FALAH | Serunai Maut ✔

By Leena_syiha

859K 113K 15.6K

Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. ... More

Pengumuman
Prolog
| Linda | 1
| Linda | 2
| Linda | 3
Serunai Maut | Henry | 4
Serunai Maut | Henry | 5
Serunai Maut | Henry | 6
Serunai Maut | Henry | 7
Serunai Maut | Henry | 8
Serunai Maut | Falah | 9
Serunai Maut | Iman | 10
Serunai Maut | Falah | 11
Serunai Maut | Falah | 12
Serunai Maut | Falah | 13
Serunai Maut | Henry | 14
Serunai Maut | Henry | 15
Serunai Maut | Falah | 16
Serunai Maut | Falah | 17
Serunai Maut | Falah | 18
Serunai Maut | Falah | 19
Serunai Maut | Falah | 20
| Henry | 21
| Falah | 22
| Falah | 24
| Iman | 25
| Nuna | 26
| Falah | 27
| Falah | 28
| Tok penghulu | 29
| Razak | 30
| Falah | 31
| Mona | 32
| Jibt | 33
| Nyai | 34
| Mona | 35
| Falah | 36
| Falah | 37
| Falah | 38
| Linda | 39
| Falah | 40
| Gimbaran | 41
| Andika | 42
| Kevin | 43
| Tok penghulu | 44
| Bunga | 45
| Nuna | 46
| Linda | 47
| Falah | 48
| Anjana | 49
| Bunga | 50
| Falah | 51
| Falah | 52
| Nuna | 53
| Embun | 54
| Linda | 55
| Henry | 56
| Falah | 57
Epilog
Sambungan Serunai Maut

| Falah | 23

11.7K 1.8K 212
By Leena_syiha

SELURUH tubuh rasa membeku. Tenggelam ditarik bayu graviti. Pakaian terasa memberat dalam air. Nafasnya makin hilang.

'Tenggelam. Tenggelam.'

Bisikan itu masih terdengar dalam fikirannya. Membuatkan dia terus sahaja membiarkan dirinya dibawa arus. Seolah tubuhnya dikawal sesuatu yang tidak nampak.

"Iman,"

"Apa dia?"

"You tahu kan tentang.." Jeda.

"..kita?"

Iman pandang dia.

"Tahu. Mama I dah bagitahu semalam."

"So?"

"Apa so?" Dahi Iman berkerut.

"You rasa?"

Jeda lagi.

"Henry.." Iman tarik nafas. Tampak cuba mengawal rasa.

"I cuma anggap you rakan sekerja. And untuk bina rumahtangga dengan rakan sekerja, I tak minat. You pun tahu I macamana kan.."

Dia senyap.

"Lagipun I tahu.. You pun terpaksa macam I kan. Terdesak untuk cari pasangan sebab itu you terima je tawaran mama I." Iman lepas nafas.

"Kita tak saling mencintai kut.. Macamana kita nak kahwin?" Wanita itu kemudiannya ketawa.

"Iman.."

Iman memandangnya. Tawa wanita itu pudar.

"Tak salahkan kalau kita mencuba?"

"HENRY!!!"

"HENRY MIKAIL!!" Suara itu. Kedengaran sayup-sayup.

'Terus tenggelam Henry.. Jiwa kau biarkan tenang. Hati kau biarkan lapang. Kau sudah penat dengan dunia ini. Dengan hidup ini. Tenggelam.. Tenggelam.' suara itu mendahului.

Tubuhnya terasa lemah. Tidak mampu bergerak. Kakinya beku. Jemarinya sejuk. Nafasnya perlahan terhakis.

"Mika.."

Langkahnya mati dipanggil ibunya. Terus menoleh.

"Ya ibu?"

"Mika dah tahu keputusan Nadrah?"

Mika dan Nadrah. Panggilan daripada keluarganya.

Dia tersenyum. Menggeleng. Tadi ketika berjumpa dengan Iman, wanita itu banyak mengelak.

Ibunya tersenyum tenang.

"Nadrah call ibu tadi.."

Senyumannya pudar.

"Dia setuju."

"HENRY!!!"

Suara itu lebih kuat. Serentak itu tubuhnya terasa ditarik ke atas. Kolar kemejanya direntap kasar dalam air laut yang makin menghanyutkannya ini. Nafasnya sudah lama hilang. Menjadikan pandangan sekeliling jadi makin gelap. Tubuhnya hilang deria. Apa dia tahu, dirinya sedang ditarik ke atas ketika ini. Menjauh dari dasar lautan.

Menariknya daripada terus tenggelam.

Henry tertidur dalam laut.


IMAN tidak tahu hendak buat apa. Tidak sedar bilakah air matanya menitis jatuh ke atas lantai perahu. Tekaknya sudah perit menjerit nama Henry dan Falah. Sudah hampir lima minit lamanya dua lelaki itu hilang.

Dan saat ini dia hanya mampu bersimpuh di sisi dinding perahu dengan dahi diletakkan di atas papan kayu, matanya yang kabur dengan air hanya merenung lantai perahu.

"Henry.. Falah.. Cepatlah.." Dia merintih lemah.

Jiwanya rapuh. Tidak pernah dia berasa begini. Berasa keseorangan tanpa sesiapa yang menemani di tengah laut yang sangat luas.

Di sisinya Takir masih ketakutan, dan itu langsung tidak membantu. Malah makin menambah tekanannya.

Di tengah lautan yang sangat sunyi, dengan adiknya sedang menyelamatkan Henry dalam sana..

Hatinya lemah.

Hati hawanya lemah.

Fikiran bukan-bukan seakan merasuk diri. Membuatkan jiwanya sesak lagi.

Wajahnya diangkat mendadak. Mengadap lautan.

Dua tangan mencengkam tepi perahu.

"KELUARLAH!!!!" jeritnya sekuat hati.

Perit.

Takungan air matanya pecah.

"KELUAR!! TOLONG!!!"

Iman menjerit lagi. Kemudian wajahnya jatuh. Menunduk.

Tolong..

Tolong keluar dari laut..

Tolonglah!!


Buussshhh!!

Bunyi sesuatu keluar dari laut secara mendadak mengejutkan Iman, terus dia mengangkat wajah. Mencari bunyi itu. Pantas sahaja menoleh ke belakang apabila mendapati bunyi itu dari arah sana.

Apabila sahaja terlihat di permukaan laut, Falah yang tercungap-cungap sedang menarik Henry yang tidak sedarkan diri - dia tidak berlengah untuk menyambut dua lelaki itu.

Bibirnya bergetar sejuk apabila melihat wajah pucat Henry dalam pegangan Falah, malah apabila melihat Falah yang tercungap-cungap mencari nafas - dia sedar Henry benar-benar hanyut jauh ke dalam lautan. Falah yang dia kenali bukanlah seorang yang mudah habis nafas.

"Ambil..abang Henry.." Falah menolak Henry rapat ke perahu, suaranya tersekat-sekat. Sesekali terbatuk apabila nafas tersekat di peparu.

Iman menyambut tubuh longlai Henry, dengan bantuan Falah dari bawah dia dapat menarik tubuh berat itu ke atas perahu. Perahu bergerak kasar. Takir di situ kelihatannya sudah kembali normal. Hanya memerhati dengan wajah masih sahaja pucat.

"Henry!! Henry!!" Iman menepuk-nepuk pipi lelaki itu. Hendak menyedarkannya. Namun seperti yang dijangka, Henry kaku. Nafasnya seakan tiada.

Falah yang masih di lautan perlahan memanjat perahu, sebaik sahaja duduk di atas perahu, terus dia terbaring. Tenaganya terhakis dengan banyak apabila menarik tubuh berat Henry dalam lautan. Sudahlah Henry hanyut begitu jauh ke dalam sana. Hampir sahaja dia tidak menjumpai susuk berkemeja putih itu. Nasib baik sahaja Henry berkulit putih maka mudah dia menangkap kelibat yang berwarna cerah dengan pemakaian cerah di dalam lautan pekat ini.

"Henry!!" Iman menekan-nekan dada Henry dengan dua tapak tangannya saling bertindih. Berkali-kali dia menekan-nekan kawasan itu. Mengharapkan agar bantuan ini akan menjadi.

Namun hasilnya tetap sama, Henry seakan sudah tidak bernyawa.

"CPR.."

Suara lemah Falah menyentak Iman.

Iman terus memandang Falah dengan mata membulat. Tergamam.

"CPR kak.." Falah tersenyum lemah dalam baringnya. Menatap wajah Iman lama.

Iman rasa lehernya dijerut.

"Abang Henry terlalu dalam tadi. Hanya itu caranya." Falah terbatuk.

"Cepat kakak.."

Iman mencengkam seluarnya. Bibirnya diketap.

Falah sudah pun memandang ke arah lain, dia tahu Iman segan.

Takir pula sudah memandang ke lautan.

Iman menarik nafas dalam-dalam. Dia tiada pilihan lain.



DUA kali percubaan, akhirnya Henry tersentak dari lenanya lantas terbatuk-batuk keras memuntahkan air pada lantai perahu. Habis basah baju Iman terkena muntah air Henry. Namun Iman tidak peduli, apabila sahaja melihat mata Henry terbuka dia tidak dapat menahan rasa girangnya.

Falah yang sudah pun duduk di sebelah Iman mengucap hamdalah. Bersyukur pada Allah kerana mengembalikan abang iparnya. Tidak dapat dia bayangkan jika ada apa-apa yang terjadi pada Henry.

Henry bernafas kasar. Dadanya turun naik. Dapat didengari ada air dalam peparunya. Dia tidak sihat sepenuhnya.

"Abang.." Falah mendekat pada Henry. Menyentuh bahu abang iparnya itu.

Henry menatap wajah Falah. Riaknya kosong.

Apabila matanya jatuh pada Iman, dahinya berkerut.

"Apa.. jadi?" Nafasnya tercungap-cungap. Sesak.

"Kenapa you menangis?" Henry hairan memandang Iman.

Iman kedu. Falah terdiam.

"Falah.. Apa jadi?" Henry memandang Falah pula. Suaranya serak sungguh. Dia tidak dapat ingat apa-apa.

"Abang tiba-tiba jatuh dalam laut tadi.. Falah sempat selamatkan.." Falah bercerita ringkas.

Henry jeda.

Matanya menatap langit. Tampak berfikir.

Semua diam. Takir hanya memerhati.

Iman mengetap bibir.

"You dah puas hidup sangat ke sampai nak bunuh diri? Tak ada cara lain selain terjun dalam laut?! You tahu tak you menyusahkan Falah? Falah selamatkan you.. Apa dalam fikiran you haa?" Iman keliru di antara marah atau apa. Gaya bercakapnya tertukar-tukar. Kadang marah kadang lembut.

Jiwanya berserabut.

Henry diam.

Falah pula hanya menunggu jawapan Henry. Dia tahu ada sesuatu yang mengganggu Henry.

"Ada bisikan tadi.. Dia suruh I terjun." Henry pandang Iman. Suaranya perlahan.

Iman kejung. Falah spontan mengepal tangan.

"I tak tahu kenapa dengan badan I.. I tak boleh control. Tiba-tiba sahaja I jadi mengantuk dan sedar-sedar I ada dekat sini.. I tak tahu apa dah jadi." Henry menghela nafas berat.

"I'm sorry.. " Henry mengatup mata. "I penat." Nafasnya dihela panjang-panjang. Dia mahu tidur. Jiwanya penat teramat.

Iman terkedu. Dia memandang Falah. Falah juga tampak tak terkata.

Apa yang terjadi?



HENRY dibiarkan berehat. Tiada siapa menganggunya. Ketika perahu mereka dilabuhkan di Pantai Hamparan atas permintaan Falah sendiri, sehinggalah Falah memapah Henry ke kediaman mereka - Henry tampak sangat-sangat lemah. Nafasnya sukar. Dadanya berombak pantas. Jika mereka sedang berada di Kuala Lumpur tika ini, pastinya Henry ditahan dalam wad perlu menerima rawatan secara rapi.

Namun kerana keberadaan mereka di kampung ini, maka mereka tiada pilihan lain melainkan meminta bantuan Tok penghulu untuk mencari mana-mana tabib agar mengubati Henry. Namun Henry cepat-cepat menolak untuk dirawat, dia cuma mahu berehat. Tiada semangat untuk dirawat.

Kerana itulah sehingga petang menjelma, Henry hanya tidur dengan lena di tempat tidurnya. Sesekali Falah menjenguk keadaan abang iparnya. Hanya sekadar memeriksa keadaan Henry daripada terjadi sesuatu yang tidak diingini.

Iman pula lebih gemar berada dalam biliknya, hanya sekali dia menjenguk Henry. Itu pun hanya untuk menemani Nuna yang datang menziarahi Henry. Budak kecil itu satu-satunya manusia yang berani membangunkan Henry dan menyuruh Henry makan. Henry pula tidak sanggup menolak, menerima sahaja suapan Nuna. Sesekali dia tertawa apabila melihat ulah Nuna.

Selepas pulangnya Nuna, Henry kembali tidur dengan lena. Bengkak juga hati Iman melihat Henry yang biasa-biasa sahaja seperti tiada apa berlaku tadi. Kerana itu dia malas hendak menjenguk lelaki itu, menambah bengkak sahaja.

Falah pula, selepas menunaikan solat asar terus keluar ke pantai. Memandang lautan di situ. Kakinya yang togel dibiarkan berjalan pada pasir lembap.

Dia mahu bersendirian. Mahu bertenang. Jiwanya kacau sejak apa yang terjadi Henry tadi.

Fikirannya sesak memikirkan tentang bisikan yang dikatakan Henry tadi.

Wajahnya diraup.

"Ada bisikan tadi.. Dia suruh I terjun."

Suara Henry melintas fikiran.

Falah serta merta mengeluh, menghentikan langkah dari terus menapak. Kakinya di tenggelamkan dalam pasir.

"I tak tahu kenapa dengan badan I.. I tak boleh control. Tiba-tiba sahaja I jadi mengantuk dan sedar-sedar I ada dekat sini.. I tak tahu apa dah jadi."

Ada sesuatu yang tak kena.

Angin panas di atas perahu.

Suasana tertekan.

Takir ketakutan.

Dan akhir sekali Henry jatuh ke dalam laut.

Falah mengurut rambut yang jatuh ke dahi. Sedikit pening.

Tidak semena, suasana sekeliling terasa hening. Bunyi ombak hilang. Kicauan burung lenyap dari pendengaran.

Keadaan jadi sangat sunyi.

Falah sedar sesuatu.

Tubuhnya mengeras.

'Hmm..'

Satu suara yang sangat Falah kenali kembali.

Suara itu sangat halus kali ini.

Mentertawakannya.

Tawa mengejek.

'Itu baru sedikit Falah. Aku hanya mengancam kau.. Itu hanya sedikit. Dan kau sudah menggelabah begini.'

Suara itu kedengaran sangat dekat pada telinganya. Masih mentertawakannya.

'Bila-bila masa sahaja aku dapat membunuh orang kesayangan kau, Falah. Jika kau teruskan dakwah kau di tempat aku ini.. Aku tidak teragak-agak untuk membunuh yang lain dengan lebih dahsyat. Mungkin aku patut cuba pada perempuan yang kau begitu sayangi? Hmmm.. Hahaha.'

Suara halus itu ketawa lagi. Kali ini lebih kuat. Kedengaran sangat berpuas hati.

'Kau teruskan dakwah kau.. Aku teruskan pada perancangan aku. Kita sama Falah. Sama sahaja.'

Falah menggenggam tangan. Terasa berminyak.

'Kau marah? Hmmm.. Aku suka.'

Falah memejam mata. Bibirnya menutur bacaan manzil. Jiwanya sesak.

'Jiwa kau rapuh sekarang Falah.. Bacaan kau sangat lemah.' suara itu mengejek.

Falah mengetap gigi.

'Aduh.. Sakitnya.. Auch..' Suara itu mengolok-oloknya. Kemudian ketawa nyaring.

Falah memejam mata. Menarik nafas dalam-dalam.

"Ya Allah.." Kali ini monolog Falah pula bersuara. Penat hanya mendengar.

Tawa nyaring itu memudar.

"Lindungilah aku dari Mona."

Falah berdoa sepenuh hatinya. Memejam mata.

Dan sebaik sahaja doa itu dibaca, suara di sana terkedu. Tidak terkata.

"Sesungguhnya dia ialah makhlukMu. Aku juga makhlukMu. Dia tidak nampak pada mata aku dan aku nampak di mata dia. Namun aku dan dia kedua-duanya nampak pada pandangan dan pengetahuanMu. Maka lindungilah dia daripada aku. Lindungilah dia daripada keluarga aku."

Suara di sana bertambah gamam.

Terus senyap apabila mendengar bisikan hati Falah.

"Dia tiada kuasa untuk mengapa-apakan keluarga aku. Tanpa izinMu, dia ialah hamba yang sangat lemah. Maka lindungilah kami daripadanya. Amin."

Falah menghela nafas panjang-panjang. Lapang dadanya selepas berdoa sebegini. Terasa jiwanya sudah kuat dan nafasnya makin gagah.

Dan imannya semakin teguh.

Sedangkan suara di sana terus membisu bagai disampuk kejutan teramat.

Falah meleretkan senyuman secara tiba-tiba.

"Jadi kau Mona?" Falah bertanya dalam hati.

Mona tergamam.

"Selamat berkenalan Mona."

Continue Reading

You'll Also Like

1M 38.7K 57
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚...
Suamiku Mr.Bad Boy By qiss

Mystery / Thriller

718K 30.7K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...
101K 18.3K 31
Saat kau merasakan dirimu adalah sebuah beban, ada lagi yang merasakan dirinya adalah beban untuk segala-galanya. Darjat dan angka adalah segala-gala...
1.7M 13.6K 11
<2nd Novel> Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021) [Completed] Known as Healing Love. "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, yo...