KATARSIS

Bởi wanieizan

3.8K 168 33

FIRAS AMSYAR, seorang remaja 17 tahun. Hidupnya biasa sahaja seperti remaja 17 tahun di luar sana, sedang men... Xem Thêm

Author's Talk
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11

BAB 4

231 11 2
Bởi wanieizan

- FIRAS -

Aku menaiki tangga bangunan blok B dengan langkah longlai. Hala tuju aku ialah ke kelas 5 Al-Farabi. Sepanjang aku bersekolah, tak pernah lagi aku jalan dengan bersemangat ke kelas. Siapa je suka pergi sekolah? Beritahu aku? Dah lah kena bangun awal pagi dengan mengantuknya lagi. Tapi mengantuk tu salah aku, pagi tadi aku tidur pukul 3, lepas balik dari lepak dengan Red dan Akid. Nak buat macam mana, aku ni night person. Seorang yang aktif di waktu malam. Kan bagus kena pergi sekolah waktu malam. Fokus lah juga aku belajar. Tapi tak semua macam aku. Ada yang manusia yang 'wajib' tidur tepat pukul 10 malam, orang itu adalah Nik.

Aku tak tahu macam mana dia boleh tidur on time. Itu sebab mata dia selalu bercahaya macam lampu kereta. Aku pernah cuba cara dia, tapi 2 jam aku termenung pandang siling. Banyak kali aku bergolek-golek atas katil tapi tetap tak boleh tidur. Akhirnya aku bangun dan study. Yes, aku study. Jangan ingat aku lahir je terus pandai. Aku ada usaha juga. Berbalik cerita tidur tadi, mula-mula aku ingat mungkin aku mengalami insomnia. Tapi bila difikirkan balik, selepas balik dari sekolah aku terus tidur sampai azan Asar. Selepas solat Asar, aku sambung tidur sampai azan Maghrib pula. Aku tahu tak elok tidur selepas azan Asar jadi jangan ikut tabiat aku. Oleh itu, 'waktu rehat' aku adalah pada waktu siang. Kadang-kadang aku tertidur di dalam kelas ketika cikgu mengajar dan aku pastikan cikgu takkan perasan. Aku tak nak lah buat cikgu kecil hati bila tengok anak murid dia tidur ketika dia bersungguh mengajar. Tak berkat ilmu, tak pasal-pasal aku fail SPM.

Langkahku terhenti seketika apabila terselisih dengan seorang gadis berambut panjang yang diikat ekor kuda, di tengah koridor. Aku ke kiri ingin berjalan melepasi gadis itu, pada masa yang sama gadis itu turut ke kiri. Dia ke kanan, aku juga ke kanan. Dia yang dari tadi menunduk kepala, mendongak pandang aku. Pandangan kami bersabung. Awkward. Aku sebagai lelaki gentleman memberi ruang kepadanya untuk meneruskan langkah.

"Thanks" Ucap si gadis ketika melepasi aku. Aku abaikan dan sambung berjalan. Mata aku menangkap sosok tubuh seorang lelaki berbangsa india di tepi koridor. Dia tersenyum manis tenung aku. Sudah, sejak bila dia berdiri kat situ?

"And that's how I met your mother, son." Sam jalan beriringan dengan aku. Aku mencebik. Dah agak dia akan kata macam tu. Malas nak layan.

"Are you gay?" Soalan Sam membuatkan aku pandang dia dengan muka tak percaya.

"What the heck?"

"No lah, sepanjang I kawan dengan you, I tak pernah nampak you shy-shy cat dengan mana-mana girl. Bukannya takde girl yang nak kat you,bro. Banyak, beratur! Tapi you ignore je, macam tadi. Sometimes, I confuse dengan you punya sexual orientation." Balas Sam selamba.

Kesitu pulak mamat ni. Disebabkan aku tak tunjuk sebarang tarikan pada perempuan dia cop aku sebagai gay. Aku ada je perempuan yang aku suka, tapi macam tu je lah. Usha dari jauh, tapi takde lah sampai nak meluahkan perasaan. Aku tak rasa nak memiliki dan dimiliki buat masa ni. Cewahh...

"Listen,Samuel. Aku nak kau ingat sampai kau mati. Nama aku, Firas Amsyar Bin Rasyid. Gender, male. Sexual orientation, heteroseksual. Aku tertarik pada perempuan dan bukannya lelaki. Faham?"

Sam mengangguk kepala. "Understood"

Sampai sahaja di kelas 5 Al-Farabi, kami terus masuk ke dalam. Suasana hingar bingar dengan suara para penghuni kelas ini. Ada yang duduk dalam bulatan, ada yang merayau-rayau dan mengusik orang lain. Dari jauh aku nampak sekumpulan lelaki sedang rancak berbual di tempat duduk Akid. Helai tawa mereka boleh dengar sampai ke luar. Melihat air muka Akid yang masam mencuka, aku dapat agak apa yang mereka bualkan. Aku tersengih. Mesti borak pasal hal pagi tadi.

"Hero-hero dah sampai!" Jerit Lee apabila nampak aku dan Sam sedang berjalan ke arah mereka. Semua yang berada di kelas pandang kami. Eii...kepala mangkuk ni.

"Diam lah." Marah aku. Ja' yang duduk di tempat aku (disebelah Akid) bangun, memberi tempat untuk aku. Dia kemudian hanya berdiri di tepi. Di depan aku ada Red, sedang duduk diatas meja milik rakan sekelas aku yang tak sampai lagi. Di sebelahnya pula, ada Lee dan diikuti Sam. Diorang selalu lepak sini waktu pagi, sebelum kelas mula. Kadang-kala rakan sekelas aku yang lelaki selalu jugak join kami berbual, kalau ada topik yang best.

"Aku ingat aku je paling bodoh, rupanya Kid 2 kali ganda bodoh." Ujar Ja' disusuli gelak tawanya. Tak habis lagi cerita pasal tu.

"Dah lah tu,gila. Kang Kid merajuk, siapa nak pujuk? Kesian dia." Kata Lee. Akid tunjuk jari. Lee balas balik dengan menolak bingkai tengah cermin matanya menggunakan jari tengah.

"Aku mana tahu istilah dadah ni semua. Aku bukan macam Red." Tutur Akid sambil menjeling Red. Kini, giliran Red pula mengangkat jari tengah. Kami tergelak. Bukan kami tak tahu yang Red pernah ada 'sejarah' dengan dadah. Eh, jangan salah sangka, dia bukan penagih. Cuma Red pernah cerita kat kami, ketika berumur 9 tahun. Abang sulungnya yang seorang penagih dadah mempelawa Red hisap benda terlarang tu. Dia yang ketika itu tak tahu apa-apa menurut sahaja. Kesimpulan kami, Red ni pernah hisap dadah.

Tiba-tiba entah dari mana datangnya Danish, rakan sekelas aku, berdiri di antara Lee dan Sam. Kedua-dua belah lengannya melingkar pada bahu mereka berdua.

"Guys..." Dia bersuara perlahan. Perhatian kami terus tertumpu pada dia.

"...aku dengar korang cerita pasal dadah." Dia sambung. Kami saling berpandangan.

"Why?" Sam soal. Danish menggerakkan jarinya, menyuruh kami rapat sedikit dengannya.

"Apa yang aku cerita ni...jangan bagi tahu sesiapa tau." Danish bercakap perlahan. Masing-masing mempamerkan muka serius sebelum mengangguk setuju. Saspens betul. Danish mendehem sebelum memulakan kata.

"Hari tu, Cikgu Rohana ada buat spotcheck kat kelas 5 Alba..." 5 Al-Battani kelas yang terakhir. Budak-budak kat sini panggil 'Alba' sebagai ringkasan bagi 'Al-Battani'.

Cikgu Rohana pula ialah guru disiplin. Cikgu tu memang terkenal dengan sikap garangnya. Rotan dia besar nak mampus. Sekali kena, terus insaf. Aku pernah kena sebab kantoi ponteng kelas. Alhamdulillah, aku tak insaf pun. Red,Ja' dan Lee dah selalu kena rotan sebab kantoi merokok dalam tandas. Tapi diorang ni kebal. Esok lusa buat lagi. Gila.

"...secara spesifiknya spotcheck beg geng Ameng. Korang tahu lah kan, geng Ameng buasnya macam mana. Itu yang Cikgu Rohana selalu spotcheck beg diorang." Kami mengangguk faham.

'Ameng and the gang' gelaran yang cukup popular kat sekolah. Ameng dan dua orang rakannya nakal macam setan. Troublemaker. Semua benda jahat diorang dah buat. Setiap kali perhimpunan, mesti muka diorang je muncul. Selalu kena sebat kat atas pentas oleh pengetua. Apa yang tak boleh blah, mereka akan tayang muka kerek kat atas pentas. Alah...muka acah-acah gangster, sengaja nak tunjuk taring depan junior. Ramai jugak lah junior kecut perut dengan diorang. Tetapi, dalam bangga tunjuk taring, ada seorang je yang boleh hilangkan taring mereka. Orang itu ialah Lee. Setiap kali mamat cina bermata empat ni lalu depan diorang, automatik berubah jadi anak kucing.

"Masa tu turn Haikal bertugas, so dialah check kan beg diorang. Tengah check beg Ameng, tiba-tiba dia jumpa white board marker dalam pencil case Ameng." Bersungguh Danish bercerita.

"So? Pen marker je pun." Ucap Lee. Dia macam malas nak dengar Danish bercerita.

"Dengar lah dulu,manusia. Aku tak habis cerita lagi." Danish marah, tak suka orang mengganggu dia bercerita.

"Lepas tu apa?" Ja' kelihatan tak sabar mendengar sambungannya. Danish kembali serius sebelum membuka mulut.

"Bukan sebatang je, tapi banyak-"

"Nak hadiah kat cikgu lah tu. Apa yang pelik?" Aku pula memotong. Danish bengkek. Matanya tajam menikam mata aku. Aku menongkat dagu sambil tersenyum sumbing, sengaja nak kacau. Lambat sangat nak sampai klimaks.

"Eh,diam lah. Nish, sambung." Akid pula bersuara. Dia pun fokus dengar cerita mamat ni. Aku dengar acuh tak acuh je.

"Haikal pelik lah kenapa diorang bawa marker banyak-banyak. Dia diam-diam buka dan tengok dalam marker tu ada ketulan-ketulan macam garam. Bukan kat beg Ameng je, beg geng dia pun ada. Aku rasa..." Danish merapatkan mukanya ke depan

"...tu lah orang panggil 'ice'." Ujarnya perlahan. Kami saling berpandangan. Kalau betul apa yang Danish fikir, tahniah! kat sekolah ni dah ada kes dadah.

"Kawan kau tu tak report kat cikgu." Lee menyoal. Danish menggeleng kepala.

"Tak. Kau gila? Tak pasal-pasal geng Ameng tunggu dia kat luar pagar. Ameng dah pandang tak puas hati bila Haikal check beg dia. Tapi dia rasa Ameng tak perasan yang dia dah check marker tu." Kami jeda seketika. Berat topik ni, berat.

"Kenapa diorang bawak benda tu kat sekolah? Nak hisap kat sini ke? Gila lah, sekolah kita mana pernah ada kes dadah." Ujar Akid.

"Apa bangang na hisap dadah kat sekolah. Baik hisap kat tempat tersorok. Benda dadah ni mana boleh buat main. Kena tangkap, terus ke tali gantung wo. Tak sempat nak merasa indahnya perkahwinan." Ja' dah mula melalut.

"Aku tak rasa diorang bawa benda tu sebab nak hisap kat sekolah." Red yang dari tadi diam bersuara. Kami serentak pandang dia. Aku rasa aku dapat agak apa yang Red fikir.

"Maksud kau?" Akid soal.

"Aku rasa kat sekolah ni ada-"

"Tokan?" Aku potong Red. Dia mengangguk setuju.

"Yes. Drug dealer a.k.a tokan atau pusher, in case siapa yang tak tahu." Red mengerling Akid. Akid mencebik. "Aku tahu lah. Ingat aku bodoh sangat ke?"

"Kalau tokan, siapa? Orang luar ke?" Soal Danish sambil pandang Red, mengharapkan jawapan.

"Kalau nak senang dan selamat, diorang guna budak sekolah. Lagipun budak sekolah lagi jujur buat kerja dari orang besar. 'Barang' terjual tapi duit tak nampak." Mereka mengangguk faham mendengar penjelasan Red.

"So Ameng tokan dadah lah sekarang ni? Tu baru lah gangster." Sempat Lee berseloroh.

"Iye ke dia tokan? Entah-entah dia buyer. Muka Ameng aku tengok sekarang dah macam penagih." Lancar Ja' melontarkan kata.

"Kalau bukan dia, siapa? Geng dia?" Danish tanya soalan yang tiada siapa mampu jawab. Dia ni...kitorang kata tak tahu, tak tahu lah. Dok tanya soalan yang sama.

Akid tiba-tiba mengangkat tangan kirinya. Mukanya serius sambil mengurut dagu bagaikan sedang berfikir. Aku menjeling dia. Ha mula lah tu...

"Aku tahu siapa." Dia seakan sudah mendapat idea. Muka bangga dipamerkan. Tanpa disangka dia bangun dengan pantas dari kerusi lalu jari telunjuknya berada tepat ke muka Red.

"KAU!!" Jerit Akid macam orang gila. Bergema suaranya di kelas ini. Suasana sepi seketika, semua di situ memandang dia sekejap sebelum kembali berbual sesama mereka. Dah biasa dengan perangai dia. Red merenung Akid dengan muka bengang, tidak lama itu dia mengeluh. Penat ada member masuk air macam Akid. Dia turun dari meja. Geseran antara kaki meja dan lantai konkrit menghasil bunyi yang agak bingit. Disebabkan itu, Akid beracah-acah tersentak dan berundur setapak, tiba-tiba dia membuka kekuda. Bersedia untuk berlawan dengan Red. Kami yang lain hanya memerhati Akid yang sedang berada di dalam dunianya.

Bunyi bingit dari geseran antara kerusi kayu dan lantai simen membuat aku berkerut. Siapa pula main seret kerusi ni. Nak bangun, bangun lah elok-elok. Aku menoleh ke arah punca bunyi itu. Seorang lelaki berkulit putih melepak merenung tajam kami sambil berdiri. Di atas mejanya penuh dengan buku latihan dan buku rujukan. Semua yang berada di kelas ini menumpukan perhatian kepadanya.

"Korang boleh diam tak?" Marahnya. Aku mengguling mata ke atas sebelum beralih memandang tempat lain. Malas nak tengok mamat bernama Najwan ni. Dia jenis beremosi sikit, semua benda nak marah dan tak pernah senyum. Orang buat lawak, dia tak gelak pun. Pendek kata dia tak sporting. Mana ada orang suka dia dan dia pun tak nak berkawan dengan sesiapa. Pagi-pagi dia datang sekolah, duduk kat tempat dia and terus buka buku,study. Sampai balik sekolah macam itu je. Anti-sosial agaknya.

"Sorry Wan" Akid meminta maaf sambil tersengih hambar.

"Kau tahu tak kat kelas ni semua orang tengah study. Kau boleh buat benda lawak bodoh pulak kat sini...." Marah Najwan. Mata aku meliar memandang semua yang berada di situ. Aku lihat tidak ada satu buku pun di atas meja mereka. Jadi si Wan ni seorang je study.

"....Tolong sedar diri kau tu. Aku tak tahu apa yang membuatkan kau layak duduk kat kelas ni. Kau sepatutnya duduk kat kelas hujung dengan kawan-kawan bodoh kau ni. Bengap, takde masa depan." Berdesing telinga aku mendengar apa yang keluar dari mulut Najwan. Aku memandang dia tajam sambil mengetap rahang. Akid kelihatan terkesima apa yang didengari. Dia seakan mati akal ingin membalas kata. Sam ke depan, menghadap Najwan.

"Sorry lah, kalau kehadiran kitorang kat kelas ni buat you tak selesa...but don't underestimate us, brother." Tenang sahaja Sam bersuara. Najwan mencebik mendengar apa yang keluar dari mulut Sam.

"Brother? Siapa brother kau? Bapak aku tak kahwin dengan mana-mana keling." Terpempan kami semua mendengar kata-kata Najwan. Tidak lama kemudian, suasana menjadi huru-hara dengan bisikan suara pelajar-pelajar kelas 5 Al-Farabi.

"Seriously? That's so rude..."

"Eee...rasis"

"Dia memang macam ni."

Aku pasti Najwan dengar kutukan mereka, tapi Najwan masih menayangkan muka tidak bersalah. Reaksi itu lah membuatkan aku panas hati. Aku mengepal penumbuk, rahang diketap. Ja' mula hilang sabar. Dia datang ke arah Najwan, tangannya laju menarik kolar uniform Najwan ke depan mukanya. Tubuh dan kekuatan Ja' yang lebih besar berbanding Najwan membuatkan Najwan terdorong ke depan dan menjengket sedikit. Tetapi Najwan masih lagi beriak tenang.

"Aku ingat mulut aku je yang paling 'kotor' kat sekolah ni, tak sangka ada lagi 'kotor' dari aku." Dingin Ja' bersuara. Matanya membulat merenung ke anak mata Najwan. Tiba-tiba Najwan tersenyum mengejek lalu menghamburkan carutan. Wajah Ja' merah, urat-urat kecil mula timbul di sekitar dahi.

"Ja' " Lee yang duduk dengan tenang di sebelah Red bersuara dingin. Dia bangun dari kerusi. Melihat Lee, Ja' melepas kolar uniform Najwan dari genggamannya.

"Jom blah.Tak payah buang masa lah layan orang macam ni." Ujar Lee lalu berjalan keluar dari kelas. Langsung tidak bertentang mata dengan Najwan. Aku tahu dia bengang, tapi tak nak terikut dengan emosi. Tapi aku risau juga, Lee ni bukan boleh percaya pun. Aku harap balik sekolah nanti, takde apa-apa yang berlaku pada Najwan.

"Ciou dulu, Fi" Ucap Red yang berdiri didepan aku. Aku hanya mengangguk faham. Red berjalan ke arah Sam dan Ja'. Kedua lengannya merangkul bahu dua orang rakannya'. "Sorry Wan, kacau kau nak study." Sempat Red meminta maaf sebelum mereka bertiga keluar.

Selepas itu, suasana menjadi tegang. Najwan masih berlagak tenang sambil membetulkan tali lehernya yang sudah longgar. Kemudian dia duduk di tempatnya kembali seperti tiada apa yang berlaku.

"Pandai je lebih, tapi adab zero."

Bersilih-ganti sindiran oleh rakan-rakan sekelas aku. Tapi, macam biasa. Mamat ni abaikan kritikan tersebut. Dasar muka tembok.

Najwan menangkap pandangan tajam Akid. "Apa?"

Akid mendengus. "Aku tak kisah kau nak cakap aku bodoh, bengap. Tapi kau hina kawan-kawan aku, aku tak boleh terima." Najwan mencebik. Melihat reaksi Najwan membuatkan aku menarik nafas panjang, menyejukkan hati yang panas menggelegak.

"Kid, baik kau duduk tempat kau dan buka buku. Banyak lagi kau kena belajar. Baru lah layak duduk kelas ni, takdelah rasa diri kau tu outsider."

"Outsider?" Berkerut dahi Akid. Najwan tersenyum sinis.

"Kau tak pernah rasa ke diri kau tu macam outsider. Yelah, kau sorang je bodoh kat sini, rasa macam...tak layak. Oh ya, outsider tu maksudnya 'orang luar' just in case kau tak faham." Angkuh Najwan menjawab. Akid mengetap rahang.

"Aku tahu lah, gampang. Kau jangan riak sangat. Nanti bila-bila masa je tuhan tarik kepandaian kau." Keras Akid memberi amaran. Najwan tergelak kecil.

"Jadi ustaz pulak-"

"Outsider?" Pantas aku potong Najwan. Aku tenung dia tajam. Reaksi dia berubah ke 180 darjah bila aku bersuara. Tiada lagi senyuman sinis yang menyakitkan hati. Dia turut membalas renungan aku dengan penuh benci. Bukan apa, aku sebenarnya musuh dia, bagi dia lah. Bagi aku,tak. Aku tak pernah anggap dia musuh ke apa. Maksud aku, dia nobody. Aku cuma tak suka dia dan dia tak layak untuk aku jadikan sebagai musuh. Lagi satu...sebab dia benci aku agak childish sikit, so aku macam tak ambik peduli.

Aku masih lagi duduk bersandar di kerusi. Aku juga dapat merasakan ada mata-mata yang memandang. Mamat Najwan ni kena kasi sedas, baru aku puas hati.

"Ada ke orang suka kau? Ada ke orang nak borak dengan kau? Ada ke orang nak berkawan dengan kau?Boleh bagitahu aku, siapa?" Aku tenung Najwan sesaat sebelum menoleh memerhati wajah setiap orang manusia di dalam kelas ini.

"Ada tak? Cuba angkat tangan siapa sebenarnya ada crush dekat si hanat ni. Suka attitude dia ke? Suka budak pandai macam dia ke? Suka borak dengan dia ke?" Selamba aku menyoal rakan sekelas aku. Mereka saling berpandangan dan tiada siapa pun yang mengangkat tangan. Aku tersenyum senget sebelum kembali menoleh ke arah Najwan. Mamat ni mengetap bibir menahan marah.

"Wan, we all get along pretty well except you. Akid yang kau panggil bengap ni pun kitorang selesa berkawan. Tak de lah pulak mamat ni jadi outcast."

"Betul tu, we don't give a damn lah pasal gred dan tahap kepandaian masing-masing. Kau je melebih-lebih." Bella menyampuk. Mereka semua mengangguk tanda setuju. Fawwaz pula bersuara

"Kau pandai, Wan. Sangat pandai. Tapi attitude kau buat kitorang tak selesa. Honestly, we don't even like you." Suasana jeda seketika. Najwan pula terdiam seribu bahasa, tak mampu membalas kata. Tanganku menongkat dagu sambil melihat wajah Najwan.

"Kau dengarkan apa yang diorang kata? Jadi...kau rasa siapa outsider sekarang ni?"

Najwan, aku kenal sejak tahun lepas ketika kami di tingkatan 4, duduk di satu kelas yang sama. Aku dengar sebelum ni dia selalu dapat tempat pertama di dalam kelasnya. Semua cikgu bangga dengan dia sebab dia antara pelajar yang memperoleh keputusan terbaik PT3. Bukan sahaja cikgu, dia juga bangga dengan dirinya sehingga nampak orang disekelilingnya bodoh. Aku rasa itu sebab dia takde kawan, dia rasa orang lain tak setaraf dengan dia dan tak layak berkawan dengannya. Tidak lama kemudian, kami di tingkatan 4. Tempat pertama yang selalu dia duduk selama ni dirampas oleh aku. Aku takde niat pun nak merampas, aku cuma jawab exam macam biasa. Oleh itu, dia bengang dengan aku dan jadikan aku sebagai pesaing dia. Pada awalnya aku tak kisah pun, aku anggap itu satu persaingan sihat.

"Aku nak 'tempat' aku balik. Jangan ingat kau boleh duduk situ lama-lama."

Ayat tu keluar dari mulutnya setiap kali exam. Dramatik sungguh. Macam biasa, aku tak kisah dan tak tercabar langsung. Tetapi, sikapnya yang sombong, riak, dan kedekut ilmu membuatkan aku nak kekalkan nama aku pada tempat pertama. Agak childish kan?

••••••••••••••••••••

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

102K 21.7K 67
Arc(9)-Arc(14)+Real World+Extra အာဏာရှင်ကုန်းvsနတ်ဘုရားရှို့
187K 4.2K 102
*NOT FINISHED* I'm tired of fighting...... AMORA!" My uncle yells while i'm trying to open my eyes. I'm sitting in a the corner of the house with he...
15.3K 1.1K 20
စာအခုမှရေး‌တာဖြစ်တဲ့အတွက် အရေးအသားညံခဲ့သည်ရှိသော်တောင်းပန်ပါတယ်နော်။ Started Date-10.5.2024 Friday
28.3K 671 11
Izuku Midoriya, formerly known as Yagi experienced hell Ever since he was 4 and was diagnosed as Quirkless his life turn 180 degree School sabotaged...