghampiri mayat milik wanita tua itu. Dia dapat lihat anak panah yang dia gunakan untuk membunuh gimbaran itu masih melekat di dada wanita tersebut.

Hatinya remuk kembali.

Dia bunuh Nyai..

Air matanya terasa pedih mengoyak pipi.

"Linda tidak percaya saya?" Falah bertanya perlahan.

Langkah Linda terhenti. Terkedu dengan soalan itu.

Perlahan bibirnya tersenyum pahit.

"Itulah yang aku tidak faham.. Kenapa aku percayakan kau sedangkan kau hanyalah orang asing?" Linda bersuara perit. Air matanya tumpah tanpa dipinta. Matanya sayu menatap mayat tersebut.

"Aku percayakan kau sehingga langsung melupakan nenek aku sendiri.." Linda mengesat air mata kasar.

"Aku sangat bodoh." Linda teresak-esak.

Falah memejam mata serabut.

"Aku.. Sangat bodoh." Linda mengulang ayat itu. Suaranya bergetar hebat.

"Linda.." Tiba-tiba Henry bersuara mencelah.

"Diam. Aku tak mahu dengar apa-apa." Linda menyambung langkah menghampiri mayat tersebut tanpa mempedulikan sesiapa.

Henry serta merta bungkam bila disuruh diam sebegitu.

Linda duduk bersimpuh di sisi mayat tersebut, air matanya sudah mengering. Hanya tinggal sedu sedan yang seakan tidak akan tamat.

"Nyai.." Tangannya naik menyentuh kulit mayat itu.

Seluruh tubuhnya menggigil menahan sebak. Perlahan rambut putih yang berserabai di hadapan wajah buruk itu diselaknya.

"Nyai, maafkan Mona." Linda hilang kewarasan lalu mengucup dahi mayat berwajah buruk itu. Dia sudah lupa semua yang berlaku. Apa dalam kepalanya hanya Nyai dan Nyai.

Air matanya menitis penuh sayu.

"Linda.." Iman menegur.

"Maafkan Mona kerna mengkhianati Nyai." Linda menangis betul-betul di dahi mayat itu.

Falah memejam mata penat. Henry sudah meraup wajah berkali-kali. Pening kepala.

"Linda sudahlah tu.." Baru sahaja Iman hendak menegur dengan lebih panjang tidak semena tubuh Linda condong ke tepi lalu tumbang ke atas mayat tua bangka itu.

Linda tidak sedarkan diri.

"Ya Allah Linda!" Iman terjerit cemas. Dia segera menerpa Linda, sudah tidak peduli dengan bangkai ulat hitam yang berselerak di sekeliling mayat itu.

Falah dan Henry turut cemas.

Keadaan yang tegang tadi serta merta bertukar kalut.

"APA semua ni?" Henry meraup rambut kusut. Nafasnya dihembus berat.

Mereka duduk mengelilingi unggun api. Sudah tidak peduli tentang larangan Pulau Jengka, mereka tetap sahaja menyalakan unggun api. Pelita mereka sudah hampir habis dan keadaan itu membahayakan.

"Apa semua ini Falah?!" Henry stress.

Falah memejam mata sejenak. Hanya diam.

"Falah tak bersalah. Jangan marah dia." Iman menegur tanpa nada. Dia juga sebenarnya tertekan dengan segala yang terjadi. Semuanya berlaku dengan sangat mendadak.

Dan perkara yang paling buat dia tak boleh terima sampai sekarang adalah, dia mati-mati percaya bahawa Falah telah dipanah. Dia telah bazirkan air mata berharganya hanya untuk seekor gimbaran tak guna.

"I tahu.. I tahu Falah tak bersalah dan I tak marahkan dia. Sekarang I stress."

"Dah tu you ingat you seorang je stress? You nampak I tengah gelak ke sekarang?" Iman menyindir sedas.

Henry terus terdiam. Menjeling tajam Iman. Hatinya berdongkol geram.

Falah menghela nafas panjang. Serentak itu matanya melirik pada Linda yang sedang terbaring di alas tidur Iman. Gadis itu tampak sangat-sangat kepenatan.

Kemudian Falah memandang pada Henry dan Iman yang sedang tertekan itu. Masing-masing memandang ke arah lain dengan riak tegang.

"Lebih baik kita tidak bergaduh sekarang.."

"Siapa kata kitaorang bergaduh?" Iman terus memotong. Matanya terjegil.

"Bukan itu maksud Falah," Falah hela nafas.

Dia tahu semua sedang tertekan sebab dia pun sedang merasai hal itu, namun pertengkaran dan suasana tegang tidak akan membawa kepada sebarang penyelesaian.

"Beginilah.. Falah akan ceritakan semua yang berlaku. Tapi sebelum itu baik kita mulakan dengan bacaan Al-Fatihah, ayat kursi dan kalimah syahadah. Ini untuk kita pastikan dalam kalangan kita tiada lagi gimbaran mahupun jin atau apa sahaja.. Falah tahu itu yang sedang mengganggu fikiran abang dan akak. Jadi mari kita sama-sama membuktikan keimanan kita dan juga melapangkan dada kita." Falah bermukadimah panjang.

Henry dan Iman nampak mengendur sedikit. Mereka patuh dengan permintaan Falah, lalu mereka pun sama-sama membaca Al-Fatihah, disambung dengan ayat kursi dan diakhiri dengan kalimah syahadah.

Suara mereka bersatu di hutan sepi ini. Terasa damai walaupun terselit rasa seram. Henry serta merta melepas nafas. Terasa bagai ada sebeban berat yang baru dilarikan dari bahunya. Iman juga merasakan perkara yang sama. Dadanya terasa lapang.

Falah tersenyum. Memandang pada sepasang suami isteri itu.

"Kenapa kita jadi begini Falah?" Henry bertanya perlahan.

"Jadi macamana?" Iman bertanya hairan.

Henry pandang Iman kemudian Falah.

"Saling tak mempercayai? Hati rasa pelik. Jiwa rasa sempit." Henry menjelaskan perasaan itu.

"You pun rasa?" Iman terkejut.

"Yes of course.. Sebab itu I tanya. Baru sekejap tadi I rasa pelik dan macam nak ajak Falah gaduh. Rasa macam semua benda di sekeliling tak kena. Apatah lagi bila jelmaan Falah itu sibuk nak rahsiakan semua dari kita."

Henry pandang Falah, adik iparnya itu hanya diam.

"Waktu tu abang rasa tertekan sangat. Sebab itu abang marah bila jelmaan Falah sibuk berahsia."

"Me too." Iman mengaku.

Falah mengangguk kecil. Seolah faham keadaan mereka.

"Tapi kalau Falah, Falah takkan simpan apa-apa daripada abang dan akak berkenaan perjalanan ini." Falah berlepas diri daripada kesalahan gimbaran itu.

"Itu hak abang dan akak." Falah tersenyum memandang mereka.

Henry dan Iman tersenyum berpuas hati.

Ini baru Falah mereka!

"Sebenarnya rasa tertekan yang kita alami, dengan izin Allah - syaitan telah salurkan dalam diri kita untuk memusnahkan rasa percaya antara kita. Malah sebab kenapa dia menjelmakan diri sebagai Falah juga adalah untuk meretakkan kepercayaan sesama kita." Falah bercerita.

Iman dan Henry fokus mendengar.

"Dia tahu dia tidak akan mampu mengalahkan kita dengan fizikal maka dia menggunakan mental. Dia hilangkan kepercayaan sesama kita, hilangkan kepercayaan kita semua pada Allah.. Hilangkan kebergantungan kita pada Allah. Tapi ketahuilah, dalam semua perkara itu syaitan hanyalah makhluk, dan Khaliq sebenar ialah Allah. Tanpa izinNya semua ini tidak akan berlaku."

"Kenapa Allah izinkan semua ini terjadi jika Dia tahu semua ini akan merosakkan perjalanan kita?" tiba-tiba Iman bertanya soal itu. Hatinya terdetik soalan tersebut.

Falah tersenyum nipis. "Ianya ujian buat kita. Mujahadah dalam jihad, itulah yang kita alami sekarang. Bukan mudah membanteras kebatilan, apatah lagi tanpa kebergantungan sepenuhnya terhadap Allah. Apabila Allah datangkan ujian untuk kita, itu bermaksud Allah ingin kita sedar - walau apa pun yang terjadi, kembalilah padaNya. Minta bantuan dariNya. Kerana dia Maha Berkuasa. Syaitan tiada apa-apa."

Henry tertunduk mendengarnya. Cuba menghadam.

"Falah tahu ianya tidak mudah. Bergantung sepenuhnya pada Allah bukan sesenang bergantung dengan perkara yang ada depan mata. Tapi percayalah, dengan kita meletakkan sepenuhnya keselamatan kita di tangan Allah maka kita boleh menjadi seperti Nabi Ibrahim saat dicampak ke dalam api. Dengan tawakal pada Allah, tiada siapa dapat mengalahkan kita." Falah berdakwah di tengah-tengah itu.

"Oh maaf. Panjang pula ceramah Falah." Falah tersengih kelat.

Henry dan Iman bagai baru tersedar dari ketekunan. Mereka sebenarnya rasa sesuatu apabila mendengar 'ceramah' Falah.

Seketika mereka jeda.

"Jadi apa sebenarnya yang terjadi?" Sehinggalah Iman membuka soalan.

"Kenapa Linda tiba-tiba mengaku namanya Linda? Dan kenapa Falah kata Nyai tak wujud? Kemudian macamana gimbaran itu boleh jadi Nyai?" Iman sudah garu kepala. Banyak sangat soalannnya.

Falah tersenyum lucu. "Okay Falah akan jawab satu persatu."

Iman tersengih.

"Sebenarnya ketika dalam bilik Nyai pagi tadi," Falah mula membuka cerita.

Continue Reading

You'll Also Like

192K 13.3K 72
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
1M 38.7K 57
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚...
36K 3.2K 64
𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu. Hidup membesar bersama i...
1.5M 64.6K 75
(KARYA KETIGA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [Probook Award:Winner King Of Thriller] [Siri L&D] B3 NO COPY! ⚠️ T...