Kelas DSB

By farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... More

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

BAB 19-KEKACAUAN

151 34 13
By farid5attar

Danial Nabil kerisauan terhadap keselamatan pelajarnya. "Baiklah..."

Serta-merta, pelajar di situ terys mendaki gunung dengan kerahkan tenaga. Danial Nabil terpegun.

"Cikgu Danial, diorang kat sana bergantung harap kat kita je. Takkan nak bagi harapan palsu," kata Alif Najmi, selamba.

"Ya, betul tu. Kami sanggup kerana kawan kami yang lain," kata Ilman Faiz bersemangat.

"Kami tak nak kawan kami mati katak macam tu je," kata Immanuel.

"Kamu kena ingat yang kamu ada 15 orang," kata Cikgu Wan kepada Danial Nabil.

"Eh, 15 orang?" Danial Nabil kehairanan melihat 14 pelajar di situ.

"Di sini, jangan lupa saya," kata Ruby tersengih di dalam telefon Danial Nabil.

"Sekarang, kamu dah ada 15 orang dalam skuad kamu. Apa kamu nak buat sekarang?" kata Cikgu Wan kepada Danial Nabil.

Danial Nabil menarik nafas lalu menghembus perlahan. Dia memandang para pelajarnya. "Baiklah, prebet. Kamu ada 3 minit untuk hafal laluan. Pastikan kamu dapat antidot sebelum masa sejam."

"Baik!" balas para pelajar itu mendaki gunung.

⭐⭐⭐

Siti Sarah dan Fauzi merawat mereka yang sakit tenat.

"Ermm... Fauzi, sakit ni boleh bawa maut, tak?" soal Siti Sarah kerisauan.

"Tak, sakit ni cuma bagi suhu makin panas je," jawab Fauzi, tenang.

"Oh, okey."

⭐⭐⭐

Mereka yang lain teruskan mendaki.

"Nanti, Cikgu Neraka tak ikut ke?" soal Ilman Faiz.

"Mestilah. Cikgu Danial dukung dia sekarang," jawab Immanuel.

"Haih, cepatlah naik!! Lambatlah!" marah Niratcha didukung Danial Nabil.

"Diamlah kau. Tak padan perut buncit, nak mengarah orang pula," kata Danial Nabil tanpa perasaan.

"APA KAU CAKAP!!??"

Sementara Danial Nabil mendengar bebelan dari Niratcha, para pelajar yang lain bergerak pantas ke puncak. Puteri Atikah bergerak laju dengan gerakan gimnastik.

"Wah, lajunya Puteri," puji Hasbi kagum.

"Dengan kemahiran gimnastik dan atlet, memanglah dia laju," kata Farah Yasmine meneruskan mendaki.

"Min, hati-hati dengan batu tajam tu," pesan Alif Najmi.

Farah Yasmine melihat batu tajam di depannya, hampir terkejut. "Eh! Err... Terima kasih."

Iskandar yang berada di belakang, cuba mengejar mereka. "Tunggulah aku!"

Setelah beberapa minit mendaki Gunung Mat Chincang, mereka selamat tiba di puncak. Mereka bergerak ke hotel yang satu-satunya terdapat di situ. Ruby terus menganalisis laluan masuk ke tingkat atas bangunan itu.

"Baik, kita masuk ikut pintu belakang," pesan Ruby.

Serta-merta, mereka bergerak ke bahagian belakang bangunan. Danial Nabil membuka pintu belakang lalu melihat situasi sekeliling. Segalanya tenang di situ.

"Okey, masuk!" arah Danial Nabil, perlahan.

Mereka mengikut arahan, memasuki hotel itu dalam keadaan senyap. Sebelum mereka menaiki tangga ke tingkat atas, Danial Nabil melihat pengawal keselamatan berkawal di lobi.

Ramainya. Kalau gerak ramai-ramai nanti, mesti diorang perasan, desis hati Danial Nabil.

Niratcha menepuk bahu Danial Nabil lalu berjalan ke lobi yang dikelilingi pengawal. Danial Nabil tergamam.

"Apa yang Cikgu Neraka buat tu?" kata Faiz kehairanan.

Niratcha berjalan menghampiri seorang pengawal lalu mendakapnya dari belakang. Pengawal itu memandang Niratcha.

"Cik... tak apa-apa ke?" kata pengawal tergugat dengan keayuan Niratcha.

"Ermm... Sebenarnya, saya datang sini sebab nak tengok piano tu. Dalam dua hari lagi, saya persembahan dekat sini," cakap Niratcha berlakon.

"Oh, boleh. Pergilah."

Niratcha melabuhkan punggung, menghadap piano besar. Jarinya memetik kunci piano lalu memainkan lagu Für Elise karya Beethoven.

Semua pengawal terpandang Niratcha lalu mendekatinya. Niratcha memandang mereka yang hendak menjalankan misi. Dia memberikan isyarat tangan.

'30 minit dari sekarang,' kata Niratcha menerusi isyarat tangan.

Danial Nabil memahami isyarat itu lalu memandang anak muridnya. "Jom gerak!"

Serta-merta, mereka bergerak ke tingkat atas, meninggalkan Niratcha bermain piano.

⭐⭐⭐

Siti Sarah meletakkan kain basah ke dahi Silvaprea. Suhu badan pesakit itu semakin bertambah. Siti Sarah mendekati Fauzi.

"Suhu badan makin meningkatlah," kata Siti Sarah melapor.

"Hmm... Tak apa. Kita letak je kain basah dulu. Lagipun, kain tu fungsi bagi lambatkan sushu meningkat. Kalau terus macam ni, mereka akan hadapi barah otak," terang Fauzi.

Siti Sarah merenung seketika. "Macam manalah dengan diorang yang lain?"

⭐⭐⭐

Tiba di tingkat tiga, mereka berjalan di koridor. Orang yang lalu-lalang kelihatan mencurigakan.

"Ermm... Mencurigakanlah," kata Syamil.

"Janganlah cam orang sangat. Nanti, orang pandang curiga kat kamu," pesan Danial Nabil.

"Kalau macam tu, kita buat tak tahulah," kata Zulfadlie berdegil.

Syamil dan Zulfadlie terus berlari ke depan.

"Hoi, jangan lari!" arah Danial Nabil.

Seorang lelaki bertopeng mulut berjalan menghampiri mereka. Fatin Shahira sedar sesuatu.

"Hati-hati!" ujar Fatin Shahira.

Syamil dan Zulfadlie tiba-tiba ditarik Danial Nabil ke belakang. Lelaki bertopeng itu terus menyembur gas. Danial Nabil bertahan dengan gas beracun itu lalu rebah.

"Cikgu Danial!" seru pelajarnya.

"Hmm... Dah agak dah! Mesti dia punya!" kata Fatin Shahira, yakin.

"Siapa?" kata Farah Yasmine kehairanan.

"Pelayan hotel tadi."

"Apa?" Semua terkejut.

Lelaki itu menanggalkan topemg mulutnya. Dia ketawa kecil. "Memang betul tu. Hmm... Tak semua minum racun tu ya."

"Mestilah sebab minuman yang kau hantar tu pada pukul 4 hingga 4.15 petang. Waktu tu, tak ramai yang minum sebab ramai yang keluar bersantai. Tapi, ada juga yabg minum sebelum buat aktiviti," terang Fatin Shahira, seperti detektif.

"Wah, bagus. Tapi sayangnya sekarang, cikgu kamu ni dah lemah untuk bangun sekarang."

"Huh!? Di sini, saya dapat lihat kelemahan kamu."

"Apa?"

"Dalam permainan catur, kita boleh gerakkan sama ada buah pawn atau buah knight sebagai langkah pertama. Mengikut probability dalam Matematik, hanya 4/5 akan gerakkan buah pawn dan selebihnya akan gerakan buah knight. Dalam situasi sekarang, kamu hanyalah buah pawn yang lemah."

"Wah, hebatlah kau, Shira!" puji Farah Yasmine.

Fatin Shahira tersenyum sinis. "Bak kata Gasai Yuno dalam anime Mirai Nikki,..."

"...'Everything in this world is just a game and we are merely the pawns'. Segalanya di dalam dunia ni cuma sebuah permainan dan kita hanyalah buah catur. Maksudnya, sebelum lakukan apa-apa, kenalah fikir sebelum bertindak. Jangan disebabkan tindakan sendiri buatkan kita makan diri. Macam dalam lirik lagu Bangkit verse kedua part Altimet."

Catur congak cukup sebelum langkah diorak,
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak.

Bangkit
-Altimet, Salam & DJ Fuzz

"Sebab itu lain kali,... jangan terlalu leka dengar aku mebebel. Sekarang, kau kena kepung," terang Fatin Shahira tersenyum sinis.

Lelaki bertopeng itu melihat pelajar 5F menutup laluan keluar. "Apakah? Cepatnya diorang gerak?"

Danial Nabil bangun dalam keadaan lemah. Badannya hilang imbangan. Satu tumbukan kuat menghinggap ke pipi suspek.

"Ughh!!" keluh lelaki itu kasar.

Suspek rebah dengan tumbukan padu itu. Dia melihat Danial Nabil hilang imbangan lalu terlelap.

"Cikgu Danial!" seru para pelajar.

⭐⭐⭐

Susoek diikat lalu disembunyikan di bawah meja. Danial Nabil dipapah Ilman Faiz.

"Cikgu okey, tak?" kata Ilman Faiz.

"Tak apa. Dalam 30 minit baru cikgu okey," balas Danial Nabil.

"Dah! Jom kita bergerak!" kata Immanuel.

⭐⭐⭐

Semangkuk mi terhidang di atas meja.

"Hmm... Bila aku jumpa diorang, aku akan... BANG!" kata seorang lelaki lalu mencelup hujung revolver ke dalam mangkuk mi.

Mi dikacau dengan senjata api itu. Mi yang tersangkut pada hujung pistol itu terus disuap ke dalam mulut.

"Dan bila diorang melawan, aku akan... BANG!" katanya lagi dengan tindakan sama.

"Hahaha!!! Biar diorang terseksa atas apa yang diorang buat kat aku dulu. Hahaha!!! Macam mana dengab Gaz?" kata lelaki yang menelefon Danial Nabil tadi.

"Dia dah kecundang tadi. Hanya tinggal harapan dekat Grip saja."

⭐⭐⭐

Di tingkat lima, seorang lelaki tegap berdiri dalam keadaan bersandar pada dinding. Dia menunggu ketibaan mangsanya. Mereka yang lain melihat lelaki itu bersandar dinding kaca.

"Kenapa dengan laki tu? Dia tu tak tau nak sembunyi ke?" kata Siti Zulaikha kehairanan.

Danial Nabil melihat kehadiran lelaki itu. "Dalam keadaan macam ni, dia dah dalam keadaan bersedia."

Grip, lelaki tegap itu memandang mereka. "Jangan menyoroklah, huh! Aku datang sedia hadap kamu, huh!"

Mereka yang lain munculkan diri.

"Sekarang, apa?" kata Puteri Atikah, janggal.

"Marilah, huh! Aku lawan dengan kamu semua, huh! Aku akan patahkan setiap tulang kamu, huh!" kata Grip mengepal tangannya.

"Masalahnya, siapa nak lawan dulu?" kata Syamil.

Seorang pelajar melangkah ke depan.

"Wah! Setiap ayat mesti ada 'huh' ya. Menarik," kata Alif Najmi tersenyum.

"Alif!?" Semua pelajar terkejut.

"Wah, berani kau, huh! Sekejap, huh," kata Grip tersengih.

Walkie-talkie diambil dari pinggang. Tidak semana-mana, satu hayunan lampu hiasan tepat mengenai walkie-talkie itu. Grip berdiam sahaja dengan wajah serius.

"Alaa... Tak perlu guna walkie-talkie pun," kata Alif Najmi, sinis.

"Najmi, kau gila dah ke?" kata Iskandar, mula cemas.

Alif Najmi memandang Iskandar dengan pandangan dingin. "Same old Kandar. Busta! Straight busta!"

Iskandar terdiam dengan kata-kata Alif Najmi yang dipetik dari permainan video Grand Theft Auto: San Andreas. Alif Najmi kembali memandang Grip. Lampu hiasan masih dipegangnya.

"Dah sedia ke, huh?" kata Grip bersedia berlawan.

"Bring it on, busta," balas Alif Najmi.

"So, show me what you got."

"I got a ninja style."

Nampaknya, personaliti Alif Najmi berubah menjadi lain. Yang pastinya, bukan Musang mahupun Farid.

#vote

Continue Reading

You'll Also Like

58.3K 6.6K 69
Season 1 Energi shizen adalah kekuatan yang perlu dikeluarkan untuk menggunakan ability, energi itu dimiliki semua manusia di serata dunia sejak per...
VAMPIRE KUNYIT By Afiq

Science Fiction

7.2K 413 104
Akaun asal dihapus Wattpad. Reupload kedua kalinya. Vampire Kunyit.. cerita merapu yang pernah di buat oleh Zara.
3.5K 1.5K 45
Adventure | Fantasy | Reincarnation Dimensi Dunia yang mempunyai relung dimensi dimana pelbagai manusia yang terpilih rawak memasukinya selepas kema...
23.6K 2.4K 73
Horror | Comedy | Cakap pasal hantu, semua orang tahu hantu tu menakutkan dan sangat seram bila dibayangkan. Tapi tidak Danny, yang sudah lama terbia...