Kelas DSB

By farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... More

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK

188 37 65
By farid5attar

Iskandar, Alif Najmi dan Zulhilmi berjalan ke kelas bersama. Mereka melalui padang bola sepak yang dipenuhi pasukan sekolah bola sepak. Zulhilmi berhenti berjalan lalu melihat pasukan wakil sekolah bermain bersungguh-sungguh.

"Emy, kau okey tak?" kata Iskandar.

"Aku teringin nak jadi wakil sekolah," kata Zulhilmi murung.

Zaki, kapten pasukan bola sepak sekolah terlihat Zulhilmi muncul. "Emy!"

Zulhilmi terkejut dek namanya diseru. "Eh! Err... Ya!"

Zulhilmi mendekati rakan lamanya, diekori dua kawannya. Begitu juga dengan Zaki dan pasukannya.

"Zaki, lama tak jumpa," tegur Zulhilmi tersengih.

"Ya, dah lama sejak kau masuk kelas F. Sebenarnya, kitorang nak sangat pilih kau jadi wakil sekolah tapi sayang... kau masuk kelas F," kata Zaki dengan nada sinis.

Zulhilmi menunduk malu. Bahunya dipegang.

"Apa kata kita adakan perlawanan antara Kelas F dan Kelab Bola Sepak Sekolah?" cabar Zaki.

Zulhilmi mendongak dengan reaksi terkejut. "Err... Pasal tu..."

⭐⭐⭐

"Hmm... Jadi, kamu terima cabaran tu ya," kata Cikgu Wan.

"Haah. Kitorang akan adakan perlawanan tujuh lawan tujuh dalam 30 minit untuk separuh masa. Jadi, saya terima. Macam cikgu tahu, saya tak nak kalah," kata Zulhilmi sungguh.

"Begitu ya. Macam mana dengan formasi?"

"Pasal tu, saya tak tahu."

"Cikgu, nak ke tandas," kata Zulfadlie berdiri.

Zulfadlie dengam selamba keluar kelas ikut pintu belakang bersama Raviendra dan Syamil, hendak lepak hisap rokok di tandas.

"Oi... Oi! Zul! Syamil! Ravi!" panggil Immanuel.

"Alaa... Biar je la diorang tu," kata Zulhilmi pasrah.

"Hmm... Sebenarnya, saya dah buat analisis pasal ahli pasukan Kelab Bola Sepak Sekolah dan pasal kita sekali," kata Fauzi mengeluarkan buku rekod.

"Apa?" kata Faiz terpegun lalu memandang Fauzi yang duduk di belakangnya.

"Dengan ini, kita boleh tentukan formasi yang kita akan guna nanti."

⭐⭐⭐

Acara bola sepak di antara kelas sudah berlangsung dengan rancaknya pada tiga hari selepasnya. Az dan Harris mengeluh dengan kekalahan pada awal saringan.

"Tak sangka kelas kita kalah dengan kelas C," keluh Az pasrah.

"Itulah, kalah tipis je," keluh Harris pula.

Satu pengumuman dibuat kemudian. "Dan sekarang, perlawanan yang ditunggu-tunggu. Perlawanan bola sepak di antara Kelab Bola Sepak Sekolah dan Kelas 5F akan diadakan sebentar sahaja lagi."

"Apa?" Az seperti terkejut.

"Ni mesti menarik," kata Harris tersenyum.

Para pemain melangkah masuk ke dalam pedang. Zulhilmi selaku kapten Kelas 5F, Ilman Faiz, Immanuel, Erfan Shafiq, Raviendra, Syamil dan Faiz menjadi line-up untuk Kelas 5F. Iskandar, Hanif, Alif Najmi dan Zulfadhlie menjadi pemain simpanan. Cikgu Wan yang berpenampilan seperti jurulatih, hanya melihat mereka di tengah padang. Zaki yang berdiri di depan Zulhilmi, memandang rendah. Zulhilmi tenang sahaja.

Seusai menyusun formasi 3-2-1 untuk Kelas 5F dan  2-3-1 untuk Kelab Bola Sepak, mereka memulakan perlawanan. Zulhilmi memberi bola ke arah Erfan Shafiq. Erfan Shafiq menggelecek bola ke depan, melepasi benteng pertahanan Pasukan Bola Sepak. Dia berlari ke penjuru padang lalu membuat hantaran lintang. Penjaga gol Pasukan Sekolah cuba menangkap bola. Sayangnya, dia gagal menangkap bola sebaik Faiz muncul dengan larian pantas, menanduk bola ke gawang gol dengan gaya Superman.

"GOL!!!" jerit Kelas 5F, teruja.

"Itu dia. Jaringan pertama pada minit pertama. Muhammad Faiz, jersi nombor 11 berjaya jaringkan gol pertama buat Kelas 5F. Sungguh tak disangka. Sungguh di luar jangkaan. Nampaknya, Kelas 5F tidak bermain jinak lagi," kata pengacara.

Prrrrttt!! Wisel dibunyikan.

Zaki menghantar bola kepada rakan sepasukannya. Mereka menggelecek dengan pantas sekali sehingga ke gawang gol. Ilman Faiz, Immanuel dan Raviendra bersedia sebagai pemain pertahanan. Raviendra meluncur dari tepi, cuba merampas bola. Secara tidak sengaja, dia menjatuhkan pemain Kelab Sekolah. Kad kuning dilayang untuk Raviendra.

"Wei! Apa ni?" marah Raviendra.

Immanuel cuba menenangkan Raviendra. "Poṟumai... Viḷaiyāṭa ōyveṭukkavum. (Sabar... Main rileks je.)"

Sepakan percuma diberikan kepada Kelab Sekolah. Kelas 5F cuba melindung pemain Kelab Sekolah. Setelah diteliti, satu sepakan diberikan kepada Zaki. Zaki hendak menanduk bola tetapi Syamil sebagai penjaga gol terlebih dahulu menepis bola ke depan, menghantar kepada Ilman Faiz. Ilman Faiz mara ke depan dengan pantas lalu membuat hantaran jauh kepada Faiz. Faiz menghantar bola kepada Erfan Shafiq dengan satu sentuhan. Erfan Shafiq mengawal bola secara solo. Dari luar kotak penalti, dia menyepak bola sepertimana dia menembak jarak jauh menggunakan sniper. Padu sepakannya ibarat peluru sniper. Bola berjaya dijaringkan.

"Yeay! Gol!" sorak kelas 5F lagi.

"Wah! Sungguh di luar jangkaan! Kelas 5F berjaya jaringkan sekali lagi. Dari luar kotak penalti, Erfan Shafiq, pemain jersi nombor 10 menendang bola dengan kuatnya. Padu. Mantap. Penjaga gol Kelab Sekolah seperti buta melihat bola," kata pengacara perlawanan itu lagi.

Kelab Bola Sepak Sekolah mula kemurungan.

"Tak apa. Masih awal lagi nak kalah," kata Zaki kepada rakan sepasukannya.

Dari luar padang, Farid Sattar menonton perlawanan itu. Dia tersenyum sinis menyaksikannya.

Minit ke-30 tanpa masa tambahan, Immanuel bersedia untuk sepakan penjuru. Dia menghantar bola dekat kepada Ilman Faiz. Hanya satu sentuhan, dia menghantar kepada Raviendra. Pantas, Raviendra menghantar bola kepada Faiz lalu bola dihantar kepada Erfan Shafiq hanya dengan satu sentuhan sahaja bagi mengelirukan mata pasukan lawan. Sedang asyik fokus mencari bola, sedar-sedar sahaja bola sudah memasuki gawang gol, hasil jaringan Zulhilmi, kapten Kelas 5F.

"Gol lagi!" sorak kelas 5F.

Prrtt! Prrrtt! Prrrrtttt!!! Separuh masa pertama tamat.

Cikgu Wan berpuas hati dengan permainan Kelas 5F.

"G... Gol! Jaringan yang mengelirukan oleh Zulhilmi, jersi nombor 7 berjaya dibuat tepat pada waktunya pada minit-minit akhir separuh masa pertama dengan keputusan 3-0. Kelas 5F, 3. Pasukan Bola Sepak Sekolah, 0. Sekarang, kita rehat lima minit untul separuh masa kedua," kata pengacara.

Semua berkumpul dengan pasukan masing-masing. Pasukan Kelab Bola Sepak Sekolah teruk dimarahi jurulatih mereka.

"Apa yang kamu fikirkan? Kamu sepatutnya buat sungguh-sungguh! Kenapa kamu boleh dikenakan... dengan Kelas 5F pula tu. Saya malu tahu, tak?" kata jurulatih itu, kecewa.

Farid Sattar muncul, mendekati jurulatih itu. "Ada apa-apa masalah ke?"

"Eh, pengetua! Tak... tak ada apalah," balas jurulatih itu terkejut.

"Saya tengok perlawanan dari tadi kurang memuaskan. Apa kata biar saya ambil alih."

"Ta... Tapi..."

"Tak ada tapi tapi. Saya tahu dalam hal ni."

Farid Sattar menolak jurulatih itu ke tepi lalu berjalan mendekati Pasukan Kelab Bola Sepak Sekolah. "Baiklah, skuad. Dengar sini."

Sementara Pasukan Kelab Bola Sepak berbincang strategi, Kelas 5F turut berbincang untuk strategi seterusnya.

"Kali ni, kita perlu setkan cara defensive sebab kemungkinan kelab bola akan guna cara offensive untuk cari peluang jaringkan gol. Formasi kekal 3-2-1. Kalau apa-apa terjadi dekat kotak penalti, just clear the ball. Ada soalan?" kata Zulhilmi.

Hanif mengangkat tangan. Ada pertukaran pemain tak?"

"Ermm... Siapa penat sekarang?" soal Zulhilmi kepada skuadnya.

"Saya... tak larat tepis bola padu tadi," jawab Syamil.

"Okey, kalau macam tu, Hanif jadi goalkeeper ya nanti," pesan Zulhilmi kepada Hanif.

"Apa?" Hanif terkejut.

"Alaa... Anggap je bola tu macam perempuan seksi," bisik Alif Najmi memberi semangat dengan senyuman jahat.

"Yosh! Aku boleh!" Hanif tiba-tiba bersemangat.

"Hai, korang!" sapa Siti Zulaikha muncul bersama kawannya yang lain.

Mereka memandang semua kawan sekelas perempuan bersama Niratcha dan Danial Nabil.

"Eh, korang! Hai!" balas Immanuel.

"Macam mana bola jaring tadi?" kata Iskandar.

"Bolehlah walaupun kalah tipis," balas Zafina Shahira.

"Korang macam mana?" soal Farah Yasmine.

"Dalam perbincangan pertahankan kemenangan," jawab Zulhilmi.

Prrrrttt!! Wisel ditiupkan untuk separuh masa kedua.

"Baiklah, kita buat yang terbaik!" kata Zulhilmi memberi semangat.

"Semoga berjaya!" ucap Wahida, ceria.

Zulhilmi tersenyum malu dengan kata-kata semangat dari buah hatinya. "Okey..."

Mereka kembali ke padang. Kelas 5F melihat Kelab Bola Sepak Sekolah berwajah lebih bengis dari sebelum ini.

"Apa yang terjadi?" kata Immanuel terasa gerun.

"Tak apa. Jangan takut! Kita boleh lawan!" kata Ilman Faiz memberi semangat.

Danial Nabil yang memerhati dari luar padang, terasa sesuatu yang aneh. Dia menjeling ke arah Farid Sattar. "Nampaknya, dia dah keluarkan pukauan dia dekat kelab bola sepak."

Prrtt!! Wisel dibunyikan, memulakan separuh masa kedua.

Tidak semana-mana, sepakan kuat dari pusat padang berjaya dijaringkan dalam sekelip mata.

"Gol!! Jaringan jauh dari tengah padang berjaya dibuat oleh Zaki, kapten Pasukan Kelab Bola Sepak Sekolah. Sungguh mengagumkan. Nampaknya kali ini, Kelab Bola Sepak semakin agresif dari sebelum ni," kata pengacara perlawanan.

"Menyeramkan betullah!" kata Hanif sebagai penjaga gol, menggeletar lutut dan kaki.

Minit ke-43, sesuatu di luar jangkaan berlaku sebaik Ilman Faiz ditackle teruk dari belakang.

"Aduh!" keluh Ilman Faiz rebah.

Prrrtt!! Kad kuning dilayang kepada pemain Kelab Bola Sepak.

"Kau okey tak, Ilman?" soal Immanuel memapah Ilman Faiz.

"Aku tak boleh lari laju lagi," kata Ilman Faiz.

Immanuel memandang Cikgu Wan, memberi isyarat untuk menukar pemain. Cikgu Wan mengangguk faham. Dia memandang Iskandar.

"Iskandar, kamu masuk gantikan Ilman Faiz," pesan Cikgu Wan.

"Baik, cikgu," balas Iskandar, akur.

Sebaik Ilman Faiz berjalan keluar dari padang, Iskandar melangkah masuk ke padang. Dari jauh, Az dan Harris melihat 'kawan' bermain.

"Iskandar main bolalah," kata Az, sinis.

"Setahu aku dia kan kaki bangku," kata Harris tertawa.

Iskandar tidak mempedulikan kata-kata mereka, fokus pada permainan. Raviendra membuat sepakan percuma, menghantar bola kepada Iskandar. Terlebih dahulu Iskandar mengawal bola. Dia melihat Zulhilmi kosong tiada penghalang. Segera dia menghantar bola kepada kawannya. Sayangnya, sepakannya perlahan membuatkan pasukan lawan memintas bola.

"Alamak!" keluh Iskandar terkejut.

Dari jauh, Iskandar memerhati pasukan lawan mara ke gawang gol. Dari tempat dia berdiri, dia melihat pasukan jaringkan gol dengan ganasnya. Hanif sendiri terkejut, takut menangkap bola.

"Gol! Gol kedua dari Kelab Bola Sepak Sekolah dari Zaki sekali lagi," ujar pengacara.

"Haih, apa aku buat ni?" kata Iskandar mengeluh.

"Is, kau okey?" kata Zulhilmi.

"Err... Minta maaf sebab tak dapat hantar bola betul-betul. Kau sendiri tahu kan aku ni kaki bangku," ucap Iskandar bersalah.

"Tak apa. Asalkan kau main juga. Aku tak kisah kalau kalahpun."

"Tapi... kau kan tak kalah?"

"Alaa... Menang kalah tu adat pertandingan. Kita memang tak boleh jadi yang terbaik tapi kita boleh buat yang terbaik. Sebenarnya, aku terima cabaran Zaki sebab aku nak main bola dengan dia, bukan sebab aku tak nak kalah dengan dia."

Iskandar berdiam sahaja.

"Dahlah. Apapun, buat yang terbaik!" pesan Zulhilmi.

Iskandar mengangguk dengan senyuman.

Prrtt!!! Wisel dibunyikan.

Erfan Shafiq menghantar bola kepada Zulhilmi. Zulhilmi tiba-tiba ditolak secara berhadapan sehingga terjatuh.

"Emy!" jerit Iskandar dari benteng pertahanan.

Tiada layangan kad dilakukan apatah lagi foul dari pihak lawan.

"Tak guna. Main kasar ya!" kata Raviendra, geram lalu berlari ke arah pihak lawan.

"Ravi, tunggu!" kata Iskandar cuba menghalang.

Secara berhadapan, Raviendra meluncur depan-depan, membuat tackle terhadap pihak lawan di dalam kotak penalti. Pemain dari Kelab Bola Sepak Sekolah terjatuh terguling dek tackle yang dibuat Raviendra.

Prrrtt!!! Kad merah dilayang kepada Raviendra.

"Weii!! Dia tolak kawan aku depan-depan tak kena kad pula!" marah Raviendra kepada pengadil perlawanan.

Pengadil perlawanan bersikap dingin. Immanuel sekali lagi cuba tenangkan kawan Indianya.

"Kau lain kali janganlah main kasar!" pesan Immanuel.

"Dia tackle Emy tak kena kad pula!" balas Raviendra geram.

Raviendra berjalan keluar dari padang lalu duduk di sebelah Zulfadlie. Kemarahannya masih tersisa.

Prrttt!! Wisel sepakan penalti ditiupkan.

Hanif bersedia dalam keadaan berpeluh.

'Anggap je bola tu macam perempuan seksi.'

Kata-kata dari Alif itu membuatkan Hanif hilang ketakutan. "Baiklah! Mari lakukan!"

Zaki membuat sepakan penalti, menendang dengan segala kekuatannya. Bola disepak ke arah Hanif. Fikiran Hanif terus terbayang seorang wanita seksi berlari ke arahnya.

"Mari sini, sayang!" ucap Hanif tergoda.

Wanita berbikini itu semakin dekat lalu mendekatkan mulutnya ke mulut Hanif seperti hendak bercium. Hanif terus memuncung bibirnya, sedia untuk bercium.

Sedar-sedar sahaja, bola muncul di depan lalu mengenai batang hidungnya.

"Erkk!" kata Hanif pening lalat lalu rebah.

Bola yang disepak melantun lalu bergolek memasuki gawang gol.

"Gol hatriks dari Zaki! Tiga kali jaringan dibuat. Sungguh hebat sekali! Keputusan sekarang 3-3!" kata pengacara bersemangat.

Zulfadlie bangun lalu berjalan keluar dari padang, rimas. Dia geram dengan keputusan terkini.

"Hei, Zul! Tunggu!" kata Syamil mengekori Zulfadhlie.

Raviendra turut mengekori Zulfadlie tanpa banyak kata. Tinggal Alif Najmi sahaja duduk di bangku simpanan. Dia mengeluh dengan wajah tersenyum. Cikgu Wan memandang Alif Najmi.

"Alif Najmi, cikgu nak minta bantuan dari kamu boleh?" kata Cikgu Wan.

"Boleh," balas Alif Najmi, ikhlas. "Apa dia?"

Sementara itu, Hanif dibawa dengan tandu dek penangan bola pada muka membuatkan dia pitam dan berdarah hidung. Senyuman miang maaih kekal tercalit di bibirnya.

"Aduhai! Sekarang, kita tak ada penjaga gol ganti," keluh Iskandar.

Puteri Atikah memasuki padang dengan sarung tangan penjaga gol. Mereka yang melihat terpegun. Perempuan main bola sepak!

"Wah, Puteri! Kau boleh ke ni? Diorang main kasar ni," kata Immanuel kepada Puteri Atikah.

"Tak apa. Lagipun, saya dah terbiasa dengan bola kuat," balas Puteri Atikah bersemangat.

"Bagus. Semangat ni yang kita nak!" kata Zulhilmi tersenyum.

Mereka di luar padang melihat Puteri Atikah menjadi panjaga gol.

"Boleh ke dia hadap bola padu Zaki nanti?" kata Harris, sinis.

"Entah. Sekali bola kena muka macam Hanif tadi, mesti dia menangis," kata Az tersenyum kambing.

Alif Najmi muncul di depan mereka. "Alaa... Korang pun takut juga kan dengan bola Zaki tu. Dah la kalah pada awal saringan. Tengok kami ni. Dah boleh kalahkan Kelab Bola Sepak Sekolah pula tu. Korang ada ke? Enam lawan tujuh? No hal la... Pemain perempuan? Korang ada ke? Walaupun dia perempuan, dia berani hadap bola padu Zaki tu. Korang? Bola leret pun dah takut. Hahaha..."

Kata-kata psiko dari Alif Najmi mendatangkan kemarahan dari kalangan pelajar. Alif Najmi berdiri di depan mereka dengan melapangkan dada, sedia mendengar kata-kata 'semangat' dari para 'penyokong', seperti disuruh Cikgu Wan.

"Cakap besar nampak!"

"Pergilah main kat sana tu!"

"Berlagak!"

"Tunjuklah apa yang kau ada!"

"Kalah jangan nangis!"

Seperti disuruh, desis hati Alif Najmi, puas.

Prrtt!!

Erfan Shafiq memberi bola kepada Zulhilmi. Zulhilmi menghantar bola kepada Iskandar pula. Iskandar mengawal bola secara perlahan. Dia kembali menghantar bola kepada Zulhilmi. Sekali lagi bolanya dipintas.

"Alamak!" keluh Iskandar.

Pihak lawan mendekati pintu gawang. Sepakan dilepaskan dengan kuat sekali dari jarak jauh. Puteri Atikah sedia dengan sepakan jauh itu. Tangannya menghempas ke bumi lalu kakinya diangkat ke langit. Bola disepak dengan gaya akrobat. Masing-masing terpegun dengan aksi itu.

"Wah, cayalah!" kata Amira menyaksikan aksi kawannya.

Bola dihantar kepada Immanuel. Immanuel mengawal bola lalu terkena tackle kasar dari pihak lawan. Kakinya hampir patah dek tackle itu. Dia rebah.

"Aduh!" raung Immanuel kesakitan.

Prrrrttt!!! Kad merah terus dilayangkan.

Kelas 5F berkumpul mengelilingi Immanuel.

"Manuel, kau okey?" kata Iskandar.

"Sakit..." keluh Immanuel.

Maka, Immanuel diangkut keluar dari padang. Cikgu Wan memandang Alif Najmi.

"Alif Najmi, sampai masanya," kata Cikgu Wan.

Alif Najmi tersenyum sinis lalu memandang para 'penyokong'. "Baiklah. Watch and learn!"

"Blah la kau!" jerit salah satu 'penyokong'.

Mereka di dalam padang cuba mencari jalan kemenangan.

"Takkanlah kita nak seri macam tu?" kata Erfan Shafiq.

Alif Najmi memasuki padang, mendekati rakan sepasukannya. "Hoi, ada plan dari jurulatih!"

Seketika kemudian, sepakan percuma sedia dibuat Zulhilmi. Zaki berdiri di depan Zulhilmi, melihat lelaki itu bersedia menyepak bola. Dia sedar sesuatu. Gaya Zulhilmi hendak menyepak bola seperti hendak menembak.

Apakah? Desis hati Zaki gundah-gulana.

Zulhilmi membuat hantaran jarak jauh Faiz menanduk bola ke arah Iskandar. Iskandar menghantar bola kepada Erfan Shafiq. Sekali lagi bolanya dipintas.

"Ah, sekali lagi!" keluh Iskandar.

Masa yang singkat, Alif Najmi kembali merampas bola. Dia terus membuat aksi FIFA Street 2. Pertama sekali, helah Gaucho (Ronaldinho) dibuat terhadap Zaki. Diikuti pula dengan O Fenômeno (Ronaldo) terhadap pemain lawan seterusnya. Kemudian, helah Emperor (Adriano) dan Little Robin (Robinho) dilakukan terhadap dua pemain dengan laju. Diakhiri pula dengan Ginga (Zico) terhadap seorang pemain pertahanan. Mereka yang menyaksikan terpegun.

"Geng Brazil rupanya," kata Az dari luar padang.

Kelas 5F bersorak. Alif Najmi membuat jaringan goalbreaker. Jaringan berapi dibuat. Bola padu itu tepat mengenai kemaluan penjaga gol.

RIP my balls, desis penjaga gol.

Penjaga gol itu rebah tak terkata.

Prrrtt!!! Permainan terhenti seketika.

"Haih, Alif! Mainlah betul-betul. Janganlah kasar sangat," keluh Zulhilmi.

"Haha... Maaf! Pengaruh game FIFA Street," balas Alif Najmi menjelirkan lidahnya sambil tersengih. "Apapun, aku ada plan nak memang tipis."

Setelah penjaga gol digantikan, permainan diteruskan semula. Masa berbaki beberapa saat sahaja sebelum permainan tamat. Zaki membuat sepakan percuma kali ini. Dia melihat Alif Najmi dan Iskandar berdiri betul-betul di depannya.

"Apa ni?" kata Zaki terkejut.

"Alaa... Sepak je. Kau sepatutnya sepak kitorang macam nak bunuh kitorang, bukannya sepak bola," sindir Alif Najmi.

Zaki mula hilang waras. Kata-kata dari Farid Sattar tadi jelas bermain di fikirannya.

~Throwback~

"Sekarang, ikut apa yang cikgu cakap," pesan Farid Sattar duduk di sebelah Zaki.

"Baik," balas Zaki menunduk.

"Aku orang kuat."

"Aku orang kuat."

"Aku boleh kalahkan kamu."

"Aku boleh kalahkan kamu."

"Aku akan hancurkan kamu semua."

"Aku akan hancurkan kamu semua."

"Okey. Hadam ayat terakhir tu."

"Baik, tuan."

~End Throwback~

Zaki melihat Alif Najmi dan Iskandar masih tercegat di depannya.

"Sepaklah. Kaki bangku ke kau ni?" sindir Alif Najmi lagi.

"Ergh!! Aku akan hancurkan kamu semua!" kata Zaki penuh amarah.

Nampaknya, minda Zaki dah hilang kawalan. Kemungkinan dia akan serang Alif nanti, desis hati Iskandar.

Satu sepakan hendak dibuat mengenai kaki Alif Najmi. Kaki Zaki tersentuh bola sedikit. Alif Najmi terus mengelak tendangan Zaki. Iskandar dalam diam merampas lalu mengawal bola. Dia menghantar bola kepada Alif Najmi.

"Alif!" panggil Iskandar.

Alif Najmi menyambut bola dengan perlahan lalu mengelak tackle yang dibuat Zaki. Bola tinggi dihantar kepada Zulhilmi lalu ditanduk kuat ke sudut gawang gol.

"Gol!! Minit terakhir gol keempat untuk Kelas 5F berjaya dibuat oleh Zulhilmi. Keputusan berakhir dengan 4-3. Kelas 5F, 4. Kelab Bola Sepak, 3. Nampaknya, Kelab Bola Sepak Sekolah pwelu banyak berlatih lagi," kata pengacara.

Farid Sattar berjalan keluar dari padang tanpa perasaan. Kelas-kelas yang lain bersurai dengan wajah lesu, tidak puas.

"Haih, membosankan," kata Harris mengeluh.

"Ingatkan boleh menang," keluh Az pula.

Sementara mereka tidak puas, Kelas 5F bersorak kemenangan.

"Yeay, kita menang!" sorak para gadis Kelas 5F.

Puteri Atikah selaku penjaga gol tadi dipeluk erat oleh kawannya yang lain.

"Cantiklah, korang! Aku kagum!" ucap Immanuel kepada kawannya.

"Terima kasih!" kata Iskandar.

Zulhilmi mendekati Zaki yang terduduk kekalahan. "Zaki."

Zaki mendongak, memandang Zulhilmi. "Ya, Emy! Ada apa?"

"Minta maaflah sebab permainan tak masuk akal tadi."

"Tak apa. Aku tak kisah. Lagipun, aku kagum dengan gaya kau jadi kapten untuk pasukan kau. Kalau kau join kelab kitorang, kau layak jadi kapten kitorang."

"Eh, dah tugas kapten pasukan. Dah macam mana? Dah la. Jom!" Zulhilmi menghulurkan tangannya.

Zaki melihat tangan Zulhilmi dihulurkan lalu menyambutnya. Dari jauh, Alif Najmi dan Iskandar melihat dua kawan itu berbaik. Mereka berarak keluar dari padang secara rasional.

#vote

Continue Reading

You'll Also Like

72K 4.5K 25
ᴀᴘᴀᴋᴀʜ ᴊᴀᴅɪɴʏᴀ ʙɪʟᴀ ᴋɪᴛᴀ ᴍᴇᴍʙᴜᴋᴀ ᴍᴀᴛᴀ ᴅᴀɴ ꜱᴇᴅᴀʀ ᴋɪᴛᴀ ꜱᴜᴅᴀʜ ʙᴇʀᴀᴅᴀ ᴅɪ ᴢᴀᴍᴀɴ ʟᴀɪɴ? ᴅɪᴋᴇʟɪʟɪɴɢɪ ᴘᴇʀꜱᴇᴋɪᴛᴀʀᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴀꜱɪɴɢ, ᴀᴢʜᴀʀ ᴍᴇᴍᴜᴛᴜꜱᴋᴀɴ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴᴄᴀʀɪ...
6.4K 1.2K 49
Zaman Melaka | Slip time Danny, Danial, Is dan Khairy adalah empat sosok sahabat yang bersama. Masing-masing mempunyai kepakaran melihat hantu namun...
642K 35.5K 137
Di Alamria, semua orang mampu menggunakan magik. Namun malangnya ia tak berlaku pada Akid. Bagaimana dia akan survive dalam dunia yang penuh dengan...
149K 15.2K 34
"Semuanya telah berakhir," Daerah kecil Kudat menjadi huru-hara apabila satu wabak misteri melanda daerah tersebut. Tiada sesiapapun yang sedar sejak...