FALAH | Serunai Maut ✔

By Leena_syiha

858K 113K 15.6K

Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. ... More

Pengumuman
Prolog
| Linda | 1
| Linda | 2
| Linda | 3
Serunai Maut | Henry | 4
Serunai Maut | Henry | 6
Serunai Maut | Henry | 7
Serunai Maut | Henry | 8
Serunai Maut | Falah | 9
Serunai Maut | Iman | 10
Serunai Maut | Falah | 11
Serunai Maut | Falah | 12
Serunai Maut | Falah | 13
Serunai Maut | Henry | 14
Serunai Maut | Henry | 15
Serunai Maut | Falah | 16
Serunai Maut | Falah | 17
Serunai Maut | Falah | 18
Serunai Maut | Falah | 19
Serunai Maut | Falah | 20
| Henry | 21
| Falah | 22
| Falah | 23
| Falah | 24
| Iman | 25
| Nuna | 26
| Falah | 27
| Falah | 28
| Tok penghulu | 29
| Razak | 30
| Falah | 31
| Mona | 32
| Jibt | 33
| Nyai | 34
| Mona | 35
| Falah | 36
| Falah | 37
| Falah | 38
| Linda | 39
| Falah | 40
| Gimbaran | 41
| Andika | 42
| Kevin | 43
| Tok penghulu | 44
| Bunga | 45
| Nuna | 46
| Linda | 47
| Falah | 48
| Anjana | 49
| Bunga | 50
| Falah | 51
| Falah | 52
| Nuna | 53
| Embun | 54
| Linda | 55
| Henry | 56
| Falah | 57
Epilog
Sambungan Serunai Maut

Serunai Maut | Henry | 5

14.2K 1.8K 66
By Leena_syiha

DUA susuk tubuh berkemeja putih itu berdiri penuh takzim merenung jauh pada kerumunan penduduk Pulau Jengka yang kelihatan berasak-asak hendak menghampiri jeti. Kelihatan ramai sibuk menyebut perihal serunai maut dan sumpahan. Tidak tinggal juga ada yang menyuarakan keinginan untuk melihat mayat mangsa. Dan paling ramai ialah yang merungut-rungut kerana tidak boleh turun ke laut hari ini kerana diperintah berkurung di pulau sahaja.

Hiruk pikuk.

Henry dengan kaca mata hitamnya berkerut dahi melihat suasana itu, manakala Iman juga dengan kaca mata hitam hanya biasa-biasa sahaja. Dia sudah pun mengalami perkara ini tadi.

Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh dan sepatutnya untuk cahaya matahari makin menerik. Dengan berada di tepian pantai ini bahangnya semakin membakar kulit membuatkan kedua-dua orang kuat jabatan penyiasatan bahagian laut ini lebih memilih untuk berkaca mata hitam.

"I nak jumpa saksi." Tiba-tiba Henry bersuara selepas lama diam termenung.

Iman yang memeluk tubuh segera menjatuhkan kedua tangan lantas menjeling Henry di sebelah. Dua tangan dibawa menyeluk saku seluar slack-nya.

"Saksi tak beri kerjasama. Tetap mengatakan benda sama. Serunai maut." Iman mengangkat bahu. Bosan.

Henry menarik nafas dalam-dalam. "I tetap nak jumpa." Dia bertegas lantas membuka langkah mendahului Iman.

Iman menaikkan mata ke atas dengan hembusan nafas kasar. Akhirnya dia turut mengikuti langkah Henry yang sudah maju melintasi jambatan ke pekan.

"Bawak I jumpa dia." suara Henry berbaur arahan.

Iman hanya taatkan sahaja walau tidak rela. Dalam diam dia merungut kerana memikirkan kenapa dia dipilih oleh Henry untuk ke sini padahal baru sebentar tadi dia melakukan tugas ini. Namun apabila menyedari pangkat Henry lebih tinggi darinya, dia terpaksa diamkan sahaja.



IMAN memeluk tubuh memerhati sahaja Henry dan lelaki bergelar nelayan itu bersoal jawab. Sesekali lelaki tua yang senang dipanggil Pak Sobri itu membentak tidak berpuas hati apabila kata-katanya tidak dipercayai Henry. Sedari tadi lelaki tua itu tidak menyenangi Henry, apabila Henry dan Iman datang lelaki itu langsung tidak menjemput mereka masuk rumah malah menyuruh Henry duduk di tangga sahaja. Nasib baik Henry tidaklah cerewet seperti Kapten Lutfi - seorang lagi kapten dalam kumpulan mereka yang terkenal dengan sikap bossy-nya.

Dek kerana bosan melihat perbincangan mereka yang nampak makin menjurus kepada pertengkaran itu, Iman mengambil langkah untuk meninjau keadaan sekeliling rumah kayu ini. Tipikal rumah kayu orang melayu begitulah rumah Pak Sobri ini, dapurnya dibuat dari bata tidak seperti ruang hadapan yang dibuat dari kayu cengal. Namun Iman sedikit tidak berkenan dengan halamana belakang rumah ini yang bersepah dan penuh dengan sampah sarap yang tidak dibakar.

Walaupun busuk, Iman sudah biasa dengan bau yang lebih busuk daripada ini. Malah bau mayat sudah sebati dengannya, maka apalah sangat bau najis bukan.

Dia menapak menghampiri sampah sarap tersebut, menjenguk-jengukkan kepala mencari sesuatu yang bakal membantu siasatannya nanti.

Namun tiada apa yang menarik perhatiannya melainkan baki lilin putih yang berselerak di sana sini. Untuk itu dia jadi sedikit pelik apabila melihat kuantiti lilin itu sangat banyak. Malah tiada satu ruang pun yang tertinggal melainkan ada baki lilin di situ. Kotak mancis pun ada banyak. Cuma tidaklah sebanyak lilin.

"Apa akak buat?"

Iman terkejut namun dapat mengawal riaknya apabila ditegur mengejut begitu. Dia menoleh. Dilihatnya seorang budak perempuan dalam usia tujuh tahun sedang berdiri tidak jauh darinya. Berdekatan dengan pintu dapur rumah Pak Sobri. Muka budak perempuan itu comot, sangat comot.

Iman menapak sedikit ke hadapan, menghampiri budak perempuan tersebut.

"Ini rumah adik?" Soalnya seraya menunjukkan rumah Pak Sobri. Dia hendak tahu samada anak ini anak Pak Sobri atau tak.

Budak perempuan itu mengangguk.

"Boleh akak tanya satu soalan?" Iman cuba berbaik dengan budak perempuan itu.

Budak perempuan itu menganggukkan kepalanya.

"Kenapa akak jumpa banyak sangat lilin dekat sampah ini?" Iman pandang sampah di belakangnya, kemudian pada kakinya. Baru dia perasan di bawah tapak kasutnya juga ada baki lilin yang terhenyak apabila dipijaknya. Segera dia melarikan kasutnya ke arah lain.

"Sebab penjaga serunai maut suruh." budak perempuan itu menjawab jujur.

Iman berkerut.

Budak ini pun tahu tentang itu? Apa lah yang mak ayah mereka ajar?

"Maksud adik?"

"Dekat kampung ini tak boleh buka lampu malam-malam. Jadi kami dibenarkan guna sebatang lilin sahaja setiap hari. Semua lilin yang akak tengok tu ialah lilin yang kami habiskan tiap malam." Budak perempuan itu membuang pandang pada sampah di belakang rumahnya ini.

"Kenapa tak boleh buka lampu malam-malam?" Iman sengaja menduga padahal dia sudah tahu.

"Sebab nanti serunai maut berbunyi lepas tu kita mati." Budak perempuan yang tampak polos itu menjawab sahaja.

Iman mengetap bibir. Budak ini pun tahu. Dahsyat.

"Adik tahu dari mana? Adik pernah dengar ke bunyi serunai tu?" Iman bertanya lagi.

Budak perempuan itu menggeleng. "Kalau Hawa dengar mesti Hawa dah mati."

Iman tersentap.

"Jadi adik tahu dari mana cerita ini?"

"Mak bagitahu."

"Mak pernah dengar ke?" Iman menduga lagi.

Budak perempuan bernama Hawa itu menggeleng.

"Dah kalau semua tak pernah dengar, siapa yang dengar bunyi serunai tu?" Iman tergelak sedikit. Menganggap cerita budak itu sangat mengarut.

"Penumpang feri tu dah dengar sebab itu mereka semua mati."

Tawa Iman mendadak mati.


MEREKA berdua berjalan lambat-lambat menelusuri lorong beratapkan rimbunan pohon rendang ini. Sesekali angin laut bertiup membuatkan suasana terasa mendamaikan apabila dedaun bergeseran.

"You buat apa dekat belakang rumah tadi?" Henry bertanya selepas begitu lama diam memikirkan kes yang dia sedang selidiki ini.

Iman mengeluh. "Saje I buat tinjauan. Tak sangka pulak terjumpa sampah sarap dekat belakang rumah. Too many lilin yang sudah digunakan dekat sampah sarap itu."

"Lilin.." Henry terangguk-angguk. Sudah dapat meneka kenapa banyak sangat lilin, pastilah kerana lampu adalah dilarang pada waktu malam.

"You pulak? Macamana dengan Encik Sobri?" Iman terus menukar topik. Tidak mahu bercerita tentang budak perempuan bernama Hawa yang baginya tidak penting itu.

Henry mendengus. Kepalanya digeleng. "Nothing."

Iman ketawa. "Punyalah panjang berborak takkanlah tak ada apa.."

"Dia asyik sebut tentang serunai maut." Henry menggeleng kepala. "Macam yang you cakap tadi."

Iman mencebik kemenangan. "I dah kata, you tak nak dengar."

Henry hanya mampu menerima. Memang dia patut mendengar cakap Iman kerana Iman sudah pun menyoal siasat mereka tadi. Betapa dia rasa sangat menyesal kerana terpaksa menahan sabar apabila diherdik Pak Sobri tatkala dia mengatakan dia tidak mahu mendengar tentang serunai maut, tapi dia cuma mahu mendengar tentang feri tersebut. Pak Sobri malah menyumpah seranah penumpang feri itu dengan mengatakan memang padan muka mereka kerana tidak mematuhi pantang larang pulau ini.

Akhirnya Henry hanya mampu memegang kepala agar otaknya tidak diserang mental.

"So sekarang kita pergi rumah Tok Penghulu pulak kan?" Iman bertanya.

"Yes."

Henry berharap untuk kali ini akan ada hasilnya.

DI rumah tok penghulu, Henry dan Iman diraikan. Malah dijemput masuk ke rumah dan dihidangkan kuih dan air sirap oleh isteri tok penghulu yang lebih mesra dipanggil Mak Embun itu. Tidak lama kemudian barulah tok penghulu keluar, raut wajahnya tegas namun tampak ramah apabila lelaki tua itu tersenyum.

Syukur sahaja tok penghulu langsung tidak menyebut perihal serunai maut apabila disoal siasat. Semua soalan dijawab dengan baik. Malah tanpa diminta tok penghulu menceritakan tentang penumpang feri itu ada turun ke pulau ini pada jam lapan pagi dan pulang ke feri pada jam tiga petang. Mengikut apa yang tok penghulu dengar, penumpang feri itu terpaksa pulang awal kerana ada perhimpunan tergempar mengenai keterpaksaan mereka bermalam di perairan pulau ini.

Henry dan Iman tekun mendengar semua cerita tok penghulu itu. Iman sibuk mencatat apa yang penting. Malah seluruh sesi soal jawab itu direkod untuk siasatan nanti.

"Tok ada dengar benda pelik tak malam tadi?" Henry bertanya selepas tok penghulu selesai bercerita.

Tok penghulu diam sejenak.

"Memang perkara ini aneh tapi sejujurnya tok nak kata, malam tadi seluruh penduduk kampung tidur dengan lena sekali. Tok dah jumpa dengan penduduk kampung semua, mereka semua kata tiada siapa yang terjaga malam tadi. Jadi kalau kamu tanya ada dengar apa-apa tak, tok minta maaf, tok tak dengar apa-apa pun. Tok tidur lena sangat."

Henry dan Iman saling berpandangan.

"Ada jugak tok tanya, ada sesiapa dengar bunyi apa-apa malam tadi tapi semua kata mereka tidur lena sangat. Pukul tiga pagi barulah ada yang terjaga, itupun untuk turun ke laut."

Henry menghela nafas berat mendengarkannya. Aneh. Semua tidur dengan lena?

Takkan sebab serunai maut?

Henry pantas menggeleng. Sejak bila pula dia percayakan benda karut itu?!

Akhirnya selepas sesi soal jawab selesai mereka berdua meminta diri. Kuih dan air langsung tidak sempat dijamah memandangkan mereka datang hanya untuk menyoal siasat bukan untuk menjamu selera. Ada banyak lagi kerja yang hendak diselesaikan.

Ketika Henry dan Iman menyarung kasut ke kaki, tiba-tiba tok penghulu memanggil mereka. Mereka menoleh.

"Jika kalian bermalam di feri, patuhilah undang-undang pulau ini juga. Jangan pasang lampu. Ini untuk keselamatan kamu juga." Tok penghulu berpesan.

Henry yang mendengarnya sedikit kecewa "Tok pun percayakan serunai maut?" soalnya. Sangkanya tok penghulu seorang yang waras.

Tok penghulu diam tidak menjawab. Wajahnya tampak tenang.

"Selidikilah semua mayat dengan segera, nanti dalam masa dua hari semua mayat akan hilang. Tidak tinggal kesan walau sedikit pun. Jika hendak buat bedah siasat, lebih baik berhati-hati. Jangan berkasar nanti dia akan hancur. Assalamualaikum."

Dan kemudian tok penghulu masuk ke rumah tanpa berpaling lagi.

Meninggalkan Henry dan Iman yang terpinga-pinga mendengar pesanan itu.

"TUAN!"

Ketika bot yang dinaiki mereka berdua sampai di feri, panggilan cemas itu menyambut mereka.

Henry mendongak. Terlihat beberapa kepala sedang memandangnya dari dek paling atas, salah seorang mereka ialah Inspektor Halim.

Apabila merasakan ada sesuatu yang tidak enak berlaku, Henry segera menaiki lift untuk ke dek paling atas. Iman juga tidak tinggal untuk mengikut bersama.

"Kenapa?" sebaik sahaja pintu lift terbuka wajah pucat Inspektor Halim terpampang. Henry segera bertanya sambil kakinya menapak kukuh ke luar dek.

"Kami cuba angkat mayat Andika.."

Henry tak sedap hati. Iman juga sudah mengetap bibir.

"Mayat jadi hancur, tuan."


HENRY cuba bertenang. Merenung mayat yang sudah tiada rupa itu. Hanya tinggal selonggok abu kasar yang berwarna hitam pekat dengan sedikit abu halus berwarna kelabu. Tidak ubah seperti kayu api yang dibakar semalaman dan yang tinggal hanyalah debu yang diterbangkan angin.

Dia tahu, ini mayat Andika. Pemilik Ezus. Memandangkan mayat ini satu-satunya mayat yang ada di luar, maka sepastinya ia menjadi yang pertama untuk diangkat dan dimasukkan ke dalam plastik hitam. Namun yang berlaku ialah saat tubuh hitam ini diangkat, ianya hancur lebur. Malah ada yang sudah ditiup angin laut.

"Semua mayat macam ini tuan.. Tapi kami belum usik yang lain." Inspektor Halim bersuara di sebelah.

Henry menggenggam tangan yang bersarung putih itu.

Keanehan yang berlaku menyakitkan jiwanya.

Sebelum ini pembunuhan semuanya logik dan penyelesaiannya juga logik. Namun kini kematian beramai-ramai ini tidak boleh langsung diterima akalnya.

Malah cuba beritahu dia apakah yang akan menukar sesuatu mayat menjadi abu melainkan api?!

Jika benar api, di manakah apinya?

"Tuan." Satu suara menyapa hormat. Henry menghela nafas, memandang ke arah penganalisisnya yang sedang mengangkat tabik itu. Dia mengangguk. Bersedia untuk menerima berita lain pula

"Kami sudah periksa kamera cctv pada semua tempat. Kami dah dapat keputusannya."

Henry mengeluh panjang. Tidak tahu hendak lega atau hendak rasa berdebar.

Continue Reading

You'll Also Like

Suamiku Mr.Bad Boy By qiss

Mystery / Thriller

717K 30.7K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...
1.7M 13.6K 11
<2nd Novel> Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021) [Completed] Known as Healing Love. "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, yo...
1M 42.5K 72
Dhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya sendiri, Medina. "Kalau aku nak kahwin d...
472K 27.7K 57
Sebuah kisah cinta karya Sabrina Marrose. Yara Ameena Syed Attar Mula: 8/9/2023