Kelas DSB

By farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... More

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

BAB ISTIMEWA: PUASA

169 29 32
By farid5attar

Tengah hari yang terik, Cikgu Wan kecairan tangannya mengipas dirinya yang kepanasan.

"Cikgu Wan puasa ke? Setahu saya, binatang tak puasa," soal Zafina Shahira.

"Mestilah puasa. Apapun,..." Cikgu Wan kembali berbentuk harimau. "Siapa tak puasa hari ni?"

Sepi sahaja. Mata Cikgu wan tertumpu pada tempat duduk Syamil dan Zulfadlie yang kosong.

"Hmm... Mana Zulfadlie dan Syamil?" soal Cikgu Wan.

Najwa Mufida hanya mengangkat bahunya.

"Mungkin dekat hutan kot," jawab Alif Najmi, selamba.

Dalam gerakan cahaya, Cikgu Wan meluru ke hutan. Asap dek momentum mengaburi pelajarnya.

"Haih, cikgu pun puasa," kata Siti Zulaikha.

Ilman Faiz bangun dari tempat duduk lalu memandang rakan sekelasnya. "Kelas, apa kata kita buka puasa bersama Cikgu Wan? Macam mana?"

"Haa... Boleh juga," akur Zulhilmi.

"Setuju," balas Puteri Atikah.

"Korang nak buka dekat mana? Aku ikut je... walaupun aku bukan Muslim," tanya Immanuel.

"Kita buka dekat sini. Lepas kelas, kita bincang," kata Ilman Faiz.

Sementara mereka berbual rancak di dalam kelas, Zulfadlie dan Syamil membuka bekalan makanan di dalam hutan. Mereka tidak makan sahur tadi.

"Okey, kita buka puasa dulu," kata Zulfadlie tersengih.

Syamil tertawa kecil.

"Buka puasa tak ajak cikgu ya. Dah la ponteng kelas," celah Cikgu Wan muncul di belakang mereka.

Zulfadlie dan Syamil terkejut sakan lalu melihat Cikgu Wan berada di belakang. "Cikgu..."

"Jangan harap kamu nak buka puasa sekarang!" Cikgu Wan serta-merta terus memakan semua makanan yang dibekal dua pelajar itu.

"Tidaaaakk!!!" jerit dua pelajar itu terpaksa berlapar lagi.

"Cikgu tak puasa ke? Tiba-tiba makan," kata Zulfadlie menunding jari ke arah Cikgu Wan yang sedang lahap makanan.

"Ada cikgu kisah ke?" kata Cikgu Wan, sinis.

Seusai makan, Cikgu Wan terus membawa dua pelajar itu kembali ke kelas. Zulfadlie dan Syamil kembali ke tempat duduk dalam keadaan serabut.

"Korang pergi mana tadi?" tanya Raviendra.

"Tak pergi manalah," jawab Zulfadlie.

"Mesti buka puasa kan?" kata Alif Najmi, selamba.

Zulfadlie sekilas memandang Alif Najmi. "Hoi, mana adalah!"

"Sudah. Tak elok marah-marah dalam bulan puasa ni. Lagipun, jangan tuduh sebarangan dan bersangka buruk. Cikgu memang nampak mereka nak buka puasa tapi cikgu sempat makan makanan mereka sebelum mereka makan," terang Cikgu Wan, jujur.

"Jadi, cikgu tak puasalah," kata Hasbi, selamba.

"Ehh!?" Cikgu Wan terkejut dengan kenyataan itu.

"Tadi, cikgu cakap, cikgu puasa. Lepas tu, cikgu kata, cikgu makan pula. Jadi, tak puasalah jawabnya," kata Zafina Shahira.

"Kami dah rancang nak buka puasa dengan cikgu tadi. Tapi, dah cikgu kata macam tu,..." kata Ilman Faiz punah harapan.

"Tunggu dulu!" tegas Cikgu Wan.

Semua pelajar terdiam.

"Disebabkan esok, hari Sabtu. Malam ni, kita tidur dekat sini. Esoknya, kita sahur dekat sini dan buka puasa di sini. Macam mana?" kata Cikgu Wan cuba kembalikan semangat.

"Wah, bestnya! Saya ikut!" kata Amira, riang.

"Hmm... Bolehlah. Kita puasa sama-sama ya," kata Ilman Faiz tersenyum.

"Baiklah," balas Cikgu Wan mengangguk.

⭐⭐⭐

Malam itu pukul 10 malam, pelajar 5F berkumpul di luar kelas 5F. Danial Nabil muncul.

"Kenapa kamu semua kumpul dekat sini? Dah malam ni," kata Danial Nabil kehairanan.

"Kami nak puasa dengan Cikgu Wan esok," balas Amira.

"Jangan risau, Cikgu Danial. Kami dah minta kebenaran dari mak ayah nak menginap dekat sini," kata Siti Zulaikha.

"Cikgu Danial join la sekali dengan kami," pelawa Immanuel yang turut serta.

"Ermm... Yelah. Untuk keselamatan kamu semua, cikgu sertai," kata Danial Nabil, setuju.

"Bagus!"

Tidak jauh dari situ, Iskandar berjalan ke kelas bersama Alif Najmi. Farah Yasmine turut mengekori mereka berdua.

"Cantik juga bintang malam ni ya," kata Farah Yasmine melihat bintang di langit.

"Hmm..." Iskandar melihat bintang-bintang di angkasa.

"Fikir apa tu?" celah Alif Najmi memandang Iskandar.

"Ni first time, kita tidur satu kelas bersama."

"Samalah kita. Kita semua pun macam tu."

"Hei, Alif. Kandar. Mari tolong pasang khemah," panggil Ilman Faiz.

"Ya," balas Iskandar.

"Kenapa nak pasang khemah pula?" soal Farah Yasmine kehairanan.

"Laki akan tidur di dalam khemah. Perempuan tidur dalam kelas dengan Cikgu Neraka," pesan Danial Nabil.

Syamil dan Raviendra tertawa kecil mendengar kata-kata Danial Nabil.

"Cikgu Danial pun sebut neraka juga," kata Raviendra cuba menahan tawa.

"Dasar neraka," kata Syamil menahan tawanya.

"Apa yang kelakar?" celah Danial Nabil menegur.

"Tak ada apa," kata Syamil dan Raviendra memandang Danial Nabil dengan wajah tahan ketawa lalu kembali memasang khemah.

Niratcha muncul tidak lama kemudian. Dia mendekati Danial Nabil dengan wajah marah.

"Berani kau tinggalkan aku dalam hutan sorang-sorang! Dah la gelap dalam tu!" marah Niratcha.

Danial Nabil memandang Niratcha dengan wajah dingin. "Kata tak takut. Aku tinggalkan kau je la."

Jantan tak guna! Desis hati Niratcha, geram.

Ilman Faiz berdiri lalu mengesat peluh pada dahi. "Okey, khemah dah siap."

"Bagus. Sekarang, kita ada 12 pelajar lelaki dan empat khemah. Jadi, satu khemah hanya muat tiga orang," terang Danial Nabil.

Iskandar melihat Alif Najmi dan Zulhilmi bersamanya, seperti dijangka akan menjadi satu kumpulan. Pelajar perempuan pula berarak masuk ke dalam kelas bersama Niratcha.

Meja kerusi semua disusun ke tepi. Kain besar dihampar ke lantai. Bantal pula dicampak.

"Cikgu Neraka sambunglah cerita hari tu," kata Amira, ceria.

"Cerita apa?" kata Niratcha kehairanan.

"Alaa... Cerita yang tergendala semasa cuti dekat Terengganu tu," kata Hasbi.

"Oh, yang tu. Sebelum tu,..." Niratcha berwajah serius terus. "Pastikan semua pintu tingkap ditutup bagi harimau tu masuk dalam kelas ni dulu!"

"Baik," balas pelajar perempuan.

Serta-merta, pintu dan tingkap ditutup. Kain tirai turut ditutup juga. Pelajar lelaki yang berada dari luar, hanya memerhati.

"Tu mesti nak membawang," kata Fauzi, selamba.

"Diorang membawang. Kita buka kedai kopi," kata Alif Najmi tersengih.

"Erkk..."

"Selamat malam ya, semua," kata Danial Nabil kepada pelajarnya.

"Cikgu tidur dekat mana?" soal Ilman Faiz.

"Oh! Cikgu tidur dekat bilik guru dekat Cikgu Wan," jawab Danial Nabil.

"Oh, ya. Cakap pasal Cikgu Wan, mana dia ya?" kata Iskandar kehairanan.

"Apa khabar, semua?" sapa Cikgu Wan dari jendela bilik guru.

"Hoi, bila kau sampai?" kata Danial Nabil terkejut.

"Petang tadi," jawab Cikgu Wan, selamba.

"Okeylah, kami masuk tidur dulu ya," kata Ilman Faiz.

"Selamat malam, cikgu," ucap Immanuel.

"Ya, selamat malam," balas Cikgu Wan.

"Oh, ya. Sebelum terlupa,..." kata Ilman Faiz.

Pelajar lelaki di situ memandang tajam ke arah Cikgu Wan.

"...jangan intai kami gosip ya," pesan Ilman Faiz, serius.

"Dan jangan tulis nota pasal kami," tambah Immanuel.

Cikgu Wan tersenyum sinis. "Kamu pasti?"

Mereka melangkah masuk ke dalam khemah. Danial Nabil berjalan ke bilik guru.

⭐⭐⭐

Lampu kelas dibuka.

"Alright, girls. Wake up. Masa untuk sahur!" panggil Niratcha kejutkan anak muridnya.

"Awalnya. Baru 3.30 pagi." Siti Zulaikha bangun terlebih dahulu, diekori Zafina Shahira.

"Selalunya, kami bangun 4 pagi untuk masak," kata Zafina Shahira.

"Subuh pukul 5.30, kan?" kata Farah Yasmine baru bangun.

"Apa bising-bising ni?" kata Najwa Mufida dengan wajah mengerikan.

Mereka yang terjaga terkejut beruk melihat wajah Najwa Mufida yang macam hantu.

"Hodohnya!" kata Farah Yasmine segar terus dari mamai.

"Dah. Jomlah masak. Kita masak untuk 30 orang tau, bukan 3 orang," kata Najwa Mufida bangkit dari tempat tidurnya.

Mereka yang terjaga cuba kejutkan yang masih tidur.

"Sarah, Wahida, bangunlah," panggil Farah Yasmine mengejutkan dua rakannya.

Siti Sarah dan Wahida mencelikkan matanya lalu bangun.

"Bangunlah. Kita kena masak," ujar Farah Yasmine.

"Ya," balas Siti Sarah lalu bangun.

"Okey." Wahida turut bangun.

⭐⭐⭐

Sejam sebelum subuh, giliran pelajar lelaki untuk bangun.

"Iskandar, bangunlah. Sahur sekarang," panggil Zulhilmi mengejutkan Iskandar.

Iskandar tidak terjaga.

"Wei, Kandar!" kata Zulhilmi tinggikan suara.

"Tak apa. Biar aku kejutkan dia," kata Alif Najmi.

Alif Najmi menunjukkan sekeping gambar dalam telefonnya. "Kandar, tengok ni!"

Iskandar mencelikkan matanya sedikit lalu melihat gambar yang terpapar pada skrin telefon Alif Najmi. Matanya terbuntang luas. Dia terus bangun.

"Najmi, kau padam balik gambar tu!" arah Iskandar terkejut.

"Wah, sudah bangun. Tapi, gambar apa tu?" kata Zulhilmi kehairanan.

Alif Najmi menunjukkan gambar Iskandar yang berpakaian seperti perempuan kepada Zulhilmi.

"Inikan gambar kat hotel atas Gunung Mat Chincang tu?" kata Zulhilmi, kekok.

"Sampai hati kau tangkap aku waktu tu. Dasar musang," kata Iskandar menangis.

"Dah la. Jom sahur," kata Zulhilmi.

Mereka terus melangkah ke padang belakang kelas. Hidangan sudah tersedia di atas beberapa tikar yang berlainan.

"Boys, mari makan!" panggil Silvaprea.

Pelajar lelaki di situ berjalan ke satu tikar khas untuk lelaki.

"Haih, takkanlah makan pun nak asing laki dan perempuan," keluh Hanif.

"Bulan puasa ni. Lagi elok jauhkan diri dari benda tu," pesan Ilman Faiz.

"Yela. Yela."

Mereka semua menikmati santapan sahur bersama. Cikgu Wan, Danial Nabil dan Niratcha makan di atas tikar yang sama.

"Jadi, macam mana dengan hubungan kamu berdua?" soal Cikgu Wan, sengaja.

Danial Nabil menjeling tajam ke arah Cikgu Wan. "Apa yang kau merepek ni?"

"Kami mana ada apa-apa hubungan," kata Niratcha, dingin.

"Yeke?" Cikgu Wan tersenyum sinis.

Harimau ni memang sengaja cari pasal, desis hati Danial Nabil.

Sementara mereka berborak, para pelajar turut bergosip pasal cinta mereka.

"Jadi, macam mana dengan korang?" soal Zulhilmi.

"Apa? Siapa?" Iskandar keliru, kehairanan.

"Korang dengan makwe koranglah."

"Eh, aku mana ada makwe."

"Tapi kau rapat dengan Yasmine," celah Alif Najmi.

"Kami cuma kawanlah."

Alif Najmi merapatkan muka ke muka Iskandar. "Anda pasti? Tadi, aku hantar gambar kau berpakaian perempuan dekat Yasmine. Dia kata, kau tu comel."

"Apa? Kau hantar gambar tu?"

Iskandar memandang Farah Yasmine. Kelihatan Farah Yasmine ketawa kecil melihat gambar yang dihantar Alif Najmi tadi. Tercengang Iskandar dibuatnya.

"Esok, nak teman saya tak pergi bazar Ramadhan, tak?" ajak Wahida.

"Wah, boleh je," kata Farah Yasmine, teruja.

"Maklumlah, setahun sekali," kata Siti Sarah.

⭐⭐⭐

Keesokan hari, mereka berlatih, seperti biasa. Yang bukan Islam kelihatan bertenaga.

"Haih, Manuel. Semangat nampak," kata Ilman Faiz melihat kawan rapatnya berlatih.

"Mana adalah. Aku pun nak try puasa macam korang juga. Jomlah berlatih sama-sama," kata Immanuel.

"Okey. Jangan sampai terlalu penat. Nanti dahaga pula."

Dua lelaki itu berlatih dengan pisau getah. Mereka yang lain cuba memperbetulkan tembok di kolam renang.

"Okey, dah siap," kata Zulfadlie.

"Bagus. Sekarang, pasang air," arah Siti Zulaikha.

Fauzi memberi isyarat dari jauh. Faiz yang melihat isyarat itu terus membuka paip dari bangunan kelas mereka. Iskandar dan Zulhilmi memegang hos bersama. Air dipancar ke kolam. Lama-kelamaan, air meninggi ke aras yang ditetapkan.

"Okey, dah cukup," kata Zulhilmi.

Fauzi yang mendengar, terus memberi isyarat kepada Faiz. Faiz menutup paip semula lalu begegas ke kolam renang. Alif Najmi memerhatikan mereka bermandi-manda dati atas dahan pokok.

"Hoi, Musang. Tak nak join ke?" kata Zulfadlie melihat Alif Najmi bersantai di atas dahan.

"Tak apalah. Saya nak belajar sekarang ni." Alif Najmi mengeluarkan satu buku kecil dari poket seluarnya.

"Yela. Lepas apa terjadi waktu PPT hari tu, kau banyak berubah."

"Hehe... Taklah. Perangai tetap sama."

Nampaknya, hubungan Alif Najmi dan Zulfadlie makin rapat, desis Iskandar memerhati dari dalam kolam.

"Kandar, nak join kitorang pergi bazar Ramadhan tak petang nanti," pelawa Farah Yasmine.

"Hmm... Boleh juga," balas Iskandar tersenyum.

Alif Najmi dari atas dahan memerhati dua rakannya itu sambil membaca kamus Bahasa Jepun. "Ara ara. Bunga dah nak mekar der."

⭐⭐⭐

Petang itu, mereka berjalan-jalan di sekitar bazar Ramadhan.

"Hmm... Nak beli apa ni?" kata Iskandar berfikir.

"Is, Alif tak ikut ke?" soal Farah Yasmine.

"Dia kan tak suka keramaian."

"Peliklah kawan kau tu."

"Bukan peliklah," celah Siti Sarah. "Mengikut pakar psikologi, orang psikopat lebih suka bersendirian sebab dia tak suka keramaian."

"Begitu rupanya. Baru saya faham."

"Okey, saya dah beli dah makanan. Korang tak beli apa-apa lagi ke?" kata Wahida muncul.

Mereka melihat Wahida memegang dua beg plastik.

"Kenapa beli dua makanan dan dua minuman? Untuk siapa?" kata Farah Yasmine.

"Untuk Emy," jawab Wahida.

"Oh, ya. Najmi pesan dekat saya untuk beli..." kata Iskandar teringat.

"Tak payah. Aku dah beli pun," celah Alif Najmi muncul.

Mereka memandang Alif Najmi. "Alif!"

"Kau kan tak suka orang ramai?" kata Iskandar, hairan.

"Itu Musang, bukan Alif," balas Alif Najmi.

"Jomlah beli makanan untuk buka puasa nanti."

"Eh, tak payah. Cikgu Neraka dah belanja untuk korang."

Alif Najmi menunding jari ke arah Niratcha. Kawannya yang lain melihat Niratcha membawa beg plastik yang banyak. Masing-masing terkejut.

"Sudah-sudah la tu. Habis duit aku nanti," kata Danial Nabil sebagai peneman Niratcha.

"Alaa... nak ayam golek tu. Lepas tu, nak air teh ais cincau. Pastu, kuih dan pencuci mulut. Paling penting kena ada ais kepal milo. Bla bla bla..." kata Niratcha dikuasai nafsu.

Mereka yang melihat Niratcha, terasa malu.

"Biar betul Cikgu Neraka," kata Iskandar berwajah kosong.

⭐⭐⭐

Lima minit sebelum berbuka puasa, semua orang sudah bersiap untuk berbuka puasa di padang belakang kelas.

"Cikgu Neraka biar betul nak makan semua tu!?" kata Syamil terkejut Niratcha membawa hidangan yang banyak sekali.

Niratcha memandang tajam ke arah pelajarnya. "Jangan cuba nak ambil!"

Tiba-tiba, Cikgu Wan muncul dalam gerakan pantas, terus merampas hidangan yang banyak itu lalu memberi kepada mereka yang tiada bekalan untuk berbuka puasa.

"Terima kasih, Cikgu Wan," ucap Farah Yasmine ceria.

"Berani kau rampas makanan aku. Dasar harimau tak guna!" marah Niratcha.

"Bertenang. Bulan puasa ni elok bersedekah. Lagipun, makanan yang kamu beli pun terlalu banyak. Takut bazir nanti. Seelok-eloknya, beri kepada yang memerlukan," pesan Cikgu Wan.

Niratcha berwajah masam. "Yela."

Mereka yang mendengar hanya ketawa.

"Jangan ketawa saja. Kamu semua pun sama juga," pesan Cikgu Wan kepada pelajarnya.

"Baik," balas para pelajar 5F.

Tidak lama kemudian, azan Maghrib berkumandang dari radio.

"Dah azan. Jom berbuka!" kata Immanuel.

Selaku presiden 5F, Ilman Faiz mengetuai bacaan doa berbuka puasa dan doa sebelum makan. Sejurus itu, mereka menikmati juadah berbuka puasa.

"Wah, leganya!" ujar Immanuel sehari berpuasa.

"Agak mencabar juga kan puasa ni?" kata Cheng tersenyum.

"Betul," balas Silvaprea.

"Huwaaa!! Siapa nak habiskan semua ni!! Dah kenyang ni," teriak Niratcha.

"Kan saya dah cakap," kata Danial Nabil, dingin.

"Bagi saya," kata Cikgu Wan mengambil hidangan yang selebihnya dari Niratcha.

Hanya dengan satu lahap, Cikgu Wan makan semua hidangan sekaligus. "Wah, sedapnya."

"Tak guna kau!" Niratcha bangun lantas mengejar Cikgu Wan dengan pisau getah, cuba membunuh.

Mereka yang memerhati hanya melihat mereka berdua berkejaran.

"Baju raya dah beli ke?" soal Amira kepada rakannya yang lain.

"Saya dah beli dah baju raya sebelum puasa lagi," jawab Ilman Faiz.

"Wah, semangat betul kau ya," balas Siti Zulaikha.

Iskandar hanya berdiam sambil menikmati hidangan.

"Is, baju raya dah beli ke?" soal Farah Yasmine.

Alif Najmi hanya memerhati karenah Farah Yasmine yang seperti menyukai Iskandar.

"Ermm... Belum," jawab Iskandar.

"Bila nak beli?" soal Farah Yasmine lagi.

"Kemungkinan seminggu sebelum raya. Lagipun, esok dah sepuluh malam terakhir bulan puasa, kan?"

"Ha'ah."

"Cepat berlalu. Kalau boleh, saya nak jumpa Ramadhan lagi tahun depan."

#vote

Continue Reading

You'll Also Like

642K 35.5K 137
Di Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan...
33.1K 2.4K 91
🌺 Amazing cover by @azleyanaa_ Kau percaya dengan takdir? Kau manusia biasa, lemah, tapi ditakdir menjadi pahlawan. Boleh kau bayangkan? Better kau...
6.4K 1.2K 49
Zaman Melaka | Slip time Danny, Danial, Is dan Khairy adalah empat sosok sahabat yang bersama. Masing-masing mempunyai kepakaran melihat hantu namun...
391K 14.1K 30
Mengisahkan seorang gadis yang telah terpilih sebagai Pahlawan Shadow Hunter bagi melindungi sebuah negara yang bakal menghadapi peperangan. Tugas i...