Kelas DSB

By farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... More

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

BAB ISTIMEWA: RAYA

165 30 24
By farid5attar

Setelah seminggu bercuti sempena Hari Raya Aildilfitri, pembelajaran dijalankan seperti biasa.

"Selamat pagi, kelas. Macam mana raya? Seronok tak?" kata Cikgu Wan berdiri di depan kelas.

"Seronok," balas mereka yang duduk di baris hadapan.

"Hmm... Baiklah, kita sambung pelajaran kita hari ni."

Cikgu Wan mengambil kapur lalu mengajar anak muridnya.

"Cikgu," panggil Ilman Faiz.

Cikgu Wan menoleh muka ke arah Ilman Faiz. "Ya, Ilman. Ada apa?"

"Bila nak adakan jamuan raya?"

"Khamis ni. Kamu semua boleh pakai baju raya yang kamu beli. Baju bebas ya semua tapi kenalah menutup aurat.

"Baik," balas satu kelas.

⭐⭐⭐

Khamis itu, pelajar 5F berpakaian bebas dengan baju melayu dan baju kurung. Yang bukan Islam berpakaian kasual.

"Wah, Cheng! Cantik cheongsam kau tu!" puji Farah Yasmine melihat Cheng berbaju cheongsam.

"Haha... Terima kasih," balas Cheng tersengih.

Siti Sarah yang bersama Farah Yasmine, terlihat Alif Najmi muncul bersama Iskandar dan Zulhilmi.

"Wow! Ramai juga orang baju melayu kat sini," kata Alif Najmi berbaju melayu warna merah.

Meja sudah disusun menjadi lebih besar. Kuih raya semuanya diletakkan di situ.

"Kau rasa, cukup tak kuih raya aku ni untuk semua orang?" soal Zulhilmi yang hanya membawa sebekal kecil kuih siput.

"Cukuplah. Jangan risau," kata Iskandar berbaju melayu warna biru.

"Okey." Zulhilmi meletakkan kuih raya ke atas meja bersama kuih raya yang lain.

"Is, cantik tak?" kata Farah Yasmine muncul di depan Iskandar.

Iskandar melihat baju kurung hijau yang dipakai Farah Yasmine. "Cantik. Beli dekat mana?"

"KL Central."

"Oh."

"Semua berkumpul. Saya ada plan," ujar Ilman Faiz.

Mereka semua berkumpul.

"Plan apa?" soal Siti Zulaikha.

"Plan untuk bunuh Cikgu Wan," jawab Ilman Faiz.

"Oh, apa plan dia?" kata Zafina Shahira, tertarik

Zulfadlie mencampak beberapa mercun yang cipta oleh Fauzi.

"Dalam mercun tu ada peluru anti-cikgu. Sepanjang malam, saya ciptakan mercun ni. Semua ni idea Zul," kata Fauzi lalu memperbetulkan cermin mata.

"Macam tu ya," kata Alif Najmi tersenyum lalu mengambil mercun bola. "Jadi, apa langkahnya?"

"Macam ni,..." kata Ilman Faiz memberitahu strategi-strateginya.

⭐⭐⭐

Tidak lama kemudian, tiga guru kelas 5F tiba di kelas itu. Mereka memasuki kelas dengan pakaian baharu.

"Wah, cantiknya Cikgu Danial!" puji Amira.

Apakah? Antara tiga ni, Cikgu Danial yang dipuji dulu, desis hati Cikgu Wan terkejut.

"Err... Kelas, macam mana dengan cikgu?" kata Cikgu Wan yang berbaju kurta.

"Cikgu Wan nampak pelik."

"Pelik betul harimau pakai baju."

"Bukan pelik, tapi makin hodoh."

Berbagai-bagai kecaman yang disuarakan para pelajar.

"Kecaman apakah?" Cikgu Wan tidak dapat terima hakikat.

Akhirnya, Cikgu Wan merajuk dengan menumbuk papan hitam dengan lemahnya.

Kelemahan Cikgu Wan #4
Tumbukan lemah

Mereka yang melihat hanya kekok memerhati.

"Apalah dia ni? Dah tua-tua pun nak minta puji," kata Niratcha, dingin.

"Okey, dah semua ada kat sini, jom makan!" kata Immanuel, seperti tidak sabar.

Jamuan raya pun bermula. Kuih-muih dikongsi bersama.

"Sedap tak kuih ros tu? Saya sendiri masak," kata Silvaprea kepada Fatin Shahira yang menikmati kuih ros.

"Ermm~ Boleh tahan," balas Fatin Shahira tersenyum.

Farah Yasmine memegang kuih raya yang dibekal, malu berkongsi.

"Min, kau bawa kuih apa tu?" soal Iskandar.

"Kuih... coklat. Is nak tak?" balas Farah Yasmine, malu.

"Nak."

Farah Yasmine membuka bekal kuih raya lalu memberi kepada Iskandar. Sekeping kuih coklat diambil. Iskandar merasakan kuih itu.

"Hmm... Sedap," kata Iskandar memuji.

"Wah, terima kasih!" balas Farah Yasmine, ceria.

Alif Najmi yang memerhati mereka berdua, terus mengorak langkah keluar dari kelas. Dia berjalan masuk ke dalam hutan. Dalam diam, seseorang mengekorinya.

"Haih, untunglah diorang dapat raya," monolog Alif Najmi tersenyum.

Pisau getah dikeluarkan. Alif Najmi bermain-main dengannya. Satu aura dapat dirasakan. Alif Najmi memusing ke belakang lantas diserang.

"Aduh!" keluh Alif Najmi terhempas ke batang pokok.

Alif Najmi melihat Khairil Ihsan muncul bersama Puteh Nur. "Kau lagi?"

Khairil Ihsan mendekati Alif Najmi dengan wajah kosong. "Aku akan kalahkan kau dulu. Lepas tu, aku kalahkan harimau pula."

"Jangan harap!"

⭐⭐⭐

Suasana begitu meriah di dalam kelas 5F. Iskandar yang asyik berbual dengan Farah Yasmine, mula sedar atas ketiadaa Alif Najmi.

"Kenapa Is?" soal Farah Yasmine kehairanan.

Iskandar memandang kawannya itu. "Mana Najmi?"

"Eh?!" Farah Yasmine memandang kelasnya lalu melihat Alif Najmi tiada.

Iskandar turut memandang kelasnya. "Tadi, dia ada."

"Mungkin dia ke hutan rasanya."

"Mungkin juga."

Farah Yasmine memandang Iskandae semula. "Kau cakap dia anak yatim, kan?"

"Ya, keluarga dia terlibat dalam kemalangan. Jadi, dia hidup dengan satu organisasi yang gelap."

"Organisasi apa tu?"

Iskandar menjeling ke mata Farah Yasmine dengan jelingan serigala. "Black Tiger."

Tertelan air liur Farah Yasmine mendengarnya. "Black... Tiger!?"

~Throwback~

Hasbi menyelak lengan bajunya sampai menampakkan tatu harimau dengan jelas. Dua lelaki itu melihat tatu itu dengan jelas lalu mula takut. Mereka saling berbisik.

"Tu kan tatu Black Tiger," kata seorang lagi lelaki.

"Ha'ah. Kalau diorang tahu, mati kita," balas kawannya.

Mereka kembali memandang Hasbi, kekok. "Err... Tak apalah. Kami pergi dulu."

Serta-merta, mereka berdua melarikan diri. Empat gadis melihat 'tatu' harimau pada lengan Hasbi.

~End Throwback~

"Jadi,..." Farah Yasmine mula berasa takut.

Iskandar memandang Farah Yasmine, hairan. "Kenapa?"

"Patutlah dia pandai berlawan. Ingat tak waktu kita cuti kat Terengganu?"

~Throwback~

"Korang sesat ke? Apa kata..." kata seorang lelaki berbadan besar.

Dbush! Tolakan muka dari Alif Najmi terus menjatuhkan lawannya.

Alif Najmi memandang Iskandar. "Nampak, Is. Tak perlu guna kekuatan pun kalau nak lawan."

Lelaki yang dijatuhkan itu bangun semula. Pisau kecil dikeluarkan. "Korang ni... memang nak kena!"

Lelaki itu menyerang Alif Najmi dengan pisau lipat. Alif Najmi menepis serangan lantas menjatuhkan lawan sekali lagi. Senyuman sinis terukir.

~End Throwback~

Iskandar hanya mengangguk.

"Baiklah, jom ambil gambar ramai-ramai!" ajak Hanif dengan kamera.

"Sekejap. Saya nak cari Najmi dulu," pinta Iskandar.

"Haih, dia ni," keluh Zulfadlie, geram.

"Tak apa. Biar cikgu cari dia dan bawa dia ke sini," kata Cikgu Wan.

Serta-merta, Cikgu Wan meluru keluar dari kelas. Dia terbang ke hutan lalu terlihat Alif Najmi berlawan dengan Khairil Ihsan. Puteh Nur yang berada di bawah, terlihat Cikgu Wan tiba.

"Bagus, seperti yang dirancang," kata Puteh Nur, berpuas hati.

Khairil Ihsan berhenti menyerang Alif Najmi dengan ekornya. Habis luka badan Alif Najmi dek serangan kuat. Bibirnya yang mengeluarkan darah sedikit sempat dikesat. Cikgu Wan mendekati Alif Najmi.

"Kamu tak apa-apa ke?" kata Cikgu Wan mengambil berat.

"Saya okey, cikgu," balas Alif Najmi, lemah.

"Tak apa. Kamu pergilah berehat. Biar cikgu selesaikan mas..."

Dbushh!!! Satu serangan dari belakang berjaya buatkan Cikgu Wan terpelanting ke batang pokok.

"Adoi!" keluh Cikgu Wan.

Cikgu Wan memandang Khairil Ihsan dengan wajah marahnya. "Orang belum sedia lagilah!"

"Hari ni, adik akan kalahkan abang juga!" kata Khairil Ihsan.

Serangan demi serangan terus dibuat Khairil Ihsan. Cikgu Wan pula hanya mampu menepis serangan.

Beberapa saat menepis serangan, satu tembakan lastik tepat mengenai kepala Khairil Ihsan, membuatkan lelaki itu berhenti menyerang. Khairil Ihsan memandang ke satu arah. Tiada siapa pun di situ. Alif Najmi pun sudah hilang dari tempat rehatnya.

"Siapa lastik alu tadi?" soal Khairil Ihsan kehairanan.

Tiba-tiba, Zulfadlie menerkam Khairil Ihsan dari dahan pokok, diikuti Syamil dan Raviendra. Habis patah tulang belakang Khairil Ihsan dibuatnya. Puteh Nur terkejut melihat pelajar 5F muncul merosakkan rancangan.

"Apakah?" Puteh Nur tergamam.

Hasbi dan Amira mendekati Cikgu Wan. "Cikgu Wan tak apa-apa ke?"

"Cikgu Wan tak apa-apa," balas Cikgu Wan keletihan.

Iskandar muncul dari semak sambil memapah Alif Najmi. Mereka berdiri menghadap Khairil Ihsan dan Puteh Nur.

"Sudah-sudahlah dengan permainan korang ni. Jadikan yang tak bersalah sebagai umpan tu memang perkara buruk dalam hidup korang. You know what? You double-cross with the wrong guys. Bak kata Big Smoke dalam GTA..." kata Alif Najmi belum habis bicara.

"Hoshi, cukuplah tu," kata Iskandar, dingin.

Alif Najmi menggulingkan matanya sambil mengeluh. "Fine."

Danial Nabil muncul di belakang Puteh Nur dengan pistolnya diacu ke arah kepala. "Rasanya, kamu patut pergi sekarang."

Puteh Nur tertawa kecil. "Baiklah, kami akan pergi. Khairil, jom balik."

Khairil Ihsan dilepaskan juga. Dia merenung ke arah Zulfadlie sebelum beredar. "Kita akan jumpa lagi."

Puteh Nur dan Khairil Ihsan beredar dari situ dengan tangan kosong.

"Okeylah, jomlah tangkap gambar," ajak Immanuel tersenyum.

"Okey, ambil tempat masing-masing!" kata Hanif bersedia dengan kameranya.

Danial Nabil mengambil kamera dari tangan Hanif. "Tak apa. Biar cikgu ambil gambar."

"Baik. Terima kasih."

Lalu mereka yang lain mengambil tempat dan posisi yang menarik dengan senjata masing-masing. Danial Nabil membidik kamera ke arah pelajarnya.

"Iskandar, duduk depan sebab kau ketua kelas!" kata Danial Nabil.

"Ya, baik." Iskandar berdiri di depan sekali, hpir depan kamera.

"Bagus. Sedia! Freestyle! Satu... Dua... Tiga!"

Kachak!! Sekeping gambar diambil.

Kenangan 2007
Selamat Hari Raya Aidilfitri

"Wah, cantik gambar!" puji Cikgu Wan melihat gambar yang ditangkap.

"Cikgu Wan nampak kacak pula dalam gambar," puji Amira, ceria.

"Eh! Yeke?" Cikgu Wan bertukar malu.

"Bagus, macam dirancang," kata Ilman Faiz, perlahan.

Mereka yang lain bersedia dengan mercun. Sedang asyik Cikgu Wan terbuai dengan pujian, para pelajarnya menyerangnya dengan mercun.

Pom! Pam! Bom! Pop! Segala mercun meletup lalu dielak Cikgu Wan dengan cemasnya.

"Hoi, apa ni? Berhenti! Jangan main mercun!" kata Cikgu Wan cemas mengelak mercun yang terkandung peluru anti-cikgu.

Iskandar kembali memapah Alif Najmi tetapi Alif Najmi menolak papahan itu.

"Tak apa. Aku boleh gerak sendiri," kata Alif Najmi.

Iskandar tersenyum. Dia teringat sesuatu. "Oh, ya. Sejak bila kau sertai kumpulan tu?"

Alif Najmi tersengih. "Dah lama rasanya. Aku dengan kembar aku masuk Black Tigwr bersama."

"Jadi, dia pun pandai berlawan?"

"Yup. Kami kan kembar. Walaupun kembar sekalipun, kami tetap bermusuhan."

"Sampai bila nak bermusuhan? Dia kan kembar kau. Adik-beradik kau juga."

Alif Najmi tersenyum sinis. "Biarlah. Tak semestinya benda ni akan berkekalan. Kau tunggu je suatu hari nanti. Kami akan berbaik juga."

Iskandar tersenyum lalu melihat kawannya yang lain membaling mercun ke arah Cikgu Wan. Hari raya yang cukup bermakna buat kelas 5F.

#vote

Continue Reading

You'll Also Like

68.3K 8.3K 67
Suhu badan dibawah 27 darjah. Degupan jantung perlahan ekoran suhu badan yang rendah. Mempunyai keistimewaan dimana tidak dapat merasai sebarang ob...
28.4K 1.8K 34
Seorang guru disiplin telahpun mati pada 2 tahun lalu! Namun, sekolah terasa dihantui.. Dalam tempoh itu juga bilik disiplin terpaksa dipindahkan ker...
209K 13.6K 46
"Kenapa?! Ayahanda fikir anakanda lemah?! Kalau anakanda selamat pun ayahanda fikir rakyat Elemental World akan terima Vyl sebagai pentadbir dunia ni...
Hilang By -Ain-

Adventure

55.6K 3.1K 27
SPM baru sahaja berakhir apabila puan pengetua dan guru-guru telah memaklumkan kepada para pelajar 5 Sains 1 berkenaan penglibatan mereka dengan prog...