[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love...

By aizxiarens

1.2K 69 5

Nick I Love You ni ada part yg diprivatekan, so readers yg ingin baca part yg di privatekan tu perlu follow... More

Note **
NILY -1
NILY - 2
NILY - 3
NILY - 4
NILY - 5
NILY - 6
NILY - 7
NILY - 8
NILY - 9
NILY - 10
NILY - 11
NILY - 12
NILY - 13
NILY - 14
NILY - 15
NILY - 16
NILY - 17
NILY - 18
NILY - 19
NILY - 20
NILY - 21
NILY - 22
NILY - 23
NILY - 24
NILY - 25
NILY - 26
NILY - 27
NILY - 28
NILY - 29
NILY - 30
NILY - 31
NILY - 32
NILY - 33
NILY - 34
NILY - 35
NILY - 36
NILY - 37
NILY - 38
NILY - 39
NILY - 40
NILY - 41
NILY - 42
NILY - 43
NILY - 44
NILY - 46
NILY - 47
NILY - 48
NILY - 49
NILY - 50
NILY - 51

NILY - 45

18 1 0
By aizxiarens

Ketukan pintu yang kuat membuatkan Suhaila yang sedang mengajar Amanda mewarna tersentak kuat. Lantas dia bangun lalu mengatur langkah ke arah pintu.

"Bukaklah pintu ni! " Jerit Amir dari luar. Suhaila bergegas membuka pengunci pintu lalu menguak luas.

"Apa yang kau lembab sangat bukak pintu ni?  Yang kau kunci pintu ni kenapa?" marah Amir. Suhaila hanya menundukkan kepalanya. Kunci kereta dilempar kuat ke arah Suhaila.

"Abang baru balik kerja ke? " soalnya.

"Kau nampak muka aku ni macam baru lepas kerja ke?! " Tengking Amir kuat. Suhaila sekali lagi hanya terdiam.

"Yang kau tu, dah dapat kerja belum?" soal Amir.

"Tak dapat jugak"

"Heh,  kata kenal dengan CEO,  bestfriend apa semua. Dapat pun tidak. Sembang lebih! " Perli Amir sambil merebahkan tubuhnya di sofa berdekatan anak mereka.

"Yang kau tercegak kat situ lagi buat apa? Kalau kau pergi buatkan aku air dah betul la kan? "

"Err abang nak minum air apa?  Saya buatkan. " Ujar Suhaila lembut.

"Kau tanya aku nak air apa? Ha?  Habistu selama ni kau duduk dengan sape?  Takkan air aku pun kau tak tahu? " Marah Amir.  Semua benda yang keluar dari mulut isterinya,  adalah salah baginya.  Dah namanya benci kan?

"Err bukan, maksud saya abang nak minum air sejuk atau panas? "

"Mestilah aku nak yang sejuk!  Kan aku tengah panas ni. Bodoh sangat kau ni. Patutlah tak dapat kerja" Sinis Amir membidas.  Suhaila tanpa berlengah dia segera melangkah ke dapur.

Amanda yang sedari tadi menyiapkan lukisannya cuba untuk menunjukkan kepada Amir. "Papa.. "

"Apa lagi Ya Allah, kau paham tak aku tengah stress ni?  Kau tunggu mama kau boleh? " balas Amir sambil menggaru kepalanya yang terasa serabut. Amanda kembali duduk di meja lukisnya.

"Tak pasal-pasal aku sepak kau kat sini kang ha. Serabut aku kat sini! " Ucap Amir sambil menanggalkan stokin di kakinya lalu dibaling ke arah anaknya kemudian dia berlalu menaiki tangga rumah itu.

TAD Holdings..

Nick melangkah keluar dari lif. Tali leher yang terasa senget segera dibetulkan.

"Encik Asyraf, baru nak lunch?"  tegur salah seorang staf disitu. Nick hanya mengangguk. Langkahnya terhenti saat melihat susuk tubuh yang paling dia gerun sedang berdiri di ruangan tetamu bangunan besar itu.

Najwa melangkah menuju masuk ke pejabat Nick namun dia sedikitpun tidak perasan Nick yang sedang menyorok di antara staf yang berkumpul di situ.

Satu keluhan lega dilepaskan setelah Najwa sudah hilang dari pandangan matanya. Tak sampai beberapa saat dia kembali menyorok apabila melihat gadis itu sedang berjalan menuju ke pintu bangunan itu.

"Encik Asyraf? " tegur salah satu stafnya membuatkan Nick tersentak.

"Ada yang nak jumpa saya ke? " soalnya.

"Ha ada tadi. " jelas stafnya.

"Dia nak apa? "

"Dia cari Encik Asyraf. Tapi saya cakap yang Encik Asyraf pergi lunch. " jelas stafnya lagi.

"Takpe,  thanks"

"Tapi tadi dia ada pesan , dia nak lunch dengan Encik Asyraf besok jam 12:30." Nick menarik nafas.

"Saya pergi lunch dulu Encik Asyraf. " pamit stafnya.  Nick hanya mengangguk.

---

Nick meletakkan telefonnya di atas meja pejabat lalu melabuhkan punggungnya di kerusi. "Kalau aku pindah rumah, takdelah macam susah pindah office.  Tapi sekurang-kurangnya dapat jugak aku elak diri aku daripada perempuan gedik tu. Itupun aku pindah tanpa pengetahuan dia." kening Nick diangkat.

Laptop yang terbuka segera ditarik mendekatinya. Portal rumah untuk dijual segera dilawatinya. Telefon segera diambil lalu dia mendail nombor pemilik rumah yang dia rasa berkenan.

"Hello,  Mr.  Kelvin. "

Najwa POV...

Najwa melangkah menuju ke arah kereta Mini Coopernya. Nombor Nick didail beberapa kali.  "Ish,  takkan tak habis meeting lagi? Berapa lama nak kena tunggu ni?  Bosanlah. " dia melangkah masuk ke dalam kereta.

"Haa,  shopping!! "

Aina POV...

Telefon bimbit milik Aina yang berbunyi menghentikan Aina dari menulis notanya. "Eh?  Awal lagi,  baru pukul 4:00 ni. Jangan cakap dia nak ambik aku sudah. " panggilan itu segera diangkat.

"Assalamualaikum.  Ada apa wak? " soal Aina.

Nick menutup pintu keretanya.  "Turun sekarang. "

"Ha? "

"Tak payah nak terkejut sangatlah.  Kau turun ajelah,  aku dah sampai ni. Dah la parking takde ni.  Kalau kena saman, sape susah?"

"Awal lagi ni awak.  Baru pukul 4." Ucap Aina terpinga-pinga.  Ish laki aku ni,  untung aku dah habis kelas.

Nick mengerling jam ditangannya.  "Awal apanya?  Jam aku dah pukul 5.. Kau turun sekarang. " arah Nick.

"Aku datang lambat salah,  datang cepat salah."Bebel Nick.

Aina mencebik.  "Aduh haa yelah yelah. Kejap nak kemas ni ha, tak saya tak makeup lah. Ha ni nak kemas nota-nota ni, nak tutup laptop lagi. Kejap eh"

"Turun sekarang. "

"Okay ok. " Aina segera mematikan panggilannya lalu bergegas untuk turun.  Eee Ya Allah susah betulah dia ni!

"Kenapa beb? " soal Amaa.

"Suami aku dah tunggu kat bawah dah.  Eee membebel mengalahkan mak nenek. " omel Aina.

"Haa kan dah boleh balik. "

"Takpe ke aku balik dulu?  Kau nak tumpang sekali? " soal Aina.

"Takpelah kau balik dulu.  Aku ada extra kelas kejap lagi. "

"Oh ye ke,  takpelah aku balik dulu.  Bye. "

"Bye"

Aina berlari anak menuju ke arah Nick yang sedang mendakap diri dihadapan kereta. "Ni lah masalahnya orang perempuan. Lembab! " marah Nick lalu melangkah menuju ke arah pintu kereta.

Ish,  serius aje muka.  Bengang dekat aku ke?  Apa kes pulak dah? Aduih,  ish lantak ah!  Desis Aina dalam hati. Dia segera melangkah menuju ke arah pintu kereta sebelum Nick lagi bengang dengannya.

Nick mengelap peluhnya dengan tisu. "Apa masalah kau lambat ha?  Ni semua mesti sebab kau makeup ?"

"Saya makeup pun untuk awak jugak kan?  Bukannya untuk orang lain. Yang awak awal sangat ni kenapa?" soal Aina.

"Kenapa ? Ke sebab kau tak sabar sangat nak keluar dengan Ilham? " balas Nick sinis.  Bukan dia tak perasan setiap hari setiap kali dia ambil Aina,  isterinya itu mesti ditemani oleh Ilham.

Aina mati kata.  Nick menyarungkan kaca matanya lantas memulakan pemanduannya.

"Pakai seat belt. " arahnya.

---

Wajah Aina mulai keliru saat dia cuba mengecam setiap jalan yang dilalui oleh Nick kali ini bukan seperti biasanya.

"Kita nak pergi mana pulak ni? " soalnya meminta kepastian.

Nick tidak membalas,  malah dia membuka radio.  "Aih,  sejak bila pulak suka dengar lagu jiwang pulak ni? " soal Aina tersengih.

"Sejak aku kahwen dengan kau. "

"Erm,  nak elak jawab soalan saya la tu." Ucap Aina memuncungkan bibirnya.

"Suka sangat macam tu,  orang tanya tak nak jawab. " Nick tersenyum sinis.

Destinasi yang dituju sudah tiba.  Dia segera memasuki halaman rumah banglo sederhana besar itu dengan tenang.

"Ehh,  rumah sape ni? " soal Aina lagi.

"Rumah client. " jawab Nick ringkas sebelum dia melangkah keluar dari kereta.

Telefon segera diletakkan di telinganya.  "Hello Mr.  Kelvin.  Ok I dah sampai. "

Aina hanya diam.  "Dah, jom"

Aina hanya melihat Nick yang sudah berjabat tangan dengan seorang lelaki yang baru saja keluar dari kereta milik lelaki itu. Nick menguis tangannya supaya Aina keluar dari kereta.

"She is my wife. "

"Hello.  Come,  masuk. " pelawa lelaki cina itu.  Aina yang terpinga-pinga hanya menurut sahaja suaminya.

Aina kagum dengan setiap sudut rumah itu.  Nick yang sedari tadi hanya bercakap dengan clientnya itu langsung dia tidak menganggu.

Aina kini sudah melangkah keluar dari banglo itu.  Nick juga turut keluar.

"Macam mana Encik Asyraf? " Soal Mr. Kelvin.

"Nanti I balik bincang dengan wife I.  Then I'll call you. " balas Nick masih belum memberi kata putus.

"Haiya Encik Asyraf. You tengok isteri you punya muka,  banyak senyum oo,  dia pasti gembira punya. "

Nick hanya diam tersenyum mendengar apa yang dikatakan oleh Kelvin.

"Kalau boleh confirm kan hari ini,  baik you confirm kan sekarang.  Pasal esok ada satu orang lagi mau jumpa I mau beli ini rumah.  Kalau you mau,  I boleh call dia cakap rumah ini sudah sold. Senang I mau settlekan loan rumah you. " Pujuk Kelvin lagi.

Nick mengangguk. "Okay. I'll call you back. "

"Okay. "

Nick melangkah menuju ke arah Aina usai dia berjabat tangan dengan Kelvin. 

"Dah,  jom. "


























To be continued...


















.









Continue Reading

You'll Also Like

5.4M 85.8K 45
RAHSIA HATI (COMPLETED) (UNEDITED) Editing~ Bersabarlah dalam penantianmu. Berdoalah dalam diammu. Kerana tulang rusuk tidak akan pernah tertukar. Me...
46K 1.3K 45
Kepulangan Aryanna Sufya ke tanah air membuka semula kisah yang telah lama terkubur dalam hidupnya. Pertemuan yang tak dijangka mula membuatkan hidup...
968K 47.6K 43
Apabila terpaksa menerima kehadiran antara satu sama lain, atas permintaan keluarga. Perkahwinan antara Nik Sumayah Yaqana dan Tengku Irfan Hakim. Pa...
Wattpad App - Unlock exclusive features