[Still Taufan Pov]
"Katakan lah apa yang kau inginkan,dan aku akan buat" kata Haliko terlihat pasrah di situ.
Aku diam sekejap lalu menoleh ke arahnya
"Bwahahahahaha"
Tawaku di situ membuatkan Haliko terus memandang ku pelik.
"Kenapa kau ketawa"
Aku pun berhenti ketawa lalu memandang ke arah Haliko sambil melayang dan berdiri tepat di hadapannya
"Aku tak minta apa2 aku hanya Nak bersama kau."
"Apa maksud kau?"
"Kau tau tak,selama 2 tahun aku hidup sebagai makluk halus. Kesunyian,tak ada kawan,aku hanya menunggu dan menunggu sedangkan aku tak tau apa yang aku tunggukan. Kosong,itu lah yang aku rasakan"
"Waktu kali pertama kau bercakap dengan aku. Terasa semua kekosongan itu terus lenyap. Jadi,boleh tak aku minta aku berada dekat dengan kau?"
Bukan itu Saja Haliko,aku juga nak bersama dengan kau untuk dapatkan kembali memori aku yang hilang
Aku adalah roh yang hilang arah,tak tahu siapa aku,tak tahu macam mana boleh koma
Dan kalau kau nak tahu
Taufan bukan nama sebenar aku
Aku pun melihat ke arah Hali yang sedang berfikir
"Aku menunggu"
"baiklah." Kata hali lalu tersenyum nipis membuatkan aku turut mengukirkan senyuman.
"Terima kasih"
Terima kasih sebab terima aku
Lepas aku dapat cebisan memori aku
Aku akan pulang
Aku..janji
—————
"Hahh,setelah dua tahun. Akhirnya ada yang melawat aku Haha"
"Keluarga kau tak melawat kau ke?"
Keluarga..?
Aku memandang lama tubuh kaku di depanku sambil memikirkan kata-kata Haliko tadi
Rasanya..mereka dah tak ada
"Keluarga aku dah tak ada waktu aku kecil." Kata ku pada akhirnya
"Ah,maaf..."
"Tak apa,kau tak tahu."
"Kawan aku pun tak melawat aku lepas aku terlibat kemalangan. Aku pernah menunggu di sini selama hampir 1 tahun. Menunggu kawan aku datang melawat tapi tak de..."
Bahkan aku menunggu mereka sebelum aku terlibat kemalangan
Tapi...
Mereka tak datang..
—
"Aku akan lawat kau setiap minggu lepas ni"
Aku diam melihat ke arah Haliko yang sedang melihat tubuh kaku di depan kami
Dan tak lama lepas itu
Aku pun mengukirkan senyuman
————
"Selamat malam" kata Haliko lalu menarik selimut untuk menutupi tubuhnya
"Selamat malam" balasku perlahan lalu melayang keluar dari bilik Haliko
Aku pun naik ke atap lalu duduk di situ,melihat ke arah langit malam yang di penuhi bintang.
Aku nak duduk di sini sampai lah matahari menampakkan dirinya,menunggu dan menunggu.
Aku harap aku dapat bersama dengan lili-chan sampai aku sedarkan diri
Sebab aku nak tengok dia sebagai seorang manusia
Dan bukan hantu
————
"Sebab,wajah mak tiri dia seiras dengan aku"
"Hua,cantik macam lily-chan" kata Ku tersenyum manis
"Ehem,merepek lah kau. Dah lah jom balik" kata Haliko memegang pipinya malu
Dia pun berjalan balik ke rumahnya
Haliko,kau memang seorang yang baik
Terima kasih
Sebab tolong kami
Kami yang sesat di dunia ni
Aku harap
Aku memegang jantungku yang berdegup kencang lalu memandang Haliko yang semakin jauh dari ku
Aku dapat melihat kau bila aku sedarkan diri
Jadi,aku mohon..
Tunggulah aku
————
Aku terkejut dan tak sangkah
Apabila melihat seorang lelaki bernama Solar datang ke sini
Dan serta merta cebisan memori aku datang lagi
Ia semakin terbuka besar
Tapi...
Kenapa hubungan Haliko dan Solar renggang?
Kalau mereka kawan aku..aku akan kecewa dan sedih
Maafkan aku Lar,Lily-chan..
————
"Kau nak tahu tak Taufan?"
Aku terus menoleh ke arah Haliko
"Benda apa paling aku takut?"
Aku diam,menunggu jawapan darinya
"Hilangnya seseorang yang aku sayang"
"Dan kita ingin melihat mereka tapi..."
"Kita takut,kita akan sakit bila melihat mereka"
Lalu ku lihat Haliko berjalan pergi meninggalkan ku
Haliko,aku pun takut kehilangan orang yang aku sayang
Aku takut kelihatan kawan aku
Takut kelihatan keluarga
Dan sekarang aku sedih
Sebab..
Mereka memang dah pergi tinggalkan aku
Tapi aku gembira
Sebab adanya kau disisi ku
Dan aku takut
Takut kau akan pergi tinggalkan aku juga..
Sebab aku rasa..
Aku mula sukakan kau,Haliko...
————
Aku yang duduk di sebelah Haliko terus berdiri apabila melihat minuman kesukaan ku
Minuman Special Tok Aba😆
Aku pun menarik baju Haliko ingin menyuruhnya membelikan aku minuman itu
"Li-"
"Buat apa aku nak ajak kau"
Tetapi Kata-kata terus di pintas oleh Haliko
"Kita kan kawan"
Aku pun melihat ke arah Solar yang sedang tersenyum melihat Haliko
"Eih! Sejak bi-"
"Dah-dah,eih kamu ni..tak baik gaduh,sekarang Tok Aba nak kamu bersihkan stor di belakang rumah tu" kata Tok aba dengan selambanya
Bersihkan stor? Bagus aku boleh tolong Haliko
"Lily-chan,biar a-"
"Apa?! Tapi To-"
"Tak ada tapi-tapi Haliko,cepat pergi."
Sekali lagi,kata-kata aku di pintas. Aku diam memandang Haliko yang seperti tidak sedar kehadiran ku
Aku pun melihat Solar yang tersenyum kemenangan dan Hali memandangnya kesal
Aku tersenyum
Hubungan mereka semakin baik
Tapi...
Kenapa aku rasa sedih dan...cemburu?
"Kamu pun Solar,tolong Haliko kemaskan Stor belakang tu"
Suara Tok Aba kedengaran dengan Hali ketawa kecil dan Solar terdiam sebab terkejut dan tak percaya
Haliko,kau nampak sangat gembira...
Dan aku tak tahu sama ada aku patut turut gembira
Atau
Sedih..
————
"Kenapa kau ni? Merajuk?"
Aku hanya diam lalu melihat ke arah lain dan meneruskan langkah ku
Aku pun tak tahu kenapa dengan aku
Ini menyakitkan
Aku seperti budak lelaki yang merajuk hahaha..
"Cakaplah,aku dengar" kata Hali membuatkan aku berhenti berjalan
Aku menoleh dan ku lihat Haliko pun berhenti berjalan dan itu membuatkan Solar turut berhenti berjalan
Aku melihat Haliko lama
"Lily-chan" panggilku lalu memandang Solar
Haliko,kau nampak gembira sekarang
Apa aku menganggu kamu?..
Aku sedih..sebab kau seperti mengabaikan ku..
Tapi..
Aku pun melihat sesaat minuman di tanganku lalu tersenyum sedih
Terima kasih
Aku pun memandang Haliko lalu tersenyum sinis
"Tak takut ke Lily-chan di anggap gila oleh budak Solar ni sebab cakap seorang diri?" Tanya ku cuba bergurau
Rasanya,kau masih sedar kehadiran ku
Aku ketawa kecil apabila melihat Haliko memandang ku datar
—
Hatiku bagaikan kaca yang pecah berderai apabila ku lihat Solar menarik Haliko dan memeluknya
Aku juga rasa bersalah..sebab terjatuhkan kotak itu
Aku pun menarik kasar Haliko dari dekapan Solar membuatkan Haliko terkejut
"Aduh sakit lah Taufan kau tarik"
Katanya membuatkan Hati ku semakin sedih dan bersalah
Tanpa mendengar kata-katanya,aku terus pergi dari situ
—
"Taufan!"
Aku menoleh apabila mendengar suara itu memanggil ku
Haliko?!
Aku serta-merta bangun apabila melihat dia yang keletihan mungkin sebab mengejarku tadi
Aku tak sangkah...Haliko sanggup kejar aku sampai ke sini
Dup Dap dup dap dup dap
Aku memegang jantung ku yang berdegup kencang apabila Haliko melangkah menuju ke arah ku
"Kenapa kau ni? Perangai kau pelik sejak di kedai Tok Aba tau" katanya memandang tepat ku mataku
Aku pun cepat-cepat menoleh ke tepi,tidak ingin melihat wajahnya
"Tak adalah..aku cuma malas nak kemas stor tu"
—
"Lily-chan..apa kau suka Solar?"
"Apa kau merepek ni? Buat apa aku nak suka orang tak guna macam dia?"
Aku tersenyum kecil lalu memegang kedua-dua bahu Haliko
"Jadi"
"Siapa yang kau suka?"
"A-apa?..aku tak suka siapa-siapa lah" kata Haliko lalu menolak ku dan terus melihat ke arah lain
Aku memegang jantungku yang semakin berdegup kencang
Dengan sedikit keberanian aku pun bersuara
"Kalau macam tu..boleh tak kau sukakan aku?"
"Apa?"
"Aku..dah lama sukakan kau sebenarnya..cuma aku takut,kau akan menjauh bila sedar aku sukakan kau"
"Tapi,sekarang aku ada sedikit keberanian jadi akan ku katakan sekali sahaja dan aku harap kau faham"
"Lily-chan,apa kau...mahu sukakan aku?"
"Kalau kau katakan 'tak mahu' ,jadi tolong benarkan aku buat kau katakan 'mahu' " lalu menyentuh perlahan kedua-dua tangan Haliko
Aku memandang ke dalam mata Haliko membuatkan Haliko terus tergamam
"Boleh tak? Lily-chan?"
[TBC]
Ya ya aku tahu korang nk dengar jawapan Haliko
Ep terusnya mungkin akan terjawab KHA KHA KHA