Kelas DSB

By farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... More

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2

196 36 25
By farid5attar

Cikgu Wan muncul di dalam kelas dalam keadaan gemuk. Para pelajar terasa pelik dengan gurunya.

"Err... Cikgu makan apa tadi?" soal Ilman Faiz.

"Bukan gemuk sebab makan. Cikgu cuma tak boleh kena air," terang Cikgu Wan

Kelamahan Cikgu Wan #14
Terdedah kepada kelembapan

"Cikgu, dengar kata, ada pelajar baru," kata Amira.

"Siapa dia?" soal Puteri Atikah.

"Cikgu tak seberapa tahu sangat," kata Cikgu Wan mengurut lehernya.

"Saya tahu," celah Ruby.

Semua pelajar memandang Ruby.

"Eh, tapi siapa?" kata Silvaprea yang duduk di depan Ruby.

"Khairil Ihsan Azmi namanya. Dia kalau diikutkan join kelas ni dengan saya sekali. Cuma, entahlah... dia ada masalah sikit katanya. Lagipun, kerajaan dah setkan yang kami boleh bunuh cikgu secara berduet. Saya cuma dapat serang cikgu jarak jauh, manakala dia dapat serang cikgu jarak dekat," terang Ruby.

Barulah semua faham dengan penerangan itu.

"Macam tu ya. Mesti macam Ruby waktu mula-mula kita kenal dulu," kata Zulhilmi.

"Hmm... Nampaknya, macam tu la," kata Iskandar menyokong.

Seorang lelaki berhoodie dan bertopeng putih mengetuk pintu kelas biarpun sudah terbuka. Cikgu Wan memandang lelaki tersebut.

"Ya, ada apa boleh saya bantu?" kata Cikgu Wan, ramah.

Lelaki misteri itu memasuki kelas, menarik perhatian para pelajar. Dia menghulurkan tangannya ke arah Cikgu Wan, macam mahu membunuh Cikgu Wan.

Shing!

Seekor burung keluar dari tangan lelaki misteri itu. Lelaki itu ketawa kecil.

"Haha... minta maaf kalau kemunculan saya ni buatkan kamu takut," kata lelaki misteri itu, ceria.

Zafina Shahira melihat Cikgu Wan hilang dari pandangan. "Eh, mana cikgu?"

Cikgu Wan ketakutan, melekat di penjuru siling kelas.

"Kenapa cikgu duduk dekat situ? Cikgu takut ke?" kata Immanuel kehairanan.

"Bukan takutlah!!!" marah Cikgu Wan.

Kelemahan Cikgu Wan #15
Mudah tertipu dengan khabar angin

"Apapun, nama saya Puteh Nur. Saya penjaga Khairil," kata Puteh Nur memperkenalkan diri.

"Puteh Nur? Macam nama perempuan je," kata Alif Najmi selamba dengan kaki atas meja.

"Ermm... Mana Khairil?" tanya Cikgu Wan kepada Puteh Nur.

Puteh Nur memandang luar kelas. "Khairil, masuklah."

Boom! Sebuah pelanggaran berlaku di dinding belakang kelas.

Khairil Ihsan muncul melepasi dinding kayu itu lalu mengambil tempat duduk di antara Zulfadlie dan Alif Najmi. Mereka yang melihat kehairanan dengan kemunculan Khairil Ihsan.

"Err... Kau sedar tak kau muncul dari luar kelas. Dah la hujan kat sana," kata Immanuel memerhati dari jauh.

Khairil Ihsan berdiam sahaja, seperti sudah dipukau. "Aku... menang. Aku lagi kuat dari dinding."

"Kau ni tak pernah jumpa pakar psikologi ke? Main belah je dengan dinding," kata Alif Najmi, sinis.

Khairil Ihsan menjeling ke arah Alif Najmi. "Kau mesti orang terkuat dekat sini kan?"

Alif Najmi menjongketkan keningnya. "Kau rasa?"

"Aku lagi kuat dekat sini tau."

"Buktikan."

Khairil Ihsan bangun lalu mendekati Cikgu Wan. Dia menghulurkan coklat kepada Cikgu Wan. "Abang nak tak coklat?"

"ABANG???" Semua pelajar terkejut dengan nama panggilan itu.

"Adik akan bunuh abang lepas kelas nanti ya. Minta diri sebab nak ke tandas."

"Mari sini. Saya tunjukkan," kata Puteh Nur.

Dua lelaki itu berjalan keluar dari kelas. Suasana terua menjadi huru-hara dengan hubungan dua 'beradik' itu.

"Cikgu ada adik?"

"Kenapa cikgu tak bagitau?"

"Bila masa cikgu ada adik ni?"

"Apasal dia tak macam cikgu?"

"Kenapa dia bukan harimau macam cikgu?"

Satu per satu soalan diajukan kepada Cikgu Wan. Habis berpeluh Cikgu Wan dibuatnya.

⭐⭐⭐

Semua orang tertanya-tanya dengan perhubungan dua 'beradik' itu. Masing-masing melihat gelagat Cikgu Wan dan Khairil Ihsan.

"Kau rasa, diorang adik-beradik ke?" tanya Farah Yasmine kepada Iskandar.

"Ermm... Tak tahulah. Aku tak yakin," balas Iskandar.

Cikgu Wan yang duduk di depan kelas, menikmati coklat manis. Begitu juga dengan Khairil Ihsan. Coklat apa yang Cikgu Wan makan, coklat itu juga Khairil Ihsan makan.

"Cara diorang makan coklat pun sama," kata Siti Zulaikha.

Cikgu Wan mengeluarkan buku pameran pakaian dalam. Begitu juga dengan Khairil Ihsan.

"Diorang pun suka buah dada besar!" kata Farah Yasmine terkejut.

"Dasar adik-beradik miang," kata Hasbi selamba.

Fatin Shahirah berpendapat. "Dah macam drama perpisahan adik-beradik pula."

Farah Yasmine memandang Fatin Shahira yang duduk di belakangnya. "Maksud kau?"

"Mungkin suatu ketika dahulu, satu peperangan terjadi. Ibu bapa diorang dibunuh sebab peperangan tu. Akibat serangan musuh, Cikgu Wan mesti suruh Khairil lari selamatkan diri. Khairil pun lari. Cikgu Wan pula serang habis-habisan. Tanpa disangka, Cikgu Wan jatuh ke dalam sungai lalu dibawa hanyut. Akhirmya, mereka berpisah untuk jangka masa yang lama," terang Fatin Shahira yang pengaruh drama dan filem.

"Pengaruh TV betul," kata Zulhilmi, dingin.

"Rasanya, benda tu mustahil," kata Iskandar, hambar.

⭐⭐⭐

Seusai sahaja sesi pembelajaran, kelas dijadikan arena perlawanan antara Cikgu Wan dan Khairil Ihsan, seperti dijanjikan. Meja disusun bebentuk segi empat, dijadikan sempadan arena. Danial Nabil dan Niratcha turut menyaksikan perlawanan itu bersama para pelajar.

"Baiklah, kita tetapkan peraturan perlawanan. Sesiapa yang keluar dari sempadan gelanggang ni, dikira kalah," kata Puteh Nur sebagai pengadil perlawanan.

"Okey kalau macam tu. Lagipun, saya nak tambah satu lagi," balas Cikgu Wan.

"Apa dia?"

"Semasa perlawanan tadi, kalau salah satu cederakan pelajar dekat sini, dikira kalah juga."

"Baik, setuju. Ada bantahan."

Semua senyap sahaja.

"Baiklah, kita mulakan perlawanan... sekarang," kata Puteh Nur.

Tidak sempat memulakan apa-apa gerakan, tangan kanan Cikgu Wan dipotong dalam sekelip mata. Semua orang terkejut dengan serangan pantas itu.

"Apakah?" kata Iskandar terkejut sakan.

Khairil Ihsan mengeluarkan ekornya di belakang badan.

"Dia pun berekor?" kata Zulhilmi bertambah terkejut.

Cikgu Wan melihat ekor Khairil Ihsan yang panjang. Dia berubah angin. Warna bulunya berubah menjadi hitam. "DARI MANA KAU DAPAT EKOR TU HAH???"

Puteh Nur mencelah perbualan, memberi penerangan. "Sebenarnya, kami dah tahu kelemahan kamu. Kamu sebenarnya akan menjadi lemah apabila menelan sesuatu bahan kimia."

Kelemahan Cikgu Wan #16
Terdedah selepas menelan bahan kimia

"Semasa kamu nak tumbuhkan mana-mana bahagian yang terpotong, pergerakan kamu akan jadi lambat."

Kelemahan Cikgu Wan #17
Terdedah selepas penjanaan semula

"Kamu begitu senang hendak marah..."

Kelemahan Cikgu Wan #2
Cepat marah

"...walaupun kamu selalu kelihatan tersenyum."

Kelemahan Cikgu Wan #18
Wajah mengeras dengan senyuman sahaja

"Kami tahu semuanya tentang kamu," kata Puteh Nur, sinis.

Iskandar yang mendengar penjelasan itu terasa terpegun. Pisau getah di tangannya digenggam lemah. Mustahil dia tahu semuanya. Kalau macam ni, kami tak ada peluang nak bunuh cikgu. Tapi, kenapa aku rasa macam kecewa, desis hati Iskandar.

Khairil Ihsan menyerang Cikgu Wan lagi. Cikgu Wan mengelak serangan ganas itu.

Tidak semana-mana ekor Khairil Ihsan dibelah. Khairil Ihsan terkejut. Begitu juga dengan Puteh Nur.

"Tak mungkin!" kata Puteh Nur terkejut.

Cikgu Wan menunjukkan pisau getah milik Iskandar tadi.

"Haha... Khairil Ihsan kan macam cikgu juga. Lemah dengan senjata macam ni. Jadi, cikgu ambil pisau yang Iskandar pegang tadi," terang Cikgu Wan, sinis.

Dengan pantas, Cikgu Wan membalut tubuh Khairil Ihsan dengan bulunya yang luruh lantas mencampak Khairil Ihsan keluar dari gelanggang. Bukan keluar dari gelanggang sahaja, malah keluar dari kelas terus. Cikgu Wan memandang Khairil Ihsan.

"Jangan risau! Bulu tu takkan mencederakan kamu. Tapi sayangnya, kamu dah keluar dari gelanggang. Bermakna kamu kalah dan tak boleh bunuh cikgu," kata Cikgu Wan kepada Khairil Ihsan.

Khairil Ihsan tidak dapat terima kekalahan itu. "Tak mungkin! Aku takkan kalah!"

Pelajar baru itu terus berlari ke arah Cikgu Wan, cuba menyerang.

Bang! Peluru suntik mengenai tubuh Khairil Ihsan.

Puteh Nur mengambil Khairil Ihsan lalu mendukungnya. "Minta maaf sebab kekecohan tadi. Apapun, tahniah sebab menang."

Lelaki berhoodie putih itu berjalan keluar dari kelas.

"Nanti!" kata Cikgu Wan cuba menghalang lalu memegang bahu lelaki itu.

Tangan Cikgu Wan menjadi cair sebaik menyentuh jaket putih yang dipakai Puteh Nur.

"Apakah?" Cikgu Wan terkejut.

"Ini jaket kalis cikgu. So, don't touch me," balas Puteh Nur. "Minta diri dulu."

Puteh Nur melangkah keluar dari kelas sambil mendukung Khairil Ihsan.

⭐⭐⭐

Keesokannya, Cikgu Wan menjadi malu setelah apa yang terjadi kelmarin. Dia menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya.

Kelemahan Cikgu Wan #19
Malu selepas kejadian serius

"Haih, dah tua-tua pun nak malu juga ke?" kata Sharanya mengeluh.

"Bukan apa. Cikgu rasa salah cakap waktu tu," balas Cikgu Wan segan.

"Oh, macam ni ke? 'Dari mana kau dapat ekor tu hah???'," celah Najwa Mufida dengan wajah selamba dingin.

"Jangan ungkit ayat tu!"

"Jadi, cikgu waktu dulu manusialah ya," kata Najwa Mufida.

"Cikgu bagitaulah. Kami kan anak murid cikgu juga," kata Hasbi seperti tidak sabar.

Cikgu Wan mengeluh. "Yela. Yela. Cikgu bagitau. Sebenarnya, cikgu... buatan manusia."

Semua pelajar 5F dingin, tiada reaksi.

"Reaksi apakah yinihh? Kamu sepatutnya terkejut," kata Cikgu Wan pula yang terkejut sendiri.

"Kami tak faham sebenarnya," kata Zulhilmi selamba.

"Apakah?"

"Apapun, kami rasa, kami kekurangan lagi," kata Ilman Faiz.

"Haah, kami sebenarnya dah rancang nak jumpa Cikgu Danial nanti," kata Immanuel.

Seketika kemudian pada waktu rehat, satu kelas berjalan mendekati Danial Nabil yang asyik menikmati hidangan di bawah pokok.

"Cikgu Danial," panggil Ilman Faiz.

Danial Nabil melihat anak muridnya berkumpul di depannya. "Ya, ada apa ramai-ramai ni?"

"Kami sebenarnya nak minta cikgu ajar kami lebih lagi," kata Immanuel.

"Sebab kami macam dah jauh ketinggalan dari yang lain, macam Alif, Ruby dan Khairil. Diorang boleh serang Cikgu Wan, tapi kami tak boleh," kata Ilman Faiz pula.

"Kami tak nak orang lain bunuh Cikgu Wan. Biar kami sendiri bunuh dia," celah Siti Zulaikha merayu.

Nampaknya, mereka dah berubah jadi lebih semangat. Tengok reaksi wajah diorang memang diorang betul-betul nak, desis hati Danial Nabil kagum.

"Baiklah, cikgu akan ajar lebih lagi. Kali ni, lebih kasar lagi," kata Cikgu Wan tersenyum sinis.

"Baik, cikgu!" balas mereka yang berkumpul.

"Okey. Sekarang, panjat tali ni sampai atas pokok," arah Danial Nabil menunjukkan tali disalut dengan minyak yang diikat pada dahan pokok.

"Baik!" Mereka di situ mencuba memanjat biarpun kerapkali jatuh kerana licin minyak.

Cikgu Wan hanya bersantai di atas dahan pokok sambil memerhati anak murid memanjat pokok. Buku terkandung perempuan seksi dibacanya dengan wajah kucing.

#vote

Continue Reading

You'll Also Like

85.2K 11.5K 162
Di sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan...
67K 5.3K 61
° ᴬ ᴹᴬᴸᴬᵞ ᶠᴬᴺᶠᴵᶜ ᶠᴿᴼᴹ ᴿᴬᵁˢᶻᵞᴰᴬᴵ ° in which his whole existence is a labyrinth. cover made by my best buddy: @cryingat5am Publish : 30/12/2019 End :11...
16.5K 1K 20
Adif Hazrael. Terpaksa berpisah dengan keluarganya sejak kecil demi menjaga maruah keluarga. Penampakan demi penampakan yang menganggunya menghilang...
33.1K 2.4K 91
🌺 Amazing cover by @azleyanaa_ Kau percaya dengan takdir? Kau manusia biasa, lemah, tapi ditakdir menjadi pahlawan. Boleh kau bayangkan? Better kau...