SAPTA ADHYASTA

By mynameismas

14.7K 2.1K 1.2K

Tatkala kemurnian jiwa manusia hilang dek dendam dan serakah maka perjanjian dengan Sang Terkutuk pasti akan... More

-1-
-2-
-3-
-4-
-5-
-6-
-7-
-8-
-9-
-11-
-12-
-13-
-14-
-15-
-16-
-17-
-18-
-19-
-20-
-21-
-22-
-23-
-24-
-25-
-26-
-27-
-28-
- 29-
-30-
-31-
-32-
-33-
-34-
- 35-
-36-
- 37-
-38-
-39-
-40-
- 41-
- 42-
-43-
-44-
-45-
-46-
-47-
-48-
-EPILOG-
-SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG-
-WALANG KESUMA-

-10-

323 55 18
By mynameismas

" Kasturi? "

Suara Naufal mencelah tiba-tiba membuatkan mata sang ayah mencerlang tajam ke arahnya dan datuknya pula menggeser punggung tanda tidak berkenan dengan karenahnya begitu.

"Apa kaitan Kasturi dengan perjumpaan kita malam ni? "

Penghulu Paduka Haji berdehem seketika tetapi wajahnya masih tidak lekang dari menyungging senyum.Teduh dan tenang sahaja.

" Sejak kejadian tersebut, tidak ada sesiapa lagi yang pernah melihat Kasturi. Ramai yang menyangka Kasturi sudah meninggal dunia akibat dibaham harimau. "

Tiba pula giliran datuk Indah menyahut dan daripada butir bicara mereka saling sambung menyambung antara satu sama lain, Indah semakin yakin bahawa mereka sangat hafal jalan cerita aneh tentang seorang pemuda bernama Kasturi itu.

"Belasan tahun kemudian, ketika permukiman tersebut berada dalam masa pemerintahan Megat Awira sebagai penghulu, seorang demi seorang daripada penduduk desa tersebut diserang penyakit misteri.Bermula dengan dihinggapi penyakit kulit yang tidak kunjung sembuh, kaki yang tiba-tiba lemah serta
capik. "

" Sama seperti penyakit yang menimpa Kasturi. "

Indah yang sejak dari awal perbualan tersebut hanya mendiamkan diri mula angkat bicara kerana secara perlahan-lahan dia bagaikan tahu perihal tentang pemuda Kasturi itu akan berakhir di mana.

" Benar sekali, anaknda. "

ujar Penghulu Paduka Haji seraya melayangkan senyumannya kepada Indah.

" Puas para penduduk permukiman mencari ikhtiar namun tidak ada seorang pun yang berjaya disembuhkan.Selepas beberapa ketika, muncul khabar angin aneh bahawa penyakit aneh yang melanda permukiman tersebut adalah disebabkan mereka telah menganiaya Kasturi."

" Dan kemunculan Kasturi membenarkan tanggapan tersebut. Walau bagaimana pun, Kasturi yang muncul dan menawarkan kesembuhan kepada para penduduk permukiman yang tenat itu bukan lagi Kasturi yang dulu. Dia berubah menjadi satu susuk tubuh pemuda yang gagah dan tampan malah memiliki harta tidak terbilang banyaknya jauh melebihi Penghulu Megat Awira sendiri. "

Mungkin kerana pernah berada dalam keadaan tertindas, Kasturi bertukar menjadi seorang yang serakah, kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sesiapa sahaja yang melintangi kehendaknya akan berakhir dengan kematian mengerikan.Sekurang-kurangnya begitulah Indah menyimpulkan setakat itu tentang segala cerita yang disampaikan dengan tenang oleh Penghulu Paduka Haji.

" Semakin lama, Kasturi semakin tidak terkawal. Bukan sahaja berubah dari segi penampilan malahan dia berubah seratus peratus. Dengan kekuatan dan kekuasaan yang dimiliki, serakahnya tidak mengenal erti puas dan dia mulai menjajah kawasan perdesaan yang berhampiran. "

" Apa tidak ada seorang pun yang mampu menghentikan perbuatan jahat Kasturi? "

Kali ini Indah pula mencelah dalam nada ingin tahu.

" Seperti yang dikatakan oleh ayahnda Al-Attas." Tun Indera menyahut dari hujung serambi.

" Kasturi bukan lagi orang yang sama. Dia terlalu sukar untuk ditandingi kerana entah bagaimana, dia dengan tidak semena-mena memiliki kekuatan sihir yang luar biasa. Tubuhnya sendiri tidak lut dek senjata. "

" Belasan tahun penduduk terus menerus ditindas oleh Kasturi dengan bermacam-macam kezaliman yang dilakukan. Dan pada suatu ketika, seorang pedagang dari Semenanjung Arab singgah. Syeikh Abdul Mutalib. "

Saling sambung menyambung kedua-dua lelaki hampir sebaya itu menceritakan kejadian tersebut dengan tenang dan sangat jelas mulai membenihkan rasa syak dalam hati Indah walaupun dia merasakan cerita itu semakin lama semakin menarik minatnya entah mengapa.

" Selang beberapa hari kemudian, singgah pula dua orang lagi yang khabarnya merupakan pengembara dari Tanah Seberang. Haji Latif dan Imam Muhammad."

Demi mendengarkan dua nama tersebut Indah menoleh pantas ke arah datuknya kerana jelas sekali dia pernah mendengar nama itu walaupun samar-samar.

" Syeikh Abdul Mutalib, moyang kepada Haji Al-Attas. " Begitu datuknya menganggukkan kepala apabila menyedari makna tatapan sang cucu kepadanya " Haji Latif.. "

"Moyang Paknek. Betulkan? " Seketika mata Indah membola.

" Betul. Walaupun mereka bertiga tidak dapat membunuh Kasturi, tetapi mereka berjaya mengurungnya. "

" Dan oleh kerana Kasturi diyakini mendapat kekuatan daripada alam gelap dunia sebelah,mereka bertiga juga terpaksa meminta bantuan daripada sahabat-sahabat dari alam sebelah sana. "

Walaupun Indah tidak bertanya lagi, dia tahu apa yang dimaksudkan lelaki bernama Haji Al-Attas itu kerana amat jelas padanya kemana mata lelaki itu tertuju. Bagi Indah, tidak perlu diterangkan siapa gerangan tiga susuk tubuh tetamu lain yang menyertai mereka di anjung rumah itu.Dia cukup tahu siapa mereka.

" Ayahnda tidak akan menganggu anaknda berdua andai sahaja hal ini boleh ayahnda tangani sendiri. "

Penghulu Paduk Haji pula mencelah akhirnya setelah keadaan menjadi senyap buat seketika.

" Maksud pakcik.. err... ayahndaa.. "

" Entah bagaimana, ayahnda percaya Kasturi terlepas sekali lagi walaupun setakat ini belum ada keonaran yang dilakukan olehnya.. "

" Kaitannya dengan kami? "

" Hanya kalian bertiga sahaja yang mampu menangkap Kasturi semula"

Naufal yang mendengarnya terasa seperti ditimpa setandan kelapa tepat di atas ubun-ubun. Memahami kejadian tersebut yang baru sahaja diceritakan kepadanya, dia sendiri masih sangat samar-dan tidak ada angin tidak ada ribut,dia mendapat amanah untuk menangkap dan mengalahkan seseorang yang...

" Semua ni mengarut, ayah. Apa kena mengena kita dalam hal Kasturi pula?! " Naufal bingkas bangun " Laporkan saja kepada pihak polis. Apa yang susah sangat? "

Salehuddin sudah mengetap gigi melihat karenah sang anak yang benar-benar membuatkan semua tetamu di anjung rumah itu tercengang.

" Naufal! " Haji Al-Attas menatap sang cucu dengan pandangan tajam dan sangat tidak senang. "Kalaulah hal itu semudah apa yang Naufal katakan, kita tidak akan berkumpul di sini! "

" Dan lagi satu, kalau saya tidak silap dengar tadi pakcik ada mengatakan tiga orang. Mana seorang lagi? " Naufal masih tidak perduli dengan tatapan tidak senang daripada ayah dan datuknya.

" Kami yakin Kasturi sudah menangkapnya hanya semata-mata bagi memastikan Sapta Adhyasta tidak akan pernah lengkap lagi seperti dahulu !"

+ + +

Suara kokokan ayam sudah kedengaran memecahkan suasana lewat malam dan Indah segera tahu bahawa dalam hanya beberapa jam lagi, fajar sidik akan membelah langit timur yang tersembunyi disebalik bukit-bukau di hujung kampung.Embun jantan semakin lama semakin dingin namun keadaan itu tetap gagal untuk memujuk mata Indah agar segera lena.

Baring ke kiri, mata Indah masih segar-bugar.Kalih ke kanan, tetap sahaja bayang-bayang wajah Naufal yang tegang serta cerita datuknya tentang Kasturi bergentayangan di tubir mata dan mahu tidak mahu Indah bingkas juga.

Dalam temaran sinar lampu dari anjung rumah yang sempat singgah ke jendela tingkap bilik, Indah terkebil-kebil didalam gelap. Hendak menyalakan lampu, pasti sangat tidak sopan kerana neneknya masih lena diulit mimpi dan sebenarnya perbualan aneh tentang seorang pemuda bernama Kasturi itu menjadi punca mengapa mereka agak lewat untuk masuk tidur.

Selain tindakan Naufal yang terang-terangan menumbuhkan rasa tidak senangnya tentang hal tersebut, hal lain yang membelenggu Indah adalah tentang apa yang disebutkan oleh Aduka sebagai Sapta Adhyasta. Kerana sehingga Penghulu Paduka Haji, Tun Indera dan Aduka meminta diri dengan berlapik alasan bahawa malam sudah terlalu lewat-pertanyaannya tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Sapta Adhyasta itu masih tergantung tidak dijawab.

Dan cerita tentang Kasturi serta kehilangan keturunan ketujuh Imam Muhammad menambahkan resah hati Indah lewat malam itu. Lebih daripada itu, entah mengapa Indah seakan-akan tidak dapat menerima cerita tersebut walaupun dia tahu adalah sangat mustahil untuk mereka berbohong kepadanya dan Naufal.

Jika benar pun, bagaimana mungkin dia dan Naufal adalah orang yang paling tepat untuk menangkap dan mengurung Kasturi semula dalam keadaan mereka sahaja masih berada di ambang batas antara percaya dengan tidak akan kesahihan hal tersebut. Sementara Naufal pada hemat Indah adalah anak muda perengus yang sangat sukar bertolak ansur waima dengan ayah dan datuknya sendiri, Indah pula memang tidak punya apa-apa kelebihan yang boleh dimanfaatkan untuk menewaskan Kasturi.

Sementara seorang lagi sudah hilang entah ke mana !

Satu hal yang pasti. Jika orang terakhir yang boleh menewaskan Kasturi adalah moyang mereka, Indah semakin yakin bahawa mereka bukanlah bakal berurusan dengan manusia biasa. Manusia biasa apa punya usia ratusan tahun begitu? Berumur panjang, tidak lut dek senjata biasa malahan memiliki kemampuan sihir yang tinggi.

Lebih daripada itu, dimana mereka akan mencari Kasturi dan bagaimana mereka akan menewaskan susuk manusia separuh siluman seperti lelaki itu?

+ + +

Continue Reading

You'll Also Like

1.1K 88 14
Highest - #1 protect - #1 lovehaterelationship [Sinopsis] Kehidupan Khaleeda Aufi yang sebatang kara membuatkan dirinya tidak berg...
150K 8.5K 63
Buat aku dan kau yang masih merangkak mencari keredhaan Allah tapi kadang-kadang terjerumus dalam lembah kejahilan meski sengaja ataupun tidak sengaj...
16K 1.2K 41
"Baru aku tahu sebenarnya susah jadi terlajak femes ni!" - Senja Qalillah Susahlah jadi orang terhangat di pasaran ni! Senja Qalillah dalam dilema...
172K 7.1K 21
Sekuel dari cerita, "Suamiku Ustaz"™ © Karya Insan Buku ini berkisarkan cerita Islamik. Moga kalian juga mendapat santapan ilmiah dari buku ini. Sega...