Untuk Sekali lagi ©️

By ashafarmin

1.3M 55.2K 2.6K

Dia sentiasa mengejar cinta lelaki itu. Baginya lelaki itu adalah anugerah cinta yang sangat berharga untukny... More

🍭Prolog USL
🍭 USL 01
🍭 USL 02
🍭 USL 03
🍭 USL 04
🍭USL 05
🍭USL 06
🍭USL 07
🍭USL 08
🍭USL 09
🍭USL 10
🍭USL 11
🍭USL 12
🍭USL 13
🍭USL 14
🍭USL 15
🍭USL 16
🍭USL 17
🍭USL 18
🍭USL 19
🍭USL 20
🍭USL 21
🍭USL 22
🍭USL 23
🍭USL 24
🍭USL 25
🍭USL 26
🍭USL 27
🍭USL 29
🍭USL 30
🍭USL 31
🍭USL 32
🍭USL 33
🍭USL 34
🍭USL 35
🍭USL 36
🍭USL 37
🍭USL 38
🍭USL 39
🍭USL 40
🍭 USL 41
🍭 USL 42
🍭 USL 43
🍭USL 44
🍭 USL 45
🍭 USL 46
🍭 USL 47
🍭 USL 48
NEXT STORY

🍭USL 28

23.1K 988 49
By ashafarmin

" Mak ngah tak kira! Thakif kena bertanggungjawab dalam hal ni." Kata Julia dengan suara yang lantang

" Ju..kita kena siasat dulu perkara ni. Jangan main tuduh tanpa bukti. Mana tahu ada orang yang mahu menganiaya budak berdua ni. Kesian mereka." Bicara Encik Husin pula. Wajah Thakif yang tertunduk sedari tadi dia pandang. Riak Thakif sukar dibaca sejak tadi. Anaknya pulak tak henti-henti menangis. Jujurnya hati tuanya agak kecewa dengan kejadian itu.

" Tergamak angah buat benda terkutuk ni. Apa ibu nak beritahu pada Sufi nanti?" ucap Puan Norlela dengan pipi yang masih basah dengan airmata.

" Ibu.. ampunkan angah. Tapi sungguh, angah langsung tak ingat apa-apa. Please, ibu. Bagi angah peluang siasat benda ni." Lemah. Dia tak dapat terima hakikat yang dirinya melakukan perbuatan terkutuk itu dengan Maria.

" Nak siasat apa lagi? Benda dah terang lagi bersuluh yang kau tu dah tidur dengan Maria. Aku tak kira Thakif. Kau kena kahwin juga dengan Maria. Jangan malukan aku! Cukup-cukup la budak Sufi tu pernah buat hal, kau pulak menambah lagi." sampuk Hajah Jannah dengan marah.

Thakif meraup muka dengan kasar. Dia serabut! Satu benda pun dia tak boleh nak hadam sekarang. Dia pandang Taufik yang sedari tadi diam. Memberi isyarat mata agar lelaki itu membantunya untuk keluar dari masalah ini. Mahu saja dia melempang muka Maria yang sedang menangis teresak. Meluat! Perasaan benci terhadap perempuan itu meluap-luap.

" Cuba Yaya cerita dekat ayah.. macam mana Yaya boleh masuk bilik bang Ngah?" soal Encik Husin dengan lembut.

" Yaya nak hantar charger yang Yaya pinjam je. Baru Yaya nak keluar, tiba- tiba abang tarik tangan Ya. Lepas tu.." Maria menekup mukanya kemudian menangis teresak-esak.

" Kau suka atau tak.. aku nak kau kahwin dengan Maria secepat yang mungkin. Faham?" celah Julia menambah perasa.

Thakif tersenyum sinis. Entah kenapa dia berasa lucu dengan situasi yang dia hadapi sekarang. Dia ibarat seorang pesalah yang sedang dijatuhkan hukuman. Tiada siapa yang tampil untuk menyokongnya waima keluarganya. Masing-masing lebih selesa mendiamkan diri.

" Walau apa pun terjadi angah tak akan kahwin dengan perempuan ni. Muktamad!" jawab Thakif mempertahankan diri.

Taufik mengeluh perlahan apabila mendapat isyarat mata dari ayahnya lantas dia bangkit menarik tangan Thakif untuk mengikutnya.

" Tu nak pergi mana? Jangan nak lari! Taufik! Nak bawa Thakif ke mana tu!" jerkah Hajah Jannah.

" Jangan siapa-siapa pun masuk!" jerkah Taufik buat pertama kalinya. Dia tidak mahu ada yang menganggu perbualan antara dia dan Thakif. Ada kemungkinan adiknya diperangkap sebab dia kenal Thakif macam mana. Tak mungkin Thakif akan buat begitu.

" Kau duduk!"

" Cakap elok-elok tak boleh ke!" marah Thakif kembali. Dah lah tengah stress lepas tu kena pula jerkah banyak kali. Ini boleh mendatangkan marah!

" Kau ni.. Aku baru nak berlakon. Haih, spoil betul lah kau ni."

Thakif tepuk dahi. Apa benda lah dia ni. Situasi tengah tegang kot boleh pulak mamat ni meraban tak tentu hala.

" Kau pasti ke yang kau tak tidur dengan Maria?" soal Taufik dengan nada serius kembali.

" Sumpah! Aku langsung tak ingat apa-apa. Malam tadi lepas aku minum air coklat yang aku buat tu terus aku rasa sakit kepala sangat. Aku ingat lagi yang aku ada bilik dah get ready nak tidur then aku dah tak ingat apa-apa." Jelas Thakif.

" Tapi ngah.. cuba kau tengok ni." cadar yang mempunyai sedikit tompokan darah ditunjukkan kepada Thakif.

" Kalau betul ada orang nak aniaya kau. Bukti ni tetap menunjukkan yang kau dengan Maria dah bersama. Dalam erti kata lain, kau dah ragut maruah dia ngah."

" Aku tahu! Tapi ni bukan salah aku! Aku yakin ini semua Maria punya angkara. Long, kau kena tolong aku. Aku tak sanggup nak bayangkan kalau Sufi tahu pasal benda ni. Mesti remuk hati dia."

" Kau jangan risau. Aku akan tolong kau. Buat masa ni kita kena rancang betul-betul. Sufi tak boleh tahu tentang ni lagi." Kata Taufik.

" Apa rancangan kau?"

" Serahkan segalanya pada aku." Kata Taufik lagi. Dalam kepala bermacam rancangan yang dia rangka untuk mengelakkan Thakif kena kahwin dengan Maria, sepupu mereka itu. Harap-harap segalanya dipermudahkan untuk mereka rungkai masalah ini.

🎀🎀🎀

Sufi tersenyum gembira apabila dia sudah sampai ke kampung. Tak sabar nak jumpa kesayangan! Dari malam tadi hati dia rasa seperti ada yang tidak kena tapi dia cuba untuk tidak melayan perasaan tersebut sebab dia perlu fokus dengan pemanduan. Usai salam diberi, terus saja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Aneh! Kenapa sunyi saja rumah ni. Mana pergi semua orang? Tak kan tak dengar kot suara dia bagi salam. Dia masuk meletakkan beg ke dalam bilik kemudian mengangkat kaki menuju ke dapur untuk minum air. Langkahnya terhenti apabila menangkap perbualan seseorang di dapur.

" Maria jangan risau. Mama akan pastikan yang Thakif tu bertanggungjawab dengan perbuatan dia."

Sufi agak tertarik dengan topik yang dibincangkan. Dalam diam dia memasang telinga.

" Macam mana kalau Maria mengandung, ma? Maria takut."

Pap! Berderau jantung Sufi mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Maria. Dia cuba memahami apa sebenarnya yang dbualkan oleh Maria dan Puan Julia.

" Thakif minta masa kan. Dia kena selesaikan dulu hal dia dengan Sufi. Itulah kamu, siapa suruh kamu masuk dalam bilik Thakif? Dah tahu Thakif tu lelaki.. lelaki mana nak tolak ikan depan mata dia."

Sufi memegang dada. Ya Allah, apa yang dah jadi ni? Abang Akif dengan Maria terlanjur ke? Kenapa semua orang diam dan tak beritahu aku? Banyak pertanyaan yang berlegar di kepalanya. Dia mahukan jawapan tapi pada siapa dia harus bertanya sementelah keluarganya sendiri merahsiakan perkara ini dari pengetahuannya.

" Sufi?"

Sufi menoleh kearah suara yang memanggilnya lembut.

" Ibu.." Sufi terus memeluk Puan Norlela. Tahan Sufi.. Jangan menangis depan ibu.

" Kenapa ni? Rindu ibu ke?" belakang Sufi diusap kasih.

" A'ah.. rindu sangat dengan ibu. Sufi cari semua orang tapi tak ada. Sufi ingat ibu dah tinggalkan Sufi." Katanya manja. Dia tarik tangan Puan Norlela menuju ke ruang tamu. Segera dia merebahkan kepala di ribaan ibunya itu.

" Mana boleh ibu tinggal Sufi. Kan dah janji nak pergi rumah pak lang sekali." Rambut Sufi yang lepas bebas diusap.

" Mana abang Akif?" soal Sufi tiba-tiba. Dia nampak mata sembam ibunya itu.

Puan Norlela menahan rasa apabila nama Thakif disebut Sufi. Masih terngiang-ngiang lagi perbuatan anaknya itu. Biarpun Thakif berusaha menafikan yang dia tidak bersalah namun perasaan kecewa itu tetap masih ada. Mungkin dia memerlukan sedikit waktu kerana dia juga percaya yang anak lelakinya itu tidak akan membuat sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang yang dia sayang.

" Angah dengan Along dah gerak dulu ke rumah pak lang. Kak Miaa ada dekat bilik, tengah tidurkan Anim."

" Ayah?"

" Ayah dengan pak ngah keluar tadi. Ibu pun tak tahu pergi mana."

" Ibu.." panggil Sufi. Dia mahu bertanyakan sesuatu tetapi dia teragak-agak.

" Ada masalah ke? Nak cerita dekat ibu?"

Sufi tersenyum pahit.

" Tak ada apa. Saja nak panggil ibu sebab Sufi kan rindu sangat dengan ibu. Baru je kena tinggal sehari dah rindu dekat ibu." Jawab Sufi. Dia menutup mata. Menahan diri dari menangis. Tak mampu lagi untuk bertentang mata dengan si ibu. Kuatkan hati aku ini, Ya Allah. Mungkin ada sebab kenapa tak ada sesiapa pun yang memberitahunya perihal Thakif.

" Ibu sayangkan Sufi. Ibu minta maaf sangat." Kata Puan Norlela dengan mata yang sudah merah. Dia tidak tahu yang Sufi yang disangka telah terlena mendengar apa yang diucapnya.

Dari jauh Puan Julia dan Maria sudah tersenyum sinis. Rancangan mereka untuk buat Sufi tahu tentang hal malam tadi berjaya! Ingat mereka senang-senang nak ikut arahan daripada Encik Husni yang tidak mahu Sufi tahu langsung tentang Thakif dan Maria? Jangan harap! Awal-awal lagi mereka sudah merancang dengan rapi. Sengaja mereka berbual di dapur konon-konon tidak sedar keberadaan Sufi. Biar Sufi dengar segalanya. Biar Sufi tarik diri untuk terus berada disamping Thakif. Puas hati mereka!

🎀🎀🎀

" Kak Sufi dah makan?" soal Tariq.

Sufi tersenyum sambil mengelengkan kepala. Dari tadi dia menolong mak langnya sampai tak sempat dia nak makan. Lagipun hati tengah sedih, dia langsung tak terasa nak makan walaupun lauk semua nampak sedap dan menyelerakan.

" Kejap acik pergi ambilkan." Baru saja berkira-kira nak bangun, lengannya terlebih dahulu dipaut Sufi.

" Tak payahlah. Sufi tak lapar." Kata Sufi menahan rasa. Allahu, sebaknya hati aku ni. Aku tak tahu nak berhadapan dengan mereka macam mana lagi.

" Acik.." panggil Sufi. Entah kenapa dia mahukan kepastian biarpun dia sudah tahu apa yang terjadi. Jauh disudut hati dia harap apa yang dia dengar adalah salah.

" Apa yang berlaku pada abang Akif dengan Maria betul ke terjadi?" soalannya membuatkan Tariq yang sedang minum terbatuk kecil.

" Macam mana.."

" Sufi terdengar perbualan mak ngah." Jawab Sufi mencelah pertanyaan Tariq. Hilang terus panggilan 'kak' yang selalu digunakan.

" Benda masih belum pasti." Sedaya upaya Tariq mahu menjaga hati Sufi. Dia tahu pasti hati Sufi remuk gila. Nak-nak dia nampak sudah ada airmata yang bergenang di tubir mata wanita itu.

" Macam mana dengan abang Akif?" soal Sufi.

" Dia pun tengah kecewa. Tengah serabut. Tapi Sufi jangan salah faham. Acik ada jumpa bukti yang angah tak bersalah. Acik ada jumpa sisa serbuk ubat perangsang dalam minuman angah."

" Jadi semua orang ambil keputusan tak nak beritahu Sufi pasal ni?"

" Semua untuk kebaikan Sufi."

Sufi memejam mata. Dia menyapu airmata yang sudah jatuh ke pipi.

" Then, acik teruskan berpura-pura tak tahu yang Sufi dah tahu hal ni." Kelibat Thakif yang dari jauh sudah mara ke arahnya membuatkan Sufi sedikit gelisah. Dia tidak tahu macam mana nak berhadapan dengan Thakif saat ini.

" Acik pergi ambilkan makanan. Kak Sufi berbual dulu dengan angah. Mesti kak Sufi rindukan angah." Usik Tariq cuba menceriakan suasana. Dia juga tidak sanggup terus berada disitu. Melihat wajah terluka wanita itu bagaikan membuatkan hatinya turut sama sakit.

" Nanti balik dengan abang." kata Thakif memberi arahan.

Sufi pandang Thakif.

" Bukan tadi Maria kata nak tumpang abang?" soal Sufi. Dia tidak sanggup nak tengok Maria yang sedari tadi tidak habis-habis mahu menarik perhatian Thakif. Asyik menempel macam ulat bulu hilang kaki.

" Tinggal je dia. Tak penting pun. Kerja nak menyibuk je." Thakif memandang Sufi. Rasa rindu membuak-buak bercampur-aduk dengan perasaan bersalah kepada Sufi.

" Abang ada apa-apa nak beritahu Sufi?" nugget yang dihulur oleh Thakif digigit sedikit. Berusaha untuk berlagak selamba seolah dia tidak tahu apa-apa.

" Nothing.. abang cuma rindukan Sufi."

" Kalau rindu Sufi, kenapa tak langsung tak call? Sufi tunggu tahu tak ! Abang buat apa sampai langsung tak ingat dekat Sufi?" soal Sufi dengan nada yang tertahan. Dia tidak mahu menaikkan suara kepada lelaki itu.

" Abang minta maaf. Actually, abang tak berapa sihat, itu yang abang tak pegang langsung telefon." Jawab Thakif beralasan.

Tipu! Jeritan itu hanya mampu diungkap dalam hati. Anak mata Thakif ditenung tepat.

" Abang tak sayang Sufi.." kata Sufi tiba-tiba. Dia mengaduh sakit apabila dahinya dijentik oleh Thakif.

" Apa kata macam tu. Kan dah kena." Dahi Sufi yang dijentik tadi, dia sentuh lembut. Jentik sikit pun dah merah!

" Betul lah. Kalau sayang kenapa abang buat Sufi macam ni? Abang tahu tak abang dah kecewakan Sufi? Dah sakitkan hati Sufi tanpa abang sedar? Sufi ni siapa pada abang?" luah Sufi dalam emosi.

Thakif pandang Sufi yang sudah bertukar mendung. Dia mahu berterus-terang tapi dia takut Sufi terluka.

" Okey.. abang minta maaf. Memang salah abang. Janganlah marah. Please.." pujuk Thakif.

" Belanja Lobster. Baru Sufi pertimbangkan rayuan abang."

" Bukan kata Lobster. Sufi nak apa.. semua abang boleh bagi. Syaratnya, Sufi maafkan abang. Boleh?"

" Urmm.." Sufi meletakkan jari dibibir. Berpura-pura berfikir. Kemudian dia tersenyum hingga menampakkan lesung pipitnya.

" Kenapa sayang abang ni comel sangat? Geramnya abang..macam nak kunyah-kunyah." Pipi Sufi dipicit manja.

Sufi ketawa. Hilang sekejap rasa duka dihati. Berganti dengan bahagia yang selalu dia rasa apabila bersama Thakif.

" Kita kahwin nak?" soal Thakif tiba-tiba membuatkan Sufi terkedu.

" Abang ni merepek apa?" soalan dijawab dengan soalan oleh Sufi. Mahu tahu apa yang ada dalam kepala Thakif padahal waktu dia utarakan soalan yang sama, lelaki itu lebih memilih untuk berdiam diri.

" Abang nak tunaikan impian Sufi."

Sufi mengerut dahi. Tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Thakif.

" Ingat tak  Sufi pernah cakap yang Sufi nak jadi isteri abang? Sufi tak nak siapapun rampas abang kan? Nak jadi isteri yang pertama dan terakhir untuk abang."

Bergenang airmata Sufi dengan kata-kata Thakif. Tapi nanti abang akan kahwin dengan Maria! Abang akan tinggalkan Sufi!

" Abang ingat?"

" Apa pulak abang tak ingat."

" Sufi ingat abang tak akan ingat sebab waktu tu kan hanya Sufi saja yang menggedik. Abang asyik tayang muka tak ada perasaan saja 24 jam." Dalam terharu sempat Sufi memerli.

Thakif ketawa kecil. Hilang sekejap masalah bila berborak dengan Sufi. Tapi dia tak dapat nafikan bertimpa perasaan bersalah kepada Sufi kerana menyembunyikan apa yang telah terjadi antara dia dan Maria.

" Abang.." panggil Sufi tiba-tiba.

Thakif pandang Sufi sambil menjungkitkan kening.

" Nothing." Putus Sufi. Sufi akan tunggu abang beritahu Sufi sendiri. Tapi tolong jangan lama sangat. Sufi takut Sufi tak kuat!

Maria dari jauh hanya mengetap bibir dengan rasa geram tatkala melihat kemesraan Sufi dengan Thakif. Perasaan marah dia membuak-buak. Kau tengoklah Sufi. Tak lama pun kau boleh senyum macam itu. Thakif akan jadi milik aku! Dan aku tak akan biarkan kau bahagia.

..ToBeContinue..

Continue Reading

You'll Also Like

2.5M 62.7K 88
Dua hati disatukan tanpa ikatan cinta. Bukan paksaan keluarga. Bukan kerelaan hati. Tengku Ammar Mukhriz mengahwini Nur Rania Erynna tanpa mengenal...
276K 15.9K 52
Adwa Sofea dan Aakiff Muhammad Cliche! Do. Not. Read if you Hate Grammatical Errors and Typos
323K 15.1K 67
(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan...
569K 23.6K 67
[Previously known as Hello Miss Novelist] "Kenapa saya Faiq?" "In the first time I see you, saya tahu, you're my destiny" Hanya pertemuan kali pert...