Kelas DSB

Por farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... Más

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

BAB 21-???

150 32 14
Por farid5attar

Luiz melepaskan tembakan rambang ke udara. "Keluarlah kamu semua!"

Bang! Satu dilepaskan ke arah Luiz.

Sayangnya, tembakan tersebut tidak mengena.

"Cis, tak kena pula!" keluh Farah Wahida.

Luiz terdiam seketika. "Ada pistol? Budak-budak ada pistol!?"

Serta-merta, lampu pentas dibuka. Habis silau mata mereka yang cuba melihat Luiz.

"Now, I can see you!" kata Luiz tersengih.

Bang! Saru tembakan hampir mengenai Farah Wahida.

Farah Wahida serta-merta berlindung. "Whoa! Sipi-sipi!"

Mata Luiz melihat Cikgu Wan berada di depan. Terkejut beruk dibuatnya. "Apa benda ni!?"

Bang! Bang! Bang! Tembakan dilepaskan bertalu-talu ke arah Cikgu Wan yang dilindungi cengkerang.

"Hahahahahaha!!!! Tembak!! Tembak lagi!!!" tawa Cikgu Wan.

Luiz berhenti menembak, terpaksa mengalah.

"Baiklah, giliran kami pula menyerang!" kata Cikgu Wan, serius.

"Faiz, gerak ke empat kanan! Zulaikha ke tiga kiri. Shira ke depan. Iskandar ke dua kiri. Cheng biar kat situ. Bla... Bla... Bla..." arah Ciku Wan, kuat.

Anak-anak murid 5F terus bergerak mengikut arahan Cikgu Wan tanpa ragu-ragu. Luiz melihat mereka mengocak tempat masing-masing.

"Shuffling?" kata Luiz. "Kalau guna nama, mungkin mudah nak cam orang."

Cikgu Wan sedar lantas menukar taktik. "Nombor 25 kekalkan kedudukan. 24 pergi ke lima kanan. 20 ke empat kiri. 15 dan 21 tukar tempat duduk. 10 ke dua kanan. 3 dan 13 ke kiri serentak. 27 ke tempat 8. Bla... Bla... Bla..."

"Tak guna!" keluh Luiz cuba fokuskan sasaran tetap.

"25 bangun dan terus tembak!" arah Cikgu Wan.

Setahu Luiz, pelajar nombor 25 tidak menukar tempat duduk langsung. Seorang pelajar bangun agak jauh dari pentas.

Bang! Tembakan Luiz tepat mengenai kepala.

"Yey! Dah kena!" ujar Luiz gembira.

Anak mata Luiz tertumpu pada Erfan Shafiq yang berdiri dengan pistol dibidik ke arahnya.

Tak mungkin! desis hati Luiz.

Bang! Satu tembakan dilepaskan tetapi tidak mengena pada Luiz.

"Eh! Haha! Tak kena!" kata Luiz, sinis.

Pang! Lampu pentas jatuh ke atas kepala Luiz.

"Aduh!" keluh Luiz. Sasar lampu rupanya, desis hatinya.

Namun, kesakitan mampu ditahan Luiz. Revolver diacu ke arah Erfan Shafiq.

"Dasar tak guna!" marah Luiz.

Bang! Satu das tembakan tepat mengenai revolver di tangan Luiz. Farah Wahida menghembus nafas lega akhirnya.

"Kena juga," kata Farah Wahida, lega.

"Cepat ikat dia!" arah Zulfadlie.

Serta-merta, 15 pelajar membuat aksi smackdown ke atas Luiz. Habis patah tulang Luiz dibuatnya. Kemudian, mereka mengikatnya. Erfan Shafiq dan Farah Wahida saling memandang lalu tersenyum gembira, kembali yakin.

⭐⭐⭐

Mereka selamat tiba di depan sebuah bilik rahsia. Danial Nabil kini sembuh sepenuhnya. Pistol dipegangnya pula. Dia memberi isyarat kepada pelajarnya untuk menyelinap masuk. Semua mengikut arahan, memasuki bilik dengan senyapnya. Dalang kes itu duduk bersantai menghadap dinding.

"Wah, gerakan macam ala ninja," puji Cikgu Wan, kagum.

Alif Najmi mengeluh. I told you, I got a ninja style, desis hatinya.

Tiba-tiba, suara orang ketawa bergema di ruang bilik itu. Danial Nabil sedia untuk menembak dalang semua ini.

"Saya boleh bau 14 pelajar. Tunggu... 15 pelajar dekat sini. Sudah lama tak jumpa ya," kata dalang itu, seperti pernah kenal.

Suara ni macam pernah dengar, desis hati Iskandar.

Dalang itu bangun lalu berdiri menghadap mereka. Semua orang terkejut dengan dalang yang amat dikenali. Mata Danial Nabil terbuntang luas. Rupa-rupanya, dalang di sebalik semua adalah dari bekas guru mereka, Aryan.

"Helo, semua!" sapa Aryan dengan senyuman mengerikan.

BAB 21-ARYAN

"Lama tak jumpa kamu semua. Sihat? Of course, sihat kan?" kata Aryan tersenyum.

"Aryan, cukuplah demgan semua ni!" tegas Danial Nabil mengacu pistol ke arah Aryan.

"Bawa bersabar dulu. Jangan terburu-buru." Aryan menunjukkan antidot yang disimpan di dalam beg bimbit.

Alat kawalan letupan turut ditunjukkan. Situasi menjadi genting.

"Kau jangan berani buat!" arah Danial Nabil, tegas.

"Sabar. Kita sembang dekat atas ya. Mari... ikut ayah ya," kata Aryan, lembut tetapi menyeramkan.

Semua mengikut kata sahaja termasuk Danial Nabil. Mereka bergerak ke aras bumbung hotel itu. Aryan menjinjing satu beg berisi antidot.

"Sebelum kita ke depan lagi, saya nak cakap dengan dia tu dulu dekat atas," kata Aryan menunding jari ke arah Iskandar.

"Kau nak buat apa?" kata Danial Nabil, tegas.

"AKU NAK AJAR DIA CUKUP-CUKUP!!! BAGAIMANA DIA BUAT DEKAT AKU DULU, MACAM TU JUGA AKU AKAN BUAT DEKAT DIA!!!" tengking Aryan, marah bertambah gila.

Cikgu Wan menjadi geram dengan kata-kata Aryan yang menyakitkan hati. Kalaulah dia bukan dalam cengkerang, sudah pasti dia akan kerjakan si Aryan durjana itu.

"Dasar gila! Kalau nak lawan, kau sepatutnya lawan aku! Dia bukan lawan kau! Lawan orang badan kecil macam kau tu lemah," kata Zulfadlie menghina Aryan.

"KAU DIAMLAH!!!" marah Aryan.

"Macam mana kami nak diam? Sebab kami ada mulut," kata Alif Najmi selamba.

Aryan bertambah marah dan gila. "CUKUP! Kamu..."

Iskandar terkejut Aryan menunding jari ke arahnya.

"...naik cepat!" sambung Aryan, geram.

Aryan terus berjalan ke tempat helikopter mendarat. Iskandar agak ragu-ragu untuk bertindak.

"Is," kata Zulfadlie memandang Iskandar.

"Tak apa. Biar aku slow talk dengan dia," kata Iskandar, tenang.

"CEPATLAH!!! TERHEGEH-HEGEH APA LAGI!!!" pekik Aryan, marah.

"Is, jangan terlalu baik pula nanti. Tak pasal-pasal kau kena pijak kepala," pesan Alif Najmi.

Iskandar berwajah dingin, sekadar mengangguk. Dia mengorak langkah ke depan, menuju ke tapak pendaratan helikopter. Dia berdiri menghadap Aryan.

"Danial," panggil Cikgu Wan.

Danial Nabil memandang Cikgu Wan. "Ya."

"Walaupun apa-apa terjadi dekat Iskandar, jangan kau tembak Aryan."

"Eh!?"

Aryan tersenyum melihat Iskandar bersendirian di depannya. "Bagus, anak muda."

KABABOOM!!! Jambatan yang menghubungkan ke tapak pendaratan helikopter diletupkan.

"Apakah?" Farah Yasmine terkejut.

Sekarang, Iskandar tiada tempat untuk larikan diri. Aryan ketawa sakan.

"Sekarang, kau tak boleh lari dari aku. Aku nak perlawanan semula. Aku nak tebus balik kekalahan yang memalukan tu!" kata Aryan marah.

Pisau ala rambo dilempar ke arah Iskandar, jatuh betul-betul di depan pelajar itu.

Iskandar menundukkan kepalanya. Dengan tenang, dia berkata, "Maafkan saya."

"Apa? Maaf? Kalau nak maafkan, kena sujud depan aku," kata Aryan, hilang waras.

Iskandar mengikut arahan. Dua tapak tangan diletakkan di atas lantai. Dahi menyentuh lantai juga. "Maafkan saya."

Aryan tiba-tiba memijak kepala Iskandar. "Bagus. Lain kali ikut arahan aku. Jangan kau lawan cakap aku. Faham, tak?"

Mereka yang melihat terasa marah yang amat.

"Seperti yang aku cakap tadi," kata Alif Najmi mengeluh.

Aryan berundur semula lalu memegang beg berisi antidot itu. "Jadi, kita tak perlukan ni untuk berlawan."

Beg berisi antidot dibaling ke langit lantas diletupkan oleh Aryan sendiri. Segala harapan musnah begitu sahaja. Mereka yang mahu dapatkan antidot itu beraaa kecewa dan geram. Mahu sahaja bertumbuk dengan Aryan durjana itu. Aryan gelak kuat melihat Iskandar pucat lesi.

"Hahahahaha!! Muka tu yang aku nak tengok! Hahahaha!" tawa Aryan, semakin gila.

Pisau ala rambo yang dari tadi tidak disentuh, diambil Iskandar. Aryan terpegun dengan tindakan pelajar itu.

"Itu yang aku mahukan," kata Aryan, sinis.

Iskandar menjadi kelainan teramat. Dengan riak wajah yang menggerunkan dari kebiasaan, personaliti berubah menjadi... Serigala.

"AKU AKAN BUNUH KAU, SYAITAN!!!"

#vote

Seguir leyendo

También te gustarán

Puas Ku Merayu [H] Por bunga

Ficción histórica

3.7K 562 45
The Last Sultan : Sultan Ahmad Shah of Malacca بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ‎ ❝ In the name of God, the Merciful, the Compassionate. ❞ ﹋﹋﹋﹋﹋...
92.4K 10.7K 46
[◇□Pemenang Wattys Awards 2017 untuk kategori Pengkarya Kreatif□◇] ARASH cuma mahu jadi normal dan hidup normal dengan abangnya EIZHAM, di luar Kota...
149K 15.2K 34
"Semuanya telah berakhir," Daerah kecil Kudat menjadi huru-hara apabila satu wabak misteri melanda daerah tersebut. Tiada sesiapapun yang sedar sejak...
68.3K 8.3K 67
Suhu badan dibawah 27 darjah. Degupan jantung perlahan ekoran suhu badan yang rendah. Mempunyai keistimewaan dimana tidak dapat merasai sebarang ob...