SUPER MAMA

nrlfarahinn

2M 114K 24K

Seawal usia 20-an , aku terpaksa bekerja sebagai pengasuh kepada anak-anak encik duda demi tiga ribu sebulan... Еще

Prolog
Bab 1- Ali
Bab 2- Gajah
Bab 3- Serba salah
Bab 4- Tua
Bab 5- Ayad
Bab 6- Menyusahkan
Bab 7- Sesal
Bab 8- Abang Wan
Bab 9- Pujuk ?
Bab 10- Rezeki
Bab 12- Kfc
Bab 13- Gatal
Bab 14 - Cemburu
Bab 15- Adik
Bab 16- Anak
Bab 17 - Mama
Bab 18- Jom kahwin
Bab 19 - I'm serious
Bab 20- April fool
Bab 21- syarat
Bab 22 - mummy
Bab 23- Flashback i
Bab 24 - Tekad
Bab 25 - Flashback ii
Bab 26 - Tarik
Bab 27 - Papa cepat !
Bab 28 - Bini baru ?
Bab 29 - Ego
Bab 30 - Waterpark
Bab 31 - Ayden
Cast
Bab 32 - kosong satu ..
Bab 33 - Masuk meminang
Bab 34 - Merajuk
Bab 35 - Bella
Bab 36 - warna
Bab 37 - isteri
Bab 38- Seksa
Bab 39 - Maaf
Bab 40
Bab 41 - Muncul kembali
Bab 42 - Nah !
Bab 43 - Game start
Bab 44 - Tawar hati
Bab 45 - Sentuh
Bab 46 - Benci
Bab 47 - Jijik
Bab 48- Tinggal
Bab 49 - 831
Bab 50- rendang
Bab 51- Malu
Notice.
Bab 52- Sakit
Talk (Wajib Baca)
Bab 53 - Fitnah
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
1M GIVEAWAY CONTEST
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67

Bab 11- Kotex

29K 1.6K 251
nrlfarahinn

Aku mencari nama Encik Ayriel dalam senarai kenalan telefonku di aplikasi Whatsapp . Aku nak minta izin bawa anak-anak dia keluar jalan-jalan . Yelah , bukan selalu diaorang bertiga dapat keluar . Asyik terperuk dekat rumah je , strawberi lah ! Orang asyik guna pisang je , bosan . Kita tukar strawberi lah pulak , baru rare ! Kau ada ? Tak ada . Boooo balik ahhh ! HAHAHAHAHA okay gurau .

Nama kenalan Encik Ayriel dalam telefon aku tekan lalu mula menaip .

Aliyah :
Encik , saya bawa anak-anak Encik keluar jalan-jalan sekejap boleh ?
16:20 ✔✔

Encik Crush :
Kau nak bawa anak aku ke mana ?
16:23 ✔✔

Aliyah :
Jalan-jalan dekat area Masjid India .
Tak pun dekat jalan Chowkit .
Boleh beli barang sikit .
16:23 ✔✔

Encik Crush :
What ?
Seriously , Ali ? Kau nak pergi situ ?
Bawak anak-anak aku ?
Are you insane ?!
16:27 ✔✔

Aliyah :
Kenapa ?
Dosa ke ?
16:28✔✔

Encik Crush :
No , a big no !
Aku tak izinkan kau bawa anak-anak aku ke sana .
Kalau kau nak sangat bawa diaorang ,bawalah ke mana pun like pavi ke .
Tak pun One Utama ke .
As long as bukan tempat macam tu .
Kotor !
16:30✔✔

Aku mengeluh kecil bila Encik Ayriel tak bagi bawa anak-anak dia ke sana . Alasannya kotor ? Seriously pemikiran Encik Ayriel tersangat-sangatlah kolot ! Mana ada kotor !

Okay kotor tu ada lah juga sikit-sikit . Tak akan lah tu pun tak boleh ? Ni tidak , Pavillion juga yang dia pilih . Barang-barang dekat Pavi tu sudahlah mahal dua kali ganda dari barang-barang di Chowkit .

Seketika telefonku bergetar menandakan mesej masuk . Dari Encik Crush lah !

Encik Crush :
Kau tunggu dalam 10 minit .
Sekejap lagi aku sampai .
16:45✔✔

Aliyah :
Haa ?
Tak faham .
16:45✔☑✔

Encik Crush :
Bodoh !
Benda senang macam ni pun tak boleh nak faham ke mangkuk ?
16:46✔✔

Aliyah :
Encik pun bodoh !
Okay bye .
16:47✔✔

Lantas telefon aku matikan dengan perasaan sebal . Suka hati dia je cakap aku bodoh . Dia pun bodoh , tak sedar diri . Hilang terus mood aku nak jalan-jalan .

Tiba-tiba Ayman datang terkedek-kedek ke arahku . Aku mengangkatnya duduk di atas ribaku . Rambutnya aku usap perlahan . Ada satu perkembangan Ayman sekarang . Ayman dah mula rapat dengan aku . Yeayy ! Kalau dulu ya rabbi .. Aku sentuh sikit je , dia punya mengamuk boleh pecah banglo tiha tingkat ni . Acah-acah marah konon .Tak padan dengan kecil .

Sekarang bila dah rapat ni mulalah , bertenggek je dengan aku . Asyik minta gendong je , nasib kau ringan !

" Makcik Ali ! "

Aku menoleh ke kiri apabila Ayden menerpa ke arahku sambil memegang sesuatu . Aku tak nampak sangat apa benda yang dia pegang tu . Apa yang aku tahu benda alah tu warna biru .

" Ni apa benda ? "

Dia menunjuk-nunjukkan 'sesuatu' yang dia pegang tadi kepadaku . Selepas itu dia lambung-lambungkan ke udara .

Buat seketika aku rasa dunia seakan berhenti berputar . Benda yang sedang dilambungkan Ayden aku pandang . Aku terkedu .

Kau tahu apa yang Ayden pegang ? Tuala wanita , atau dalam bahasa kasar kita panggil pad .

Pad aku !

Ya tuhan , mana dia dapat benda alah tu ?! Aku tak boleh nafikan pad tu aku punya memandang dalam banglo ni cuma aku sorang je yang period . Datin Izzah tak mungkinlah sebab dia pun umur dah 57 tahun . Mana period dah . Jadi , pad tu mesti aku punya ! Ya Allah !

Ayman aku letak di atas sofa sebelum kaki melangkah ke arah Ayden . Namun sia-sia apabila Ayden lari dari aku .

" Ayden bagi balik ! Tu akak punya ! "

" Tak nak ! Bentuknya macam mana ? Nak tengok boleh ? "

Ya rabbi .. Sumpah aku rasa macam nak nangis sekarang ni . Ibu , Ayden dera Lya ! Dalam hati aku tak berhenti berharap agar Encik Ayriel sampai lambat ke rumah . Matilah aku kalau dia sampai awal nanti .Malu !

" Ayden , no please no ! Tu bukan mainan . Bagi balik kat akak , sayang .. "

Aku cuba memujuknya dengan lembut . Tapi , macam biasa . Ayden is Ayden . Bukan Aydenlah kalau dia dengar cakap aku . Aku makin panasaran bila Ayden sudah mengoyakkan plastik bungkusan pad berwarna biru itu .

Ayden keluarkan satu daripada sepuluh pad dalam tu . Mungkin dia fikir satu tak cukup , jadi dia keluarkan semua .

#sistabah .

" Apa ni ? "

Datang pula lagi sorang , si Ayad .Ya Allah !

" I don't know . But , this plastic tulis KOTEX . What is kotex , makcik Ali ? I don't ever know what is this . "

Memerah padam muka aku bila Ayden tanya aku apa itu kotex ..Kau rasa aku nak jawab apa ?

" Kotex ? Kotex tu apa kak Liya? "

Giliran Ayad pula bertanya . Diaorang adik beradik memang sengaja berpakat nak buat aku menangis ke macam mana?

" Assalamualaikum .. "

" Papa ! "

Ahh sudah ! Mati aku . Pantas sahaja aku mengutip pad-pad yang dipunggahkan Ayden sebentar tadi lalu aku sorokkan di belakang badanku . Namun nasib aku malang bila Ayden sempat rampas satu pad dari tangan aku . Sempat dia hadiahkan senyuman senget kepadaku . Sinis .

#sistaktabah .

" Papa , look at this . "

Ayden berlari mendapatkan Encik Ayriel . Sejurus itu , tuala wanitaku yang dia pegang tadi dihulurkan kepada papanya . Guess what , Encik Ayriel ambil tuala wanita tu dan dia pegang . Tak lama lepastu , dia pandang aku sambil tersenyum nakal . Erghh , aku benci tengok muka gatal dia !

Muka aku habis merah ..Malu ! Mana nak letak muka lepasni ?

" Papa ni apa ? Dekat packing tadi tulis K.O.T.E.X . Kotex ? "

Tanya Ayden selamba .Ya Allah , Ayden .. Kenapa kau seksa aku macam ni ? Kenapa ?

" Where did you get this ? "

" Abang Ayden ambil dari beg Kak Aliyah . "

Jawab Ayad bagi pihak Ayden . Sekali lagi Encik Ayden pandang aku dengan muka gatal dia . Sumpah aku rasa macam nak lempar tapak sulaiman dekat muka dia . Biar melekat terus , tak nampak lagi muka gatal dia lagi .

" Kau guna Kotex ? Why not Librese ? I thought semua perempuan suka Librese . "

Makin bertambah merah mukaku menahan malu . Ibu ! Gatal gila mamat duda ni . I can't stand anymore !

" Diamlah , Encik ! Ayden , bagi balik benda alah tu ! "

Marahku geram . Yelah diaorang anak beranak macam dah plan nak kenakan aku . Aku lantas merampas tuala wanitaku pada tangan Encik Ayriel lalu berlari pantas menaiki tangga menuju ke bilik . Bagi aku peluang berselubung dalam selimut dua hari . Tak sanggup nak hadap Encik Crush buat masa ni .

Belum sempat aku memijak anak tangga terakhir , halwa gegendang telinga sempat menangkap ayat usikan yang dilontarkan Encik Ayriel kepadaku .

" Ali , tu saiz berapa ? Biasa atau overnight ? Ada wings tak ? "

Membulat biji mataku bila dia tanya soakan sensitif macam tu pada aku . Dasar duda gatal !

" Encik ! "

Aku menjerit kuat kerana geram . Langsung aku menutup muka , malu sangat-sangat .

" Ehh Liya , kenapa ni tutup muka bagai ? Tadi yang terjerit-jerit tu apahal ? Saya dengar along ada cakap pasal size , wings ? Apa benda tu ? "

Ya tuhanku , datang lagi sorang ! Aku tidak menjawab sebaliknya terus menapak masuk ke dalam bilik . Pintu bilik aku kunci rapat .

Katil dituju lalu aku hempaskan badan di situ . Bantal peluk aku ambil dan muka ditekupkan pada bantal .

" Ibu , maluuuuuuu ! Ayden buli Liya , ibu . Encik Ayriel pun sama . Huwarghh ! "

Aku tekad lepasni aku tak nak cakap dengan kau wahai Encik Crush . Tak nak kawan . Merajuk satu hari . Huh !

👶👶👶👶👶

Sepanjang perjalanan kami menuju ke Pavillion , aku memilih untuk berdiam diri . Masih malu dengan kejadian tadi . Suasana dalam kereta ni tak ada lah sunyi sangat memandang budak tiga orang dekat belakang tu memang dah memekak sejak dari rumah lagi .

" Are you okay , Aliyah ? Why senyap semacam je ni ? "

Aku memandang Encik Ayriel sebelum pandangan aku alihkan ke luar tingkap . Buat pertama kalinya aku bersyukur bila dia panggil aku Aliyah , bukan lagi Ali .

" O-okay . "

Ayriel pandang Aliyah sekilas di sebelah . Okay ? Cakap pun tergagap , itu yang dia kata okay ?

" Are you sure ? Then , pahal kau senyap je ni ? Selalu mulut kau lah yang paling bising . "

Aku menjeling tajam lelaki itu . Aku lempang juga duda ni kang . Tak pasal-pasal nanti keluar berita tajuk ' Duda Ditampar Anak Dara ' . Agak selama ni memang mulut aku bising ke ? Tak , bukan ?

" Dah tak ada topik yang nak dibualkan . Jadi saya diam je lah . Diam salah , bising salah . "

Balas aku geram . Mulut aku tak payah cakaplah , dah jadi macam mulut Ayad bila merajuk . Mulut itik .

" Aku tegur sikit dah buat mulut itik . Eloklah tu . Lepasni kau buat lagi mulut macam tu memang aku ikat pakai getah . Biar lebam seminggu . "

Aku merengus perlahan . Menyampahlah dia ni . Itu salah , ini salah . Macam dia sorang je yang betul .

" Encik , saya nak tanya sesuatu boleh ? "

Tiba-tiba terlintas di benak fikiranku soalan yang sudah lama aku ingin tanyakan kepada lelaki itu .

" Hmm .. Apa dia ? "

" Encik tahu tak Ayden main pubg ? Umur baru tujuh tahun , dah pandai main natang tu . "

Aku tengok dia cuma bagi riaksi biasa . Senang cerita , dia macam tak kesah .

" Aku tahu dia main pubg . Dah kalau bapak dia pun main , anak dia ikutlah sekali . Apa masalahnya ? "

Aku tercengang . Seriously duda ni main pubg ?

" Encik main pubg ? Tak percayalah saya . Ceo mana ada masa nak main benda alah tu . Nak tipu saya pun agak-agaklah . "

Kening kiri Ayriel terjungkit .

" Tak percaya ? Tanyalah Ayden . "

Aku memusingkan badan . Mata aku halakan ke arah Ayden yang sedang leka dengan telefon . Sudah banyak kali aku pesan jangan main telefon sekali , nanti bebal . Masih main juga . Bila aku ambil telefon dia , mulalah mulut tu nak marah-marah aku . Huh !

" Ayden , papa main pubg juga ke ? "

Tanyaku terus . Ayden mengangkat kepala memandangku .

" Yes , papa main pubg . Rank papa tinggi . Rank Ayden , hmm .. "

" Ayden noob , sebab tu rank tak naik-naik ! "

Ayriel mencelah . Sengaja menyakat anak sulungnya itu . Kan betul tekaannya , Ayden merajuk .

Aku menoleh memandang Encik Ayriel . Lelaki itu aku jeling sekilas .

" Encik ni , tengok Ayden dah merajuk . Pergi pujuk . "

" Nanti aku pujuklah bila dah sampai sana . Kau tak nampak aku tengah drive ni ? Nak sangat mati awal ke ? "

Aku tersengih kecil . Kasar bebenor bahasa dia !

Pandangan aku lontarkan kembali ke luar tingkap apabila tiada lagi topik yang hendak dibicarakan . Mata aku pejamkan , tidur .

Ayriel yang sedang fokus memandu memandang sekilas ke sebelahnya . Bibir dicebikkan .

' asal masuk kereta aku je mesti terbongkang tidur . '

Продолжить чтение

Вам также понравится

24 2 3
Siapakah yang bakal memiliki hati sarah sepenuhnya? Read at your own risk!! Jangan ambil serious sangat sebab ini hanya fiction sahaja. Ini semua ide...
430K 14.1K 55
"Lepaskan isteri aku! "Jerit Danial. Dia hanya berseorangan tanpa kadet askar. Alisya menghidupkan bom yang dipasang pada tubuh Edlynn. "Aku nak kau...
905K 51.2K 46
Kahwin dengan anak murid? Althea buat rolling eye. Itu kisah typical Melayu. Tapi itu cerita sebelum dia belum posting lagi. Kisah lepas posting? "...
165K 4.2K 64
Sinopsis DKR Betul ke kahwin mengikut pilihan keluarga boleh bahagia? Hurmmm kebanyakan orang akan bahagia kalau Allah hadirkan rasa cinta pada sese...