Dear My Karmila 2 : Fight Me
"Aku tak sejahat yang kau sangka, Karmila."
◾◾◾◾◾
KARMILA tersentak, lalu ditolak jemari Khairil daripada terus menyentuh wajahnya.
"Apa maksud awak?"
Bersungguh-sungguh riak wajah Karmila tika itu. Kerana dia sangat mengharapkan jawapan yang tepat bagi soalannya.
Apa maksud Khairil?
Permulaan? Permulaan kepada apa?
Tidak henti-henti soalan itu bermain di fikiran Karmila.
Sementara Khairil, masih dengan riak wajah yang kosong.
Kosong.
Sangat kosong.
Malah senyumannya pula semakin sinis.
"Abaikan. Salah aku kerana terlanjur berkata."
Tenang saja Khairil membalas.
Sudu yang masih terisi dengan ais krim itu disua ke bibir Karmila kembali.
Karmila masih mendiamkan diri. Dibiarkan sudu yang sudah menyentuh bibir merahnya. Kerana fokusnya matanya kini adalah,
Khairil.
"Tak nak?"
Soal Khairil apabila Karmila masih tidak membuka mulut. Keningnya diangkat sebelah.
Karmila mengetap gigi.
"Jawab soalan saya dulu."
"Oh, yang mana? Aku ada terlepas soalan ke?"
Riak wajah Khairil seakan terkejut. Terus sudu dimasukkan ke dalam mangkuk ais krim.
Lalu dia memandang Karmila.
"Boleh aku tahu, soalan apa yang aku terlepas tadi?"
PRANG!
Mangkuk kaca yang masih ada sisa ais krim itu, pecah berderai di atas lantai kerana Karmila.
Nafasnya turun naik. Agak tercabar dengan Khairil.
Dia tahu, Khairil sengaja pura-pura tidak tahu tentang apa yang dia ingin tahu!
"Apa masalah kau, Karmila?"
Soal Khairil sebelum dia mula bangun. Sisa mangkuk yang sudah pecah itu direnung dengan riak biasa. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Kemudian wajah Karmila dicari.
Satu senyuman diberikan kepada Karmila.
Sinis.
"Perempuan memang macam ni ke? Mengamuk, mangkuk jadi mangsa? Dah rasa hebat lah?"
Soalan sarkastik yang keluar dari bibir Khairil membuatkan Karmila tersentak.
Dia kemudian turun dari katil. Wajah Khairil direnung tajam. Terketar-ketar bibirnya kerana terlalu marah.
Sebenarnya, dia terlalu sebak.
Tangisannya mahu pecah.
Tapi, dia tidak boleh mengalah terlalu awal.
Dia tidak boleh terus menangis dan terus menjadi wanita lemah di depan Khairil.
"Jangan cabar saya, Khairil!"
Jari Karmila naik, menuding tepat ke muka Khairil yang berdiri tidak jauh darinya.
Khairil tergelak.
Bibirnya mengukir senyum sinis.
"Cabar, huh?"
Khairil melangkah setapak ke depan, ke arah Karmila.
Karmila tidak berganjak, walaupun dengupan jantungnya seperti dilanda taufan kuat.
"Kau terlalu beremosi, Karmila. Mudah terpengaruh dengan bicara kosong aku."
"Diam, Khairil!"
"Diam, huh?"
Khairil kemudian melangkah setapak ke depan lagi.
"Baiklah, Karmila."
"Aku cabar kau, Karmila."
"Diamkan aku."
Semakin turun naik nafas Karmila kerana permintaan Khairil. Tanpa berfikir apa-apa, dia melangkah ke depan. Mendekati Khairil.
Lalu sebelah tangannya naik, menuding ke arah pintu yang terbuka luas.
"Keluar."
Khairil masih tidak berganjak. Malah renungan Karmila dibalas dengan riak biasa.
Kosong.
"Ke. Lu. Ar."
Khairil masih seperti tadi.
"Keluar!"
Suara Karmila sudah naik seoktaf.
Serentak itu juga, air matanya gugur.
"Kau nak aku keluar pula? Tak mahu aku jawab soalan kau lagi ke?"
Khairil menyoal bersama senyuman kecil.
"Keluar!"
"Kalau aku tak mahu, kau nak buat apa? Pecahkan kepala aku macam yang kau buat pada mangkuk tu?"
"Keluar!"
Karmila cuba menolak tubuh Khairil supaya keluar dari biliknya. Namun dia gagal. Khairil lebih kuat daripadanya. Malah tangannya diraih Khairil.
"Berhenti sakitkan diri kau, Karmila."
"Keluar!"
Karmila tidak peduli semua itu. Yang penting, dia tak mahu melihat Khairil lagi!
Ditolak tangan Khairil yang masih memegang erat kedua belah tangannya. Apabila tangannya berjaya dilepaskan, terus ditarik tubuh Khairil. Pintu didekati lalu ditolak tubuh itu keluar.
BAM!
Pintu dihempas kuat! Lalu dikunci. Kemudian Karmila jatuh terduduk. Tangisannya semakin kuat. Air matanya semakin deras mengalir.
"Ya! Saya selalu sakitkan diri saya!"
"Awak tak faham! Awak tak rasa apa yang saya rasa!"
Karmila meramas-ramas rambutnya sehingga kusut.
"Semua ini cukup gila untuk saya!"
"Khairul pergi tinggalkan saya! Kemudian awak datang sebagai kembar dia!"
Khairil masih setia berdiri di luar pintu. Dan, masih setia mendengar luahan Karmila.
"Karmila—"
"Diamlah!"
"Diam!"
Karmila menekup kedua-dua telinganya. Dia memejamkan mata. Tak mahu dengar apa-apa yang keluar dari bibir Khairil!
Dia tak ubah seperti orang gila. Tidak terurus. Rambutnya semakin kusut. Tidak henti-henti air matanya mengalir. Teresak-esak dia menangis.
"Khai..."
"Khai..."
Dia terlalu rindukan Khairul.
Alangkah indahnya jika suaminya masih ada di sini untuk memujuk dirinya.
"Khai..."
Tubuh Karmila semakin lemah. Lemah kerana terlalu lama menangis. Lemah kerana terlalu letih.
Karmila terbaring lemah di atas lantai. Rasa sejuk yang semakin mencucuk tubuh tidak dia hiraukan.
"Khai..."
Perlahan-lahan, mata Karmila tertutup.
Dia mahu tidur.
Mahu bertemu Khairul, di alam mimpi.
LIMA belas minit kemudian, pintu biliknya terbuka.
Khairil melangkah masuk. Diperhatikan saja Karmila yang sedang terbaring di atas lantai sejuk itu.
Mujur dia sempat modified pintu bilik Karmila. Karmila tidak tahu yang pintu biliknya sebenarnya tidak boleh dikunci.
Tubuh Karmila diangkat lalu dibawa ke arah katil.
"Khai..."
Karmila diletakkan dia atas katil. Selimut ditarik. Tubuh Karmila dibaluti selimut tebal. Lengan Karmila disentuh.
Panas.
Kemudian dahi Karmila disentuh.
Panas.
Keluar keluhan kecil dari bibirnya.
"Khai, let her down slowly."
* * *
KARMILA tersedar dari tidurnya. Ada sesuatu yang telah menganggu tidur lenanya. Lalu sebelah tangan naik menyentuh dahi. Karmila tersentak.
Tuala basah.
Karmila terus bangun. Matanya turun merenung sesuatu. Baru dia sedar, dia kini berada di atas katil biliknya. Bukan lagi di atas lantai.
Bukankah semalam dia tertidur di atas lantai?
Atau, dia bangun dan naik ke atas katil dalam keadaan mamai?
Karmila menggeleng.
Kalau betul dia naik sendiri ke atas katil, tuala basah ini siapa pula yang letakkan? Tak akan dia sendiri? Dalam keadaan mamai?
Tak.
Tak mungkin.
Dalam sibuk memikirkan tentang tuala basah tersebut, Karmila dikejutkan suara milik seseorang. Laju dia menoleh ke tepi. Bulat matanya memandang figura tersebut.
"Khairil?"
Khairil melabuhkan punggung di tepi katil bersama dulang makanan. Wajah Karmila dipandang.
Mata Karmila jatuh pula pada dulang yang dibawa oleh Khairil. Ada semangkuk bubur dan segelas air kosong.
"Makan sikit. Mana tahu, kau lebih bertenaga nak bergaduh dengan aku."
Karmila mengetap gigi.
Entah kenapa, dia mula merasa jelek dengan sikap Khairil.
Apa-apa saja yang keluar dari bibir Khairil selalu menyakitkan sekeping hatinya.
"Macam mana awak boleh masuk bilik saya?"
Khairil mengangkat sebelah kening.
"Kau lupa, Karmila?"
"Lupa apa?"
"Aku Khairil, kembar Khairul."
Karmila cuba menolak dulang tersebut namun cepat saja Khairil menangkap tangannya.
"Lepaslah!"
"Aku lepaskan bila kau dah habis makan, okey?"
Karmila meronta-ronta kecil, namun usahanya sama sekali tidak mendatangkan hasil. Pegangan Khairil pada kedua tangannya sangat ketat.
Apabila sudu yang sudah diisi dengan bubur itu disua ke bibirnya, Karmila teragak-agak untuk makan.
Betul, dia sangat lapar. Lagi-lagi apabila bubur yang dibawa oleh Khairil kelihatan begitu enak sekali.
Namun, ego berkata tak mahu.
Perut pula meronta-ronta mahu makan.
"Kata nak gaduh?"
Khairil mengangkat sebelah kening. Sengaja mahu mencabar Karmila. Mana tahu dengan cara ini, Karmila akan makan.
Belum sempat Karmila membuka suara, Khairil terlebih dahulu menyuap bubur itu ke dalam mulut Karmila. Cepat sekali tindakannya, sehingga membuatkan Karmila membulatkan kedua belah matanya.
"Awak siapa nak paksa-paksa saya?"
"Anggap je aku, Khairul."
Baru saja Karmila mahu membalas, dia tersentak. Tiba-tiba saja dia teringatkan memori di mana ketika dia demam, Khairul sanggup ambil cuti semata-mata mahu menjaganya. Masih dia ingat memori di mana Khairul sedang menyuap bubur kepadanya.
Raut wajah biasa Khairil ditatap bersama rasa yang cukup sebak. Entah kenapa semakin direnung wajah itu, semakin dia rindu pada Khairul.
Karmila mengemam bibir, menahan sebak. Bimbang jika air matanya gugur lagi.
Dia perlu kuat.
Apabila Khairil mahu memberikan suapan kedua, cepat saja Karmila menggeleng.
Lalu dibalas renungan Khairil.
"Saya boleh makan sendiri."
"Keluar."
"Kenapa? Nak sambung menangis lagi ke?"
Selamba Khairil menyoal.
"Apa masalah awak sebenarnya?"
Lantang suara Karmila tika itu.
"Masalah aku adalah kau."
"Kenapa dengan saya?"
"Kau terlalu lemah kerana cinta, Karmila."
Karmila tersentak. Bagaikan kaset lama, ayat itu kembali berputar dalam kotak memorinya. Ini merupakan kali kedua ayat itu meniti di bibir Khairil buatnya.
"Saya tak lemah!"
"Buktikan pada aku yang kau tak lemah."
Karmila mengetap gigi. Lalu dibawa wajahnya hampir dengan Khairil yang masih belum berhenti merenung tajam dirinya.
Mata bertemu mata. Cukup tajam.
"Fight me."
Tanpa getar ayat itu keluar dari bibir Karmila. Renungan pada Khairil masih tajam dan dalam.
Sementara Khairil, sudah mengukir senyum sinis.
"Fight me, huh?"
Dagu Karmila disentuh.
Khairil ketawa sinis.
"Karmila, kau bukan lawan aku. Lawan aku sepatutnya lelaki, bukan perempuan."
"Tapi, aku ada cabaran untuk kau."
"Apa?"
* * *
KARMILA merenung dirinya di dalam cermin. Diperhatikan satu persatu sisi mukanya.
Bibirnya pucat kerana sudah lama tidak memakai apa-apa pelembap bibir.
Bawah matanya agak gelap. Tanda dia tidak cukup tidur dan terlalu banyak menghabiskan masa dengan menangis.
Bentuk wajahnya semakin kecil, tanda dia tidak cukup makan dan minum.
Tubuhnya semakin kurus. Keadaannya sama sekali tidak sama dengan keadaan seseorang yang sedang mengandung.
Selera makan hilang.
Emosinya sering terganggu dengan bayang-bayang Khairul.
Karmila mengukir senyum kecil. Lalu perlahan-lahan dia menarik laci meja solek. Dikeluarkan satu pelembap bibir jenama Silky Girl yang pernah dihadiahkan oleh Khairul dahulu.
"Kenapa pelembap bibir?"
"Sayang lagi cantik pakai pelembap bibir."
"Gincu tak cantik ke?"
"Warna asal bibir sayang jauh lebih cantik daripada warna mana-mana gincu."
Penutup pelembap bibir dibuka. Kemudian dicalit pelembap tersebut ke bibir yang kering itu.
Cantik.
Senyuman diukir.
Lalu air mata jatuh.
Pelembap bibir terlepas dari pegangan, jatuh di atas lantai.
Karmila menunduk lemah. Kelopak matanya tertutup. Hujung meja solek dipegang erat.
Sedaya upaya dia menahan tangisan. Kepala digeleng berkali-kali.
Karmila membuka kelopak matanya. Lalu matanya jatuh pada bingkai gambar yang terletak kemas di dalam laci meja solek yang masih terbuka. Dia terlupa menutup laci tersebut ketika mengambil pelembap bibir.
Itu gambar Khairul.
Khairul sedang tersenyum ke arahnya.
Setitik air mata jatuh di atas bingkai tersebut.
"Khai, maafkan saya sebab tak jaga diri saya baik-baik..."
Teresak-esak Karmila menangis.
* * *
"HELLO?"
Karmila menegur terlebih dahulu.
"Encik Iz?"
Karmila membulatkan matanya. Tidak percaya dengan apa yang dia dengar sebentar tadi.
"Saya sebenarnya tak sangka juga ada yang berminat dengan iklan yang saya buat sebulan lalu. Saya fikir tiada siapa yang berminat dengan galeri lama saya. Lagi pun, galeri tu saya tak ubah apa-apa. Jadi, rekaan agak lama."
Karmila mendengar penjelasan daripada pemanggil.
"Designer?"
Karmila menarik nafasnya.
"Maafkan saya, Encik Iz. Saya sangat teruja dengan tawaran Encik Iz untuk saya jadi designer bagi produk Encik Iz. Tapi..."
Karmila mengurut dagunya.
"Melukis dan mereka sesuatu adalah dua perkara yang berbeza, Encik Iz. Kerana sebagai seorang pelukis, saya perlukan masa dan ketenangan ketika melakar sesuatu..."
"Saya tak rasa designer sesuai buat saya, Encik Iz."
Karmila tersenyum kecil apabila pemanggil memahami perasaannya.
"Saya tiada apa-apa hal hari ni pun, Encik Iz."
Balas Karmila sambil membuka almari bajunya. Bergerak-gerak tangannya, membelek baju yang sesuai untuknya pakai pada hari ini.
"Tengah hari ini? Boleh saja, Encik Iz."
"Di mana?"
Karmila kemudian mengangguk kecil.
"Boleh, Encik Iz."
"Terima kasih, Encik Iz. Jumpa nanti."
Talian dimatikan. Karmila menggulum senyum kecil.
Cermin biliknya ditenung lama bersama senyuman manis.
Karmila menarik nafasnya. Kemudian hembus.
"Kuat, Karmila!"
Sehelai jubah labuh dikeluarkan. Jubah putih bercorak ros hitam itu ditilik.
Jubah pemberian Khairul.
Ros hitam dan Khairul.
Katakan, bagaimana mampu dia melupakan suaminya?
* * *
KARMILA memarkir keretanya di luar rumah Encik Iz. Sempat dia menilik wajahnya melalui cermin kereta.
Beg tangan diambil. Pintu kereta ditolak dan dia melangkah keluar. Kereta segera dikunci dan dia masuk ke dalam rumah Encik Iz memandangkan pagar rumahnya masih terbuka luas.
"Assalamualaikum, Encik Iz—"
Karmila tersentak.
Pintu rumah Encik Iz terbuka sedikit.
Sebenarnya, bukan pintu yang membuatkan Karmila tersentak.
Tapi cecair merah.
Jelas di matanya, ada cecair merah mengalir di atas lantai.
"Ya Allah..."
Karmila menekup mulutnya. Terketar-ketar tangannya.
Karmila takut. Dia tidak tahu apa yang sedang berlaku. Apa yang perlu dia buat?
Call! Ya call!
Call Zara!
Karmila kelam kabut mengeluarkan telefon pintarnya. Terketar-ketar jarinya mencari nama Zara.
Karmila kemudian keluar dari rumah tersebut. Dia takut! Dia cemas!
Telefon dilekapkan ke telinga. Sambil menunggu panggilan diangkat oleh Zara, Karmila tidak sengaja menangkap susuk tubuh seseorang yang berdiri di sebalik pokok.
Jantung Karmila berdegup laju. Turun naik nafasnya.
"Khai..."
"Khairil?"
Kelihatan Khairil sedang merenung ke arahnya.
Bersama senyuman sinisnya.
Karmila cuba membaca gerakan bibir Khairil.
"Fight me, huh?"
Karmila tersentak.
◾◾◾◾◾◾◾◾◾◾◾◾◾◾
Apa yang dah berlaku?
Siapa sebenarnya Khairil?
Suka tak dengan watak penuh sinis Khairil? Nampak beza dia dengan Khairul?
Sebaknya tengok Karmila, dia terlalu rindukan Khairul 😭
Maaf sebab mengambil masa terlalu lama untuk update DMK 2 :')
Harap bab kali ini memuaskan :')
Hmm, can I tell something?
Mira sebenarnya ada masalah mata. Baru tahu masa tahun 2017. Mata kiri mira mati. Peluang untuk sembuh sangat tipis. Mungkin akan buta kalau gagal dirawat.
Sekarang mata kanan makin kabur walaupun pakai cermin mata. Mungkin dia dah penat tanggung semua sorang-sorang.
Sebab tu mira tak update apa-apa. I need some rest.
#FightCancer is not easy.
Tapi, mira bersyukur sangat-sangat. Sebab, walaupun Allah uji mata kiri mira, sekurang-kurangnya Allah masih beri peluang untuk melihat, menulis dan terus berkarya. Nampak tak betapa sayangnya Allah pada hamba dia?
Allah uji dengan kekurangan, dan Allah hadirkan kelebihan :)
Jadi, jangan lupa mengucap syukur atas apa yang kamu dapat selama ini :)
Doakan mira boleh?
Doakan mira sentiasa kuat tau!
Sayang korang!
Terima kasih sebab masih setia menunggu mira dan DMK 2 ♥ Tanpa sokongan korang, mira tak akan sekuat ini :')
Love you ♥