FALAH | Serunai Maut ✔

Por Leena_syiha

859K 113K 15.6K

Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. ... Mais

Pengumuman
Prolog
| Linda | 1
| Linda | 2
| Linda | 3
Serunai Maut | Henry | 4
Serunai Maut | Henry | 5
Serunai Maut | Henry | 6
Serunai Maut | Henry | 7
Serunai Maut | Henry | 8
Serunai Maut | Falah | 9
Serunai Maut | Iman | 10
Serunai Maut | Falah | 11
Serunai Maut | Falah | 12
Serunai Maut | Falah | 13
Serunai Maut | Henry | 14
Serunai Maut | Henry | 15
Serunai Maut | Falah | 16
Serunai Maut | Falah | 17
Serunai Maut | Falah | 18
Serunai Maut | Falah | 19
Serunai Maut | Falah | 20
| Henry | 21
| Falah | 22
| Falah | 23
| Falah | 24
| Iman | 25
| Nuna | 26
| Falah | 27
| Falah | 28
| Tok penghulu | 29
| Razak | 30
| Falah | 31
| Mona | 32
| Jibt | 33
| Nyai | 34
| Mona | 35
| Falah | 36
| Falah | 37
| Linda | 39
| Falah | 40
| Gimbaran | 41
| Andika | 42
| Kevin | 43
| Tok penghulu | 44
| Bunga | 45
| Nuna | 46
| Linda | 47
| Falah | 48
| Anjana | 49
| Bunga | 50
| Falah | 51
| Falah | 52
| Nuna | 53
| Embun | 54
| Linda | 55
| Henry | 56
| Falah | 57
Epilog
Sambungan Serunai Maut

| Falah | 38

11.6K 1.6K 134
Por Leena_syiha

"KALAU begitu, saya tidak akan ikut."

Hanya kerana sepatah ayat itu, akhirnya dia ditinggalkan kumpulan itu. Tanpa pamitan mahupun lambaian, mereka pergi begitu sahaja. Hanya Iman yang sempat memandangnya dengan pandangan simpati sedangkan yang lain langsung tidak memandangnya apatah lagi Falah.

Dia terduduk di pangkin. Menyendiri di situ dengan wajah yang kosong. Hatinya terkilan dengan perbuatan tiga pengembara itu. Fikirnya tiga orang ini akan menjadi teman rapatnya. Namun rupanya mereka langsung tidak melayannya seperti teman. Malah boleh pula ditinggalkannya seorang diri di sini.

"Itulah kau Mona, kenapa perlu mengharapkan orang lain? Bukankah Nyai sudah berpesan untuk berdikari?" Mona bercakap seorang diri. Menyoal perasaan lemah dalam dirinya.

Dia tak suka keadaannya begini. Rasa terkilan hanya kerana ditinggalkan.

Teringatkan Nyai menambah rasa lemah itu. Dia jadi rasa keseorangan. Apatah lagi dengan apa yang terjadi tadi berbagai soalan muncul dalam kepalanya.

"Tukar nama dahulu kepada Linda, dan awak diterima masuk dalam kumpulan kami."

Aneh. Kenapa Falah memintanya menukar nama daripada Mona kepada Linda? Adakah salah untuk dia menggunakan nama sebenarnya untuk perjalanan ini? Tak mungkin hanya kerana nama itu milik wanita di Teluk Nyai maka dia perlu menukar nama?

Lagipun, kenapa nama Linda?

Mona mengerutkan wajah. Masih jelas pada matanya tatapan tajam dari Falah. Bermaksud lelaki itu benar-benar memaksudkan perkara itu.

Mona akhirnya melepas nafas. Malas hendak fikirkan tentang orang yang langsung tidak penting dalam hidupnya. Walaupun dia terpaksa mengakui yang dia sangat terguris hati dengan tindakan Falah - lelaki yang sebelum ini dia kenali sebagai seorang yang menenangkan - namun dia kuatkan hatinya agar menjadi kental.

Dia perlu mulakan perjalanan jauh ini sendirian. Apa pun yang terjadi, dia perlu tunaikan wasiat Nyai untuk mencari wanita di timur itu. Biarpun dia bersendirian, biarpun tiada siapa ingin membantunya.

Mona bangkit dari duduknya. Menarik nafas dalam-dalam hingga menyentuh dasar perut. Lantas diluahkan tenang.

"Kau perlu percaya pada diri kau Mona. Jangan bergantung pada orang lain." Dia memberi motivasi pada dirinya sendiri.

Lantas dia melangkah ke pintu rumah. Hendak mengambil barangan di dalam rumah sebelum memulakan perjalanan. Entah berapa hari perjalanan ini, namun dia hanya ingin bersedia atas segala kemungkinan. Apa sahaja yang terjadi dia perlu menyediakan kelengkapannya. Mungkin sahaja dia perlu membawa senjata untuk pengembaraan ini.

Ketika dia melangkah masuk ke rumah, dia tiba-tiba jadi teringat akan kata-kata Falah sebentar tadi.

Berkenaan kenyataan lelaki itu bahawa mayat di dalam bilik itu bukanlah mayat Nyai.

Lagi sekali akal Mona disambar keanehan. Kenapa Falah mengatakan bahawa mayat di dalam bilik itu bukan mayat Nyai?

Ah begitu banyak soalan dalam kepalanya!

Dek kerana begitu banyak soalan itu maka dia bergerak ke bilik Nyai untuk melihat sendiri mayat itu. Lagipun jika kumpulan pengembara luar itu belum menguruskan mayat neneknya maka tanggungjawabnya untuk menguruskan mayat itu sebelum memulakan perjalanan.

Saat kakinya menapak di hadapan pintu bilik neneknya, pandangannya disajikan dengan susuk mayat rentung yang terbaring kemas di lantai bilik.

Dia melangkah masuk tanpa gentar. Menghampiri mayat tersebut. Tangannya dikepal erat.

Lama matanya merenung susuk mayat itu. Pandangannya merayap ke serata tubuh dalam keadaan dirinya masih berdiri. Tiba-tiba dia berasa pelik. Keningnya bertaut.

Ada sesuatu yang tak kena.

Satu bayangan serta merta memancar dalam benak. Bayangan dia cuba untuk menyentuh mayat neneknya lantas mayat itu hancur lebur dan kemudian dia terus berlari keluar dari bilik sebelum memeluk seseorang dalam keadaan berbisik ketakutan.

Itu bukan khayalan bukan?

Mona rasa berdebar. Bayangan itu berulang kali tertayang dalam fikirannya. Meyakinkan dirinya bahawa bayangan itu bukanlah mimpi, tapi itu adalah memorinya malam semalam sebelum dia rebah pengsan.

Jantung Mona berdegup kencang.

Matanya takut-takut menatap susuk mayat rentung itu. Mayat ini sangat kemas. Seolah tidak disentuh. Malah ini adalah bentuk pertama kali Mona dapati mayat ini. Spontan kakinya berundur setapak.

Nafasnya tersekat-sekat.

Apa ini?

Mona kebingungan.

Bagaimana mayat ini boleh menjadi sekemas ini sedangkan jelas dalam memorinya kehancuran mayat ini menjadi abu yang tidak berbentuk malam semalam!?

Ah! Apakah semua ini?!

Mona menggeleng pantas. Cuba menenangkan hatinya yang mula serabut dengan berbagai kenyataan yang pelik.

Tidak semena-mena kulit mayat tersebut retak!

Mona terkejut besar. Terus berundur beberapa tapak ke belakang. Menjauhi mayat tersebut.

Retakan itu sedikit demi sedikit memanjang daripada kepala terus ke pinggang. Menjadi lebih luas dan lebih panjang dengan sangat pantas pada perkiraan Mona.

Tubuh Mona mula menggeletar melihat pemandangan tersebut. Keanehan ini menyebabkan semangatnya hilang. Tidak pernah selama dia hidup dengan Nyai - mengalami situasi sebegini. Jika semalam saat dia menyentuh mayat Nyai sehingga pecah pun sudah dia pitam, maka saat ini mungkin sahaja dia akan pitam.

Krak krak..

Bunyi retakan bergema serata bilik ini. Menambah nuansa menakutkan untuk seorang gadis biasa bernama Mona. Lantas dia terduduk. Belakang tubuhnya terlanggar tiang buluh yang menjadi dinding rumah.

"Ja.. Jangan.." Mona terketar-ketar. Bibirnya terasa dingin. Dia cuma mahu apa sahaja yang berlaku di hadapan matanya ini berhenti. Berhenti meretak dengan gaya mengerikan sebegitu!

Retakan itu menjadi semakin panjang. Terus ke kaki mayat tersebut lalu jeda seketika apabila sampai di telapak kaki.

Mona bungkam. Namun seluruh tubuhnya masih sahaja menggeletar.

Retakan itu sudah berhenti.

Nyai.. Apa ini?

Mona tidak mampu menghadam. Hanya memerhati tanpa faham.

Krak!

Retakan itu tidak semena menyebabkan mayat tersebut terbelah dua.

Mona menekup mulut agar tidak menjerit. Kerongkongnya rasa perit. Nafasnya bagai hilang.

Pemandangan di hadapan sangat menyakitkan perasaan takutnya.

Dan sedetak nafas, matanya terbeliak apabila pandangannya disajikan dengan sesuatu yang benar-benar di luar jangkaan!

Sehingga tanpa apa-apa perkiraan, serta-merta dia menjerit nyaring bagai ada marabahaya sedang meluncur ke arahnya.

"FALAH.. Takkan tak mahu turun ke bawah? Air kita sudah habis. Lagipun dahagalah." Iman merungut-rungut di belakang. Sejak perjalanan ini dimulakan mereka daripada rumah Nyai sehinggalah kaki mereka mula merasa lenguh berjalan di lereng bukit kecil ini - Falah langsung tidak berhenti. Malah adiknya itu lebih gemar memilih untuk diam.

Langsung tidak bercakap walau sepatah. Seolah ada sesuatu yang menganggu fikirannya sehingga dia hanya serius memikirkan hal itu.

Falah akhirnya memberhentikan langkahnya apabila terdengar keluhan dari kakaknya itu. Iman yang kepenatan serta merta menjatuhkan duduk di sebuah batu besar di situ. Tangannya naik mengesat peluh yang mengalir tak bersudah di dari celah rambutnya. Panas!

Henry juga berbuat perkara yang sama, melabuhkan duduk di batu satu lagi. Melepaskan lelah yang mulai terhakis.

Bayangkan, daripada awal pagi tadi sehinggalah matahari sudah mula tegak di atas ubun-ubun, mereka langsung tidak berhenti. Hanya berjalan di lereng bukit bersebelahan lembah sungai ini.

Pada permulaan perjalanan mereka Falah ada mengatakan yang mereka tidak boleh berjalan di tepi sungai kerana bimbang nanti akan mudah dijejak. Maka kerana itu mereka memilih untuk berjalan hanya di bahagian atas.

Dan pada awalnya Henry dan Iman masih boleh bersabar menahan nafsu dahaga dengan melihat aliran sungai yang sangat memikat jiwa itu. Namun sekarang apabila dahaga sudah semakin menghakis tenaga dan kepanasan mula mengambil alih cuaca - tiada siapa dapat menyangkal betapa dahaganya mereka ketika ini!

Falah hanya memandang mereka. Dia tahu Henry dan Iman penat. Kerana dia juga penat.

"Tunggulah.. Lagi beberapa langkah sebelum kita sampai di kawasan yang selamat untuk kita turun ke bawah sana."

"Ya Allah.. Tapi dahagalah! Kau tak dahaga ke Falah?" Iman mengurut-urut betis yang lenguh.

Falah mengambil tempat duduk di bonggolan kayu yang terdapat di situ, menghadap Iman dan Henry yang nampak sangat lelah itu.

"Saya pun penat. Tapi hanya sedikit lagi maka penat kita akan berbalas. Bahaya untuk kita turun sekarang. Sangat curam." Matanya jatuh pada belakang, melihat betapa curamnya lembah sungai di belakangnya.

Iman menghela nafas panjang-panjang. Dia terpaksa mengakui memang sangat bahaya untuk turun pada waktu sekarang. Tiada tempat turun yang sesuai.

"Kita berehat sekejap di sini. Boleh Falah?" Henry yang sudah terbaring atas batu itu meminta. Nafasnya turun naik.

"Semestinya." Falah menjawab ringkas.

Akhirnya Iman juga turut berbaring kepenatan. Matanya merenung langit cerah berwarna biru itu.

Seketika dia teringatkan Mona. Gadis yang dia sudah anggap semacam adik angkatnya. Tapi siapa sangka Falah sanggup meninggalkan gadis itu sendirian. Dek teringatkan gadis itu maka Iman kembali duduk. Tidak jadi hendak berbaring.

"Falah." dia menyapa Falah. Kelihatan adiknya itu sedang merenung sungai di bawah. Apabila dipanggilnya maka serta merta Falah memandanngnya.

"Kenapa kau suruh Mona tukar namanya? Tak salahkan kalau dia guna nama Mona?" Iman bertanya kehairanan.

Falah terdiam bila disoal sebegitu.

"Aku bukan apa. Kau banyak sangat berahsia dengan kitaorang Falah. Apa jadi dalam rumah tadi pun kau tak bagitahu." Iman sempat pandang Henry yang sudah pun duduk dengan kemas.

Falah larikan pandangan. Memandang serata hutan yang menghijau. Dia tampak berfikir panjang bagi soalan tersebut.

Seketika suasana jadi sunyi. Hanya suara hutan kedengaran. Iman dan Henry sama-sama menunggu jawapan Falah.

"Jomlah kita bergerak. Kita perlu turun ke sungai dengan segera." Falah tidak semena bangkit. Lantas berjalan mendahului Henry dan Iman.

Henry dan Iman tergamam. Terus berpandangan.

"Falah!" Iman lekas bangkit menggalas begnya. Mengejar langkah Falah.

"Kenapa perlu mengelak dari soalan itu?" Iman tak berpuas hati. Nafasnya terasa panas. Henry juga sudah menyainginya. Nampaknya lelaki itu lebih gemar diam daripada mendesak Falah walaupun dia juga diburu rasa ingin tahu.

"Biarlah ianya jadi rahsia dahulu. Jika sampai masanya maka Falah akan beritahu." Falah menjawab dengan nada datar. Yang membuatkan Iman diserang hairan.

Kenapa bila soalan ini dibangkitkan maka Falah akan menjadi dingin?

Apa sebenarnya yang terjadi?!

"Kita perlu turun dengan segera untuk mendapatkan zohor." Falah menutup sesi soal jawab itu dengan kenyataan ringkas.

Buat masa ini biarlah segalanya menjadi rahsia.

PULAU Jengka sudah diselimuti malam. Matahari baru sahaja tenggelam di ufuk barat. Hutan ini menjadi sangat menakutkan apabila malam. Namun itu semua tidak menjadi alasan untuk mereka bermalam di sini. Selepas solat maghrib dan Isyak dalam keadaan Falah meminta Henry menjadi imam - sama seperti waktu zohor yang dijamakkan dengan asar tadi - mereka mula membuat tapak untuk berehat. Pelita yang sememangnya dibawa bersama - dipasang untuk meremangkan cahaya sekadar untuk memerhati pergerakan.

Mengikut rancangan Falah, mereka perlu berehat pada awal malam ini dan menyambung perjalanan pada dua pertiga akhir malam nanti. Itulah yang terbaik. Subuh akan ditunaikan dalam perjalanan. Maka kerana itu biarpun mega merah masih belum lenyap sepenuhnya di kaki langit, mereka sudah pun mula menghampar alas tidur masing-masing untuk beradu walau seketika.

Mereka duduk saling menghadap. Pelita yang dipasang meliuk-liuk apinya ditiup angin dari selatan. Deruan air sungai kedengaran sangat jelas dari arah sini. Membuatkan suasana seram hutan menjadi berkurang dengan bunyi alam itu.

"Jadi kita akan bergerak jam satu pagi nanti?" Henry pandang Falah.

Falah yang tadinya merenung pelita terus memandang Henry.

"Ya. Itulah yang terbaik." Ujarnya.

"Tak mengantuk ke?" Iman bertanya.

"Sebab itu kita perlu tidur sekarang. Kita perlu stamina yang cukup untuk perjalanan hari esok." Falah mengurut-urut telapak tangannya.

Iman terangguk-angguk. Mengiyakan kata-kata adiknya.

Kemudian pandangannya jatuh pada Henry yang hanya diam.

"Perjalanan ini masih jauh. Saya sendiri tidak tahu mana penamatnya." Tiba-tiba Falah bersuara.

Menarik perhatian dua lagi manusia di situ.

"Saya cuma berharap akak dan abang akan bersedia walau apa pun yang terjadi." Ujar Falah lagi.

Iman jadi terdiam apabila mendengar kenyataan tersebut. Bersedia walau apa pun yang terjadi, situasi itu bukan semudah bicara.

"Kenapa Falah boleh kata begitu? Memangnya Falah tahu apa akan terjadi dalam perjalanan ini?" Henry membalas serius. Wajah Falah ditatap dalam.

Iman hanya memerhati.

Falah terdiam sejenak. Kemudian menghela nafas.

"Semuanya dalam pengetahuan Allah. Saya sendiri tidak tahu. Hanya bertawakkal." Jawapan itu padat dan tepat namun tetap tidak membuatkan Henry berpuas hati.

"Tak.. Masalahnya sekarang ini kenapa sampai sekarang Falah tak mahu berkongsi maklumat dengan abang? Apa yang Falah alami dalam bilik Nyai tadi? Kami juga berhak tahu!" Kali ini Henry tidak berdiam diri lagi. Terus membentak marah.

Hati lelakinya marah apabila terpaksa mengikuti Falah seperti lembu dicucuk hidung. Tanpa apa-apa petunjuk yang dikongsi Falah, dia dan Iman hanya perlu mengikut. Kemudian apabila ditanya apakah sebenarnya yang berlaku, dengan mudah Falah mengatakan itu adalah rahsia.

"Bukan saya sudah kata, biarkan ia menjadi rahsia dahulu."

"Kenapa perlu berahsia? Apa kami ini siapa pada pandangan Falah? Orang asing?" Henry berkerut.

"Bukan begitu. Cuma saya merasakan abang dan akak tidak boleh menerima apa yang akan saya ceritakan ini."

"Ceritakan dahulu baru boleh tahu samada abang terima atau tidak cerita itu!" Henry benar-benar bertegas.

Falah menghela nafas. "Maafkan saya, saya tak boleh." dia kemudian berdiri.

"Apa masalah Falah sebenarnya?! Kenapa tak mahu berkongsi sangat? Abang dan Kak Nadrah ialah rakan seperjalanan Falah! Apa-apa yang Falah hadapi maka kami juga akan hadapi! Maka kenapa susah sangat Falah nak berkongsi maklumat dengan kami!?" Henry juga sudah berdiri. Wajahnya tegang dalam samar cahaya pelita. Falah yang tampak hendak berlalu itu terkaku.

Falah menghela nafas berat. Bahunya bergerak perlahan membelakangi Henry.

"Falah minta supaya kami bersedia dengan apa pun yang terjadi, tapi sampai sekarang Falah masih berahsia. Katakan, siapa tak bengang apabila perlu ikut orang dalam keadaan tak tahu apa-apa?!" Suara Henry bergema di hutan sunyi ini.

Falah mengepal tangan. Menahan sesuatu.

"Apabila tiba masa sesuai maka saya akan beritahu." Falah tetap mengulang ayat tersebut.

Henry merasakan nafasnya hangat. Dia tak pernah rasa marah pada Falah seperti dia marah pada hari ini. Sebab itulah dia hanya diam sedari pagi tadi. Hanya memerhati tingkah Iman memarahi Falah apabila Falah mengelak dari menjawab. Kerana dia tahu, sekali dia marah maka tiada siapa akan terselamat.

"Falah! Jawab soalan abang! Kenapa perlu mengelak dari berterus-terang hah?!"

"Henry.. Dahlah tu." Iman mula rasa pening bila melihat dua lelaki ini bergaduh.

"Kali ini I takkan lepaskan dia. Dia sibuk sangat berahsia." Henry mendengus geram. Matanya menatap tajam belakang tubuh Falah yang masih statik berdiri.

Perlahan Falah berpusing menghadapnya. Wajahnya kosong. Membalas tatapan tajam Henry dengan riak selamba.

"Sudah saya katakan, bila saya mahu maka saya akan cerita. Apa abang tak memahami maksud kata-kata saya?" Falah tampak cuba bersabar.

"Sampai bila? Sampai bila Falah hendak bersedia? Ini sudah sehari kita berjalan. Dalam keadaan abang dan akak langsung tak faham apa-apa. Hanya ikut Falah macam lembu dicucuk hidung. Macam orang kebodohan. Falah sanggup layan kami sebegitu? Sudahlah tinggalkan perempuan semuda Mona itu seorang diri, tanpa persetujuan kami pula! Apa yang Falah fikir sebenarnya?" Henry benar-benar marah.

Iman sudah berdiri dalam keadaan mengurut dahi. Aduhai.. Sakit kepala betul tengok dua orang ini bergaduh.

"Dahlah tu Henry. Biarlah Falah nak berahsia pun. Itu hak dia."

"Hak dia? Hak kita? You tak kesah?" Henry pandang Iman. Kemudian kembali memandang Falah yang sedang menatap mereka dengan riak kosong.

Dia sakit hati tengok riak itu pada wajah Falah.

"Nanti Falah bagitahulah sebabnya. Kita sabar sikit.. Okay?" Iman cuba memujuk. Macamlah dia tak kenal Henry. Seorang tuan yang tak suka disuruh-suruh dan diarah itu ini tanpa sebab yang kukuh. Seorang lelaki yang inginkan penjelasan pada setiap apa yang dibuat.

"Aku dah cukup bersabar untuk hari ini." Henry merengus kencang.

Iman menggaru kepala.

"Saya minta maaf jika sikap saya hari ini menyakitkan hati abang. Tapi percayalah.." Falah menatap Henry redup.

Henry hanya mendengar.

"Saya buat semua ini untuk kebaikan semua orang."

Henry terdiam.

"Saya cuma--"

Tidak semena wajah Falah pucat. Dia nampak tersentak dengan sesuatu sekaligus kata-katanya jadi terputus.

"Falah?" Iman pelik dengan gelagat adiknya.

Falah terus memandang ke satu arah. Matanya meliar ke sekeliling hutan. Seolah sedang memerhatikan sesuatu sehingga tidak mempedulikan Henry dan Iman yang sudah kehairanan dengan gelagatnya.

"Falah, kenapa?" Iman jadi turut berdebar dengan keadaan tersebut. Cara Falah memerhati sekeliling, seolah ada sesuatu yang sedang mara ke arah mereka. Dan sesuatu itu sangat sangat bahaya.

Henry turut berhati-hati. Matanya memicing ke sekeliling. Turut mengawasi tempat. Namun dia gagal mengesan apa-apa. Hanya pokok dan kegelapan menjadi medan pandangannya. Pergaduhan antara dia dan Falah sudah terbang entah ke mana. Dilupakan begitu sahaja.

Falah kelihatan melangkah beberapa tapak ke sisi, matanya masih memerhati. Henry yang melihat keadaan itu turut bergerak dari tempat berdirinya. Mendekati Falah. Iman juga mendekati Falah.

"Ada sesuatu sedang memerhatikan kita." Tiba-tiba Falah bersuara saat mereka sudah saling membelakangi. Belakang tubuh mereka berlanggaran. Posisi berjaga-jaga.

Iman spontan meneguk liur. Bulu romanya meremang.

Henry bertambah berwaspada. Matanya berusaha sebaik mungkin memerhati sekeliling walaupun dia gagal mengesan apa-apa. Bunyi cengkerik dan sungai membatasi pendengarannya.

Henry pejam mata. Dia cuba fokus. Dia juga hendak tahu apakah yang menyebabkan Falah katakan ada sesuatu sedang memerhatikan mereka.

Bunyi sungai. Cengkerik. Angin.

Sepi.

Tidak semena-mena telinganya menangkap bunyi sesuatu yang sangat runcing membelah udara dan menuju ke arah mereka!

Mata Henry terbuka luas.

Sedetak nafas bunyi itu hilang diganti dengan bunyi sesuatu berat jatuh dari arah belakangnya. Serentak itu belakang tubuhnya terasa panas.

Henry berpaling dengan debaran yang menggila.

Saat itu, hanya tuhan mengetahui betapa jantungnya terasa bagai direntap keluar. Lututnya longgar.

Iman kelihatan sudah terduduk melihat pemandangan di hadapan.

"Falah.." Henry rasa nafasnya bagai hilang.

Tubuh Falah terbaring lemah dalam keadaan berlumuran darah. Sebatang anak panah halus tidak sempurna buatannya - sudah menembus dada adik iparnya itu. Darah membuak keluar dari celah mulut Falah.

Iman menekup mulut.

"Ya Allah Falah.."

Continuar a ler

Também vai Gostar

476K 27.8K 57
Sebuah kisah cinta karya Sabrina Marrose. Yara Ameena Syed Attar Mula: 8/9/2023
636K 5.7K 8
𝐍𝐄𝐖 𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐎𝐍! [SLOW UPDATE] #1 𝓗𝓲𝓼 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝙃𝙖𝙛𝙞𝙮 𝙇𝙪𝙩𝙛𝙖𝙣 | 𝘼𝙪𝙡𝙞𝙮𝙖 𝙇𝙪𝙛𝙮𝙖𝙖 Empat tahun Hafiy Lutfan memendam ras...
1M 38.7K 57
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚...
1.7M 13.6K 11
<2nd Novel> Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021) [Completed] Known as Healing Love. "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, yo...