Aryanna Sufya

By _unniesab_

29.2K 925 21

Kepulangan Aryanna Sufya ke tanah air membuka semula kisah yang telah lama terkubur dalam hidupnya. Pertemuan... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BREAK
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44

BAB 6

637 26 0
By _unniesab_

Aryanna tiba awal dari kebiasaannya. Selalunya, Aryanna akan tiba ke sekolah 5 minit sebelum pintu pagar sekolah tutup. Semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Jaya dah tahu perangai si Aryanna tu. Suka buat kerja last minute.

Hari ni Aryanna pakai perfume Pudore by Laura. Serius wangi! Tahan 8 jam pulak tu. Ia turut datang dengan 5 jenis wangian. Maklumat lanjut boleh follow ig saya. Heheh..sempat lagi beriklan.

Aryanna sebenarnya tak nak kalah dengan bau wangian si Ferhat tu. Tak bestlah kalau lelaki lagi wangi daripada perempuan kan? Ketika kelibat Ferhat kelihatan, Aryanna membetulkan rambutnya yang macam tak terurus tu. Mana taknya, sibuk nak datang awal. Tapi, tidur lambat. Itu yang kelam-kabut tu. Dia mengikat rambutnya yang ikal mayang sehingga menampakkan lehernya yang jinjang. Bukan tak cantik Aryanna ni. Maklumlah, datang sekolah tak boleh makeup. Apa boleh buat..

"Morning, Ferhat." Ceh! Speaking kau. Alah! Cakap morning je pun. Apalah yang nak dibanggakan. Ucapan pagi Aryanna, seperti biasa dibiarkan gantung tak bertali. Aduh! Sakitnya hati..dibiarkan begitu saja...terikat namun tak bertali..mencuba..menimbulkan mati namun terputus juaaa.. Tak pasal-pasal keluar lagu Haqiem Rusli.

"Eh? Yanna? Awal kau hari ni?" Soal Fatin dengan wajah blurnya itu. Biasalah, pagi. Mana ada orang pagi-pagi dah berseri. "Eh? Selamat pagi, Ferhat." Ucap Fatin tatkala perasan akan kehadiran Ferhat di sebelah rakannya. "Selamat pagi, Fatin." What?! Pelik binti Ajaib! Aryanna tercengang. 'Betul ke apa yang aku dengar ni? Dia balas ucapan Fatin? Siap dengan pakej senyum lagi. Kenapa dia tak balas ucapan aku? Hah! Ni mesti sebab aku cakap morning kut. Dia tak faham agaknya..' gumam Aryanna sekadar menyedapkan hati.

"Yanna? Aku tanya ni..asal kau boleh datang awal harini? Selalunya--"

"Aku ada mood nak datang awal harini. Kenapa? Tak boleh ke?" Bicara Fatin segera dipotong. Uishh! Malulah kalau rahsia last minutenya terbongkar. Jatuh saham aku. Mulut kecil Fatin membentuk O besar. 'Eleh! Ada mood konon! Macamlah..aku tak tahu.'

Bunyi loceng berkumandang. Waktu rehat. Waktu yang paling dinantikan. Tapi, sudah menjadi kebiasaan buat Aryanna dan Fatin untuk tidak turun ke kantin. Mereka lebih gemar mengisi perut di rumah saja. Masakan ibu lebih sedap, katanya.

Tanpa teragak, Ferhat bergerak mendekati Fatin. "Fatin? Awak tak pergi rehat ke?" Wah! Lancar je dia bercakap dengan Fatin. Aryanna? Melongo di meja sendiri. Sebenarnya, Fatin turut terkejut dengan sapaan tiba-tiba lelaki itu. Tapi, layankan ajelah. "Tak. Saya dengan Yanna memang selalu tak rehat. Tak sukalah dengan makanan dekat kantin tu. Tak sihat." Ferhat mengangguk kecil. Hurmm, not bad. Jaga kesihatan. I like.

"Kalau macam tu..saya pun tak nak rehatlah. Saya duduk sini." Selamba, Ferhat melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan Fatin. Wah! Ini dah melampau. Bisik hati kecil Aryanna. Makin kaget Fatin bila Ferhat tiba-tiba berada di sebelahnya. 'Apa kena mamat ni? Tiba-tiba menyondol tepi aku?' Gumam Fatin, hairan.

Tak tunggu lama, Aryanna meminta diri ke tandas. Panas punggung dia lama-lama dekat situ. Aryanna pandang wajahnya di cermin. 'Aku ni tak cukup cantik ke? Sikit pun dia tak pandang.' Keluhan lemah dilepas. "Eh, Yanna? Aku tengok, si Fatin dengan budak baru tu rapat semacam je. Dia orang tu ada apa-apa ke?" Mimi, rakan sekelas Aryanna menyoal kepoh.

Aryanna menyeringai. "Asal kau tanya aku? Tanya jelah dia orang terus." Mimi mencebik. "Tak adalah..kau orang kan macam belangkas. Pergi mana je..berdua. Sebab tulah, aku tanya kau. Kut-kutlah, kau tahu." Aryanna mendengus geram. Ish! Dalam tandas pun, nak membawang! "Kalau aku tahu pun, apa kena-mengena dengan kau? Isy! Dahlah! Menyampah aku!" Aryanna mengatur langkah keluar. Sakit hatinya bukan kepalang bila orang mula bertanya tentang Fatin dan budak baru tu. Pasal aku, dia orang tak tanya pulak!

"Isy! Sikit-sikit Fatin! Sikit-sikit budak baru! Dia orang tak tahu ke, apa yang aku rasa sekarang ni? Tak peka langsung! Menyampah betul!" Gumam Aryanna, dalam perjalanan ke kelasnya. Niat hati nak masuk ke dalam kelas, terbantut. Dari pintu kelas, Aryanna menyaksikan kemesraan antara Fatin dan Ferhat. 'Dia orang ni memang ada apa-apa ke? Aku perhati..je kau Fatin. Tak sangka, dalam diam kau cuba tambat hati dia.'

Aryanna kuatkan hati melangkah ke mejanya. Air mukanya cuba diceriakan, agar tidak mengundang curiga. "Kau orang buat apa tu? Tak ajak aku pun." Ujar Aryanna, pura-pura merajuk. "Kita orang memang nak ajak kau. Tapi, kau tu! Lama sangat pergi tandas. Kenapa?"  Soal Fatin, prihatin. Sedangkan Ferhat, sekadar acuh tak acuh mendengar. Tak ambik peduli. Sakit betul hati Aryanna.

"Aku sakit perutlah. Itu yang lambat. Tak apalah. Kau orang sambunglah kerja kau orang. Aku nak rehat kejap. Nanti kalau cikgu dah masuk..kau gerak eh?" Fatin sekadar mengangguk kecil.

Aryanna membuang pandangan ke arah tingkap. Dari pantulan cermin, dia masih dapat melihat kemesraan mereka berdua. Macam couple. Siapa je yang tak tanya, kan?

Loceng sekolah berbunyi lagi. Kali ini, ia menandakan tamatnya waktu sekolah pada hari tersebut. Selain waktu rehat, waktu inilah yang ditunggu-tunggu kehadirannya. "Fatin? Kejap lagi, kita singgah kedai runcit eh? Aku ada benda nak belilah." Soal Aryanna sambil tangannya pantas mengemas pencil case. Fatin kelihatan teragak-agak. Hari ni, dia berjanji untuk pulang sekali dengan Ferhat. Dia nak tunjuk kawasan sekeliling taman perumahan di situ. Takut kena marah pulak, dengan Aryanna. Agak-agak apa reaksi dia eh?

"Err..Yanna?" Aryanna toleh melihat rakannya. "Aku sebenarnya dah janji..nak bawak dia jalan-jalan dekat sekitar sini." Aryanna berkerut, tak faham. "Dia? Siapa dia?" Fatin gigit bawah bibirnya. Takut tambah rasa bersalah. "Err..Ferhat." Aryanna tercengang. Tak tahu nak bereaksi macam mana. Macam-macam perasaan mula bercampur hingga sebati dalam dirinya. 'Marah? Of course! Dia caras crush aku. Sedih? Sedihlah jugak. Fatin lebih memberi perhatian kepada budak baru tu. Aku? Dia campak mana? Geram? Geram sebab aku sendiri tak dapat tarik perhatian Ferhat. Langsung tak peduli pasal aku.'

'Ahh! Lupakan ajelah!'

'Eh, tak boleh. Crush aku diambil orang. Takkan aku nak biar je? Tak boleh! Aku kena tahu, kenapa Ferhat langsung tak pandang aku.' Aryanna berperang dengan suara hati sendiri. Stresss!

"Fatin? Awak nak bawa saya pergi mana, hari ni?" Soal Ferhat, ceria. Sebenarnya, dia teruja kerana dapat berjalan-jalan dengan gadis idamannya. Saat yang paling dinantikan. "Awak nak pergi mana? Cakap je. Saya boleh bawakan. Saya jaguh tau..dalam bawa orang bersiar-siar ni." Ujar Fatin, bersama tawa halus di penghujungnya.

Ferhat terpegun. Terpersona dia melihat senyuman gadis di hadapannya itu. Manis. Sungguh manis bak sepeket gula yang dituang ke dalam bancuhan air minum. Manis betul! Boleh kena potong kaki ni. "Ferhat? Ferhat!" Petikan jari Fatin berjaya menyedarkan lelaki itu. Siang-siang pun, boleh berangan!

Ferhat terpinga-pinga. Kantoi ushar anak dara orang. Tak malu kau, Ferhat. Ferhat senyum sendiri mengenangkan kutukan hatinya. "Awak! Ada ice-cream la. Jom pergi beli? Saya belanja." Ferhat sengaja mengubah suasana.

Tanpa berlengah, mereka menuju ke sebuah trak yang terletak berhampiran. Usai membeli ice-cream, Ferhat dan Fatin mencari tempat berteduh di bawah sebuah rimbunan pokok yang sedang menghijau. Sambil makan ice cream, mereka berborak. Cepat betul ngam mereka berdua ni. Ketika Fatin menikmati aiskrim cornetto perisa vanilanya, sempat lagi Ferhat mengusik pujaan hatinya itu. Selamba saja, Ferhat menolak hujung batang kon sehingga menyebabkan aiskrim tercalit pada batang hidung Fatin.

"Awak! Tak baiklah." Rengek Fatin sambil mengelap hidungnya. Nasib baik sikit. Kalau banyak...dah mengamuk dah. Ferhat tertawa kecil. Comel bila marah. "Haha..sorry la. Saya gurau je." Ketika Ferhat leka, giliran Fatin pula mengusik lelaki itu. Taktik yang sama digunakan. Habis hidung mancung Ferhat terkena aiskrim miliknya. "Ouhh..nakal eh?" Fatin ketawa terbahak-bahak. "Buat baik dibalas baik, buat jahat? Tu makan dia." Ujar Fatin sambil mengekek ketawa.

Dada Aryanna turun naik menahan rasa marah dan geram yang meluap-luap. Meluat pulak tengok merpati sejoli tu! Tak nak sakitkan hati dan mata, Aryanna meninggalkan kawasan tersebut lalu pulang dengan hati yang membara.

****************************
Guys! I'm back! Finally, dapat jugak tulis cerita baru balik! Korang jangan la baca je.. Vote la sekali. Hehehe.. Harap ARYANNA SUFYA mendapat sambutan yang sama macam PENCULIK CINTAKU. Keep on supporting, voting and reading my story guys!

LoL..

👉 follow me @ns_sb01
👉 follow my ig @ns_sb06
👉 follow me on my facebook Nur Sabrina



Continue Reading

You'll Also Like

25.5K 1.1K 31
(awal-awal saya nak beritahu ni .. buku ni was written by me years ago macam tu.. penulisan dia sangatlah.... childish i guess and typo everywhere si...
180K 5.3K 71
highest ranking #1 #annoying highest ranking #1 #dramasangat Why should I marry with someone yang aku langsung tak kenal malah tak cinta ? - Zyra Ha...
25.7K 959 55
[BOOK 1]♡ Kasih sayang seorang abang sentiasa ada untuk adiknya...tapi adakah abangnya mampu untuk menahan sikap barannya terhadap sikap adiknya send...
5.7K 1.5K 56
[ Karya Kedua : Hara ] ✔️ •Adrian Hayqal × Eiyra Natasya• Pertemuan tidak sengaja diantara mereka telah membuatkan Adrian jatuh cinta pandang pertama...