Mr. Hati Beku [C]

By Wantwothree_

239K 10.8K 301

[ #1 in Hati Beku - 2019 ] [ #5 in Remaja - 2019 ] [ #1 in Remaja - 2019 ] [ #37 in Random - 2019 ] [ #32 in... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27 ( Final )
NEW STORY
Special Chapter

Bab 23

6K 309 3
By Wantwothree_

Setiap masa Haura Syazwina akan mengerling ke arah jam dinding. Sudah pukul 1 pagi tapi suaminya masih belum pulang. Tidak pernah suaminya pulang selewat ini. Perasaan risau semakin membelengu diri. Teringat akan kata - kata Firasy Adrian sebelum dia pergi kerja.

Mungkin itu kata - kata terakhir dia ? Haura Syazwina cepat - cepat menggeleng kepalanya. Tak tak ! Suaminya janji takkan pergi tinggalkannya. Air mata sudah bertakung di tubir mata. Takut akan kenyataan itu.

Kring kring...

Tersentak Haura Syazwina mendengar telefonnya yang berdering minta diangkat. Segera dia mengambil telefonnya yang berada di atas meja lampu di sebelahnya.

Tertera nombor yang tidak dikenali. Siapakah yang menelefonnya pada lewat malam begini ? Segera butang hijau ditekan.

"Assalamualaikum", ucap orang di talian.

"Waalaikumussalam", balas Haura Syazwina.

"Ini Pn.Haura Syazwina ke, isteri kepada Encik Firasy Adrian?"

"Iye saya, kenapa ya ?"

"Takziah kepada keluarga Puan. Suami puan telah terlibat dengan kemalangan...", dunia Haura Syazwina bagaikan terhenti. Kata - kata lelaki tadi bagaikan tak dapat dicerna dengan baik.

S..suami dia kemalangan ?

"Di..dia dekat hospi..tal mana?", soal Haura Syazwina dengan suara sayu. Hatinya hiba.

"Hospital Pantai Kuala Lumpur", segera Haura Syazwina memakai tudung dan mengambil anaknya yang sedang tidur nyenyak. Air matanya dari tadi tidak berhenti merembes. Kereta Audi R4 yang suaminya tidak gunakan terus dipandu membelah jalan raya.

Sampai sahaja di hospital, terus dia berlari ke arah kaunter pertanyaan untuk menanyakan keberadaan suaminya. Setelah itu, kakinya laju dihayun ke tempat pembedahan. Ternampak mama dan ibu mentuanya yang sudah berada disitu.

"Mama..Ibu..", air matanya sudah tidak dapat ditahan lagi. Semakin lebat air matanya melihat wajah sayu ibu mentuanya. Mereka berpelukan disitu.

"Haura okay?", soal Pn.Surya sambil mengambil Hana Farella di dukungan Haura Syazwina.

Haura Syazwina menggelengkan kepalanya. Dia tak okay !

Tiba - tiba pintu terbuka dan terpacul seorang doktor lelaki.

"Keluarga Firasy Adrian ?", soal Dr.Adam.

"Iye, saya isteri dia. Ini ibu dan mak mentua dia"

Dr.Adam mengangguk kepala. Kemudian dia mengeluh kecil.

"Macam mana keadaan suami saya?", terus Haura Syazwina menyoal apabila melihat wajah keruh doktor yang merawat suaminya.

"Alhamdulillah, suami puan sudah melepasi tahap kritikal tapi..dia mengalami hentakan yang kuat dan kemungkinan mengalami koma", terang Dr.Adam dengan tenang. Dia simpati dengan keluarga pesakitnya itu.

"Allah...", lemah kaki Haura Syazwina mendengar penjelasan Dr.Adam. Air matanya lebat membasahi pipi. Abang...

"Berapa lama koma dia ?", soal Pn.Sofea .

"Itu saya tidak dapat jamin, insyaallah dengan izin Allah, sekejap saja komanya. Puan kena sentiasa bercakap dengannya kerana orang yang koma dia dapat mendengar apa yang kita cakap. Sentiasalah baca yasin"

Pn.Sofea menganggukkan kepalanya. Anak yang dia tatang dengan penuh kasih sayang selama ini kini berada di dalam hospital tidak sedarkan diri. Ibu mana je yang tak sedih.

"Bila doktor akan tukarkan dia ke wad ?"

"Selepas ini"

"Masukkan ke wad VVIP ye"

Dr.Adam menggangukkan kepala. Selepas itu, dia meminta diri untuk beredar.

Pn.Sofea memandang ke arah menantunya. Kesian menantunya, apatah lagi ada cucu. Terpaksa menjaga anaknya seorang diri. Nasib baik cucunya tidak banyak ragam, tidur je dari tadi.

"Haura, Su, mari, melawat Adrian", ajak Pn.Sofea. Tersenyum kecil dia melihat Haura yang sedang teresak - esak.

*****

"Abang, ni saya datang ni, dengan Hana", ujar Haura Syazwina. Sayu hatinya melihat suaminya yang terbaring kaku di atas katil.

"Abang, bangun bang, saya rindu abang, Hana pun rindu dekat abang", menitis air matanya. Dia memeluk bahu suaminya. Sebak semakin menghimpit dadanya. Hana Farella yang berada di dukungannya dicium. Mengambil kekuatan.

"Bang, saya akan belajar bersungguh - sungguh mempertahankan diri biar lepasni saya dapat bersama - sama dengan abang turun padang", tergelak kecil selepas mentuturkan ayat itu. Turun padang ? Amboi nak join mafia ke ?

"Saya sayang abang..sangat - sangat", Haura Syazwina mencium tangan Firasy Adrian yang berada di genggamannya. Lama. Dia kemudian menghulurkan dahi Hana Farella pada bibir Firasy Adrian. Persis mencium.

"Saya akan datang setiap hari melawat abang, selepas saya habis berlatih"

"Abang..nanti bila abang dah bangun, saya masak lauk kegemaran abang banyak - banyak, saya-", tak tersambung ayatnya dek menahan tangis. Ya allah, bagilah aku kekuatan.

"Haura", terasa sentuhan di bahunya. Haura Syazwina berpaling melihat gerangannya. Tersenyum kecil dia apabila melihat ibu mentuanya disitu. Mamanya sudah pulang terlebih dahulu.

"Haura pulang dulu ye sayang, biar mama jaga Adrian. Haura kena cukup rehat. Nanti siapa nak jaga Hana kalau Haura sakit ?", pujuk Pn.Sofea sambil mengusap bahu menantunya.

Haura Syazwina mengangguk. Ada benar juga kata - kata Pn.Sofea . Dia berdiri dan menyalami Pn.Sofea untuk pulang.

"Baiklah, saya pulang dulu ye. Apa - apa perkembangan, ibu bagitahu saya ye"

"Iyelah"

Mereka berpelukan seketika. Mengambil kekuatan dari ibu mentuanya. Selepas itu, Haura Syazwina melepaskan pelukan dan berpaling ke arah suaminya.

Haura Syazwina mencium dahi suaminya. Sayang sayang abang !

Haura Syazwina mengambil anaknya dan keluar dari wad . Sempat dia berpaling memberi senyuman kepada Pn.Sofea .

"Saya akan kuat demi abang, demi anak kita"

*****

Don't forget to vote and comment ❤

#ICEAWARD19





Continue Reading

You'll Also Like

6.2K 318 26
Kebetulan atau salah dirinya? Kem special forces merupakan antara kem yang terkenal dengan kawalan peraturan dan undang- undang yang ketat dan strict...
99K 5.7K 59
Genre : Romance | Thriller | Action Hanya kerana satu insiden berlaku dalam hidupnya membuatkan dirinya seratus peratus berubah. Berubah menjadi sese...
1.2M 43.7K 120
{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh...
1.3M 49.5K 100
Dua nama. Dua perangai. Dua penampilan. Semuanya berbeza. Tapi hanya satu jasad. Dia seorang yang penyayang, periang, penyabar dan seakatan denganya...