Kelas DSB

farid5attar tarafından

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... Daha Fazla

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 5-PERHIMPUNAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN

236 37 7
farid5attar tarafından

Pagi yang indah, Iskandar dan Zulhilmi berjalan ke kelas.

"Iss! Emy!" panggil Ilman Faiz muncul di belakang mereka.

Dua pelajar itu berhenti berjalan lalu menoleh ke belakang, melihat presiden kelas mereka datang.

"Oh, Ilman. Selamat pagi!" ucap Iskandar tersenyum.

"Selamat pagi. Korang tahu tak kita ada pelajar baru?" soal Ilman Faiz.

"Pelajar baru? Siapa?" Zulhilmi keliru, tidak tahu tentang perkara yang dicakapkan.

Hanif mencelah perbualan, entah dari mana muncul. "Kita ada pelajar barulah."

Sekeping gambar pelajar baharu ditunjukkan.

"Nah, Cikgu Danial bagi gambar rupa pelajar baru tu," kata Hanif tersenyum malu.

"Wah, comelnya," kata Iskandar.

"Kan? Tak sabar nak jumpa dia!" kata Hanif seperti tidak sabar sungguh.

"Habis tu, tunggu apa lagi? Mesti dia dah tunggu dalam kelas," kata Zulhilmi turut tidak sabar.

Sebaik mereka memasuki kelas, Siti Zulaikha dan Zafina Shahira sudah berada di dalam kelas, berdiri menghadap sebuah kotak hitam.

"Benda apa tu?" soal Zulhilmi kehairanan.

Mereka yang hadir di situ, mendekati kotak aneh itu.

"Apa benda ni?" soal Hanif kehairanan.

Tiba-tiba, sebuah skrin memaparkan seorang gadis berwajah dingin.

"Selamat pagi. Saya Unlimited Bullet Machine dari Yokohama, Jepun. Selamat berkenalan," kata robot itu, dingin.

Mereka di situ terpinga-pinga manakala Hanif ternganga luas. Hanif pengsan dengan senyuman kecil.

"Ku sangkakan gadis rupawan. Rupanya, gadis robot rupanya," kata Hanif, pasrah.

⭐⭐⭐

Para pelajar belajar dengan tekun. Iskandar masih ingat penerangan yang dibuat Danial Nabil pagi tadi tentang gadis robot itu.

"Itulah pelajar baru kita semua. Dengan kepantasan yang dia ada, kita mungkin dapat membunuh sasaran kamu ni. Semoga berjaya."

Farah Yasmine menepuk bahu Iskandar dari sebelah, mencuri pandangan lelaki itu. Dia berbisik. "Awak rasa, apa yang robot tu boleh buat?"

"Entahlah. Cikgu Danial kata, dia pantas," balas Iskandar.

Tanpa disangka, robot yang berupa kotak itu mengeluarkan senjata merbahaya; dua shotgun dan empat machine gun. Para pelajar terkejut dengan senjata itu.

"Apakah?" Iskandar terkejut.

Serta-merta, peluru dilancarkan ke arah Cikgu Wan secara rambang. Para pelajar 5F terus menundukkan kepala. Cikgu Wan mengelak setiap peluru dengan lebih pantas.

"Dua senapang laras. Empat senjata jentera. Hmm... Boleh tahan," kata Cikgu Wan.

Sebutir peluru dilepaskan ke arah kepala Cikgu Wan. Cikgu Wan dengan pantas memukul peluru tersebut hanya dengan batang kapur. Robot itu berhenti menembak.

"Pengiraan selesai. Sedia untuk tahap kedua," kata robot itu sambil membuat analisis.

Sekali lagi, tembakan dilepaskan. Cikgu Wan mengelak setiap peluru. Kapur yang dipegang sekali lagi memukul sebutir peluru. Hakikatnya, tembakan dari robot itu mengenai jari Cikgu Wan. Para pelajar terpegun. Robot itu berhenti menembak lalu membuat pengiraan.

"Apakah?" Cikgu Wan sendiri terkejut. "Tak sangka, dia boleh tembak pada titik buta."

Seusai tamat pembelajaran pertama, pelajar terpaksa membersihkan peluru yang dilepaskan oleh robot itu tadi.

"Haih, banyaknya kena bersihkan," keluh Zulhilmi memegang penyapu.

Kalau berterusan begini, lebih susah mereka hendak tumpu pada pelajaran. Masa Sejarah, peluru dilepaskan. Masa Ekonomi Rumahtangga pun, serangan dibuat. Boleh dikatakan, hampir setiap masa, robot itu menyerang. Pelajar lain tidak dapat tumpukan perhatian.

Kalau macam ni, kami tak dapat belajar apapun, desis hati Iskandar.

⭐⭐⭐

Keesokan hari, robot itu membuat analisis dan pengiraan. Sebaik sahaja dia dibuka, dia mendapati dirinya sudah diikat.

"Cikgu Wan, saya diikat. Boleh tak Cikgu Wan leraikan ikatan ni?" ucap robot itu.

"Err... Cikgu tak tahu nak leraikan ikatan tu la," kata Cikgu Wan pura-pura tidak tahu.

"Cikgu janganlah berpura-pura. Ni dah jadi cubaan mencederakan pelajar. Cikgu kena ikut perjanjian tu."

Tanpa disangka, sebiji pemadam dilontar ke arah robot itu.

"Itu kerja akulah! Aku ikat kau sebelum kau bangun. Kau tau, tak? Selama kau muncul dalam kelas ni, kami tak dapat belajar apapun! Kau fikir kau hebat? Tak payah belajar dah kira hebatlah? Kalau asyik pentingkan diri, lebih baik tak payah masuk kelas ni," bebel Zulfadlie.

Robot itu terdiam seketika. "Baik."

Skrin robot itu terpadam.

⭐⭐⭐

Malam yang hening di kelas 5F. Robot itu bersendirian tanpa peneman. Cikgu Wan muncul di depannya.

"Apa khabar, Unlimited Bullet Machine?" ucap Cikgu Wan.

Robot itu menyalakan skrin lalu melihat Cikgu Wan berada di depannya. "Khabar baik, Cikgu Wan. Kenapa Cikgu Wan datang malam-malam ni?"

"Oh, cikgu ada hadiah untuk kamu."

"Hadiah?"

Cikgu Wan menunjukkan kotak hitam. "Cikgu belikan kotak hitam baharu untuk kamu. Ada RAM lebih besar, sistem penyejuk dan memori lebih besar."

"Tak apalah, Cikgu Wan. Semua yang ada dalam tubuh saya ni dah cukuplah."

"Tak apa. Semua ni akan membantu kamu bunuh cikgu nanti."

Serta-merta, Cikgu Wan membuka bahagian belakang robot itu. Wayar-wayar jelas dilihat.

"Tapi kenapa?" Robot itu kehairanan. "Kenapa cikgu bantu saya sedangkan cikgu tu ialah sasaran saya?"

"Sebab kamu tu anak murid cikgu. Tugas seorang cikgu mestilah membantu anak murid belajar," kata Cikgu Wan sambil mengubahsuai sistem dalam badan robot itu.

"Oh, terima kasih... dan minta maaf tentang sebelum ni."

"Tak apa. Cikgu tak marah. Sekurang-kurangnya, kamu berusaha bunuh cikgu, tetapi janganlah mengganggu kawan kamu yang lain belajar."

"Mereka marah saya, cikgu."

"Itu sebab kamu pentingkan diri tanpa memikirkan tentang orang lain. Cikgu harap kamu tak macam ni lain kali."

"Baiklah, cikgu. Saya cuba."

⭐⭐⭐

Esok paginya, pelajar berkumpul menghadap robot itu yang kini lebih besar.

"Dia makin besarlah," kata Zulhilmi.

"Rasanya, dia mungkin ada senjata lebih dahsyat," kata Fauzi berpendapat.

Skrin robot itu terpapar luas. Wajah gadis dalam pada skrin itu jelas dilihat tersenyum. Jelas dilihat susuk tubuhnya juga.

"Selamat pagi, semua," ucap gadis robot itu, ceria.

Semua orang terkejut dengan sikap ceria robot itu.

"Selamat pagi, kelas," ucap Cikgu Wan muncul.

"Hai, Cikgu Wan!" ucap robot itu sambil melambai tangan.

"Err... Cikgu Wan. Apa yang Cikgu Wan dah buat?" soal Iskandar kebingungan.

"Cuma nasihat sahaja. Cikgu dah beli barang-barang pengubahsuaian untuk jadikan dia lebih baik. Dan sekarang..." terang Cikgu Wan.

Duit syiling 5 sen ditunjukkan.

"CIKGU TINGGAL LIMA SEN SAHAJA!" kata Cikgu Wan terkejut sendiri.

"Bertabahlah cikgu," pesan Farah Yasmine.

Zulfadlie memandang robot itu dengan wajah geram. "Jadi, lepas ni, kau nak tunjuk hebat lagi ke?"

Robot itu mengalihkan badan menghadap Zulfadhlie. Dengan penuh perasaan, dia berkata, "Maafkan saya. Saya tahu saya banyak buat silap dekat kamu. Maafkan saya."

Tanpa disangka, robot itu menangis berlatarkan hujan lebat.

"Kau dah buat dia menangis," kata Siti Zulaikha mencekak pinggang.

"Apa? Robot pun menangis?" kata Zulfadhlie terkejut.

⭐⭐⭐

Cikgu Wan mengajar subjek Sains di hadapan kelas.

"Baiklah, kelas. Bahagian mata yang mana yang menjadi titik buta? Siapa boleh jawab?" soal Cikgu Wan.

"Cheng. Cuba jawab tanpa tengok buku nota," panggil Cikgu Wan.

Cheng terkejut. "Eh, err..."

Mata Cheng tertumpu pada robot yang tempat duduknya tidak jauh darinya. Kaki robot tertulis jawapannya, retina.

"Oi! Mana boleh bagi jawapan!" kata Cikgu Wan geram.

Sememangnya robot itu sudah diprogram ikut Cikgu Wan. Maka, tidak hairan robot tahu apa yang Cikgu Wan suka dan sebaliknya.

⭐⭐⭐

Ketika rehat, robot itu menunjukkan karya lukisan kepada kawannya seraya bermain catur bersama Erfan Shafiq.

"Wah, cantiknya! Kau lukis sendiri," kata Fatin Shahirah memuji.

"Ya," balas robot itu.

Pandangan robot itu dibuang ke arah permainan catur. Dia gerakkan buah catur.

"Checkmate!" seru robot itu mengalahkan Erfan Shafiq.

Erfan Shafiq terkejut lalu meletakkan kepalanya atas meja, pasrah. "Tak sangka dah tujuh kali kalah dengan robot perempuan."

"Wah, tak sangka dia boleh buat semua benda," kata Farah Yasmine.

"Ya, sudah tentu. Dia dah macam cikgu," kata Cikgu Wan, bangga.

"Kau memang hebatlah!" puji Siti Sarah kepada robot itu.

"Tak ku sangka, aku sendiri yang ubahsuai dia dan akhirnya, dia makan populariti cikgu!" monolog Cikgu Wan, tidak dapat terima hakikat.

"Baiklah, kelas! Cikgu boleh buat muka cikgu macam orang juga," kata Cikgu Wan cuba menarik perhatian pelajar.

Cikgu Wan menukar wajahnya kepada wajah manusia.

"Nampak creepy dowh," kata Ilman Faiz tanpa perasaan.

Sebaik mendengar kata-kata itu, Cikgu Wan menumbuk papan hitam dengan perlahannya, merajuk. "Kamu cakap muka cikgu... creepy?"

Fatin Shahirah terfikir sesuatu. "Hmm..."

"Kenapa ni, Shira?" soal Iskandar.

"Nama dia agak panjanglah. Tak ada nama ringkasan ke?"

Mereka yang lain berfikir.

"Hmm... Dia kan robot?" kata Fauzi.

"Nama pula Unlimited Bullet Machine. Macam panjang sangat," kata Farah Yasmine.

"Dia dari Yokohama," kata Zulhilmi berfikir.

"Haa!" Fatin Shahira mendapat jawapan. "Ruby!"

"Ruby?" kata Iskandar hairan.

"Robot Unlimited Bullet Yokohama. R. U. B. Y. Ruby!"

Mereka yang mendengar, memahami. Masing-masing setuju tanpa bantahan.

"Baiklah, kami panggil kau, Ruby. Okey?" kata Farah Yasmine kepasa robot itu.

Robot itu mengukirkan senyuman manis. "Okey. Nama saya Ruby. Selamat berkenalan!"

Sementara itu, Niratcha muncul di bilik guru dengan solekan cantik. "Danny, jom dating!"

Danial Nabil berasa geram dengan nama manjanya itu. "Jangan panggil aku, Danny!"

"Alaa... Salah ke?" cebik Niratcha membuat wajah comel, cuba goda Danial Nabil.

"Kau nak goda aku ke?"

⭐⭐⭐

Ting!

"Avenger: Endgame sudah dimuat turun bersama sari kata melayu," kata Ruby, robot itu.

"Wah, filem baru ke?" kata Zulhilmi kagum.

"Tak la. Filem ni akan ditayang pada tahun 2019, 12 tahun dari sekarang. Tak salah kan selak masa depan?"

"Huhu... Macam best je!" kata Farah Yasmine teruja.

"Ni cetak rompak namanya," kata Iskandar, hambar.

#vote

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

28.4K 1.8K 34
Seorang guru disiplin telahpun mati pada 2 tahun lalu! Namun, sekolah terasa dihantui.. Dalam tempoh itu juga bilik disiplin terpaksa dipindahkan ker...
2K 284 24
Kisah si pemegang kuasa StoneCrystal bayang dan ketua asal Elementalist, Kai Vari. Dia bersama enam adiknya, hidup di Altar untuk mencuba pelbagai be...
306K 16.1K 37
Luz Arianna Alexandra Valerey seorang puteri dari sebuah kerajaan yang kehilangan ibu bapa sejak berumur 5 tahun. Kejadian yang menyebabkan Luz kehil...
55.6K 3.1K 27
SPM baru sahaja berakhir apabila puan pengetua dan guru-guru telah memaklumkan kepada para pelajar 5 Sains 1 berkenaan penglibatan mereka dengan prog...