Kelas DSB

Od farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... Více

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

176 31 22
Od farid5attar

Pelajar 5F mengulang kaji pelajaran di tengah hutan bersama. Cikgu Wan yang menemani mereka, bergerak pantas ke setiap pelajar sambil memberi pesanan.

"Baiklah. Kali ni, kamu kena skor lebih tinggi dari sebelum ni. Dari skor A ke skor A+ pula kali ni. Macam Puteh Nur cakap sebelum ni. Cikgu akan jadi semakin lambat kalau bahagian badan cikgu terpotong. Cikgu akan bagi ganjaran kepada mereka yang dapat markah paling tinggi dalam suatu subjek dengan menembak bahagian tubuh cikgu. Jadi, pastikan kamu buat yang terbaik," pesan Cikgu Wan dengan senyuman sinis.

⭐⭐⭐

"Dengar saja kata Cikgu Wan tu, saya macam nak skor sains la," kata Siti Sarah bersemangat.

"Bersemangat ya kau, Sarah. Semoga berjaya," kata Alif Najmi duduk bertenang di tempat duduknya.

"Ya, baik."

Tiba-tiba, telefon Zulhilmi berbunyi. Panggilan dari Zaki rupanya.

"Zaki la..." Zulhilmi menjawab panggilan itu.

Panggilan dijawab.

"Hei, Zaki! Lama tak jumpa sejak lawan bola tu," kata Zulhilmi.

"Ha'ah. Lama tak jumpa juga," balas Zaki bersandar pada dinding.

"Ada apa call aku ni?"

"Oh! Sebenarnya, saya ada maklumat tentang kelas 5A. Diorang sekarang tengah berkumpul, susun strategi. Korang kenal kan Subject King?"

"Siapa tu? Macam pernah dengar."

Inilah apa yang dinantikan kepada yang tidak tahu. Subject King terdiri daripada lima orang pelajar cemerlang dari kelas 5A. Salah satunya ialah ketua kelab IT, Dven Joo, sentiasa dapat markah tertinggi dalam subjek tambahan. Kedua, pengerusi persatuan Bahasa Inggeris iaitu, Gary Stark, selalu peroleh markah tinggi dalam subjek Bahasa Inggeris. Seterusnya, presiden persatuan Sains dan Matematik terbaharu yang sentiasa dapat markah paling tinggi dalam subjek Biologi, Kimia dan Sains Tambahan jatuh kepada Doc Rakim. Di samping itu, ketua persatuan Bahasa Melayu turut terdiri daripada Subject King, sering mendapat markah tertinggi dalam subjek Sastera Bahasa dan Bahasa Melayu iaitu, Ismah Fatih. Dan yang terakhir, ketua pelajar yang digeruni di Sekolah Menengah Mu'adzam Shah, berjaya mendapat markah Matematik dan Fizik paling tertinggi jatuh kepada... ARIF HAKIMI!!!"

"Err... Zaki. Perlukah kau menjerit? Aku belum pekak lagi la..." kata Zulhilmi dingin.

"Oh, hehe... Saja test suara," balas Zaki tersengih.

"Apapun, terima kasih untuk maklumat."

"Ya, sama-sama. Gerak lu pape roger."

Panggilan ditamatkan.

"Okey, lepas kelas nanti, kita pergi perpustakaan. Kita belajar sama-sama," ajak Ilman Faiz.

"Boleh juga," balas Iskandar.

Dari jauh, Alif Najmi termenungkan sesuatu. Senyuman sinis terukir. Arif Hakimi ya...

⭐⭐⭐

Arif Hakimi bertemu Farid Sattar di bilik pengetua. Dia bermain bola di bilik itu, menimbang bola.

"Macam mana dengan kelas 5A? Semuanya okey ke?" soal Farid Sattar.

"Semuanya berjalan lancar. Kami pasti dapat kalahkan kelas 5F. Oh, ya. Cakap pasal 5F, apa yang tuan cuba simpankan daripada kami?" balas Arif Hakimi tersengih.

Satu sepakan padu ke arah Farid Sattar berjaya disambut kemas dengan sebelah tangan.

"Saya tengok tuan lebih banyak luangkan masa pergi ke kelas tengah hutan tu. Kenapa ya?" tambah Arif Hakimi.

"Kamu tak perlu ambil tahu pasal tu. Sekali kamu tahu pasal kelas tu, saya akan 'bersih'kan balik otak kamu tu," balas Farid Sattar dengan wajah dingin.

Bola sepak dicampak ke arah Arif Hakimi lalu disambut kemas.

"Tak kisahlah apa akan jadi dekat saya. Apa yang penting, saya akan cari sampai dapat," kata Arif Hakimi bertekad.

⭐⭐⭐

Di perpustakaan, enam pelajar kelas 5F terdiri daripada Ilman Faiz, Iskandar, Farah Yasmine, Siti Sarah, Wahida dan Zafina Shahira belajar bersama-sama. Tidak lama kemudian, empat pelajar dari Subject King muncul.

"Tengok tu. Pelajar bawahan nak atasi pelajar atasan macam kita la," kata Ismah Fatih, sinis.

Enam pelajar kelas 5F itu melihat kemunculan empat pelajar 5A itu.

"Korang ingat, korang boleh lawan kitorang yang pandai ni ke?" kata Dven Joo berlagak.

Gary Stark mendekati Wahida. "Roses are red. The pens are blue. You challenge us but, we still can beat you."

"Korang kena ingat yang korang tu cuma kelas 5F," kata Doc Rakim.

Siti Sarah berdiri menghadap Doc Rakim. Dengan berani dia bersuara. "Korang jangan pandang rendah dekat kitorang. Korang ingat budak bawah tak boleh naik ke atas? Macam Alif Najmi pernah cakap dalam pantun dia,...

Benda yang di atas,
Asalnya dari bawah;
Walaupun famous atas pentas,
Dia dulunya orang sawah.

"Jadi, kita ni sama je. Tak lebih tak kurang. Cuma, cepat dan lambat je," sambung Siti Sarah berani bersuara.

Berani dia bersuara, desis hati Doc Rakim.

Doc Rakim sedar sesuatu. Nanti, Siti Sarah tinggi dalam subjek Sains baru-baru ni. Zafina Shahira tinggi dalam subjek Bahasa Inggeris. Wahida pula tinggi dalam subjek Bahasa Melayu. Ilman Faiz tinggi dalam subjek Sivik dan Pendidikan Islam, desis hati Doc Rakim.

"Kali ni, korang ingat..." kata Doc Rakim belum habis bicara.

Tiba-tiba, sebatang pensel tajam dihunus, hampir mengena mata Doc Rakim. Siti Sarah berwajah ceria sahaja. Gary Spark turut menjadi mangsa pensel tajam, betul-betul di depan matanya. Dagu Dven Joo hampir mengena mata pensel tajam oleh Ilman Faiz dan Iskandar. Ismah Fatih yang melihat situasi genting itu tercegat sahaja.

"Kita berundur dulu," kata Ismah Fatih mengarah.

Mereka dari Subject King terus berundur, bergerak keluar dari perpustakaan awam lalu melarikan diri.

⭐⭐⭐

"Betul, Arif. Diorang ugut dengan mata pensel," kata Doc Rakim.

"Hmm... Nampaknya, diorang macam yakin boleh kalahkan kita," kata Arif Hakimi, tenang.

"Apa kita boleh buat?" kata Gary Stark, mula cemas.

"Tak perlu gelabah. Saya dah jumpa rekod ujian bulanan diorang. Dengan ini, kita dapat tahu lawan kita siapa." Arif Hakimi menunjukkan rekod markah ujian pada skrin komputer ribanya.

"Jadi, sasaran utama kita siapa?" soal Ismah Fatih.

"Tak apa. Sasaran utama kita biar saya sendiri handle dia."

"Siapa?" soal Dven Joe pula.

"Alif Najmi."

⭐⭐⭐

"Alif! Jangan terlalu malas nak belajar lepas apa terjadi waktu ujian bulan April dulu. Jangan terlalu yakin bila dah berjaya sekali. Nanti, kau akan menyesal," pesan Cikgu Wan kepada Alif Najmi yang malas belajar.

"Alaa... Cikgu ni... Alif boleh buatlah," kata Alif Najmi tersenyum, yakin.

"Jangan yakin sangat!"

Sementara mereka belajar di dalam kelas, Arif Hakimi cuba merungkai rahsia kelas 5F yang disorok Farid Sattar. Dia bersendirian di dalam makmal komputer.

Atok ingat, atok boleh simpan rahsia kelas tu? Akan ku cari sampai ke lubang cacing, desis hati Arif Hakimi.

⭐⭐⭐

Setelah beberapa hari memgulang kaji, tiba masanya untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun 2007. Zafina Shahira berjalan bersama Iskandar.

"Hei, Is. Buat elok-elok dalam Bahasa Inggeris tau," pesan Zafina Shahira memegang kotak pensel.

"Ya, baik," kata Iskandar kurang yakin.

"Wei, semangatlah sikit! Kita kena kalahkan kelas 5A tau!"

Az dan Harris yang melihat kedatangan dua pelajar 5F itu, terus mencelah.

"Yakin sangat ke?" celah Harris tersengih.

Dua pelajar 5F itu memandang pelajar 5E itu.

"Macamlah korang boleh kalahkan kelas depan. Padahal, kena atasi kitorang kan?" tambah Harris lagi.

Iskandar menunduk segan manakala Zafina Shahira berwajah dingin. Zafina Shahira mendekati Harris. Sebatang pen dan sebatang pensel picit yang dipegangnya terus dijolok masuk ke dalam lubang hidung. Harris terkejut.

"I ain't got no motherfuckin friends. That's why I fucked yo' bitch, you fat motherfucker," ucap Zafina Shahira, seperti intro lagu Tupac Shakur.

Serta-merta, Zafina Shahira menolak hidung Harris ke atas dengan dua alatan tulis itu. Habis darah percik dari hidung Harris.

"Waaaarrghh!!!" jerit Harris keperitan.

"Harris!!!" jerit Az melihat rakan sekelasnya kena serangan savage dari Zafina Shahira.

"I don't choose Thug Life. It chose me," ucap Zafina Shahira. "Kau pun kenalah macam tu juga, Is."

Iskandar tergamam melihat sketsa brutal itu. "Bukan biashe biashe, boskur."

Zafina Shahira membuka pintu bilik peperiksaan khas untuk kelas 5F. Iskandar dan Zafina Shahira melihat seorang pelajar gemuk dan hodoh yang tidak dikenali, duduk di tepi tingkap.

"Eh, siapa tu!?" kata Zafina Shahira kehairanan.

"Itu Ruby," jawab Danial Nabil muncul.

"Apa?" Iskandar dan Zafina Shahira terkejut.

"Dalam dewan peperiksaan tak boleh masukkan alat peranti. Jadi, kami gantikan Ruby yang robot tu dengan Ruby manusia. Semoga berjaya."

Dua pelajar itu tergamam, hilang kata.

Setelah semua orang mengambil tempat duduk, peperiksaan bermula. Iskandar melihat kertas soalan dan kertas jawapan yang berasingan. Pen yang ibarat pisau tajam, diambilnya.

Maka, pertempuran di arena menentang raksasa soalan bakal dihadap mereka sendiri.

#vote

P/s: Bagi sesiapa yang tak faham part Zafina Shahira jadi savage tu, mohon tonton video ni.😂

Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti líbit

16.5K 1K 20
Adif Hazrael. Terpaksa berpisah dengan keluarganya sejak kecil demi menjaga maruah keluarga. Penampakan demi penampakan yang menganggunya menghilang...
65.7K 196 4
Perkongsian tentang perkara yang menjadi mitos dalam masyarakat.
391K 14.1K 30
Mengisahkan seorang gadis yang telah terpilih sebagai Pahlawan Shadow Hunter bagi melindungi sebuah negara yang bakal menghadapi peperangan. Tugas i...
13.5K 1.7K 61
GENRE (FANTASY/ACTION/FRIENDSHIP) [BOOK 3] Alpha. Walaupun hanya sekadar manusia biasa, namun Alpha mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk memimpi...