TANIA

Por divalescious

4.8K 353 8

Alert !!! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal... Más

TANIA 1
TANIA 2
TANIA 3
TANIA 4
TANIA 5
TANIA 6
TANIA 7
TANIA 8
TANIA 9
TANIA 10
TANIA 11
TANIA 12
TANIA 13
TANIA 14
TANIA 16
TANIA 17
TANIA 18
TANIA 19
TANIA 20
TANIA 21
TANIA 22
TANIA 23
TANIA 24
TANIA 25
TANIA 26
TANIA 27
TANIA 28
TANIA 29
TANIA 30
TANIA 31
TANIA 32
TANIA 33
TANIA 34
TANIA 35
TANIA 36
TANIA 37
TANIA 38
TANIA 39
TANIA 40
TANIA 41
TANIA 42
TANIA 43
TANIA 44
TANIA 45
TANIA 46
TANIA 47
TANIA 48
TANIA 49
TANIA 50
The New Chapter In Life
TANIA 51
TANIA 52
TANIA 53
TANIA 54
TANIA 55
TANIA 56
TANIA 57
TANIA 58
TANIA 59
TANIA 60
TANIA 61
TANIA 62
TANIA 63

TANIA 15

86 5 0
Por divalescious

EPISODE 15

Who do you think am I ?
Am I not scary enough for you.
I'm so sick of this game.
I'm going to fight back.

I'll pay back all the life i take,
I'm not that type of person which wasted other person's life.


At the end of this war I'll be eating you alive.
This hand will take your life.
Just wait, your time will come.

Tania bermonolog dalam hatinya. Dia sedar dia sedang diperalatkan oleh March. Setiap hari dia bergelumang dengan darah. Nyawa-nyawa tidak berdosa diragut oleh pedangnya.
Dia sedar semua itu salah. Tapi dia tidak bisa berhenti daripada membunuh. Pedangnya sentiasa dahagakan darah-darah hangat mengalir padanya.

SUATU PETANG

Tania menghabiskan masa lapangnya bersendirian.. dia tidak lagi mempercayai sesiapapun yang berada di sekelilingnya. Hatinya semakin gelap dan kosong tiada perasaan. Dia tidak lagi mahu bercakap. Dia hanya membisukan diri.

Tania memejamkan matanya,mengimbau kembali memori indah bersama Unnienya sambil bersandar pada kerusi penumpang bahagian belakang kereta yang tersadai di tepi jalan itu.

Tania terjaga semula apabila terdengar tapak kaki melangkah menuju ke arahnya. Tania menghunuskan pedangnya dengan pantas ke arah individu itu.

"Tania ... unnie ," Moon mula menghampirinya. Tania tetap mengajukan pedangnya ke arah individu tersebut.

" Kamu Tania kan?? ," Tanya Moon lagi inginkan kepastian. Tania mula memfokuskan pendengarannya.


Matanya bertukar kebiruan. Menumpukan sepenuh perhatiannya. Namun dia sendiri tidak yakin akan suara Unnienya.

Moon menghampirinya kembali, tapi Tania menjauhinya. Tidak mahu Moon menghampirinya.
Tania segera beredar dari tempat tersebut.

"TANIA ... Tunggu !," panggil moon. Namun, Tania terus melangkah meninggalkan tempat itu. Moon terkesima atas layanan dingin yang diberikan oleh Tania.

Sejak dia sedarkan diri dan pulih dari kecederaannya, Moon terus keluar mencari Tania.. tanpa putus asa.. setiap hari mengelilingi bandar usang itu untuk mencarinya. Sehinggalah dia sampai di situ bertemu Tania. Namun Tania Sepertinya sudah tidak mengenalinya lagi.

" Tania..., " bisik hatinya.

Dia merasa terluka sekali dengan layanan Tania terhadapnya. Dia amat yakin sekali bahawa gadis itu adalah Tania.

____________________________________

Tania mengheret pedangnya keluar dari kereta. Tania sudah hilang sabar. Sejak terserempak dengan Moon . Hatinya tidak lagi merasa aman. Hatinya sakit dan pedih, terasa bagai ditoreh-toreh.

Kesabarannya sudah sampai ke penghujungnya. Dia sudah tidak peduli lagi, tangannya menggenggam erat pedangnya yang terasah tajam. Bersedia menentang siapa saja yang cuba menghalangnya.

Keluar saja dari kereta, pengawal di situ cuba menghalangnya namun sekelip mata ditumpaskan Tania. Dia tidak dapat mengawal keiinginannya untuk membunuh. Satu persatu lawannya berjaya ditumpaskan. Namun tujuannya hanya satu, iaitu untuk membunuh March. Hanya itu yang boleh menentukan apakah hatinya bisa tenang kembali.

Sampai di lokasi March berada, Tania mula membuat kecoh. Namun March telah bersedia dengan pemberontakan Tania. Dia sudah sedia maklum dengan apa yang bakal berhadapan dengannya. Dia sedar Tania mempunyai personaliti yang unik dan sukar dibaca.


Perlawanan sengit terjadi antara Tania dan March. Bunyi pedang begemercingan setiap kali dua pedang berlaga. Billie, pembantu kepada March menaikkan 'volume' music  yang sedang dimainkan di tempat itu bagi mengganggu fokus Tania. Namun itu tidak sedikitpun menjejaskan fokus  Tania. Bila dia telah menetapkan misinya, tiada apa pun yang bisa menghalangnya.

March yang sedikit terleka dengan kekecohan yang berlaku itu hampir saja ditewaskan. Dia segera melarikan diri keluar dari kawasan itu kerana mengalami kecederaan. Dia sedar Tania sudah tidak dapat dikawal lagi.
Tania umpama malaikat pencabut nyawa oleh March. Sekali dia menetapkan keputusannya, dia tidak akan berhenti sebelum hasratnya tercapai.

Langkah March terhenti apabila Moon terpacak dihadapannya. Pengawalnya sekelip mata bisa ditewaskan Moon. Perlawanan senget terjadi di antara mereka berdua sebelum Tania datang meleraikan situasi tegang antara mereka. Moon melibas pedang pada tangan Tania mengakibatkan pedang itu tercampak. Dia tidak mahu Tania terlibat dalam perlawanan itu. Tujuannya hanya satu, iaitu melindungi Tania.

Serangan demi serangan ditujukan March kepada Tania namun berjaya dihalang Moon. Tania masih lagi teraba-raba mencari pedangnya.

March tersenyum sinis apabila berjaya  memerangkap Moon agar  berada jauh dari Tania. Dia berlari untuk menyerang Tania. Moon cemas apabila mula sedar akan perangkap March pantas memanggil  dan melemparkan pedangnya kepada Tania. Tania berjaya menyambut pedang itu cuba mempertahankan dirinya, namun agak sedikit terlewat dan tercedera.

March mula menyerang kembali tetapi Moon lebih pantas  menghalang libasan pedang itu daripada mengenai Tania. Tania memeluk tubuh Moon yang hampir rebah akibat cedera parah. March menyerang semula namun Tania pantas mengelak dan menusuk perut March. Tania berjaya menumpaskan March, malangnya Moon turut sama cedera parah.

" Tania...," Moon rebah akibat cedera teruk. Moon kemudiannya tidak sedarkan diri dan menghembuskan nafas terakhirnya dalam pelukan Tania. Tania meraba wajah Moon yang sudah tidak lagi bernyawa.
Air mata Tania mula gugur.

"Unnie ....," tangisnya sambil memeluk erat Moon.

Seguir leyendo

También te gustarán

148K 841 4
Kisah seorang suami pendiam dan tidak berani bersuara untuk mempertahankn haknya. Dia hanya mampu melihat kawannya mencabul dan mengerjakan bininya h...
1.5K 161 74
kisah mengenai tiga orang sahabat baik yang membuat keputusan untuk mengembara bersama demi rakan baik mereka. mereka mencari cara untuk mendapatkan...
58.2K 5K 53
PERTEMBUNGAN dua perwatakan yang sama sekali berbeza... ALEXA DUNCAN, si gadis pisau cukur yang mengikat tali pertunangan kontrak dengan seorang wari...
138K 15.6K 122
Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham...