Saat Cintaku Berbisik Rindu [...

By KANoor6

195K 4.5K 221

Amani tahu dirinya hanyalah anak pungut yang entah dari mana asal usulnya. Namun, tatkala dirinya diperangkap... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59

Bab 40

3.6K 79 1
By KANoor6

KEPALA Danish berat. Matanya berpunar dan terasa berat saat dibuka. Badannya letih dan tidak bertenaga.

Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya sedikit. Jelas kelihatan Amani sedang terlena di sebelah katilnya sambil terduduk. Kepala Amani diletakkan dekat dengan tangannya.

Tekaknya terasa kering dan pedih. Baru dia perasan yang ada tuala kecil di atas dahinya. Tuala itu dialihkan.

Dia cuba mengingat apa yang terjadi. Samar-samar ingatannya dikuis lembut. Dia teringat suara Amani mengatakan sesuatu saat kepalanya masih berpusing.

"Encik Danish, panas badan ni. Jom lah ke klinik. Encik Danish larat tak?" soalan Amani dibiar sepi.

Danish terbatuk-batuk kuat. Gundah hati Amani.

"Biar saya panggil ummi sekejap. Encik Danish, bertahan ye."

Amani meluru keluar. Seketika kemudian, Datin Fatimma muncul didepan Danish.

"Ya Allah, panasnya. Ni mesti sebab kena hujan semalam." ujar Datin Fatimma sambil menyentuh dahi Danish.

"Ummi rasa, kita sejukkan badan Danish dulu. Biar dia stabil dulu, baru kita bawa ke klinik. Ambil air dan basahkan tuala." arah Datin Fatimma.

Amani mengangguk laju.

Danish bangkit dan bersandar pada katil sambil duduk. Amani langsung tidak sedar dengan setiap pergerakan Danish. Tidur mati agaknya.

Danish memasangkan lampu disebelah katilnyanya. Keadaan gelap. Dilihat jam disebelah katil menunjukkan jam 10 malam. Dah seharian dia berbaring di atas katil rupanya.

Danish memandang isterinya dengan perasaan hiba. Dia yakin Amani menjaganya sepanjang masa. Danish cuba untuk menyentuh kepala isterinya yang lena dibuai mimpi.

Alamak! Jerit hati Danish bila Amani mula sedar. Terus dia menarik tangannya semula dan beriak biasa. Malu kalau kantoi.

Amani mengelus matanya dan mengelap pipinya. Jelas ada kesan air liur sedikit. Apabila matanya jelas terbuka, baru dia perasan yang Danish sedang memandangnya.

What? Danish dah sedar? Amani memandang tangannya yang mengelap air liur basi tadi. Dengan mata terbuntang luas, Amani berdiri. Malunyaaaaaaa

Danish sudah tersenyum luas melihat wajah malu isterinya.

"Encik Danish bila sedar? Kenapa tak kejut saya?" soal Amani untuk melupakan insiden tadi. Janganlah diungkit pasal air liur basiku..

"Ya, baru aje sedar." Jawab Danish dengan suara serak.

Amani mendekatkan dirinya. Wajah Danish masih pucat cuma panasnya sudah hilang.

"Encik Danish nak ke klinik ke? Saya tak boleh nak bawa sebab dari pagi tadi Encik Danish tak boleh nak bangun atau bergerak. Saya kena turunkan suhu badan Encik Danish dulu." Amani memberitahu Danish sambil duduk rapat dengannya.

Danish tersenyum. Sungguh, hatinya merasa hiba saat memandang wajah isterinya saat ini.

"Terima kasih sebab sudi jaga saya." ucap Danish dengan mata yang berkaca.

"Tak perlu ucapkan terima kasih, Encik Danish. Itukan memang sudah kewajipan saya. Takkan saya nak biarkan Encik Danish sakit."

Danish memandang ke dalam mata Amani. Di saat dan ketika ini, hilang dari fikirannya tentang semua dendam yang sudah lama terpendam buat Amani. Yang dia tahu, dia bahagia dan hiba dengan kehadiran Amani.

"Biar saya turun dan buatkan bubur untuk Encik Danish. Dah seharian Encik Danish tak makan elok-elok." ujar Amani setelah Danish diam agak lama.

Danish mengangguk dengan senyuman.

"Kalau ada apa-apa, panggil saya kat bawah ye."

Amani keluar dari bilik itu dengan perasaan lega. Sampai sahaja di dapur, dia memasak bubur udang untuk suaminya.

Dia teringat pula apa yang berlaku sewaktu dia menjaga Danish hari ni.

"Ibu..Ibu.." Danish memanggil dengan mata yang tertutup rapat. Suaranya perlahan namun jelas didengar Amani.

"Ibu..Ibu.." seru Danish lagi.

Meruntun hati Amani saat ini. Pasti Danish sangat merindukan ibunya. Selama dia di rumah ini, Danish tidak pernah sekalipun menyebut nama ibunya. Apatah lagi menceritakan kisah kenangan mereka.

Amani mengelap tangan Danish dengan tuala yang basah. Namun, Danish memaut tangannya dengan tiba-tiba. Terkejut Amani.

"Encik Danish.." Amani cuba menyedarkan Danish namun Danish seperti tidak sedar.

"Ibu.. jangan pergi. Tolong, jangan pergi." ujar Danish dengan linangan air mata.

Amani terkesima. Danish menangis sambil memegang tangannya tanpa sedar. Betapa rindu Danish pada ibunya.

Perlahan-lahan Amani membalas pautan tangan Danish. Tangannya membelai lembut tangan Danish. Kelihatan Danish semakin tenang. Amani memegang tangan suaminya agak lama sehinggalah Danish lena semula.

"Ani, masak apa tu?" sapaan suara Datin Fatimma dari belakang menyedarkannya dari lamunan.

Amani berpaling.

"Eh, ummi. Ani masak bubur udang untuk Encik Danish. Dia dah sedar. Dah sehari tak makan elok-elok. Jadi, saya masakkanlah bubur ni untuk dia. Ummi tak tidur lagi?"

"Baru nak tidur tapi haus sikit. Sebab tu masuk dapur untuk minum air. Danish dah sihat?"

"Panas dah hilang cuma tak bertenaga aje."

Datin Fatimma tersenyum.

"Danish tu memang dari dulu kalau kena hujan aje mesti akan demam. Tapi, Ani tahu ke apa yang jadi sebenarnya? Kenapa badan dia luka sampai macam tu?"

Amani tersengih. Nak cerita ke tak nak. Takut nanti Danish marah pula kalau dia yang cerita. Tapi, bukan ke nanti benda ni akan diceritakan juga. Baik dia cerita terus aje. Nanti, kalau tak cerita, susah pula hati Ummi malam ni.

"Danish hampir kena rompak masa dalam perjalanan balik semalam. Kereta dia rosak tengah jalan."

Terjongol biji mata Datin Fatimma. Terus dia berjalan kearah Amani dengan laju.

Amani memaut lengan Datin Fatimma.

"Ummi jangan risau. Dia tak apa-apa. Dia selamat sebab ada orang datang untuk bantu tepat waktunya. Cuma dia cedera sikit masa bergelut dengan perompak tu. Ani dah cuci luka-luka kecil tu dan bagi ubat kat dia semalam." Amani cuba menenangkan Datin Fatimma yang kelihatan resah.

Datin Fatimma menghela nafas lega lalu mengelus lembut pipi Amani.

"Terima kasih, Ani sebab sudi jaga Danish. Ummi bertuah sangat sebab ada Ani kat dalam rumah ni."

Tersentuh hati Amani mendengarnya. Bertuahkah mereka kerana dia hadir di rumah ini? Bukankah kehadirannya hanyalah kerana sebab yang sangat memalukan?

"Ummi, itukan tanggungjawab Ani. Sudah semestinya Ani akan buat semua ni untuk suami Ani." jawab Amani dengan mata yang berkaca.

Datin Fatimma mengangguk dengan senyuman.

"Bubur dah masak. Ani nak bawa ke atas dulu ye."

Amani berlalu pergi sambil membawa semangkuk bubur sehingga menghilang dari pandangan Datin Fatimma.

Untuk seketika, Datin Fatimma termenung. Dia teringat apa yang dilihatnya sewaktu melangkah masuk ke bilik Danish.

Ada toto di sebelah katil Danish. Lengkap dengan bantal dan selimut. Tak sah lagi, Amani tidur di sebelah katil itu.

Kali ini, perasaan bersalah menghantui dirinya. Kasihan dengan Amani. Mungkin sejak gadis itu melangkahkan kaki ke rumah ini, tidurnya diatas lantai itu.

Bukan itu saja, Amani masih lagi memanggil Danish dengan panggilan 'Encik'. Dia baru sahaja perasan. Sudah hampir 3 bulan lebih mereka bernikah namun Danish dan Amani masih lagi tidak rapat.

Datin Fatimma kaku dalam renungan disitu.    

Continue Reading

You'll Also Like

157K 5.1K 28
Berdasarkan kisah benar mengenai kehidupan seorang wanita apabila masuk dia fasa perkahwinan. NUR ALIANA UMAIRAH seorang gadis yang telah dipinggirka...
334K 16.3K 57
Harith Hamka, seorang jejaka muda yang sangat lurus bendul. Kehidupannya tidak semewah orang lain. Hidupnya memerlukan usaha untuk terus hidup. Kerja...
eqa By puterasp

Non-Fiction

36K 60 1
xxx
73.8K 212 5
KOLEKSI CERITA PENDEK BERBAGAI JENIS NAFSU 21SX BACAAN DEWASA SAHAJA. KALAU AKU TERIMA REPORT LAGI. AKU TAK AKAN TULIS LAGI APA-APA CERITA TQ