Kelas DSB

By farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... More

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

BAB 22-ISKANDAR

164 30 7
By farid5attar

Semua orang terkejut dengan pekikan dari Iskandar.

"Kandar, tunggu dulu," celah Zulfadlie.

Iskandar hanya berdiri terkaku, tidak berbuat apa.

"Kau memang dasar lembap. Kenapa kau lepaskan anjing yang tersepit? Sepuluh jong masuk anjing masih bercawat ekor tau, tak? Kau memang lembaplah, Kandar," marah Zulfadlie.

Zulfadlie mencampak batang elektrik ke arah Iskandar. "Kau memang ketua kelas yang teruk! Sekarang, kau ambil batang tu! Lepas tu, serang dia!"

Iskandar mengambil batang elektrik itu lalu letakkan di pinggangnya. Pisau kekal di tangannya.

"Cikgu Danial, Is tak guna batang elektrik tu. Mungkin dia nak bunuh Cikgu Aryan," kata Hasbi, mula cemas.

Iskandar melangkah perlahan seperti sebelum ni. Kali ini, Aryan tidak akan tertipu lalu menyerang Iskandar dengan kasarnya. Iskandar terus diserang dan diserang lagi tanpa belas kasihan.

"Macam mana! Sedap, tak?" kata Aryan tersengih.

Farah Yasmine memandang Danial Nabil, cemas teramat. "Cikgu Danial buatlah sesuatu. Is dalam bahaya tu! Tembaklah dia!"

Danial Nabil melihat Farah Yasmine mula rasa hendak menangis. "Tak... Tak boleh."

"Jangan risaulah!" celah Zulfadlie, dingin.

"Apa? Nyawa Iskandar dalam bahaya tu!"

"Kan sebelum bercuti je sini, Iskandar pernah belajar dari Cikgu Tony. Depan-depan kita pula tu. Aku dengar apa yang Cikgu Tony pesan dekat dia. Pertama, pastikan ada dua senjata. Kedua, pastikan lawan seorang pakar atau profesional. Ketiga, pastikan berada di kawasan lawan. Jadi, semasa kamu nak buat serangan ni, pastikan cepat dan kuat bunyinya."

Iskandar masih diserang terus-terusan lalu dicampak. Dia rebah. Aryan gelak sakan melihat lawannya yang lemah itu.

"Bangunlah! Belum masa rehat lagi!" kata Aryan, sinis.

Iskandar berdiri dalam keadaan masih bermaya. Senyuman yang belum pernah dilihat tercalit di bibirnya. Aura seekor serigala kuat menyelubungi tubuh Iskandar. Aryan berasa kurang senang.

"Apa yang terjadi ni?" Aryan mula keliru.

Mata Aryan tertumpu pada pisau yang masih di tangan Iskandar. Dia terus bersiap sedia untuk menyerang balas.

Tiba-tiba, Iskandar mencampak pisau ala rambo ke lantai. Aryan melihat pisau yang terjatuh itu.

CLAP!! Satu tepukan kuat memukau Aryan.

Serta-merta, Iskandar melibas batang elektrik ke badan Aryan. Habis Aryan merasai renjatan elektrik lalu melutut.

Sekali lagi, aku kalah dengan budak ni? Desis hati Aryan terkejut.

Dagunya diangkat dengan batang elektrik. Aryan mendongak lalu melihat senyuman Iskandar.

"Jangan senyum kat aku macam tu. Benda tu akan menghantui aku selama-lamanya," kata Aryan merayu.

"Finish him, Kandar," celah Zulfadlie.

Iskandar merenung ke mata Aryan. "Cikgu Aryan, terima kasih."

"TIDAAAKKK!!!" jerit Aryan.

Zaappp!!! Renjatan elektrik terus merebahkan Aryan.

Mereka yang menyaksikan perlawanan itu berasa takjub melihat kemenangan berpihak kepada Iskandar.

Alif Najmi tersenyum sinis. "Iskandar win. Flawless victory. Fatality." Ayat dari Mortal Kombat.

Lantas, semua bersorak atas kemenangan Iskandar. Mereka semua meluru ke tapak pendaratan helikopter lalu mendekati Iskandar. Iskandar kembali tenang.

"Cayalah, Kandar!"

"Tak sangka kau menang!"

"Hebatlah kau, Is!"

Kata-kata pujian diberikan kepada Iskandar. Tidak lama kemudian, tiga lelaki sebelum ini muncul. Mereka bertiga berdiri menghadap Kelas 5F itu.

"Kau nak apa lagi? Korang dah kalah," kata Ilman Faiz melihat mereka muncul.

"Korang kena ingat, kami ni lebih ramai dari kamu bertiga," kata Danial Nabil.

"Bawa bertenang. Kami datang sini nak bagi antidot," terang Gaz, lelaki bertopeng sebelum ini.

"Apa?" Semua orang berasa hairan.

"Sebenarnya, kami tak sampai hati biarkan diorang sakit macam tu je," kata Luiz menjinjing beg berisi antidot.

~Throwback~

"Lepas aku letupkan beg ni, aku nak diorang menderita sebab tak ada ubat. Hahahahaha!!" kata Aryan menggila.

Luiz yang mendengar, berasa simpati terhadap mangsa keadaan.

~End Throwback~

"Jadi, kami simpan satu beg lagi untuk kamu, huh. Jangan bazirkan, huh," kata Grip, dingin.

"Yela... Yela... Bila-bila masa kalau nak lawan, boleh je panggil saya, huh," kata Alif Najmi tersengih.

Akhirnya, mereka menerima antidot daripada Luiz.

"Helikopter akan tiba tak lama lagi. Jadi, semua bersiaplah ya," kata Danial Nabil.

"Baik," balas kelas 5F.

⭐⭐⭐

Pada paginya, semua kembali pulih seperti sediakala. Iskandar dan Farah Yasmine berdiri menghadap laut.

"Alhamdulillah, semua dah selamat," ucap Farah Yasmine, ceria.

"Terima kasih, Is sebab selamatkan keadaan," ucapnya lagi.

"Ya, sama-sama," balas Iskandar, janggal.

Farah Yasmine mahu sahaja mendakap lelaki itu tetapi disebabkan berada di keramaian, dia terpaksa membatalkan hasratnya.

"Wah, penamat yang indah ya," kata Cikgu Wan kembali seperti harimau.

"Cikgu Wan, kita ada masa sehari sahaja dekat sini. Nak buat apa?" kata Ilman Faiz.

"Apa? Sehari?" Cikgu Wan terkejut sakan.

Serta-merta, Cikgu Wan menikmati percutian dengan kelajuannya. Istana pasir, mandi di laut, berehat di bawah payung dan segalanya dibuat dalam keadaan pantas. Dia berdiri di depan para pelajarnya.

"Kamu nak buat apa cuti ni?" soal Cikgu Wan.

Alif Najmi melepaskan tembakan. Cikgu Wan mengelak peluru itu.

"Hoi, apasal tembak, huh?" kata Cikgu Wan, marah.

"Cikgu dah lupa ke pasal tujuh bahagian yang kena tembak tu?" celag Alif Najmi ungkit.

"Hah, betul tu!" kata Zafina Shahira.

"Cikgu kena tunaikan juga," kata Siti Sarah.

"Apa?" Cikgu Wan terkejut.

Serta-merta, tembakan dilepaskan ke arah Cikgu Wan. Cikgu Wna mengelak setiap peluru.

"Wei, jom mandi!" ajak Amira.

"Jomlah!" balas Siti Zulaikha.

Lalu, mereka berlari ke arah laut. Cikgu Wan yang mengelak peluru tadi, terus bergerak ke arah pelajar perempuan yang sedang mandi air laut.

"Cikgu nak join, boleh?" kata Cikgu Wan, gatal.

"Haa... Marilah!" Amira terus memercik air laut ke muka Cikgu Wan.

Cikgu Wan mengelak air laut itu. "Hei, cikgu mana boleg kena air la!"

Hanif tiba-tiba berlari ke arah air laut yang dipenuhi perempuan. "Inilah yang aku mahukan!"

Serta-merta, Hanif menanggalkan pakaiannya. Pelajar perempuan di situ menjerit malu melihat Hanif berbogel. Niratcha muncul tidak lama kemudian dengan bikininya.

"Apalah. Laki telanjang je pun," kata Niratcha, dingin.

"Kalau Cikgu Danial pula, mesti Cikgu Neraka suka, kan?" kata Alif Najmi menyakat.

"Haa... Betul tu. Betul!" kata Ilman Faiz akur.

Niratcha memandang tajam ke arah pelajar lelaki itu lalu melihat mereka tersenyum kambing. Dia terus mengejar mereka semua. "Korang saja kan kenakan cikgu!"

Iskandar yang berdiri bersama Farah Yasmine hanya memerhati mereka sahaja. Cikgu Wan muncul di belakang dua pelajar itu lalu mengusap kepala mereka, membuatkan mereka tertawa kecil.

⭐⭐⭐

Tidak lama kemudian, pelajaran kembali seperti biasa.

"Selamat kembali ke sekolah!" ucap Cikgu Wan, ceria.

Semua pelajar yang duduk di dalam kelas hanya mampu senyum sahaja. Loceng sekolah berbunyi lagi, memulakan pembelajaran.

-TAMAT-
Kelas DSB
🌼Musim Pertama🌼

☀☀☀

Info kecil tentang personaliti Alif Najmi;
Bila dia muram, dia ialah Alif.
Bila dia dingin, dia ialah Farid.
Bila dia psiko, dia ialah Musang.
Bila dia marah, dia ialah Hoshiko.
Bila dia alim, dia ialah Najmi.

#vote

Continue Reading

You'll Also Like

642K 35.5K 137
Di Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan...
186K 10.3K 50
Yang pasti cinta itu buta.
33.1K 2.4K 91
🌺 Amazing cover by @azleyanaa_ Kau percaya dengan takdir? Kau manusia biasa, lemah, tapi ditakdir menjadi pahlawan. Boleh kau bayangkan? Better kau...
85.4K 11.5K 162
Di sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan...