Kelas DSB

By farid5attar

10K 1.7K 1.4K

Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikg... More

PROLOG
BAB 1-PUBUNUHAN
BAB 2-BOLA SEPAK
BAB 3-KIFARAH
BAB 4-TUMBESARAN
BAB 6-UJIAN
BAB 7-LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BAB 8-LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
BAB 9-PELAJAR PERTUKARAN
BAB 10-L & R
BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2
BAB 12-PERLAWANAN BOLA SEPAK
BAB 13-BAKAT
BAB 14-VISI
BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
BAB 16-CUTI SEKOLAH
BAB 17-PULAU
BAB 18-TINDAKAN
BAB 19-KEKACAUAN
BAB 20-ALIF
BAB 21-???
BAB 22-ISKANDAR
BAB ISTIMEWA: PUASA
BAB ISTIMEWA: RAYA
MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL
MUSIM 2: BAB 2-YASMINE
MUSIM 2: BAB 3-KHAIRIL
MUSIM 2: BAB 4-KOD
MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN
MUSIM 2: BAB 6-SEBELUM & SELEPAS
MUSIM 2: BAB 7-PRAGOD
MUSIM 2: BAB 8-PRAGOD 2
MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA
MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM
MUSIM 2: BAB 11-SPM
MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK
MUSIM 2: BAB 13-JOM HIDUP!
MUSIM 2: BAB 14-IDENTITI RAHSIA
MUSIM 2: BAB 15-LUAHAN
MUSIM 2: BAB 16-MASA LALU
MUSIM 2: BAB 17-PERANG SAUDARA
MUSIM 2: BAB 18-KESAN
MUSIM 2: BAB 19-ANGKASA LEPAS
MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH
MUSIM 2: BAB 21-PERCAYA
MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR
MUSIM 2: BAB 23-BOS TERAKHIR
MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI
MUSIM 2: BAB 25-MASA DEPAN
EPILOG

BAB 5-PERHIMPUNAN

247 46 59
By farid5attar

Immanuel dan Siti Zulaikha mengangkat barang dari stor.

"Tak tahu pula dekat sini ada stor makmal," kata Immanuel mengangkat kotak berisi peralatan makmal.

"Ha'ah, aku pun baru tahu," kata Siti Zulaikha bersetuju.

"Terima kasih sebab tolong cikgu angkat barang," ucap Cikgu Wan turut mengangkat barang.

"Tak apa. Kerja kecil."

Mereka beredar ke makmal lalu berjalan ke kelas yang satu-satunya di situ.

Sebaik sahaja pintu dibuka, Ilman Faiz, Zulhilmi dan Hanif cuba membunuh Cikgu Wan depan-depan. Mujurlah Cikgu Wan sempat mengelak pantas, malah sempat menyediakan perkakasan makmal di atas meja.

"Baiklah, kita mulakan kelas kita sekarang," pinta Cikgu Wan ceria selalu.

"Tiga serangan pun dia boleh elak," kata Hanif mengeluh.

Para pelajar kembali ke tempat masing-masing.

"Baiklah, hari ni, cikgu akan ajar kamu cara-cara membuat bahan letupan sebenar," kata Cikgu Wan memegang tiub uji berisi bahan kimia.

"Apakah?" kata Zulfadlie terkejut.

"Mula-mula,..."

"Hurmm... cikgu," celah Siti Sarah muncul di depan Cikgu Wan bersama bahan kimia yang terlarut.

Cikgu Wan memandang Siti Sarah, melihat gadis itu menghulurkan bahan kimia ciptaannya. "Ya, Siti Sarah. Dah siap ke?"

"Cikgu minumlah racun ni," pinta Siti Sarah berharap.

Semua orang terdiam.

"Err... Sarah. Orang takkan minum kalau benda tu racun," pesan Zulhilmi dingin.

"Saya... tak pandai bunuh macam korang dalam diam," kata Siti Sarah, jujur.

"Tak apa. Tak salah pun. Ini panggil 'pembunuhan kejujuran'. Mari cikgu minum," kata Cikgu Wan mengambil bahan beracun itu.

"Eh, biar betul!" kata Faiz terpegun.

Cikgu Wan minum racun itu depan-depan. Dia tiba-tiba meraung.

"Apakah?" kata Iskandar terkejut.

Kepala harimau Cikgu Wan tertumbuh sayap.

"Err... Ada sayap dekat kepala cikgu," kata Zulhilmi kekok.

"Hmm... Sodium cyanide. Boleh tahan. Racun sesuai untuk membunuh serangga pada tanaman, tapi kalau berlebihan, tanaman juga yang rosak. Bagi yang kedua pula." Cikgu Wan mengambil bahan racun kedua lalu meminumnya.

Cikgu Wan meraung lagi lalu berubah wajah. Kepalanya kali ini tertumbuh tanduk pula.

"Ada tanduk pula!" kata Zulhilmi lagi.

"Ini 2,3,7,8-Tetrachlorodibenzo-p-dioxin, sesuai untuk Clorox dan bahan pencuci. Bagi yang terakhir tu," terang Cikgu Wan.

Racun yang terakhir diminumnya.

"Waargh!!!" raung Cikgu Wan menutup mukanya.

Wajah Cikgu Wan menjadi kosong, tiada senyuman langsung tercalit di wajah seperti sebelum ini.

"Err... Kosong?" kata Zulhilmi hairan.

"Rasa creepy derr..." kata Immanuel.

"Lagi creepy dari creepypasta," celah Amira.

"Bahan apa ni? Cikgu dah blur ni. Batrachotoxin ke ni? Kalau betullah ni racun yang cikgu cakap ni, dari mana Sarah dapat katak beracun?" kata Cikgu Wan dengan wajah kosong.

"Erkk... Hehe..." Siti Sarah terasa kekok.

⭐⭐⭐

Niratcha muncul di muka bilik guru dengan senyumannya. "Danial!"

Danial Nabil hanya tertumpu pada komputer ribanya. "Apa?" Dingin.

Dengan langkah catwalk, Niratcha menghampiri Danial Nabil. "Awak..."

Niratcha menonggek di depan Danial Nabil. "...dah kahwin?"

"Jangan sebut pasal kahwin boleh, tak? Aku belum sedia lagi," kata Danial Nabil dingin.

"Huhu... Belum sedia untuk apa?"

Perlahan-lahan, tangan Niratcha menjulur ke tangan Danial Nabil. Komputer riba ditutup. Danial Nabil bangun.

"Eh, kenapa?" Niratcha kehairanan.

Pakk! Satu tamparan tanpa perasaan menghinggap ke pipi Niratcha.

"Kau... Kau tampar aku!" kata Niratcha geram.

Telinga Niratcha ditarik. Niratcha diheret keluar dari bilik guru.

"Adeh, sakitlah!" raung Niratcha.

Sementara pelajar lain bermain bola sepak berbentuk kepala harimau, Siti Sarah membuat bahan uji kaji bersama Cikgu Wan.

"Sekarang, kamu dah cipta racun sebenar," kata Cikgu Wan kembali tersenyum seperti biasa.

"Wah, terima kasih," ucap Siti Sarah kagum.

"Oh, ya! Cikgu ada satu tugasan khas untuk kamu." Cikgu Wan memberi satu kertas kepada Siti Sarah. "Nah!"

Siti Sarah terasa teruja. "Wah! Okey, saya buat."

⭐⭐⭐

Keesokannya, Siti Sarah membawa bahan uji kaji yang dibuatnya semalam mengikut tugasan yang diberi semalam.

"Cikgu suruh kamu buat semalam?" kata Iskandar kehairanan.

"Ya, dia suruh," balas Siti Sarah tersenyum ceria.

Cikgu Wan melangkah masuk ke dalam kelas. "Selamat pagi, kelas!"

"Hah, cikgu!" Siti Sarah memberi bahan uji kaji kepada Cikgu Wan. "Nah!"

"Oh, kamu dah buat!" kata Cikgu Wan kagum.

Racun tersebut diminum. Kali ini Cikgu Wan berubah bentuk badan. Aura kejahatan dapat dirasakan.

"Terima kasih, Sarah sebab bagi cikgu jadi kuat," kata Cikgu Wan dengan nada sinis.

"Apa? Cikgu penipu!" kata Siti Sarah kecil hati.

Tubuh Cikgu Wan menjadi cair pekat. Semua pelajar terkejut.

"Cikgu dah cairlah!" kata Ilman Faiz terperanjat.

Cikgu Wan terus bergerak pantas, lebih pantas dari sebelum ini. Dia masuk ke dalam laci meja Zafina Shahirah.

"Hihihi... Dengan badan macam ni, cikgu boleh gerak lebih pantas. Cikgu pun boleh lalu di tempat sempit," kata Cikgu Wan.

"Cikgu keluarlah dari laci meja saya tu!" kata Zafina Shahira, geram.

Cikgu Wan bergerak perlahan turun ke lantai. Disebabkan dia kecil, matanya tertumpu ke seluar dalam yang dipakai Zafina Shahira.

"Penggatal!" Zafina Shahira cuba memijak muka Cikgu Wan.

"Eh, nanti!" kata Cikgu Wan menggelabah.

Cikgu Wan bergerak ke bawah skirt labuh Hasbi.

"Eii!! Miang!" Giliran Hasbi pula cuba memijak muka Cikgu Wan.

"Wargh!!" Cikgu Wan sekali lagi bergerak.

Pelajar perempuan cuba memijak muka Cikgu Wan disebabkan pergerakannya asyik tertumpu pada bawah skirt. Pelajar lelaki pula hanya mampu melihat persengketaan mereka.

"Sudah terbukti cikgu memang kaki perempuan," kata Iskandar dingin.

Cikgu Wan terus bergerak ke siling kelas. Berpeluh dibuatnya.

"Fuh... Apapun, setiap pembunuh semestinya manis dalam senyuman walaupun mangsanya betul-betul di depan matanya. Lagi satu, pembunuh terlebih dahulu menjaga hati mangsanya sebelum dia buat pembunuhan. Begitu juga dengan zaman sekarang, sebelum kawan tikam belakang kamu, dia terlebih dahulu bermanis dalam kata-kata. Betul, tak?" terang Cikgu Wan panjang lebar.

Cikgu Wan memakai pakaiannya lalu menjadi biasa semula.

"Jaga hati ya," kata Iskandar mendapat maklumat sedikit.

⭐⭐⭐

Hari Isnin, seperti biasa. Pelajar 5F berjalan ke sekolah menerusi hutan yang penuh dengan rintangan.

Rintangan #1: Sungai

"Aku tak pandai berenang!" kata Hanif hanyut di dasar sungai.

"Anip!" jerit Ilman Faiz setelah membantu Immanuel.

Rintangan #2: Ular

"Kyaa!" jerit Amira sebaik seekor ular berada di atas kepalanya.

"Pergilah main jauh-jauh ular ni!" jerit Hasbi ketakutan.

"Kenapa banyak sangat ular ni?" ujar Puteri Atikah cuba menghalau ular dari badan.

Tiba-tiba, Hanif muncul dengan ular penuh pada badannya.

"Anip!?" kata tiga gadis itu terpegun.

Rintangan #3: Lebah

"Lari!" jerit Zulhilmi berlari.

Secara mengejut, Hanif memintasnya dengan ular pada badan dari tadi.

"Hanif?" Zulhilmi kehairanan.

Akhirnya, mereka berjaya melepasi halangan. Hanif paling teruk dikenakan. Danial Nabil tiba pada waktunya.

"Eh, Cikgu Danial! Cikgu Wan tak datang ke?" soal Iskandar.

"Oh, dia terpaksa tinggal di kelas kamu. Takut nanti rahsia kelas kamu terbongkar," pesan Danial Nabil.

⭐⭐⭐

Cikgu Wan hanya mampu termenung ke langit dengan wajah kosongnya.

⭐⭐⭐

"Oh, ya. Mana Cikgu Neraka?" tanya Iskandar kehairanan.

"Oh, dia..." jawab Danial Nabil.

"TUNGGU!!!" laung Niratcha berlari ke arah mereka.

Niratcha melutut keletihan sebaik tiba.

"Oh, dah sampai," kata Danial Nabil.

⭐⭐⭐

Pelajar 5F beratur di tepi sekali, sebelah kelas 5E.

"Tengok tu. Iskandarlah," kata Harris sebaik ternampak Iskandar.

"Ha'ahlah, macam mana dia boleh dekat kelas tu?" kata Az tersengih.

Iskandar menundukkan kepala sebaik mendengar perlian itu. Farah Yasmine menepuk bahu Iskandar dari belakang, menarik pandangan lelaki itu.

"Mana Alif?" tanya Farah Yasmine.

"Oh, dia tak ikut," jawab Iskandar.

"Eh, kenapa?"

"Dia sebenarnya tak suka keramaian, tak suka orang ramai."

Farah Yasmine mengangguk faham. Danial Nabil muncul, menarik perhatian para pelajar.

"Siapa dia tu?

"Cikgu baru ke?"

"Tampannya~"

Bermulalah bisikan-bisikan dari pelajar lain.

"Cikgu," panggil Amira.

Danial Nabil mendekati Amira. Amira dan Zafina Shahira menunjukkan pisau mereka yang dihias cantik.

"Kami dah hias pisau kami," kata Zafina Shahira.

Hoi... Hoi, simpanlah! Jangan bocorkan misi sulit kamu tu!" tegas Danial Nabil merampas pisau mereka.

"Ermm... Maaf," ucap dua gadis itu.

Dari jauh, pelajar kelas lain berbisik. "Tapi garang pula."

Pelajar lain melihat Niratcha muncul dengan elegannya. "Eh, cikgu baru lagi ke?"

Niratcha berdiri di sebelah Danial Nabil lalu melihat para pelajar di depan mereka.

"Jadi, inilah pelajar yang selalu diskriminasikan kelas F tu ya," kata Niratcha dingin.

Matanya tertumpu pada Iskandar. Langkahnya diatur ke arah remaja itu. Iskandar memandang gurunya itu.

"Cikgu Neraka, kenapa ni?" kata Iskandar kehairanan.

Tidak semana-mana, Niratcha membenam muka Iskandar ke buah dadanya.

"Eh, cikgu! Apasal ni? Saya tak boleh nafas!" kata Iskandar sesak nafas.

Az dan Harris yang melihat mereka berdua 'bermesra', terasa cemburu teramat sehinggakan darah mengalir keluar dari hidung mereka. Danial Nabil terus menarik Niratcha dari situ.

"Baiklah, kita mulakan perhimpunan kita pagi ini," kata seorang pengawas berdiri di khalayak.

Para pelajar tertumpu pada pelajar itu.

"Sebelum itu, kamu sudah dapat jadual peperiksaan pertengahan tahun?" tanya pelajar itu lagi.

"Sudah," balas mereka yang mendapat jadual peperiksaan.

"Jadual peperiksaan?" kata Immanuel kehairanan.

"Kita tak dapat lagi," kata Ilman Faiz.

Immanuel mengangkat tangan. "Kami belum dapat lagi."

"Oh, yeke? Rasanya tak perlu sebab kamu kelas belakang. Memang ditakdirkan jadi orang gagal," kata pengawas itu, sinis.

Para pelajar kelas lain ketawa mendengarnya. Pelajar 5F hanya menundukkan pandangan.

Ziushh!! Dalam sekelip mata, jadual peperiksaan berada di tangan pelajar 5F.

Cikgu Wan muncul di sebelah Danial Nabil.

"Hoi, kan dah disuruh jangan datang sini!" tegas Danial Nabil geram.

"Alaa... Salahkah nak tengok pelajar saya berkumpul di tapak perhimpunan?" kata Cikgu Wan dengan penyamaran 'mantap'.

Immanuel mengangkat sekali lagi. "Tak apa. Kami dah dapat jadual peperiksaan. Boleh teruskan."

Pelajar lain melihat 'guru baharu' Kelas 5F.

"Cikgu kelas 5F juga ke?"

"Nampak pelik."

Niratcha menjeling tajam ke arah Cikgu Wan lalu menghampirinya. Dia cuba menyerang Cikgu Wan dengan pisau di khalayak. Mujurlah Cikgu Wan sempat mengelak. Akhirnya, Danial Nabil mengheret Niratcha pergi dari situ. Mereka yang memerhati, terasa janggal seketika.

"Pelik betullah kelas diorang tu."

"Bukan pelik, tapi kejam."

⭐⭐⭐

Seusai sahaja waktu perhimpunan, mereka kembali ke kelas masing-masing. Iskandar membeli minuman dalam tin dari mesin vending.

"Hoi, Iskandar!" tegur Az, kasar.

Iskandar membuang pandangan ke arah suara itu lalu melihat Az dan Harris muncul. "Eh, korang."

Danial Nabil ternampak Iskandar yamg hadapi masalah. Dia cuba membantu tetapi sempat dihalang Cikgu Wan.

"Biarkan dia," pesan Cikgu Wan.

Serta-merta, Harris menggenggam kolar baju Iskandar lalu mengangkatnya.

"Kau ingat, kau boleh ketawa depan mata kitorang. Kau buat sekali lagi, aku bunuh kau!" kata Harris, geram.

Fikiran Iskandar melayang ke arah lain. Jantungnya berdegup kencang.

Bunuh?

Bunuh?

Bunuh, kau kata?

Iskandar tersenyum sinis. Aura yang mengerikan menguasai tubuh Iskandar. Renungan tajam tertumpu pada mata Harris.

"Kau cakap macamlah kau pernah bunuh orang," kata Iskandar dengan nada sinis.

Harris melepaskan Iskandar serta-merta. Iskandar berjalan ke hutan semula, menuju ke kelas.

"Benda apa tadi tu?" tanya Harris menggigil.

"Entah. Aku pun boleh rasa aura dia," kata Az turut menggigil.

Danial Nabil terpegun melihat situasi itu.

"Nampak. Mereka dah pandai jaga diri," kata Cikgu Wan.

Cikgu Wan berdar dari situ. Danial Nabil hanya memerhati Iskandar sebelum dia kembali ke hutan, meluru ke kelas.

#vote

Continue Reading

You'll Also Like

391K 14.1K 30
Mengisahkan seorang gadis yang telah terpilih sebagai Pahlawan Shadow Hunter bagi melindungi sebuah negara yang bakal menghadapi peperangan. Tugas i...
211K 15.6K 41
Eric The Doll Maker, tiba-tiba sahaja terima jemputan untuk masuk ke satu akademi yang elit sahaja mampu masuk. Satu-satunya akademi yang orang kaya...
149K 15.2K 34
"Semuanya telah berakhir," Daerah kecil Kudat menjadi huru-hara apabila satu wabak misteri melanda daerah tersebut. Tiada sesiapapun yang sedar sejak...
19.3K 3.1K 61
GENRE (FANTASY/ACTION/ROMANCE) [BOOK 2] Tujuh tahun sudah berlalu setelah Karasu di berkas oleh pihak Guardian Academy. Dunia Guardian dan Alfa tida...