FALAH | Serunai Maut ✔

بواسطة Leena_syiha

858K 113K 15.6K

Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. ... المزيد

Pengumuman
Prolog
| Linda | 1
| Linda | 2
| Linda | 3
Serunai Maut | Henry | 4
Serunai Maut | Henry | 5
Serunai Maut | Henry | 6
Serunai Maut | Henry | 7
Serunai Maut | Henry | 8
Serunai Maut | Falah | 9
Serunai Maut | Iman | 10
Serunai Maut | Falah | 11
Serunai Maut | Falah | 12
Serunai Maut | Falah | 13
Serunai Maut | Henry | 14
Serunai Maut | Henry | 15
Serunai Maut | Falah | 16
Serunai Maut | Falah | 17
Serunai Maut | Falah | 18
Serunai Maut | Falah | 19
Serunai Maut | Falah | 20
| Henry | 21
| Falah | 22
| Falah | 23
| Falah | 24
| Iman | 25
| Nuna | 26
| Falah | 28
| Tok penghulu | 29
| Razak | 30
| Falah | 31
| Mona | 32
| Jibt | 33
| Nyai | 34
| Mona | 35
| Falah | 36
| Falah | 37
| Falah | 38
| Linda | 39
| Falah | 40
| Gimbaran | 41
| Andika | 42
| Kevin | 43
| Tok penghulu | 44
| Bunga | 45
| Nuna | 46
| Linda | 47
| Falah | 48
| Anjana | 49
| Bunga | 50
| Falah | 51
| Falah | 52
| Nuna | 53
| Embun | 54
| Linda | 55
| Henry | 56
| Falah | 57
Epilog
Sambungan Serunai Maut

| Falah | 27

11.3K 1.7K 191
بواسطة Leena_syiha

FALAH memanjat tangga satu persatu daripada dapur, di tangannya ada senarai bahan yang perlu dia beli di pekan nanti. Bawang dan sayur sudah habis. Tempoh hari dia hanya beli sedikit kerana bimbang nanti tidak digunakan dan pastinya akan jadi buruk jika ditinggal lama-lama.

Ketika dia menapak ke pintu rumah, pandangannya disajikan dengan dua susuk tubuh yang sedang berada di halaman rumah.

Henry nampak termangu di kerusi, manakala Iman kelihatan sedang duduk di tangga dalam keadaan menekup wajah.

Falah kehairanan. Namun tidak pula dia ingin bertanya. Mungkin pasangan suami isteri itu ada masalah rumahtangga.

Capal disarung ke kaki. Bunyi itu membuatkan Iman mengangkat wajahnya daripada terus melekap dengan tangan.

Dan sebaik sahaja melihat wajah Iman pucat, Falah berkerut. Hatinya terusik melihat wajah sugul kakaknya itu.

"Kau nak ke mana?" suara Iman sangat perlahan. Menatap wajah Falah dengan pandangan bening.

Ketika itu juga Henry seakan baru menyedari kewujudan Falah di situ, terus dia memandang Falah. Wajahnya serta merta sugul.

Falah menatap lama wajah Iman. "Pekan akak." jawabnya jujur.

Hatinya mula tak enak. Deria keenamnya seakan bergetar.

Iman terdiam. Melontar pandangan pada Henry di belakang. Seolah meminta pertolongan agar menjelaskan sesuatu.

Henry bangkit dari duduknya, mendekati Falah. Falah memandang Henry kemudian Iman. Ada riak hairan pada wajahnya apabila melihat Henry dan Iman sama-sama berwajah sugul.

Ada sesuatu yang berlaku kah?

"Jangan pergi Falah. Kita tunggu dekat sini sahaja." Henry memegang bahu Falah.

Falah berkerut. "Kenapa?"

Salahkah kalau dia ke pekan?

"Orang kampung sedang memarahi kita." Iman yang duduk menjawab. Lesu.

Falah tidak mengerti.

"Atas sebab apa?" Soalnya.

Iman diam. Menunduk. Menyembunyikan wajahnya daripada dilihat Falah mahupun Henry. Hati hawanya tercarik. Mengingati senyuman dan tawa Nuna sudah buat jiwanya sesak.

"Atas sebab apa? Kenapa penduduk kampung memarahi kita?" Falah rasa tertinggal sesuatu yang penting.

Bersilih ganti dia memandang Iman dan Henry.

Melihat wajah Henry yang tertunduk lemah dan Iman yang sudah kedengaran menarik hingus buat Falah sedar - pasti ada sesuatu buruk yang telah terjadi.

"Kenapa ini? Apa terjadi?" Falah tidak dapat menahan rasa ingin tahu.

Henry memejam mata. Tekaknya rasa perit. Baru memahami kenapa Takir begitu sukar memberitahu alasan itu, hakikatnya berita ini seakan melukakan lidah sendiri.

Sakit.

"Abang, apa--"

"Nuna." Henry menahan sebak.

Jiwa lelakinya menjerit.

Allah..

Nuna.

Falah jeda.

"Takir datang tadi dan beritahu yang Nuna dijumpai mati dalam bilik tidurnya, badannya rentung.." Henry tidak sanggup membalas pandangan Falah. Bibirnya bergetar.

"Tengahari ini mayat akan dikebumikan." Henry menyambung.

Manakala Falah tergamam.

Nafasnya bergerak perlahan.

Lidahnya kelu.

"Tok penghulu menyuruh kita keluar dari rumah ini hari ini juga." berita itu disampaikan lagi.

"Kalau tak, malam ini juga rumah ini akan dibakar." lanjut Henry.

Falah jeda.

Tidak terkata.

"Semua sedang salahkan Falah sekarang ini, jadi keadaan masih bahaya. Lebih baik kita duduk di sini sahaja sehingga keadaan jadi lebih reda." Henry memberi syor.

Falah hanya diam. Menatap lama wajah Henry. Kali pertama adik iparnya itu tidak memberi sebarang respon. Sehingga Henry mula rasa cuak.

Wajah Falah tidak mampu diterjemahkan. Riak yang bercampur aduk. Henry tak dapat memahami sebaiknya.

Sehinggalah secara tiba-tiba Falah melangkah pergi dari tempat berdirinya itu - mata Henry membesar. Tidak sempat dia menahan langkah maju Falah mahupun bersuara apa-apa. Sesaat kelibat Falah sudah lesap dari balik semak.

"Falah!!" Henry cemas.

Ah sudah..

"Falah!!" Henry segera mengejar langkah adik iparnya itu. Jantungnya berdetak kencang.

Apa yang hendak dibuat Falah?!

"Iman kunci pintu!!" Henry sempat berpesan hal itu pada Iman. Kelihatan wanita itu sudah pun berdiri dengan wajah yang turut cemas.

Henry terus berlari selaju mungkin mengejar langkah Falah yang entah kenapa begitu pantas pagi ini.




DARI kejauhan, Falah dapat lihat kediaman Tok penghulu itu dipenuhi ramai orang berbaju hitam. Seakan sedang berkabung. Tangisan kedengaran berlagu dari dalam rumah. Jeritan dan ratapan berselang-seli.

Falah mengetap bibir. Langkahnya sedari tadi tidak mampu bergerak sebaik sahaja disajikan pemandangan ini.

Rumah dipenuhi orang.

Semua berbaju hitam.

Tangisan.

Ratapan.

Semua itu tanda bahawa sememangnya ada yang baru sahaja meninggal dunia dalam rumah itu.

Falah memejam mata. Cuba bertenang. Meminta kekuatan. Mungkin berita itu tidak benar. Dia bersangka baik. Mungkin dia tersalah dengar.. Nafas dihela panjang-panjang.

"KAU buat apa dekat sini?"

Falah angkat muka apabila dirinya ditegur begitu. Nafasnya serta merta tersekat apabila melihat seorang lelaki sedang merenung tajam ke arahnya. Falah kenal lelaki ini.

Dia ialah bapa Nuna.

"Kau buat apa di sini?!" Langkah lelaki bernama Osman itu mara mendekati Falah. Seakan hendak menerkam Falah.

"Hendak bawa sial pada keluarga aku lagi?!!" Kali ini kolar baju Falah dicekak. Serta merta wajah Osman bertukar merah padam.

Falah terkelu.

"Kau buat apa dekat sini, tak guna?!!"

"Sa..saya hendak jumpa Nuna." Falah perlahan menjawab. Jujur.

"Jumpa Nuna!!?" Osman menjerit tepat di hadapan wajah Falah.

Tidak sempat Falah mencerna apa yang berlaku, sedar-sedar rahangnya sudah ditumbuk Osman. Falah terundur beberapa tapak. Rahang terasa berdenyut. Tulang pipi bagai retak.

"KAU BUNUH ANAK AKU! DAN SEKARANG DENGAN SENANG HATI KAU DATANG KE SINI UNTUK JUMPA DIA!!?" Osman naik gila. Tetamu yang datang mulai mengerumuni mereka berdua. Memandang jijik pada Falah yang dianggap punca utama kematian Nuna.

"Anak aku, Nuna!! Kau bunuh dia!!" Osman terjerit-jerit. Tubuh Falah direntap kemudian ditolak kasar, sekali lagi rahang Falah dijamu tumbukan amukan darinya.

Kali ini Falah mula sedar ada cecair panas mengalir dari celah bibirnya. Darah. Kuat benar tumbukan lelaki ini.

"Kau berambus sahajalah dari kampung ini!! Pembawa sial!!! Sebab anak aku kenal kau, dia jadi macam tu!!!"

Falah ditumbuk lagi. Kali ini Falah terduduk. Dia tidak sempat berbuat apa. Hanya mampu menerima tumbukan demi tumbukan itu dengan redha.

Dan kerana jatuhnya Falah ke tanah, dengan sekelip mata Osman naik ke atas tubuh Falah. Semua di situ sedikit sebanyak mulai seram dengan tingkah Osman.

Apabila lelaki bergelar bapa Nuna itu mulai menumbuk dan menumbuk wajah Falah dalam keadaan duduk di atas tubuh lelaki itu, dan Falah hanya diam menerima itu semua - yang menonton jadi serba tak kena. Saling berpandangan.

"Osman.." salah seorang mereka menegur.

"KAU DIAM!! KAU DIAM! KAU TAK TAHU SAKITNYA HATI BILA KAU BANGUN TIDUR DAN KAU DAPATI ANAK KAU RENTUNG DI SEBELAH KAU!!!"

Semua kelu. Falah mulai rasa perit. Wajahnya terasa hancur.

Namun mendengarkan kata-kata Osman membuatkan hatinya lebih hancur.

Rentung di sebelah kau..

Anak kau rentung di sebelah kau..

Hakikat yang sangat perit. Sekilas Osman menghentak belakang kepala Falah ke tanah, kuat. Sehingga pandangan Falah mulai pinar diperlakukan begitu.

Nafas Osman termengah-mengah. Tangannya berhenti menumbuk. Hanya mencekak kolar baju Falah sahaja. Merenung wajah Falah yang lunyai dek tumbukannya. Wajah lunyai itu tenang. Bernafas lemah.

"Kenapa kau tak melawan ha?" Osman menyoal dengan nafas terputus-putus.

Falah membuka mata berat. Menatap Osman.

"Kalau dengan cara ini.. Saya diizinkan untuk berjumpa Nuna, maka saya rela." Jawab Falah perlahan. Tampak payah bibirnya bergerak untuk menjawab.

Muka Osman berubah bengis mendadak.

"KAU INGAT AKU AKAN IZINKAN?!! KAU MATI SEKALIPUN AKU TETAP TAKKAN IZINKAN!!" Sedetak nafas wajah Falah dilibas tumbukan. Serta merta Falah terteleng ke sisi. Darah keluar dari celah bibirnya. Terbatuk-batuk. Matanya berpinar. Terdengar jeritan demi jeritan dari Osman namun semua itu sudah tinggal sepi pada telinga Falah.

Bingit.

"Shudaaaaahh!!"

Suara Nuna ketika kali pertama mereka berjumpa sekilas menjengah memori Falah.

Ketika Nuna menghentikan 'serangan' penduduk kampung pada Henry dan Iman di pekan beberapa minggu lepas. Kali pertama mereka berkenalan.

"Cangan gaduh-gaduh! Atuk Nuna kata gaduh-gaduh ni tak baik! Kalau gaduh-gaduh lagi, Nuna bagitahu dekat atuk Nuna! Nak ke!?"

Tidak sedar bilakah cecair jernih mulai meleleh dari celah matanya. Mengingati Nuna buatkan hati lelakinya remuk. Wajahnya sekali lagi terasa pedih. Dia ditumbuk lagi.

Namun Falah sudah tidak endahkan semua itu, hatinya terlebih pedih.

Sekilas terasa bagai tubuhnya sudah ringan. Bagai beban yang sedari tadi menindihnya dibawa pergi. Meninggalkan dirinya yang sudah terbaring lemah di atas tanah ini. Suara jeritan dan pekikan saling bersahutan. Membingitkan lagi suasana.

Hiruk pikuk.

Namun Falah tidak sedar apa-apa. Hanya ketika itu dia merasakan bagai kepalanya dipangku seseorang. Wajah Iman menjamu pandangan kaburnya.

"Falah!!"

Falah tersenyum pahit menatap wajah Iman.

"Falah!! Jangan macam ni!!" Iman tampak hampir menangis. Falah lemah. Mula tidak mampu bernafas dengan baik. Dadanya terasa tersumbat. Matanya pun semakin lama semakin memberat. Pandangan makin kabur.

"Falah!!"

Air mata lelakinya mengalir. Merembas ke pipi. Menangisi sesuatu yang dia sendiri tidak pasti. Jiwanya terasa remuk.

"Pacik shayang!!"

Suara itu bergema lagi. Falah menutup mata perlahan-lahan.

"Falah!! Jangan macam ni!!" Iman menggoncang tubuh Falah.

"Kak.." Falah terbatuk. Darah. Iman sudah menangis melihatkan adiknya.

"Nuna.." Nafas Falah lemah. Mahu memberitahu sesuatu.

Pandangan jadi makin gelap.

"Nuna.." dan itu perkataan terakhir Falah sebelum nafasnya terputus.






"ENGKAU GILA KE HAH!!?" Henry nengamuk. Menyepak terus ke perut Osman yang sudah pun goyah dibelasahnya sedari tadi. Tiada lagi sesi menumbuk, hanya sepak terajang yang berbaki.

Dengan lelaki yang telah pun melunyaikan adik iparnya, tidak perlu belas ihsan lagi. Mahu meletup dirinya tadi apabila sampai ke sini dan melihat keadaan yang berlaku,

Falah ditindih Osman dalam keadaan lelaki itu menumbuk wajahnya. Bertubi-tubi.

Kerana itu sebaik sahaja melihat pemandangan itu, amarahnya serta merta meledak sehingga tanpa berfikir panjang pantas sahaja dia merembat tubuh Osman menjauhi Falah. Dan tidak perlu ditanya lagi, sepastinya Osman menerima padah yang setimpal.

"KAU INGAT BILA KAU BELASAH DIA, ANAK KAU AKAN HIDUP BALIK KE HAH?!!" Kali pertama, Henry menengking orang sebegitu rupa. Hatinya terbakar. Sehingga nafasnya pun sudah jadi hangat. Malah seluruh tubuhnya berasa panas.

Sakit hati.

Osman tertawa sinis. Mengelap darah dari tepi bibirnya yang sudah hilang rupa.

Penduduk kampung yang ada di situ hanya menonton. Tidak mahu masuk campur. Bimbang nanti terkena juga tumbukan Henry yang tampak sungguh dashyat itu.

"Sekurang-kurangnya aku puas hati bila dapat belasah manusia celaka macam lelaki itu!! Pembawa sial!!" Osman membalas tajam.

Henry tidak menunggu lama, terus merentap baju Osman dan membaling tubuh kurus itu ke tanah. Osman terguling lantas mengerang sakit. Semua yang di situ sudah pucat.

"Pergi jahanam dengan sial kau!!" Henry menjerit.

"Henry.. Cukuplah tu." Iman yang sedang memangku Falah bersuara serak. Melihatkan keadaan Henry yang makin agresif, boleh sahaja nanti Henry akan membunuh Osman.

"Kau tak tahu," Osman perlahan bangkit. Gigih menahan sakit selepas dibanting ke tanah.

"Sejak kau bertiga datang, kampung ini jadi penuh sial. Dan kerana lelaki tak guna ini, anak aku mati! Anak aku mati!! Sebab dia!! Dia memang pembawa sial!!" Osman sudah berjaya berdiri. Mengigil betisnya.

Henry mengepal tangan. Suara Iman yang menyuruhnya berhenti diabaikan. Amarah lebih meribut dalam dadanya.

"Sial? Apa sial?!! Kau tahu dari mana datangnya sial itu semua?!! Kau semua yang cipta kesialan itu sendiri!! Kau yang begitu percaya dengan Serunai Maut! Perkara mengarut-"

"HEI!! Kau jaga mulut kau!! Jangan sesekali cakap begitu tentang serunai maut!!!" Osman bertukar berang. Jari telunjuk naik selaras wajah Henry.

"Apa?! Kau sakit hati bila aku hina serunai mengarut itu?! Itulah!! Itulah kesialan yang kau semua terlalu percaya!!"

"Kau jangan bercakap buruk tentang dia!!!"

"Kenapa? Kau takut?!"

"Henry, dahlah tu!" Iman mulai stress. "Tengok Falah ni!! Dia sudah tidak sedarkan diri!! Tolonglah berhenti!!" Iman tidak tahu hendak buat apa, buntu. Sedari tadi dia hanya mampu memangku kepala Falah sambil mengesat darah yang mengalir keluar dari hidung adiknya itu. Falah tak ubah seperti mayat hidup jika tidak kerana dadanya yang berombak perlahan.

"Kau tak sedar kah? Kesialan yang selama ini kau kaitkan dengan kami itu, sebenarnya berkait dengan apa yang kau semua percaya!! Perhati betul-betul apa yang kalian pegang!! Itulah sial!!"

"Kau tak tahu apa-apa!! Jangan bercakap sesuka hati kau!!"

"Apa lagi yang kau tak faham? Kematian Nuna sebenarnya berkaitan dengan serunai itu!!" Henry bertegas.

"Ya! Atas sebab lelaki tak guna itu!!" Tubuh longlai Falah ditunjuk. "Dia yang sebabkan kematian Nuna!! Kerana dia mengajar apa yang tak sepatutnya pada anak aku!!"

Henry jeda.

"Dia mengajar anak aku perkataan yang tak sepatutnya! Dia menyesatkan anak aku!! Dan pastinya serunai maut murka sehingga anak aku jadi mangsa!!! Lelaki tidak guna itu telah bangkitkan kemurkaan serunai maut!!"

"KAU JANGAN SAMAKAN SERUNAI MAUT DENGAN TUHAN!!" Henry mencekak leher Osman. Mukanya bengis.

Osman tertawa sinis. "Tuhan? Sejak bila tuhan itu ada?"

Henry berubah muka. Nafasnya turun naik.

Sesaat tangannya yang dari tadi dikepal diangkat, dihayun pantas ke wajah Osman.

"DAHLAH TU!!!" Iman menjerit sekuat hati. Hendak menghentikan amukan ini. Namun Henry terlebih dahulu menumbuk Osman. Osman rebah entah untuk kali ke berapa. Pandangannya berpinar-pinar. Ditumbuk Henry samalah rasanya seperti ditumbuk raksasa.

"Kau jangan main-main dengan tuhan!!" Henry berbicara tegas.

Osman terbatuk-batuk. Tersembur darah dari mulutnya. Semua yang memerhati beriak ngeri.

"Cukup semua." Satu suara mencelah perbalahan itu. Mencipta hening.

Satu susuk tubuh muncul di tengah kerumunan, semua berjarak. Memberi ruang pada susuk yang dihormati itu.

Wajah Henry bertukar merah saat menatap wajah kedut itu. Ada kemarahan apabila bertentang mata dengannya.

Tok penghulu.

"SEMUA bersurai." Tok penghulu mengarah. "Angkat Osman sekali." matanya mengerling sekilas pada anaknya yang sudah lunyai itu.

Perlahan-lahan semua yang tadinya menonton filem aksi ini berlalu pergi, dua lelaki bertubuh sasa memapah Osman masuk ke rumah. Semua patuh dengan Tok penghulu.

Henry menatap tajam wajah Tok penghulu. Manakala lelaki tua itu tenang-tenang sahaja. Meletakkan dua tangannya di belakang tubuh. Pakaiannya serba hitam. Juga berkabung seperti ahli keluarga yang lain.

"Henry.. Kita kena bawa Falah balik." suara Iman memecah sunyi.

Henry spontan menoleh, memandang Falah dalam pangkuan Iman. Wajah itu hampir hilang rupa. Hati Henry panas.

"Falah cedera teruk." Iman melapor. Henry hela nafas. Meraup wajah.

"Pulang lah. Bawa Falah ke rumah dan rawat dia." suara Tok penghulu kedengaran menyampuk.

Henry tajam memandang Tok penghulu. "Bukan kau dah pun menghalau kami dari rumah itu?" Sinis.

Tok penghulu berubah muka. Tampak bersalah.

"Bawa pulang Falah, saya izinkan kamu semua menetap di situ sehingga Falah benar-benar sembuh. Selepas Falah sembuh keluarlah dari kampung ini. Itu yang terbaik untuk kamu semua." Tok penghulu tenang memberi nasihat.

Henry mengetap gigi.

"Adakah kau sudah lupa kebaikan Falah selama ini?"

Tok penghulu merendahkan pandangan.

"Takkan dengan sebab satu kes ini sahaja terus buat kau buta dengan kebaikan Falah selama ini?" Henry terkilan.

Betapa selama ini Falah tersangat baik dengan Tok penghulu, tidak mungkin hanya kerana kematian Nuna terus kebaikan itu dilupakan.

"Henry.. Kita kena balik sekarang. Keadaan Falah dah makin teruk." Iman mencelah dari belakang.

Henry mengepal tangan. Menatap tajam wajah Tok penghulu. Marah.

Henry akhirnya memusingkan tubuhnya, menghampiri Falah lantas tubuh longlai itu dipandang.

"You kena gendong dia.. Falah tak sedar diri langsung." Iman bersuara.

Henry angguk faham, terus dia menarik dua tangan Falah untuk naik ke belakangnya. Iman segera membantu. Sekejap sahaja Falah sudah berada di belakang tubuh Henry. Kepalanya terlentok di atas bahu Henry. Sungguh tidak sedarkan diri.

"Ingat, tunggu sehingga Falah sedar.." suara Tok penghulu membuatkan langkah Henry yang baru sahaja ingin menapak serta merta mati. Iman menoleh memandang lelaki tua itu, tidak seperti Henry yang langsung tidak sudi menoleh.

"Selepas itu barulah keluar dari rumah." Tok penghulu benar-benar memaksudkan ayat itu.

Iman berkerut, tidak mengerti.

"Jom Iman." Henry tidak ambil peduli. Terus sahaja melangkah pergi. Hatinya masih membara marah pada Tok penghulu.

Iman lambat-lambat membuka langkah, sempat memandang Tok penghulu sekilas.

Apa dia nampak, wajah kedut itu sedang menyembunyikan sesuatu yang sangat dalam.

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

395K 34.4K 56
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagak...
Suamiku Mr.Bad Boy بواسطة qiss

غموض / الإثارة

717K 30.7K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...
1M 42.5K 72
Dhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya sendiri, Medina. "Kalau aku nak kahwin d...