[ EDITED VER. ] | One Chance...

By Qstnaafrn

44.1K 1.5K 39

[ 1st book ]✨ RE-EDIT TO A BETTER STORYLINE VERSION Qhairul Aqmal x Jannahtul Afyna Mardiah ❤️ "Aku sakit. A... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36

Bab 19

543 34 1
By Qstnaafrn


"𝔇𝔬𝔞 𝔱𝔦𝔡𝔞𝔨 𝔥𝔞𝔫𝔶𝔞 𝔪𝔢𝔫𝔤𝔲𝔟𝔞𝔥 𝔰𝔢𝔰𝔲𝔞𝔱𝔲 - 𝔦𝔱𝔲 𝔶𝔞𝔫𝔤 𝔪𝔢𝔫𝔤𝔲𝔟𝔞𝔥 𝔨𝔦𝔱𝔞. 𝔍𝔦𝔨𝔞 𝔨𝔦𝔱𝔞 𝔱𝔢𝔨𝔲𝔫 𝔪𝔢𝔫𝔠𝔞𝔯𝔦 𝔗𝔲𝔥𝔞𝔫, 𝔭𝔢𝔯𝔩𝔞𝔥𝔞𝔫 𝔡𝔞𝔫 𝔭𝔞𝔰𝔱𝔦, 𝔨𝔦𝔱𝔞 𝔪𝔢𝔫𝔧𝔞𝔡𝔦 𝔬𝔯𝔞𝔫𝔤 𝔶𝔞𝔫𝔤 𝔩𝔢𝔟𝔦𝔥 𝔟𝔞𝔦𝔨."



"Pergi tempat orang jangan nak memandai-mandai ya? Bawa adab dan agama dengan baik. Qhai percayakan By," pesan Qhai sambil tak lepas memeluk Ayana di hadapan pintu balai lepasan lapangan terbang.

Ayana ketawa kecil. Tahu lah ini pertama kali dia akan berhijrah ke tempat orang.

"Baik, Qhai. Qhai pun jaga diri tau. Sayang nyawa macam mana Qhai sayangkan By. Dah janji kan nak tengok By graduate?"

Qhai hanya mengangguk. Berat dia mahu membuka mulut menahan rasa pilu saat terpaksa melepaskan adiknya pergi jauh ke negara orang yang entah tak tahu macam mana tempatnya.

"Abang, bagi lah Fy peluk By pula," Terpaksa dia menolak lembut Qhai ke tepi.

Afyna di belakang pula mengambil peluang untuk memeluk Ayana sebagai tanda perpisahan sementara. Bukan main Qhai tak nak lepaskan adiknya sampai dia tak ada peluang nak ucapkan selamat jalan.

Selepas menghantar Ayana sehingga gadis itu selamat masuk ke dalam, mereka mulai beransur pergi.

"Ada nak pergi mana-mana?"

"Jom lah dating, abang. Dating kat supermarket. Nak kena beli barang dapur sikit," Disauk lengan Qhai dengan sorotan pandangan yang manja. Qhai ketawa mendengar tempat mereka ingin meluangkan masa.

Biasalah orang dah berkahwin memang akan sering ke tempat macamtu. Lainlah belum kahwin, bawa anak orang ke sana ke sini di tempat mahal-mahal.

#Donebitter #authorsingle

"Selalunya abang guna personal shopper je. Tak perlu pun nak susah-susah ke pasar untuk membeli."

"Ala Fy nak merasa pengalaman pertama pergi ke pasar as a wife. Boleh lah ya? Cari bahan untuk masak seminggu ni je. Lepastu kita pergi dating tempat lain,"

"Hm ye lah," Qhai tidak banyak songeh tentang hal ni. Dia bawa sahaja ke mana Afyna mahu pergi asalkan mereka berdua bersama sentiasa.

Pintu kereta dibuka sebelum Qhai masuk ke dalam perut kereta. Belum sempat Afyna mahu masuk, badannya seolah ditarik seseorang dengan kasar dan pantas.

"Ouch! Apa ni?! Sakitlah-... D-Daniel?"

"Oh jadi kau kat sini ya, sayang?" Daniel tersenyum senget. Memang rezeki dia dapat berjumpa dengan Afyma secepat ini. Setelah dia terlihat sesosok tubuh yang dikenali bersama seorang lelaki membuatkan hatinya bertambah berang dan panas.

Ada hikmah lah kenapa dia ringan kaki untuk hadir ke lapangan terbang setelah menghantar pemergian kawannya yang tiba-tiba ada kecemasan dan terpaksa pulang ke tanah air.

"Seronok lah ya dah musnahkan hidup orang lain?!"

Pang!

Terteleng wajah Daniel saat Afyna melempangnya kuat.

"Oi! Kau yang hancurkan hidup orang lain kau tak kira?! Jangan berlakon terpaling mangsa lah, Daniel! Kau sendiri merosakkan hidup diri sendiri!"

"Kurang ajar punya perempuan. Kau pun sama je! Curang juga dengan aku. Mak bapak kau kata kau kahwin dengan lelaki lain! Kalau kau tak curang macam mana kau boleh cari pengganti aku dengan secepat ini?! Jawablah woi!" herdik Daniel lagi dengan lantang.

Dia tidak kisah mata-mata yang sedang memerhatikan pergaduhan mereka di parking lot bawah tanah lapangan terbang.

Baru sahaja tangannya di angkat tinggi, kolar bajunya dari belakang ditarik dengan kuat oleh seseorang.

"Let go of my wife, bastard," bisik Qhai sebelum mencampakkan lelaki itu jauh daripada radius mereka. Afyna lantas menarik lengan Qhai untuk bergerak pantas pergi daripada sini.

Dia takut jika Daniel akan menggunakan kekerasannnya. Lelaki itu bukan lawan yang sesuai untuk Qhai. Dengan keadaan Qhai yang masih belum stabil daripada kesakitannya, sukar untuk Qhai menang menentang Daniel.

"Oh jadi kau lah perampas yang dah hasut tunang aku tu?" Matanya menikam setiap inci wajah dan tubuh Qhai. Seketika dia tersengih sinis.

Pandangan sinis itu Qhai tepis jauh-jauh. Pandangan dilarikan sebelum dia membetulkan beg berisi mesin oksigen mini mudah alih.

"Manusia yang nak expired date macamni pun kau nak ke, Fyna? Kau ni bodoh ke apa? Suka menyusahkan diri nak jaga orang sakit macamni." Sindiran Daniel tidak menggugat hati mereka berdua.

Afyna menghunuskan jari telunjuk padanya. Riak wajahnya ketat masam mencuka setelah mendengar cacian Daniel kepada si suami.

Daniel dah melampau!

"Watch your mouth, Daniel! Sekurang-kurangnya suami aku tak sakit otak macam kau! Dasar jantan psiko! Gila! Sibuk terhegeh-hegehkan orang sekarang sedangkan waktu kita bersama dulu kau sibuk nak pasang lain kan?! Pergilah cari sampai kau rasa puas hidup bergelumang dengan dosa dan nafsu kotor!" balas Afyna berjaya memijak lumatkan perasaan bengang di hati Daniel.

"Dah lah, sayang. Layan orang gila sampai kiamat pun tak habis. Kita yang rugi mengurangkan pahala kita sebab menyumpah seranah orang gila sedangkan orang gila ni terang-terangan tak diazab kerana terencat akalnya,"

Lah! Dua kali lima je mulut Qhai ni. Kalau dia dah bengang bukan fizikal yang menjadi senjata. Lidah tu lagi tajam daripada pedang dan senjata api.

"Not so fast. Aku tak habis lagi!" Kolar baju Qhai dicekak kuat. Deruan nafas jejaka-jejaka itu kedengaran menghembus api kemarahan masing-masing.

Yang seorang ingin mempertahankan wanita syurganya dan seorang lagi ingin merampas kembali maruah yang telah dipijak lumat oleh wanita yang sama.

"Dengan kau hanya sekali aku bagi kau akan tumbang lah, gampang,"

"Lepaskan dia, Daniel!!" Afyna menjerit sekuat hati.

Huh! Qhai tersengih sinis. "I can make your life miserable with only making a few statements on the media. You don't even know who the hell I am, right?"

"What are you? An influencer? Huh, macamni ya orang sakit cuba dapatkan income? Menggunakan sakit kroniknya pada media sosial? Shame of you,"

"Just keep talking shit, man. Try me and you will see what I can do," Dia terus memberi gerakan pertahanan diri untuk lepas daripada cengkaman Daniel.

"We're not done yet!"

"Yes we are. Kalau kau tak nak aku laporkan kes ini kepada polis bersama bukti rakaman suara dan video daripada orang sekeliling kita, lebih baik kau berambus dan jangan kacau isteri aku! Do you get that?!" Qhai menolak bahu Daniel dengan kuat sehingga lelaki itu terdorong ke belakang.

"Kau orang berdua akan mati di tangan aku! Kalau bukan harini, satu hari nanti bakal tiba! Aku akan pastikan antara salah seorang daripada kau orang akan melutut merayu di kaki aku! Ingat tu, Fyna! Aku akan pastikan suami kau mati supaya kau akan rasa menyesal. Baru puas hati aku!"

Daniel terus bergerak pergi saat beberapa pengawal keselamatan mulai datang mendekati kekecohan mereka.

Afyna meneguk air liur mendengar ugutan berbaur sumpahan daripada Daniel. Dalam diam dia kaget. Dia tak mahu melibatkan sesiapa yang tiada kena mengena. Lebih-lebih lagi Qhai.

Disebabkan dia lelaki itu juga menerima tempias dendam Daniel.

Qhai berpaling menoleh ke sisi; ingin memastikan keadaan Afyna yang tiba-tiba diam didalam dakapannya.

"Sayang, tak payah fikirkan sangat. Ancaman dia tak membawa apa-apa makna pun. Insha Allah, dia takkan kacau Fy lagi. Dia fikir dia siapa nak ambil kerja malaikat maut untuk mencabut nyawa orang?" pujuk Qhai lembut sambil menggosok lengan Afyna berulang kali.

"Abang, jom balik. Fy takut nak ke mana-mana lepasni," Setelah apa yang berlaku memang tidak lah dia nak pergi merayau keluar tanpa keselamatan atas mereka berdua.

Akhirnya sang suami mengangguk akur sebelum menarik Afyna bersama masuk ke dalam kereta. Beberapa kali matanya mengerling ke arah sang isteri disebelah sambil memandu pulang.

Wajah yang selalu ceria sebelum ni bertukar redup pada harini.

Tangan Afyna dicapai lalu jarinya menyelit ke celah jari jemari wanita itu. "Fy, fikir apa lagi tu?"

"Maaf, abang. Sebab masalah peribadi Fy abang pun terpalit dalam masalah Fy juga. Fy rasa serba salah sangat," Tidak tahan sebak Afyna terus menutup mukanya menggunakan sebelah tangan. Baru perasaan takut berani menyelinap ke lubuk hati.

Disangkakan selama ni Daniel hanya mendiamkan diri bermakna lelaki itu dah redha dan tidak mengacau hidupnya tapi sebaliknya yang berlaku.

"Should we make a police report about this?"

Afyna perlahan mengangguk. "If it's for the best. Fy kenal si Daniel tu. Dia sanggup buat apa sahaja asalkan diri dia puas. Fy terancam sebab tak mustahil dia akan apa-apakan abang," jelas Afyna suara serak-serak basah menahan tangis.

Tanpa banyak soal, Qhai terus menderu laju memandu kereta ke arah balai polis yang terdekat.

Selama satu jam memberi keterangan, akhirnya mereka boleh pulang. Meskipun begitu wajah Afyna masih lagi dalam keadaan muram. Seri diwajah sedikit menghilang daripada sebelum ini.

Tanpa Afyna sangka, dirinya disauk dari sisi oleh Qhai. Ditoleh ke wajah lelaki itu yang masih mengukirkan senyuman seperti tiada apa-apa yang berlaku harini.

Dah gila ke suami aku ni tersenyum-senyum macam baru menang loteri?

"Kita nak makan apa harini? Fy nak masak tapi bahan tak cukup di rumah," keluh Afyna menambahkan lagi perasaan serba salah dalam diri.

"Mesti Fy lapar kan? Abang masak maggi ok? Sedap ni kalau makan waktu sejuk-sejuk macamni. Maggi kari letak sos cili dan cili padi potong. Erm sedapnyaa," Sambil mendongak ke langit yang sedikit berangin. Sekarang musim sejuk jadi memang terasa kesejukan mencengkam sehingga ke tulang hitam.

Perasaan terharu saat melihat kesungguhan Qhai memujuk dirinya membuatkan senyuman terukir dengan sendiri. "Abang ni pandai buat Fy terliur."

"Fy, bila masa je Fy tak terliur dengan abang? Setiap kali lepas abang mandi pasti menitik air liur Fy keluar daripada mulut,"

Pak!

"Main-main lah dia ni! Isy!" Afyna mencubit manja dengan wajah mengemut kegeraman. Qhai pula ketawa apabila berjaya mengenakan wanita bertudung litup itu.

"Sayang tak usah fikirkan sangat pasal Daniel. Jangan sebab dia awak bermuram. Fy, ingatlah bahawa setiap benda yang berlaku ianya sama ada kifarah atau ujian yang mendatang. Pohon doa minta sesuatu yang terbaik daripada Allah. Allah tak lambat dan tak awal sesaat kerana Dia akan beri tepat pada masanya,"

Entah kenapa riak wajah Afyna berubah tidak senang. "Abang ni rileks sangat. Nyawa abang diancam takkan abang tak takut?"

"People die anyways. Kalau bukan sebab Daniel, lambat laun abang akan mati juga," Selambanya dia berkata!

"Fy dah pesan tak baik cakap macamtu kan? Cakap pasal mati semudah ABC macam tak percaya pada kuasa tuhan,"

"Okay, sorry. Abang terlepas cakap. Sebelum ni memang abang tak yakin pada diri untuk sembuh sepenuhnya. Sebabtu mulut abang ni lancang sangat cakap perkara buruk macamtu. Tapi sekarang abang dah ada Fy. Abang dah ada motivasi untuk hidup lama," Dipeluk Fy erat tanpa lepas.

Fy senyum seraya menggeleng perlahan. Memang susah untuk membentuk Qhai ke arah positif tentang kehidupannya.

Pulang ke rumah dengan perasaan separa lega. Buat masa sekarang pasti Daniel takkan menunjukkan diri. Bodoh lah jika dia datang menghadap seperti memasuki jerat pelanduk.

"Ada surat," Afyna menyelongkar peti surat mereka saat berjalan ke arah lif apartment.

"Daripada kolej?" Laju tangannya mengoyak surat tersebut tanpa menyempat untuk masuk ke dalam rumah terlebih dahulu.

"What does it say?" Qhai menyoal setelah lama Afyna berdiam diri membaca isi kandungan surat tersebut.

Mata bertentang mata. Ada sesuatu dari pandangan Afyna sedang membicarakan. Sesuatu yang gembira saat terlihat mata bundar itu membesar.

"Alhamdulillah. Fy dapat buat workmanship dekat hospital abang ambil rawatan," Dipeluk Qhai erat bersama senyuman lebar menampakkan gigi.

"Alhamdulillah. Boleh lah kita jumpa selalu. Tak perlulah Fy nak berpindah daripada sini. Tak sia-sia doa kita supaya Allah mempermudahkan urusan pengajian Fy dan perkahwinan kita," balas Qhai pula dengan penuh rasa syukur.

Mereka masuk ke dalam rumah bersama satu kelegaan tak terhingga. Rasa takut yang mencengkam tadi telah dineutralkan dengan nikmat yang tuhan berikan tepat pada waktunya.

Continue Reading

You'll Also Like

81.8K 2.4K 17
SYAQIL ASRAN X RAJA HAYFA HANINA Syaqil seorang jejaka tampan yang cukup pakej. Harta, pangkat,kuasa segalanya berada di hujung jarinya. Namun dalam...
40.4K 3.7K 37
Seronok hidup dikelilingi dengan orang-orang yang sayangkan dia. Bermula dari pekerja kini Zahra menjadi Puan Muda serta Pereka Fesyen yang terkenal...
623K 24.7K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
107K 10K 50
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...