Akulah Si Heroin! [TERBIT - K...

By SyuAriani

15.1K 823 98

🌸 BLURB AKULAH SI HEROIN! 🌸 Pertama kali bertemu selepas bertahun-tahun tidak bersua muka, Aliya dan Haziq... More

Novel: Akulah Si Heroin! (Bab 2)
Novel: Akulah Si Heroin! (Bab 3)
Novel: Akulah Si Heroin! (Bab 4)
Novel: Akulah Si Heroin! (Bab 5)
Novel: Akulah Si Heroin! (Bab 6)
Novel: Akulah Si Heroin! (Bab 7)
Novel: Akulah Si Heroin! (Bab 8)
Novel: Akulah Si Heroin! (Bab 9)
Novel: Akulah Si Heroin! (Bab 10)
Novel: Akulah Si Heroin! (Bab 11)
Novel: Akulah Si Heroin! (Bab 12)
Novel: Akulah Si Heroin! (Bab 13)
Novel: Akulah Si Heroin! (Bab 14)
Novel: Akulah Si Heroin! (Bab 15)
Novel: Akulah Si Heroin! (Bab 16)

Novel: Akulah Si Heroin! (Prolog + Bab 1)

2.5K 93 9
By SyuAriani

'AKULAH SI HEROIN!' diolah daripada cerpen 'SAYANG SI KAPPO-BOO!' yang pernah dipapar di laman Penulisan2u.
- Jalan cerita sudah diubah namun masih ada beberapa babak yang dikekalkan -

PROLOG

SATU per satu helaian diselak. Di setiap bacaannya, senyuman tak lekang dari bibir.

"Pa..." Seiring dengan panggilan itu, seorang gadis muncul di depan mata. Automatik dia mendongak sambil kacamata ditanggalkan.

"Papa baca novel tu lagi? Dah banyak kali papa baca, tak bosan ke? Dahlah tebal!" Si anak pamer muka tak percaya.

"Nanti bila Duha ada someone dalam hidup atau mula rasa nak bercinta, mesti Duha akan sukakan novel ni juga. Lagipun novel ni cuma ada satu aje dalam dunia, tau!"

Duha mencebir. Pertama, disebabkan ayat papanya. Itu sajalah modalnya. Novel itu hanya ada satu di dunia, tak ada pada orang lain. Entah betul atau tidak. Dan kedua, disebabkan genre novel itu sendiri. Kebiasaannya, belia sekaumnya akan tergila-gilakan bahan bacaan seperti itu tetapi bukan untuknya. Dia lebih rela menghabiskan masa menelaah buku-buku berkaitan perniagaan. Bolehlah dia prektikkan untuk meneruskan bisnes restoran dan kedai runcit keluarganya kelak! Nak harapkan adik-adiknya? Kena tunggu bertahun-tahun lagilah untuk tunggu fikiran mereka matang.

"Cubalah baca dulu, Duha. Papa berani jamin hero dan heroin akan ingatkan Duha pada dua orang," tambahnya lagi, sengaja mahu memancing minat Duha.

"Siapa?" balas Duha pendek.

Mulut sudah dibuka untuk memberi jawapan tetapi tak sempat suara dikeluarkan, namanya sudah diseru seorang wanita tua. Di sisinya, ada seorang lelaki sebaya dengannya.

"Adrian, jom makan dulu. Ibu dah buatkan nasi lemak untuk sarapan," kata si wanita tua.

"Duha, jomlah makan sekali. Atuk ada belikan buku baru untuk Duha. Ada tandatangan author juga!" ujar si lelaki tua pula. Demi mendengarkan itu, Duha berdiri tegak. Sahlah, atuknya bukan calang-calang orang. Mudah saja untuk dia dapatkan autograf mana-mana pengarang buku.

"Terima kasih, atuk! Duha sayang atuk!"

Kepala Adrian menggeleng perlahan melihatkan keletah Duha. Dia berdiri sambil tangan memeluk novel yang dibacanya tadi. Saat mata si ibu jatuh pada novel di tangan Adrian, mulutnya ringan menegur.

"Masih baca novel tu lagi?" tegur si ibu, sekali gus menarik perhatian si ayah kepada Adrian. Apabila Adrian mengangguk, serta-merta senyuman lebar memekar di bibir masing-masing.

Senyuman yang hanya difahami oleh mereka.


BAB 1

PINTU ditolak sehingga ia menghasilkan satu bunyi kuat apabila daun pintu terhempas pada tembok. Si gadis pamerkan muka tak berdosa. Katakanlah pintu itu tercabut atau patah dua sekalipun, itu belakang cerita. Baginya, saat ini dia harus pentingkan diri sendiri. Kaki terkepit-kepit berjalan memasuki sebuah bilik air yang kosong.

Lepas saja hajatnya, Aliya menghembus nafas lega. Sedari tadi dia menahan diri daripada membuang air. Puas mencari tandas yang entah tersorok di bahagian mana di dalam pusat membeli-belah ini. Ataupun Aliya yang terlepas pandang? Tak kisahlah. Asalkan hajatnya sudah terlaksana.

Kedengaran bunyi pintu utama dikuak dari luar diikuti bunyi derapan kaki. Kurang daripada dua minit, sepasang telinga Aliya dapat menangkap bunyi air di singki pula.

"Amboi laju sangat. Aku baru aje siap, dia dah cuci tangan!" Aliya berbisik sendiri. Usai urusannya, tangan memulas tombol pintu. Niatnya mahu mencuci tangan di singki sambil menjeling insan yang terlampau pantas dan efisien itu. Penasaran juga dia. Daun pintu ditarik dan...

"Mak!!!"

"Ah!!!"

Jeritan bergema di dalam tandas.

Mata Aliya membulat. Mata orang itu juga.

Mulut Aliya ternganga. Mulut orang itu juga.

Saat jari telunjuk Aliya tegak mengunjuk pada orang itu, Aliya turut dituding jari.

"Pervert!!!" jerit Aliya sekuat hatinya. Kaki diatur mendekati lelaki itu lalu beg tangannya digunakan untuk memukul lelaki tersebut. Berkali-kali. Bertalu-talu.

"Kurang ajar! Berani kau masuk tandas perempuan?!" marahnya lagi sambil tangan tak henti-henti memukul.

"Eh sakitlah!" Spontan si lelaki gunakan lengan kanan untuk menghadang pukulan Aliya. Namun gadis itu bertindak memukul belakang tubuhnya pula. Terbongkok-bongkok si lelaki sambil tangan menutup muka. Itu adalah aset utamanya!

"Tak guna. Kau nak menghendap orang perempuan kan? Kau ingat aku lembik sangat ke? Kau ingat semua perempuan takut dengan jantan tak guna macam kau?!"

Kali ini, lelaki itu tidak dapat bersabar lagi. Kepala yang tadinya cuba disembunyikan di sebalik telapak tangan kini sudah diangkat tegak. Gigi diketap geram. Tanpa kata, kedua-dua tangannya mencari pergelangan tangan Aliya lalu digenggam. Serentak dengan itu, Aliya jadi statik. Terkedu apabila tangannya digari oleh jemari si lelaki.

Dua pasang mata bersabung untuk seketika.

Sedetik...

Dua detik...

Tiga detik...

Mata Aliya membulat.

Berani lelaki itu ambil kesempatan padanya!

"Kau berani sentuh aku?! Biadap!!!" bentak Aliya. Kasut tumit yang elok tersarung di kaki dihentak ke kaki lelaki itu sebelum dahi pula dihantuk pada dahi. Cukup kuat hinggakan ada bunyi yang terhasil.

"Ouch!" Lelaki itu mengaduh. Tangan kanan sekejap-sekejap menyentuh dahi, sekejap-sekejap menyentuh kaki. Ah bahagian mana harus diutamakan dan diusap dahulu? Kedua-duanya pun sakit! Sudahnya, lelaki itu membongkok sedikit. Sementara tangan kanan menggosok dahi merah, tangan kiri memicit-micit kasutnya dengan harapan picitan itu dapat melegakan kaki yang terselindung di sebalik kasut.

Penangan kasut tumit tinggi... Tak boleh dipandang rendah!

Puas hati dengan tindakannya, Aliya lepaskan satu rengusan. Dan-danlah dia rasa bersyukur menghadiri majlis perkahwinan rakan lamanya. Jika dua jam lalu Aliya rasa rimas berpakaian ayu ala-ala wanita Melayu terakhir, sekarang dia hargai kasut tumit tersebut.

Aliya berundur beberapa tapak ke belakang sambil tangan kiri menggosok pergelangan tangan kanan. Mata dicerunkan. Mulut mulai berdecit.

"Jangan pandang rendah kat perempuan! Nasib baik urusan aku dah selesai waktu kau masuk tadi. Hei aku masih dibawah perlindungan Dia, tahu tak? Aku masih dilindungi daripada jantan pervert macam kau!" omelnya marah.

Menggunung rasa sebal si lelaki. Dipandangnya Aliya dengan wajah merah. Pertama, merah kerana menahan sakit. Kedua, merah kerana menahan marah.

"Aku bukan pervertlah! Sepatutnya aku yang menjerit, bukannya kau!"

"Kenapa pula? Bukannya aku yang menghendap kau!"

"Ini tandas lelakilah! Kau tu perempuan! Atau kau kecelaruan identiti hah?!" marah si lelaki sambil tangannya mengunjuk pada barisan urinal yang melekat pada dinding. Mata masih tak lepas daripada Aliya yang sudah pamerkan muka bingungnya. Dia tahu, Aliya meragui kata-katanya lalu ditunjukkan satu lagi bukti pada Aliya.

"Tengoklah cat toilet warna apa? Biru kan? Kalau biru, memang sah-sahlah lelaki punya. Perempuan warna pink atau merah!"

Demi mendengarkan itu, mulut Aliya ternganga besar. Dapat dia rasakan rahangnya jatuh mencecah lantai. Dapat juga dia rasakan darah menyerbu ke muka apabila kata-kata lelaki itu diterima akal. Mulut yang tadinya bising bagai murai tercabut ekor, kini sudah senyap seribu bahasa. Bagaikan kedua-dua bibir itu sudah diglu hinggakan tidak boleh dibuka sama sekali.  Di luar sedar, tangan Aliya menepuk dahinya sendiri.

Bodohlah kau, Al. Tadi masuk-masuk tandas aje kau dah musykil, kenapa urinal wujud. Kenapalah kau tak keluar terus? Kenapalah kau nak juga buang air kat sini?!

Tak henti-henti Aliya marahkan kebodohan dirinya di dalam hati. Memang salahnya! Sel-sel otaknya tak berhubung dengan efisien gara-gara tak tahan mahu membuang air!

Si lelaki sudah berdiri tegak. Nafas ditarik dan dihela. Berjaya juga dia buatkan insan itu diamkan diri. Namun melihat kepolosan wajah Aliya, mengertilah dia bahawa Aliya bukannya sengaja. Rasa kasihan menjentik hati lalu si lelaki berkata dalam nada normal, tidak lagi marah-marah seperti tadi.

"Janganlah tercegat aje. Pergi keluar sebelum orang lain masuk."

Aliya mengangguk laju. Sangat bersetuju dengan idea tersebut. Beg dipeluk lalu kepala ditundukkan berkali-kali. Dalam kekalutan, Aliya meminta maaf. Tak manislah kalau dia terus melarikan diri selepas menuduh bukan-bukan.

"Saya minta maaf. Saya betul-betul tak perasan. Sorry tuduh awak melulu, panggil awak 'pervert'. Saya minta maaf sangat-sangat," ujar Aliya. Tiada jawapan diterima maka Aliya anggap itu ialah lampu hijau untuk dia beredar. Fikirnya, lelaki itu tidak menaruh sebarang dendam padanya. Lalu Aliya palingkan tubuh, melangkah besar menuju ke pintu utama tandas.

Cepat dia keluar daripada sini, cepatlah rasa malunya surut!

Tak sempat Aliya laksanakan niatnya, tahu-tahu saja tubuhnya sudah terdorong ke belakang sehingga batang tubuhnya tersandar pada dinding.

"Sekejap," kata lelaki itu seraya tubuh didekatkan pada Aliya.

Aliya sekat nafas apabila muka lelaki itu kian menghampiri. Bunyi nafas si lelaki dapat didengar dengan jelas. Bahkan Aliya boleh rasakan hembusan nafas lelaki itu menampar lembut mukanya!

Si lelaki tatap seraut wajah Aliya. Setiap inci, tiada mana-mana bahagian yang tertinggal. Dari mata kanan, bebola mata si lelaki beralih ke mata kiri Aliya pula. Aliya pula kekal statik di tempatnya. Nampaknya si singa betina sudah berubah menjadi anak kucing, barangkali terlalu terkejut dengan tindakan si lelaki.

Lambat-lambat si lelaki mengukir senyum.

"Kita jumpa lagi..." Bicara jeda sesaat.

"Aliya Jasmine." Nama penuh Aliya disebut dengan nada meleret.

Sesaat, Aliya termangu. Dipandangnya si lelaki dengan mata dikedipkan berkali-kali. Nama penuhnya yang meniti di bibir lelaki itu meyakinkan Aliya, lelaki itu mengenalinya. Tetapi daripada mana? Sejak bila? Ataupun mereka memang mengenali satu sama lain?

Aliya cerunkan mata, memerhati muka si lelaki sambil akalnya ligat membongkar kotak memori. Cuba mencari imej lelaki itu yang mungkin tersimpan di mana-mana. Cuba suai-padan suara lelaki itu dengan stor audio di dalam kepala.

"Do you miss me, my miss stalker?"

Dan Aliya... Matanya terbelalak dengan sendirinya!

*****

Silakan komen, vote & share! 💙

PERHATIAN: Semua cerpen dan novel di dalam wattpad ini adalah hak milik mutlak Syu Ariani dan syarikat penerbitan - Dilindungi oleh Akta Hak Cipta Malaysia 1987. Sebarang plagiarism (ciplak) adalah dilarang sama sekali! Sila hubungi Syu Ariani untuk sebarang pertanyaan. Terima kasih.

Continue Reading

You'll Also Like

42.1K 5K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
38K 1.9K 63
2nd Next generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kena...
198K 13.5K 73
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
479K 4.8K 57
DEWASA Viewer Discretion 🔞 Explicit Content 🌚 Hidup Anggun Sufiya berubah 360° apabila terjatuh ke dalam lembah penipuan sehingga mengahwini seoran...