Kelas DSB

By farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... More

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

BAB 16-CUTI SEKOLAH

154 31 10
By farid5attar

Peperiksaan Pertengahan Tahun diibaratkan sebagai sebuah peperangan besar terhadap raksasa. Iskandar yang memegang penukul besar hanya mampu mengelak serangan raksasa itu.

"Lajunya. Kalau macam ni, susahlah nak kalahkan raksasa ni," kata Iskandar.

Gary Stark muncul lalu menyerang perut raksasa. "Easy as ABC."

Raksasa tadi belum tumpas lagi lalu menyerang Gary Stark. Pelajar itu berundur.

"Tak guna. Macam mana nak kalahkan dia?" monolog Gary Stark.

Zafina Shahira muncul lalu menyerang kepala raksasa. Hancur binasa raksasa tersebut dengan serangan Zafina Shahira. Gary Stark terpegun.

Apakah? Macam mana dia buat? Desis hati Gary Stark.

"Wah, tak sia-sia cikgu bawa pergi UK hari tu!" kata Zafina Shahira teruja.

Dalam subjek Sains, Doc Rakim cuba kalahkan seekor raksasa.

"Kebal betul!" keluh Doc Rakim.

Doc Rakim melihat Siti Sarah menunggang raksasa lain. Dia terpegun.

"Okey. Jangan nakal-nakal ya. Kita pergi ke arah sana," kata Siti Sarah, lembut.

Doc Rakim tercengang melihat kejadian yang jarang ditemui itu. "What the..."

Sementara itu, Ilman Faiz berjaya tumpaskan seekor raksasa dengan mudah dalam subjek Sejarah. Dven Joo pun tewaskan raksasa.

"Huh? Easy?" kata Dven Joo, sinis.

Tiba-tiba, raksasa bangun semula lalu menyerang Dven Joo.

"Apa? Tidak!" jerit Dven Joo terkejut.

Dalam subjek Bahasa Melayu pula, Wahida menyerang seekor raksasa dengan seni pertahankan diri.

"Gunung naik bercabang tiga," ujar Wahida bersemangat.

Ismah Fatih tiba-tiba muncul lalu menyerang raksasa.

"Pulau layar jauh ke tengah," celah Ismah Fatih tersenyum sinis.

Mereka berjaya tumpaskan dua ekor raksasa dengan mudah.

Tiba sahaja subjek yang digeruni, yakni Matematik, pasangan kembar berlainan kelas mula menonjolkan kemahiran. Dalam bilik peperiksaan, Alif Najmi melihat pelajar lain menjawab soalan Matematik dengan tekun sedangkan dia duduk bersenang lagi.

Dalam arena, Alif Najmi melihat Arif Hakimi menyerang raksasa dengan senjata SMG MP5. Kenapalah semua orang gelabah? Semua ni kena buat secara halus, desis hati Alif Najmi, yakin.

Kali ni, aku kena buat elok-elok. Ujian bulanan dulu, Alif dapat tempat kedua dalam tingkatan, betul-betul bawah aku. Kalau kali ni dia atasi aku, habislah riwayat kelas 5A nanti, desis Arif Hakimi.

⭐⭐⭐

Beberapa hari berlalu setelah menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun. Pelajar 5F menanti markah mereka yang berada di tangan Cikgu Wan.

"Baiklah, pelajar. Kita mulakan dengan Bahasa Inggeris dulu," kata Cikgu Wan mengeluarkan kertas jawapan berserta markah dari sampul.

"Pelajar yang dapat markah tertinggi dalam subjek Bahasa Inggeris jatuh kepada... Zafina Shahira!"

Semua orang kagum dengan rakan sekelas mereka yang menguasai Bahasa Inggeris.

"Well. It is easy for me," kata Zafina Shahira, bangga dengan markah penuh dan kedudukan pertama dalam tingkatan untuk subjek Bahasa Inggeris .

Sementara Zafina Shahira mendapat markah penuh, Gary Stark mendapat 95% dan kedudukan ketiga. Iskandar pula memperoleh markah 91% dan kedudukan keenam.

"Baiklah, ke subjek seterusnya, Bahasa Melayu. Pelajar yang paling tinggi markah dalam kelas ni jatuh kepada... Wahida!" kata Cikgu Wan.

Pelajar 5F bersorak kagum dengan Wahida yang mendapat markah 96% dan kedudukan kedua dalam subjek Bahasa Melayu.

"Tapi sayang, tempat pertama jatuh kepada Arif Hakimi," tambah Cikgu Wan.

Di kelas 5A, Arif Hakimi tersenyum kemenangan dengan markah penuh dan kedudukan pertama dalam subjek Bahasa Melayu. Tempat ketiga dengan markah 94% jatuh kepada Ismah Fatih.

"Baiklah. Untuk subjek Sejarah, pelajar paling tinggi markah dengan markah 97% dan tempat pertama ialah... Ilman Faiz!" kata Cikgu Wan kagum.

Pelajar 5F bersorak kemenangan lagi.

"Yosh! 2-1 sekarang!" kata Fatin Shahira mengira kemenangan.

Di kelas 5A, Arif Hakimi mendapat markah 95% dan tempat kedua untuk subjek Sejarah manakala Dven Joe mendapat tempat ketiga dengan markah 93%.

"Subjek Sains pula, tempat pertama dengan markah 98% jatuh kepada... Siti Sarah!" ucap Cikgu Wan kagum.

Pelajar 5F kagum dengan pencapaian Siti Sarah. Di kelas 5A, Doc Rakim mendapat tempat kedua dengam markah 95%.

"Baiklah. Yang terakhir, subjek yang digeruni semua pelajar, Matematik. Tempat pertama dengan markah penuh jatuh kepada Arif Hakimi," kata Cikgu Wan.

Sementara Arif Hakimi peroleh tempat pertama dan markah penuh dalam subjek Matematik, Alif Najmi mendapat markah 85% dan tempat kesepuluh. Markah keseluruhan memperoleh 469 dengan kedudukan ketiga belas keseluruhan dalam tingkatan. Dia kecewa dengan diri sendiri. Kertas peperiksaan direnyuknya.

Apa lagi yang kurang? Semuanya aku buat sungguh-sungguh dah. Apa yang tak kena lagi? Desis hati Alif Najmi tidak puas.

"Nak apa stres apanya lagi? Alif kan paling 'bijak' dalam kelas ni. Takkanlah tak boleh kalahkan mereka semua. Lagipun, Siti Zulaikha dan Fauzi dapat tempat pertama dalam kelas, dan tempat ketujuh dalam tingkatan sama-sama. Alif perlu ingat yang kepandaian dan kebijaksanaan tu berbeza sekali. Pandai dan bijak tak sama. Orang pandai akan selalu belajar sedangkan orang bijak selalu banyak bermain, macam kamu. Disebabkan kamu 'bijak' kerap ponteng kelas, kamu dapat keputusan 'bijak' juga," bebel Cikgu Wan.

Alif Najmi terus beredar dari situ dengan perasaan kecewa.

Sementara Alif Najmi berjalan pulang, Arif Hakimi yang mendapat tempat pertama keseluruhan dalam tingkatan, bertemu dengan Farid Sattar.

"Arif fikir, Arif dah 'pandai' ke nak kalahkan kelas 5F. Disebabkan ke'pandai'an kamu berunding dengan kelas 5F, kamu dah jatuhkan maruah kelas kamu," ucap Farid Sattar berjalan mendekati cucunya.

Lelaki itu berdiri di sebelah Arif Hakimi. "Pelanduk pun boleh tundukkan anjing. Inikan pula kura-kura tundukkan arnab. Kamu ingat tikus yang kecil pun tak boleh tundukkan singa juga ke? Bila dah bermegah sangat, sekali kecundang, kamu dah hilang semuanya tau."

Arif Hakimi dengan rasa kecewa terus bergerak keluar dari bilik pengetua. Alif Najmi pun kecewa kerana kata-kata Cikgu Wan. Kembar yang stres.

⭐⭐⭐

Keesokannya, Cikgu Wan menunjukkan bahagian yang boleh ditembak.

"Jadi, disebabkan tiga orang mendapat markah paling tinggi, cikgu akan berikan peluang kepada kamu untuk tembak tiga bahagian badan cikgu," kata Cikgu Wan.

Setakat tiga bahagian, tiada masalah, desis hati Cikgu Wan.

"Nanti. Bukan tiga orang," celah Zulfadlie lalu meletakkan kertas peperiksaan ke atas meja guru.

Subjek Ekonomi Rumahtangga berjaya Zulfadlie, Syamil, Raviendra dan Najwa Mufida tawan demgan kedudukan tempat pertama dan markah penuh dalam subjek tersebut. Cikgu Wan terkejut.

"Apa? Mana boleh?" kata Cikgu Wan tidak puas.

"Alaa... Bolehlah Cikgu Wan. Subjek Ekonomi Rumahtangga bukannya senang," kata Alif Najmi, selamba.

"Yelah cikgu," kata Hasbi mengakuri kata-kata Alif Najmi.

"Jadi, tujuh bahagian yang cikgu kena korbankan," celah Amira ceria.

"Apa?" Cikgu Wan terkejut sakan.

"Tak apa, cikgu. Kami akan guna ganjaran tu nanti," kata Ilman Faiz.

"Eh?"

"Kami akan berunding pasal tempat bunuh cikgu nanti."

⭐⭐⭐

Ketika perhimpunan pagi Isnin, Subject King bertembung dengan kelas 5F.

"Rasanya, kita kena selesaikan rundingan kita ni dulu," kata Zulfadlie kepada lima pelajar 5A itu.

Mereka berlima tidak menghiraukan Zulfadlie.

"Hoi, dengar ke tak ni?" tegas Zulfadlie.

"Arif, kami dah menang. Kami nak tuntut kemenangan ni," kata Ilman Faiz sedikit tegas.

Arif Hakimi mengeluh kecil. "Yela. Kali ni, kami kalah. Lepas perhimpunan, aku bagi ganjaran tu."

"Okey."

"We are watching you," pesan Zulfadlie memberi amaran.

Mereka kembali berhimpun di tapak perhimpunan.

"Hei, Alif. First time tengok kau datang perhimpunan," tegur Immanuel melihat Alif Najmi berdiri di baris hadapan.

"Alaa... Takkanlah nak ponteng pula. Nak kena gagal ke?" balas Alif Najmi, dingin.

Danial Nabil berpuas hati melihat perubahan Alif Najmi.

"Erkk... Cikgu Danial," panggil Cheng mendekati Danial Nabil.

"Ya. Kenapa?" kata Danial Nabil kehairanan.

"Boleh tak gantikan raksasa tu." Cheng menunding jari ke arah Ruby jenis manusia yang muncul di situ.

"Saya tak boleh nak tumpukan perhatian kalau dia terus bersama saya. Dah la waktu periksa pun dia duduk dekat dengan saya. Saya hilang fokus terus," rungut Cheng mengadu.

Cheng mendapat tempat terakhir dalam kelas tetapi mendapat tempat 95 daripada 186 pelajar dalam tingkatan dengan markah keseluruhan 338.

Danial Nabil mengeluh.

⭐⭐⭐

"Hmm... Cuti di Pulau Langkawi ya," kata Cikgu Wan berfikir.

"Ya. Dan kami akan bunuh cikgu di sana," kata Ilman Faiz yakin.

"Baiklah kalau macam tu. Kita akan bercuti di Pulau Langkawi."

"Yeay!" sorak pelajar 5F.

Sementara kelas 5F berasa seronok, kelas 5A menjadi murung dengan kekalahan yang memalukan. Segalanya huru-hara.

"Jadi, cuti pertengahan ni nak ke mana?" soal salah satu pelajar 5A.

"Manalah aku tahu. Dah kita kalah," balas Doc Rakim.

"Haih, korang ni bisinglah," celah Arif Hakimi.

Mereka yang lain terdiam.

"Selama ni, aku terlalu berharap nak barang berharga tapi rupanya, barang tiruan. Memang cantik permata tapi sayangnya ia kaca. Kalau macam ni, biar aku buat sendiri," kata Arif Hakimi bersendirian di tempat duduknya.

Pasal kelas 5F, akan aku cari rahsia kau. I will coming for you, 5F, desis hati Arif Hakimi.

⭐⭐⭐

"Baiklah, semua boleh ambil kad laporan masing-masing," kata Cikgu Wan menandatangani kad laporan pelajar lalu memberi kepada setiap pelajar.

Pelajar 5F melihat tandatangan Cikgu Wan berupa harimau.

"Jadi, kamu semua sudah sedia untuk bercuti?" kata Cikgu Wan seperti tidak sabar.

"Ya!" balas pelajar 5F bersemangat.

#vote

Continue Reading

You'll Also Like

16.5K 1K 20
Adif Hazrael. Terpaksa berpisah dengan keluarganya sejak kecil demi menjaga maruah keluarga. Penampakan demi penampakan yang menganggunya menghilang...
79.5K 8.8K 63
GENRE (FANTASY/MYSTERY/ROMANCE) [BOOK 1] Gadis biasa Meena yang telah kehilangan kakak kembarnya secara tiba-tiba kini bernekad untuk menyelesaikan m...
211K 15.6K 41
Eric The Doll Maker, tiba-tiba sahaja terima jemputan untuk masuk ke satu akademi yang elit sahaja mampu masuk. Satu-satunya akademi yang orang kaya...
6.4K 1.2K 49
Zaman Melaka | Slip time Danny, Danial, Is dan Khairy adalah empat sosok sahabat yang bersama. Masing-masing mempunyai kepakaran melihat hantu namun...