TANIA

By divalescious

4.8K 353 8

Alert !!! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal... More

TANIA 1
TANIA 2
TANIA 4
TANIA 5
TANIA 6
TANIA 7
TANIA 8
TANIA 9
TANIA 10
TANIA 11
TANIA 12
TANIA 13
TANIA 14
TANIA 15
TANIA 16
TANIA 17
TANIA 18
TANIA 19
TANIA 20
TANIA 21
TANIA 22
TANIA 23
TANIA 24
TANIA 25
TANIA 26
TANIA 27
TANIA 28
TANIA 29
TANIA 30
TANIA 31
TANIA 32
TANIA 33
TANIA 34
TANIA 35
TANIA 36
TANIA 37
TANIA 38
TANIA 39
TANIA 40
TANIA 41
TANIA 42
TANIA 43
TANIA 44
TANIA 45
TANIA 46
TANIA 47
TANIA 48
TANIA 49
TANIA 50
The New Chapter In Life
TANIA 51
TANIA 52
TANIA 53
TANIA 54
TANIA 55
TANIA 56
TANIA 57
TANIA 58
TANIA 59
TANIA 60
TANIA 61
TANIA 62
TANIA 63

TANIA 3

164 9 0
By divalescious

EPISODE 3

Tania merenung imej dirinya pada cermin kedai itu. Tania menyentuh bibirnya yang lebam,
wajahnya pucat tanpa solekan, rambutnya yang panjang mengurai dirapikan kembali.

Tania menyeluk poketnya mengambil getah rambut lalu mengikat rambutnya. Tania meninggalkan kedai tersebut lalu menuju ke kedai serbaneka 7e. Tania mencapai mi segera dan kopi 3in1. Selesai membayarnya Tania duduk sebentar sementara menunggu mi segeranya masak.

Dia menghirup air kopi 3in1 nya bagi menghangatkan tubuhnya yang kesejukan kerana ditimpa hujan semasa dalam perjalanan sebentar tadi. Dia melirik jam di dinding, 2 pagi.

" Alangkah baiknya jika hati dan perasaanku ini bisa kuhangatkan kembali," bisik hatinya.

Tania merenung wajahnya di dalam cermin tingkap itu. Dia mengambil tisu basah mengelap mukanya yang kian kusam dan tidak bermaya itu. Tania menampal plaster pada bibirnya yang luka tadi.

Selesai makan, Tania membuka dompetnya, ternyata mengecewakan. Cukuplah untuk mengalas perut dua tiga hari lagi sebelum mendapatkan kerja baru, di tempat baru. Tania mula melangkah pulang ke rumahnya.

Tania perlahan -lahan melangkah masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke biliknya. Dia segera mengemas beg pakaiannya. Mengambil hanya pakaian yang dibeli hasil duitnya sendiri. Adalah dua tiga helai. Tania membalut tabungnya di dalam selimut dan memecahkannya. Cukup untuk wang saku perjalanan dan sewa bilik. Nasib baik ada tabungan, bisik hatinya. Tania memandang seluruh penjuru biliknya buat kali terakhir sebelum menutup rapat pintu biliknya. Tania kemudiannya singgah di sebuah bilik yang bersebelahan dengannya.

Ternyata pembantu rumah mereka sedang nyenyak tidur. Tania mengucup dahinya sebagai tanda perpisahan. Pembantu rumah itu membuka matanya, mereka saling berpandangan.

"Why don't you sleep Tania? Are you having a nightmare?," soalnya dalam keadaan mamai.

Tania menggelengkan kepalanya.

"Nothing, just go back to sleep okay," Tania mengusap rambutnya. Tania bersyukur kerana bilik itu gelap tidak menampakkan wajahnya. Tania menepuk lembut bahunya.

" I'm sorry, I have to go "mummy" . Please don't cry too much. You will always stay in my heart," bisiknya sambil menghadiahkan satu ciuman di pipi pembantu rumah mereka yang sudah tertidur semula itu. Pembantu rumah itu telah menjaganya sejak tiga tahun yang lalu. Dia bukan sahaja ibu baginya, dialah bapa, dialah sahabat, dia juga bahkan segala- galanya bagi Tania. Dunianya. Tania bangun dan keluar dari bilik itu serta menutup rapat pintunya.

Sampai di ruang tamu besar rumah itu, dia melihat Tommy tertidur di sofa akibat terlalu mabuk. Tania mendekatinya, tangannya spontan ingin mengelus lembut pipi Tommy, namun terhenti.


Tania berdiri semula, mengeluarkan cincin yang tersarung di jarinya lalu disarungkan pada jari Tommy. Cincin itu adalah hadiah Tommy kepadanya sebagai tanda percintaan mereka. Namun kini, tidak lagi. Semuanya telah musnah.

" I don't need this anymore. You can have it. Don't come across my dream again. I hope we will never meet ever again," goodbye.. brother.

Pembantu rumah mereka hanya mampu memandang dari jauh dalam linangan air mata yang tanpa dapat ditahan lagi. Malam tadi dia turut mendengar perkhabaran mengenai Tania dari pemandu yang bekerja disitu. Semalaman dia tidak tidur menunggu Tania pulang ke rumah. Namun Tania telah memilih untuk pergi meninggalkan rumah besar itu. Dia berasa sangat sedih dan terkilan, dia telah menganggap Tania sudah seperti anaknya sendiri.

Namun siapalah dia mahu menghalang Tania untuk tidak pergi dari situ. Dia juga cumalah pekerja di situ. Dia juga sedia maklum akan hubungan Tania dan Tommy. Namun dia hanya mendiamkan diri, sama-sama merahsiakannya. Sehinggalah rahsia itu akhirnya terbongkar dan sampai kepada pengetahuan ayah Tommy. Ayah Tommy sangat marah dan menentang hubungan mereka. Dia rupa-rupanya secara senyap telah mengatur pertunangan anaknya dengan seorang gadis yang sangat jelita sekali, iaitu anak kepada rakan kongsi perniagaannya. Dia yakin Tommy tidak akan menolaknya. Dan itulah penyebab keretakan hubungan baik di dalam keluarga itu.

"Live well Tania," katanya dalam linangan air mata, menghantar kepergian Tania dalam
tangisan.

___________________________________________________________________________

Zzzaaap... zzzap....zzzzaaap.

Tania menggunting rambutnya pendek di dalam tandas awam.
Tania kelihatan sangat kacak dengan rambut barunya. Tania meneliti wajahnya pada cermin.

"Mesti muka abang aku macam ni, sebab kami kami kan kembar seiras," bisiknya dalam hati.

Tania mengenakan pakaian ala-ala tomboy sebelum meneruskan perjalanannya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya.. Tania memulakan perjalanannya.

Now , its time to find my brother. Goodbye America.

___________________________________________________________________________

Setelah berjam-jam dalam penerbangan akhirnya Tania sampai ke destinasinya.

"Aaarrrrgggghhhh... " Tania merengang segala otot-ototnya kerana terlalu lama duduk di dalam pesawat.

"Well, hello Japan. Finally... I arrive here. Brother, I'm coming for you. I'm going to find you. I miss you so much," Tania memejam matanya. Menghirup udara segar di Jepun.

"But....

                    Where can I find You now.?"
Bisik hatinya.

Tania membuka matanya !. Tania mula mati akal, pergi ke negara asing tanpa persiapan dan perancangan.

"Aaaaarrrrggghhhhhhhh!!!!
Macam mana ni!!!!!!"

Continue Reading

You'll Also Like

207K 8.7K 63
[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beban untuk keluarganya cuba untuk mencari...
21.9K 2.4K 55
Hak milik Authors : Xiao Qi Ye Penafian : bukan hak milik saya. Translate novel untuk bacaan ofline Yun Luo Feng, genius Sekolah Perubatan Hua Xia, m...
138K 15.6K 122
Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham...
218 151 17
Sebuah hikayat. Satu cerita. Dua rasa. Bersatukah jua? Renjana Niskala || Rasa yang tidak wujud Andai Renjana, Nirmala bahari, Ku susun aksara buat...