HANZ Season 2: Misi Mengubah...

By AqiemsXY

12.6K 490 75

Kisah Hanz belum berakhir lagi. Ini musim kedua, empat tahun dah berlalu, drama apa lagi yang akan berlaku? B... More

Karakter - Karakter
2. HAW 2 (Minimun 🔞)
3. HAW 1 & 2 (*Side Story*)
4. HAW 3
5. HAW 4
6. HAW 4 (*Side Story*)
7. HAW 5
8. HAW 6
9. HAW 7
10. HAW 8
11. HAW 9
12. HAW 10
13. A.XY nak story
14. HAW 11
15. HAW 12 (FINAL)
Akan Datang!

1. HAW 1

1.3K 30 0
By AqiemsXY

Semakin ramai orang berkumpul di dalam masjid. Suasana juga boleh di katakan meriah. Aku mula mengorak langkah menuju ke tempat duduk yang telah di sediakan untuk ku. Semua memandangku dengan senyuman yang mekar.

Sampai sahaja di tempat dudukku, tok kadi mula berbincang sesuatu dengan seorang lelaki yang boleh dikatakan agak tua di pandangan ku. Mungkin dalam lingkungan 60-an? Ya, kut.

Tok kadi mula membacakan sesuatu dengan panjang lebarnya. Mungkin ini yang mereka katakan khutbah sebelum akad nikah. Selesai sahaja dia membaca setiap ayat yang ada di kertas yang di pegangnya itu, dia mula berbicara kepadaku, "Kamu dah bersedia?"

Aku mengangguk sekali. Tapi bersedia untuk apa? Seorang pak cik yang aku katakan sebentar tadi mula mengambil alih tempat tok kadi buat seketika.

"Betul, kamu dah sedia?" soal pak cik itu.

"In sha Allah," kataku lalu memberikan senyuman kepadanya.

"Baiklah. Bismillahhirrahman nirrahim. Adam Mirza Nadhir Hanz bin Safiy," katanya.

"Saya."

"Aku nikahkan dikau dengan anakanda ku......." nama yang disebutnya itu kurang jelas di pendengaran ku. ".... dengan mas kahwinnya 350 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya....." nama siapa yang aku sebut ni? ".... dengan mas kahwinnya 350 ringgit tunai."

"Sah?" soal pak cik itu.

"Sah!" sahut saksi - saksi yang berada di situ dengan serentak.

"Allahu akbar!" sambung tok kadi pula lalu membaca doa. Disaat tok kadi membaca doa, aku menoleh ke satu susuk yang sedang duduk bersimpul bersebelahan dengan mak aku. Satu senyuman ku berikan kepadanya. Senyuman ku di balas dengan senyuman yang lebih mekar. Sungguh wajahnya kabur dipandanganku, tapi aku masih dapat melihat senyuman di bibirnya.

"Thank you..." gerak mulutku tanpa suara bila memandang wanita tersebut.

TTTTRRRRINGGGGG!

Alarm di telefon ku berdering dengan lantangnya. Aku membuka mataku sedikit lalu mencapai telefon yang ada di atas meja tepi katil. Dalam pandangan yang agak samar, aku memeriksa waktu yang tertera di skrin telefon. Enam pagi. Dah masuk waktu subuh.

Mimpi? Hebatnya mimpi aku.

Aku menoleh memandang satu susuk di sebelah ku, senyuman manis ku ukir sebaris. Aku memusingkan tubuh ku ke arahnya. Tubuhnya ku hampiri. Wajahnya ku pandang lama.

Mungkin disebabkan pandangan ku itu, dia terus terjaga. Perlahan - lahan matanya di buka, satu senyuman dia berikan kepada ku. "Awalnya bangun. Tidur lah lagi," katanya lalu memeluk pinggang ku.

"Mmmm... Dah masuk waktu subuh. Bangun, solat," kataku ringkas sambil membalas pelukannya itu.

"Kejap lagi lah. Lima minit," pintanya.

"No...... jom bangun," ajakku. Aku cuba meleraikan pelukannya itu. Namun tidak berjaya, disaat diriku di tarik semula masuk ke dalam dakapannya.

"Ala, beb. Lima minit jer, lepas tu aku janji terus bangun," katanya lagi sambil memberikan wajah kesian.

"Ok, ok..." aku mengalah. Satu ciuman dia berikan ke bibirku. Lalu tersenyum. Aku membalas senyumannya itu.

Setelah menjalinkan hubungan bersamanya selama setahun lebih, rasa sayang terhadapnya semakin menggunung. Walaupun salah, tapi aku tetap melakukan perkara ini.

"Tup mata tu," kata Wafiy padaku. Pelukannya dikuatkan lagi.

Macam mana aku boleh bersama Wafiy? Semuanya bermula selepas tragedi empat tahun lepas, disaat aku berduka, buntu apa yang harus aku lakukan selepas di malukan di hadapan orang ramai, Wafiy hadir membantu ku (Dari segi fizikal dan mental). Mengenai kisah empat tahun lepas tu, aku tak berdendam pada Aril, cuma aku kecewa dengan tindakannya yang drastik tatkala amarah mula menguasai dirinya.

Selain daripada itu, kalau korang ingat, aku berhenti dari meneruskan kuliahku pada tahun kedua ku di universiti tersebut. Jadi, aku tak sempat graduate. Kelulusan tertinggi aku pula, hanya diploma. Nak cari kerja memang susahlah. Kebetulan pula masa tu, Wafiy baru - baru lagi graduate dan merancang nak buka kafe sendiri. Dengan ilmu serta duit yang dia ada (anak orang kayalah katakan), tertubuhlah sebuah kafe yang dinama sebagai All Cultured Cafe dan aku di ambil bekerja di sana.

Bila setiap hari bekerja bersama, rasa kasih dan sayang mulalah hadir di dalam diri kami berdua. Begitulah ceritanya. Cringe tak cringe, ketepi punya kisah.

.

.

.

"BETUL ke macam ni caranya, Hanz?" soal Yun keliru. Matanya masih sibuk menelek buku resepi milik Wafiy. "Aku rasa macam tak betul lah, Hanz. Kau tengok dalam gambar ni, warnanya hijau terang, tapi apa yang aku buat ni, hijaunya pudar je....." sambungnya lagi.

"Eh, budak ni. Memanglah hijaunya tak terang kalau tak letak pewarna hijau, macam mana nak terang. Aduh Yun," balasku lalu menepuk dahi. Hari kedua kerja dekat kafe ni, dah buat orang pening. "Engko ni, aku cucuk juga mata tu kang. Dah terang dan nyata dalam resepi tu cakap letak lima titik pewarna hijau. Nak harapkan warna dari daun pandan ni, takkan hijau punya. Dari tadi tengok resepi, kau boleh tak nampak part warna tu?" soalku bengang. Kenapalah Wafiy suruh aku ajar si Yun ni masak hari ni. Dah lah aku punya tahap kesabaran sejak dua menjak ni, dah berkurangan.

"Eh, mana?" soalnya lagi lalu menelek resepi itu sekali lagi. "Ha'ah lah, aku baru perasaan dia suruh letak pewarna hijau," katanya lalu mencari pewarna hijau di kabinet pewarna makanan. "Tak yah lah nak marah. Kau tau kan aku kalau masuk hal memasak ni, lembab sikit. So, kau mesti banyak bersabar masa mengajar aku, bro," sambungnya lagi.

Aku memberikan wajah menjengkelkan padanya. "Tu lah kau, bapa bukan main ada syarikat megah bagai nak rak tapi tak nak kerja dekat sana. Apasal?"

"Bukan tak nak tapi aku tak suka sangat kerja dekat sana. Bosan gila wei, duk depan komputer sembilan jam sehari. Kau rasa, tak kejung bontot ni dibuatnya? Lagi - lagi, setiap hari aku mesti hadap abang tiri aku yang menjengkelkan tu, ada jek yang dia tak puas hati dekat aku ni. Cukup lah aku rasa semua tu, masa jadi intern dulu. Itu pun terpaksa tau. Kalau tak kenangkan permintaan mak aku tu, tak mahunya aku kerja sementara dekat sana," bebel Yun sambil gaul adunan kuih ketayap tersebut.

Hmmm... Aku pandang Yun lama. "Aku rasa abang tiri kau nak jadi CEO syarikat bapa kau kut sebab tu dia suka cari masalah dengan kau. Kau kan anak sulung, anak pertama Dato Rashid." Kirakan, Dato Rashid ni kahwin lagi, dengan janda. Janda tu ada dua orang anak, yang pertama kerja dengan Dato Rashid, yang kedua pula tengah tanam anggur dekat rumah (baru graduate dua bulan lepas).

"Obviously, Hanz. Nampak sangat dia tu gila harta. Sebab tu aku tak suka sangat abang tiri aku tu," katanya lalu memberikan wajah bengang seribu bengang kepada aku. "Dahlah, malas aku nak cakap pasal dia. Buat sakit hati je. Ni, lepas ni nak buat apa?" soal Yun menunjuk adunan di atas meja itu.

Aku mengeluh. "Di atas kuali leper yang dah panas, tuangkan sesenduk adunan ketayap. Goyangkan kuali tersebut dalam bentuk bulatan, supaya adunan rata dan cantik. Masak sehingga adunan menjadi kering di bahagian atas," kataku.

"Kau buat lah. Aku tak reti."

"Kau nak kerja sini ke tak? Kalau tak, tak yah buat. Aku suruh Wafiy pecat kau hari ni juga. Kalau nak kerja sini, baik buat," ugut ku.

"Masalahnya sekarang, aku minta kerja dekat sini sebagai seorang pelayan , bukan tukang masak," keluh Yun

"Kau ingat kafe ni banyak tukang masak? Wafiy dengan Niel je yang masak, ok. Aku handle bab buat air dan layan tetamu. Tia pula memang dah kena khas kan jadi casher. Kau tau dia kalau bab duit ni, memang terbaik. Sebab tu, kau pekerja baru kena bagi dua tugas, memasak dan layan tetamu. Memasak tu hanya bila Wafiy tak ada jek. Faham?"

"Kenapa tak kau je yang masak, biar aku je yang handle bab buat air dan layan tetamu," balasnya lalu tersenyum. Aik, dia pula yang bagi arahan aku patut buat apa? Aku siku juga budak ni kang.

Aku senyum balik. "Sekarang ni siapa bos?" soalku ringkas

"Wafiy," jawabnya sepatah.

"Tu bos satu, aku bos kedua. Jadi kau mesti dengar cakap aku. Dah jangan banyak cakap, cepat buat," arahku.

"Ih, bossy nya," katanya perlahan. Sesenduk adunan di tuangnya ke dalam kuali leper tersebut.

"Kau cakap apa?"

"Tak ada apa," balasnya ringkas. Sesekali, Yun menjelingku tidak puas hati tapi laju - laju mengalihkan pandangannya ke kuali semula tatkala aku menjelingnya balik.

Selang beberapa minit, seseorang melangkah masuk ke dalam dapur. Aku menoleh bila terdengar bunyi tapak kasutnya. Wafiy. Aku tersenyum. "Tu bos besar dah datang," kataku pada Yun.

Yun terus gelabah mengangkat kulit ketayap yang dah siap and act cool like nothing horrible happen. Horrible as in kebingungan yang melanda dirinya sebentar tadi.

"Hai beb, how was it?" soalnya padaku. Matanya sibuk memandang kuali leper tersebut. Senyuman dia berikan kepada Yun.

"Ok. Ada bongok moment sikit je lah tadi," balasku. Yun memandangku lalu menjelingku lagi. Wajah tak puas hati diberikannya.

"It's ok. Baru second day kerja. Still banyak lagi benda yang dia perlu belajar. Slow - slow je. Take it easy," katanya lalu memeluk pinggangku.
Yun perhati je tapi kepala di angguknya dek kata - kata Wafiy sebentar tadi.

"Get a room," kata Yun buat - buat batuk. Wafiy tersenyum je.

"Ok lah beb, aku tukar baju jap. Karang aku ambil alih ajar Yun pula," katanya perlahan lalu gerak ke bilik kerjanya.

"Nice, tak yah lah kena bebel oleh mak cik seekor ni," bisik Yun pada dirinya sendiri tapi aku masih dapat dengar.

"Kau panggil aku apa?" Aku mendekatkan telingaku pada Yun. Buat - buat tak dengar jap.

"Panggil apa, apa? Aku tak cakap apa - apa pun," elak Yun. "Eh, Hanz. Dah lama aku nak tanya ni. Kau tak ada rasa nak berubah ke? Aku tengok kau dengan Waf macam bahagia je, tapi kau tahu benda tu salahkan."

"Entah lah, Yun. Tipulah kalau aku kata aku tak nak berubah. Cuma tu lah, mungkin belum tiba masanya lagi. Lagipun, aku sayangkan dia. Dia banyak bantu aku dalam masa empat tahun ni. Tanpa dia, mungkin aku tak ada dekat sini sekarang," jawabku sambil memandang ke arah pintu laluan ke bilik kerja Wafiy.

"Urghh... meremang bulu roma aku dengar. Seram," balas Yun lalu menggigilkan badanya sedikit.

"Kepala hotak kau seram." Eee, aku siku betul dia ni kang. "Dahlah, malas aku nak layan kerenah kau ni. Aku kedepan dulu, siapkan cepat kuih ni."

"Ya."

Aku terus keluar dari dapur dan pergi ke working area aku, tak jauh dengan kaunter. Tia aku pandang sekali, sibuk beno layan customer.

"Ini bakinya," katanya pada customer perempuan yang baru habis membuat pesanan di kaunter pembayaran. Macam pernah tengok perempuan ni.

"Dia pesan apa?" soalku.

"Watermelon Juice dan Lava Cake," kata Tia dalam sibuk menulis sesuatu ke atas sekeping kertas.

Aku mengangguk perlahan.

Beberapa minit kemudian, apabila selesai menyediakan pesanan customer tersebut, aku terus membawa dulang berisikan Jus Tembikai dan Kek Lava ke meja dimananya berada.

"Lava cake," kataku dalam keadaan mulut tertutup dengan mask lalu meletakkan piring kecil berisikan kek lava dan aiskrim vanila. Aku memang akan tutup mulut aku (menampak mata saja) bila kerja dekat kafe ni. Sebab? Tak tahu. Merahsiakan identiti kut. "... and watermelon juice," sambungku lagi lalu meletakkan secawan jus tembikai.

"Anything else, miss?" soalku. Wanita tersebut memandangku lama. "Miss?"

"Ha? Oh, tak ada apa. Thank you," balasnya ringkas. Aku mengangguk sekali lalu mengorak langkah meninggalkannya sendirian. "Ummm, wait!" panggilnya.

"Yes?" soalku.

"Ummm... Awak Hanz kan?" soalnya teragak - agak tapi dengan penuh sopan.

"Ah?" Aku bingung. Macam mana dia tahu aku Hanz? Nama dekat baju aku lain kut - 'Mirza'.

"Awak Hanz kan?" soalnya lagi.

"Ah?" Aku masih keliru. Siapa dia ni? Macam mana dia tahu aku Hanz? Dia boleh kenal aku dengan melihat mata aku je? Ha?

Continue Reading

You'll Also Like

1.6K 99 6
Mengisahkan tentang pertemuan 2 orang lelaki OKU. Sorang bisu dan sorang lagi buta. Disebabkan masing-masing mempunyai masalah percakapan dan penglih...
8K 185 7
Last day (form 5) "Kau sebernanya suka aku kan irfan?" kata akmal "aku..aku.." irfan berlari menjuhkan dirinya dari akmal tanpa menjawab soalannya it...
389K 6.7K 62
"Ahhhhhhh..." Pertama kali dia hilang perawannya, Aiman tidak mahu berhenti. Dia mahu terus bersama lelaki itu kerana lelaki itu baginya adalah yang...
708K 22.7K 75
"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah...