Kelas DSB

Per farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... Més

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

BAB 20-ALIF

186 32 24
Per farid5attar

"Show me what you got!" kata Grip, bersedia.

"I got a ninja style," kata Alif Najmi pengaruh dari game.

"Hoi, Musang. Pengaruh game nampak!" celah Zulfadlie tersengih.

"Kare wa dare? (Siapa dia tu?)" soal Alif Najmi kepada Zulfadlie, kehairanan.

Semua terpegun mendengar Alif Najmi berbahasa Jepun. "Kau cakap Jepun!!?"

"Watashi wa Hoshikodesu, (Saya ni Hoshiko.)" terang Alif Najmi memperkenalkan diri.

"Personaliti apakah?" kata Iskandar terkejut.

"Hoi! Tak reti cakap Melayu ke?" marah Zulfadlie.

"Eh! Gomen. Gomen. Aku terpengaruh dari anime sebenarnya. Dari game pun aku cepat terpengaruh," kata Alif Najmi tersengih.

"Hmm... Nampaknya, personaliti baru dah muncul," kata Cikgu Wan.

"Hoi! Dah habis dah cakap, huh?" celah Grip, dingin.

Alif Najmi memandang lawannya, turut dingin. "You still busta than me."

"Apa?"

Grip terus menyerang Alif Najmi. Mahu sahaja dia menggenggam kepala budak mentah itu. Alif Najmi mengelak serangan dengan pantas tanpa menyerang balas. Semua orang kagum dengan gerakan pantas.

Hmm... Dia lebih kepada grapple. Sasaran dia cuma kepala. Kalau dia dapat kepala aku, game over, desis hati Alif Najmi membuat pengiraan.

Grip cuba mencapai kepala Alif Najmi. Lelaki psiko itu terus menepis tangan Grip lalu menolaknya ke depan. Grip berhenti berlawan.

"Kenapa tak balas serangan, huh?" kata Grip kehairanan.

"Nani? Wan-sensei pernah bagitau sebelum ni, 'lebih baik mengelak daripada menyerang'," kata Alif Najmi selamba.

"Wah, dia betul-betul hadam ayat akulah," kata Cikgu Wan terharu.

"Jadi, buat apa nak serang, kan?"

"Huh? Kalau kau laki, marilah serang cara laki, huh," kata Grip mencela.

"Baka! Aku ni perempuanlah!!!" marah Alif Najmi.

Habis semua terkejut beruk macam kena ribut taufan.

"Perempuan, huh? Tak macam perempuan pun, huh," kata Grip, sinis.

Alif Najmi menahan kemarahannya, cuba bertenang dan memendam. Satu aura dapat dirasakan semua orang.

"Apa, huh? Kau sedarlah, kau tu laki, huh. Ke kau tu sajat, huh," tambah Grip bertambah sinis.

Pelajar 5F melihat Alif Najmi menggenggam tangan, menahan marah.

"Nampaknya, Alif Najmi dah mula berubah angin. Hanya dengan sindiran, dia akan cepat marah. Macam sebelum ni juga selepas dapat keputusan peperiksaan pertengahan tahun, dia jadi cepat marah untuk beberapa hari. Dan sekarang, perasaan tu muncul lagi," kata Cikgu Wan.

Grip mendekati Alif Najmi. "Budak, huh."

Tiba-tiba, satu tumbukan menghinggap ke dada Grip, kuat. Grip berundur dalam dua tiga langkah.

"Hoho... Ni yang saya nak, huh," kata Grip tersenyum sinis. "Marilah, huh."

Alif Najmi terus membuat jutsu ala-ala Naruto. "Takebushi no-jutsu!"

"Waaaaaarrrggghhhhh!!!!" Bergegar bumi mendengar jeritan mereka.

"Apa kau merepek ni? Pergilah lawan dia!" kata Zulfadlie, geram.

"Huh! Budak-budak..." kata Grip, dingin.

Dbushh!!! Satu tumbukan menghinggap kemaluan Grip.

"Ughh!!!" keluh Grip sebelum rebah.

Alif Najmi melihat Grip cuba bangun. "Tak ada siapa panggil aku, lelaki!!!"

Dia terus berlari ke arah Grip untuk membuat satu tendangan. Hakikatnya, Grip sempat menyembur gas ke muka Alif Najmi. Mereka yang menyaksikan perlawanan itu terkejut. Alif Najmi mahu sahaja pengsan. Belum sahaja hendak rebah, mukanya digenggam lalu diangkat oleh Grip.

"Hoi, mana aci kau guna senjata!" kata Syamil, geram.

"Hahaha, huh. Siapa seterusnya, huh?" kata Grip, sinis.

Tanpa disangka, Alif Najmi menyembur muka Grip biarpun dia dalam keadaan mukanya dicengkam kuat. Giliran Grip pula rebah.

"Uhuks... Uhuks... Macam mana..." Grip kehairanan.

"Macam mana apa?" kata Alif Najmi mengalihkan kain putih dari mulutnya.

Pelajar 5F melihat Alif Najmi masih keadaan elok. Wajah lelaki itu kelihatan dingin.

"Kau nak main kotor rupanya. Kalau macam tu, marilah," kata Alif Najmi, dingin.

Grip bangun lantas mengeluarkan pisau poket.

"Hoshi, hati-hati!" kata Iskandar, mula cemas.

Grip menyerang Alif Najmi dengan pisau. Alif Najmi terus menepis tangan lalu menyerang balas dengan mematahkan tangan Grip.

"Argh!!" raung Grip.

Alif Najmi menjatuhkan Grip macam gaya gusti. Dia memandang rakan sekelasnya dengan pandangan dingin. "Siapa sebut Hoshi tadi?"

"Eh!?" Iskandar kehairanan.

"Nampak muka aku ni macam perempuan ke?" kata Alif Najmi secara dingin sekali.

"Farid?"

Alif Najmi menggulingkan matanya. Grip dari tadi di bawah cengkaman Alif Najmi.

"Apa-apalah." Alif Najmi yang berwajah dingin tiba-tiba berubah psiko. "Sesiapa tolong pasang lagu John Cena!"

"Aik?" Semua orang terasa pelik.

"Zul, marilah sini!" arah Alif Najmi tersenyum.

"Peliklah budak ni." Zulfadlie tersenyum kecil. "Baiklah, aku datang!"

Zulfadlie terus berlari ke arah Alif Najmi, diekori pelajar lelaki yang lain. Mereka membuat aksi Smackdown ke atas Grip.

Mereka yang memerhati, melihat semua pelajar lelaki itu mengikat Grip. Lagu tema John Cena dipasang oleh Ruby.

"Lagu dah dipasang," kata Ruby dengan penampilan Thug Life.

⭐⭐⭐

"Tak sangka, huh. Budak-budak bawah boleh kalahkan aku macam tu, huh," kata Grip setelah dirinya diikat.

"Semua ni sebab kata-kata kamu sendiri. Mujurlah tepat pada masa, Hoshiko muncul. Walaupun tu personaliti perempuan, Alif Najmi tetap lelaki juga. Cuma pemikiran dia membawa kepada sifat perempuan tsundere. Personaliti Farid pun apa kurangnya juga. Dalam tenang, dia boleh bertindak secara dingin, macam pengetua," terang Cikgu Wan.

"Kan saya dah cakap sebelum ni, sebahagian jiwa pengetua Farid ada dekat saya," kata Alif Najmi mengukirkan senyuman.

Alif Najmi duduk bercangkung di depan Grip. "Apapun, saya ada permintaan."

"Apa dia, huh?" kata Grip.

"Tak apa kan kalau saya masukkan mustard dan blackpepper dekat hidung kamu?" kata Alif Najmi menggigit lidah sedikit.

"Apa, huh?"

Semua yang mendengar turut terkejut. Alif Najmi terus 'mengubahsuai' wajah Grip agar lubang hidungnya lebih besar.

"Okey, bersedia ya," kata Alif Najmi menunjukkan sikap psiko.

Sos mustard dan blackpepper disumbat ke dalam lubang hidung Grip. Raungan bergema kerana penyeksaan yang paling memalukan itu. Mereka yang melihat, hanya mampu mendingin.

"Personaliti Musang ni... agak kejam juga," kata Fatin Shahira, kekok.

"Namapun musang," kata Iskandar.

⭐⭐⭐

Tiba di tingkat 7, mereka menemui pintu masuk bar.

"Tangga betul-betul ada dekat dalam sebelah pintu ni. Sayangnya, pintu kunci dari dalam. Jadi, kena masuk dari pintu depan bar," kata Ruby.

"Hmm... Kalau masuk ramai-ramai, senang dapat perhatian," kata Danial Nabil.

"Tak apa. Biar kami masuk," kata Siti Zulaikha, yakin.

"Bahayalah!"

"Kalau macam tu,..." kata Alif Najmi acah berfikir lalu merenung ke arah Iskandar.

Semua orang turut memandang Iskandar.

"Err... Kenapa pandang saya macam tu?" kata Iskandar tersengih manja.

Akhirnya, Iskandar terpilih menjadi peneman lima gadis untuk masuk ke dalam bar. Dia berpakaian seperti perempuan.

"Wah, comellah!" puji Alif Najmi menyakat.

"Diamlah!" marah Iskandar, malu.

"Dah. Jom masuk!" kata Siti Zulaikha.

Maka, mereka berenam memasuki bar yang dipenuhi orang kaya dan ternama. Mereka hanya berjalan ke pintu depan, tumpu pada objektif utama. Seseorang memerhatikan gerak-geri mereka, tertumpu pada Iskandar.

"Ramai juga orang kaya kat sini," kata Hasbi, perlahan.

"Baik hati-hati," pesan Siti Zulaikha, selaku ketua gerakan.

"Baik," balas Puteri Atikah.

Tiba-tiba, seorang lelaki memegang bahu Iskandar dari belakang. Iskandar terhenti langkah lalu menoleh ke belakang.

"Hei. Err... Nak minum dengan saya, tak?" kata lelaki bertopi hitam itu, janggal.

Iskandar terasa kekok. Dia tiba-tiba ditolak.

"Pergilah!" kata Siti Zulaikha tersenyum ceria sahaja.

"Eh!" Iskandar terkejut. Dalam hatinya mahu sahaja pergi dari situ.

Dengan hati terpaksa, Iskandar terima ajakan lelaki itu.

"Panggil saya Aaron. Nama awak apa?" kata Aaron sambil berjalan bersama Iskandar pergi dari situ.

"Err... Iskandariah," kata Iskandar dengan nama palsunya, mungkin nama perempuan.

"Oh, Iskandariah. Cantik nama tu."

Lima gadis itu melihat Iskandar pergi. Segalanya berjalan lancar.

"Bagus. Jom gerak!" kata Siti Zulaikha.

Mereka meneruskan langkah. Sebaik sahaja mendekati pintu belakang bar, mereka terhenti langkah, melihat seorang pengawal di situ.

"Macam mana nak halau pengawal tu?" kata Fatin Shahira berfikir.

Dua orang lelaki mendekati lima gadis itu.

"Hai, nak abang teman ke?" kata salah seorang dari lelaki itu.

Siti Zulaikha hendak bersuara tetapi dihalang Hasbi. Hasbi mendekati dua lelaki itu.

"Nak teman kami ke? Boleh je. Kalau nak hantar kami balik pun boleh," kata Hasbi tersenyum manis.

Hasbi menyelak lengan bajunya sampai menampakkan tatu harimau dengan jelas. Dua lelaki itu melihat tatu itu dengan jelas lalu mula takut. Mereka saling berbisik.

"Tu kan tatu Black Tiger," kata seorang lagi lelaki.

"Ha'ah. Kalau diorang tahu, mati kita," balas kawannya.

Mereka kembali memandang Hasbi, kekok. "Err... Tak apalah. Kami pergi dulu."

Serta-merta, mereka berdua melarikan diri. Empat gadis melihat 'tatu' harimau pada lengan Hasbi.

"Biar betul kau ada tatu!?" kata Fatin Shahira terkejut.

"Taklah. Ni cuma inai. Cikgu Neraka kata, 'Nak nampak ganas, mestilah ada tatu'. Itulah pesanan dia," terang Hasbi.

Barulah mereka faham.

"Sekarang ni, macam mana nak lepasi pengawal tu?" kata Fatin Shahira dari tadi berfikir.

Siti Zulaikha memandang Farah Yasmine. "Min, panggil Iskandar."

"Okey," balas Farah Yasmine lalu beredar.

Sementara Farah Yasmine berlari mendapatkan Iskandar. Iskandar asyik berbual rancak dengan Aaron biarpun agak hambar.

"Awak datang dengan siapa?" kata Iskandar dengan suara lembut.

"Sorang je. Jangan risaulah," balas Aaron.

"Mak ayah awak tak risau?"

"Heh," keluh Aaron. "Peduli apa tentang mereka?"

Sebatang rokok dikeluarkan dari kotak. Iskandar tiba-tiba menghalang.

"Janganlah merokok. Tak elok untuk awak juga," tegur Iskandar.

"Aku peduli apa!?" tempik Aaron, berang.

Iskandar terdiam. Aaron sedar atas perbuatannya.

"Mm... Maaf," ucap Aaron.

Farah Yasmine menepuk bahu Iskandar, menarik perhatian lelaki itu. "Jomlah!"

"Okey," balas Iskandar lalu memandang Aaron. "Awak, saya pergi dulu ya."

Iskandar terus pergi dari situ bersama Farah Yasmine.

"Eh, nanti!" seru Aaron cuba menghalang tetapi gagal.

Iskandar akhirnya kembali bersama lima gadis itu.

"Ada apa?" soal Iskandar.

"Macam mana nak lepasi bodyguard tu?" tanya Fatin Shahira.

Iskandar berfikir.

"Iskandar!" panggil Aaron, menarik perhatian enam gadis itu termasuk Iskandar yang 'gadis' juga.

Aaron tiba-tiba menari. Enam pelajar 5F itu menjadi dingin. Apa yang dia buat tu?

Tanpa disengaja, Aaron terlanggar seorang lelaki ketika asyik menari tadi. "Alamak!"

Air wine tertumpah ke baju lelaki kaya itu.

"Kau tahu tak baju ni mahal? Kau ada ke duit nak bayar?" kata lelaki itu, marah.

"Ma... Maaflah," ucap Aaron takut.

Siti Zulaikha berbisik kepada Puteri Atikah. "Tolong dia."

Puteri Atikah mengangguk faham. Dia mendekati situasi genting itu. "Abang tengah marah ke?"

Lelaki kaya itu memandang Puteri Atikah lantas merasai penangan gimnastik ke mukanya. Tendangan tersebut membuatkan dia rebah serta-merta. Aaron terpegun dengan aksi Puteri Atikah.

"Abang pengawal, dia minum banyak sangat," kata Siti Zulaikha memanggil pengawal yang berjaga di pintu belakang itu.

"Eh, maaf!" kata pengawal itu lalu mendekati lelaki kaya itu.

Mereka yang lain melihat lelaki kaya itu berlalu pergi dengan pengawal.

"Bagus, jom pergi!" kata Siti Zulaikha.

Fatin Shahira membuka pintu belakang, beri laluan kepada pelajar lelaki yang lain. Mereka semua terus bergerak ke tingkat atas. Iskandar memandang Aaron.

"Awak tak perlu jadi hebat kalau nak pikatkan perempuan. Apa gunanya nak jaga perempuan kalau ibubapa sendiri tak reti jaga," pesan Iskandar sebelum pergi.

Aaron menghadam ayat itu. "Baik."

⭐⭐⭐

Iskandar kembali menukar pakaian.

"Cepatnya tukar baju. Macam mana tadi?" kata Alif Najmi.

"Tak ada apa yang berlakulah. Cuma, senandung nasihat," balas Iskandar tersengih.

⭐⭐⭐

Aaron berjalan keluar dari bar. Sekotak rokok diletakkan ke atas dulang yang dibawa pelayan. Aaron berlaku pergi

⭐⭐⭐

Di tingkat VIP, mereka melihat dua pengawal berjaga di depan dewan konsert.

"Macam mana nak lalu ni?" soal Farah Yasmine.

Zulfadlie berbisik ke telinga Faiz. "Faiz, kau pergi sana."

"Apa?" Faiz terkejut.

"Pergi je la. Aku ada plan."

Dengan langkah berani, Faiz munculkan diri dengan bersendirian. Dia berdiri menghadap dua pengawal itu. Mereka melihat Faiz berseorangan.

"Hei, kau sesat ke?" kata salah seorang pengawal itu.

Faiz terus menyanyikan lagu Thug Life.

I just wanna f**k you
No touching and rubbing girl
You've got a husband who loves you
Don't need you all in mine
I just wanna f**k you
We can't be kissing and hugging girl
You've got a husband who loves you
You need to give him your quality time

F**k you
-Dr Dre ft Devin the Dude, Snoop Dogg

Setelah mendengar nyanyian lagu 90an itu, dua pengawal itu terus berang. Mereka kejar Faiz.

"Tangkap dia tu!" arah salah seorang pengawal itu.

Faiz berlari dengan laju sekali.

"Tak guna. Laju betul," balas seorang lagi pengawal.

Faiz berlari melepasi rakannya yang lain. Sebaik dua pengawal itu tiba, Zulfadlie dan Syamil terus menyerang mereka dengan batang elektrik. Dua pengawal itu terus rebah dek renjatan elektrik.

"Fuh, nampak bahaya tadi," kata Ilman Faiz dari tadi memapah Danial Nabil.

"Zulfadlie. Syamil. Cuba selak perut mereka tu," pinta Cikgu Wan.

Zulfadlie dan Syamil mengikut arahan lalu menemui sepucuk pistol Beretta. Mereka yang lain terpegun melihat senjata api sebenar buat pertama kali.

"Pistol?" kata Syamil, menggigil memegang senjata itu.

"Erfan, Fawa, ambil pistol tu. Kamu layak ambilnya. Cikgu Danial tak mampu lagi nak tembak tepat dalam keadaan macam ni," pesan Cikgu Wan.

Erfan Shafiq dan Farah Wahida mengambil pistol itu, memegang dengan elok. Masing-masing terasa kurang tenang.

"Baik kita teruskan," kata Danial Nabil.

"Baik," balas mereka yang lain.

⭐⭐⭐

Tiba di dewan konsert di tingkat lapan, Luiz, lelaki yang makan mi dengan pistol tadi muncul di atas pentas. Pistol revolver masih di tangannya.

14 budak. Eh, tak. 15 budak bawah umur. Semuanya ada kat sini, desis hati Luiz.

Kelas 5F bersembunyi di sebalik kerusi. Segalanya gelap di situ.

"Hoi, keluarlah. Aku tahu kamu semua kat sana. Jangan sampai aku jumpa, aku tembak nanti."

#vote

Continua llegint

You'll Also Like

2.3K 221 9
🔴SEDANG BERLANGSUNG!🔴 Menggabungkan konsep NanoWrimo dan Open Novella Contest, kami sekali lagi dengan bangganya membawakan kepada anda, INKFINITY...
72K 4.5K 25
ᴀᴘᴀᴋᴀʜ ᴊᴀᴅɪɴʏᴀ ʙɪʟᴀ ᴋɪᴛᴀ ᴍᴇᴍʙᴜᴋᴀ ᴍᴀᴛᴀ ᴅᴀɴ ꜱᴇᴅᴀʀ ᴋɪᴛᴀ ꜱᴜᴅᴀʜ ʙᴇʀᴀᴅᴀ ᴅɪ ᴢᴀᴍᴀɴ ʟᴀɪɴ? ᴅɪᴋᴇʟɪʟɪɴɢɪ ᴘᴇʀꜱᴇᴋɪᴛᴀʀᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴀꜱɪɴɢ, ᴀᴢʜᴀʀ ᴍᴇᴍᴜᴛᴜꜱᴋᴀɴ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴᴄᴀʀɪ...
642K 35.5K 137
Di Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan...
391K 14.1K 30
Mengisahkan seorang gadis yang telah terpilih sebagai Pahlawan Shadow Hunter bagi melindungi sebuah negara yang bakal menghadapi peperangan. Tugas i...