SAPTA ADHYASTA

By mynameismas

14.7K 2.1K 1.2K

Tatkala kemurnian jiwa manusia hilang dek dendam dan serakah maka perjanjian dengan Sang Terkutuk pasti akan... More

-1-
-2-
-3-
-4-
-5-
-7-
-8-
-9-
-10-
-11-
-12-
-13-
-14-
-15-
-16-
-17-
-18-
-19-
-20-
-21-
-22-
-23-
-24-
-25-
-26-
-27-
-28-
- 29-
-30-
-31-
-32-
-33-
-34-
- 35-
-36-
- 37-
-38-
-39-
-40-
- 41-
- 42-
-43-
-44-
-45-
-46-
-47-
-48-
-EPILOG-
-SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG-
-WALANG KESUMA-

-6-

345 57 17
By mynameismas

Tatapan mata Penghulu Paduka Haji saling silih berganti diantara wajah Indah dengan wajah Naufal.Buat kali pertama dia melihat keturunan ke tujuh dua daripada tiga sahabatnya selepas suatu tempoh masa yang sangat lama.

Naufal, generasi ke tujuh Imam Muhammad itu kelihatan tidak selesa sekali. Sejak kedatangannya bersama Haji Al-Attas dan Sallehuddin, pemuda itu sesekali hanya menghirup teh yang dihidangkan di hadapan mereka dan senyap bagaikan tidak pernah diajari bagaiman hendak bercakap.

Seperti kelibat Imam Muhammad, Naufal kelihatan saling tidak tumpah dengan susuk tubuh sahabatnya itu. Naufal yang tinggi lampai dan berbahu tegap itu tampak kemas dalam penampilannya lewat petang tersebut.

Rambut hitamnya dipotong kemas dan pendek tetapi ditata menutupi dahi dan mengenakan kaca mata berbingkai hitam.Memiliki sepasang mata yang jernih dan hidung mancung serta bibir kemerahan menyisakan garis-garis tampan yang mengalir dalam darah keturunan mereka yang berasal dari Jazirah Arab di benua sebelah.

Haji Muhammad -antara sahabat terbaiknya yang berganding bahu sebelah menyebelah membanteras kejahatan dan juga menyebarkan syiar agama ke segenap pelusuk desa ketika itu malahan Haji Muhammad juga adalah antara pengasas awal Pondok Darul Fallah bersama Haji Latif dan Syeikh Abu Mutalib ketika itu.

Pemuda berusia lewat dua puluhan itu adalah antara yang termuda dalam rombongan pedagang yang singgah di kawasan permukiman tersebut ketika kampung itu masih boleh dibilang dengan jari jumlah penduduknya. Terkenal dengan keelokan paras dan juga ketinggian budi serta sopan santun.

Sementara itu,  di ambang pintu dengan duduk bersila tetapi sedikit tersorok di belakang sang nenek-wajah dan gerak-geri gadis yang dikenalinya sebagai Indah itu selalu sahaja berjaya menguntumkan senyum di bibir Penghulu Paduka Haji.

Gadis tersebut kelihatan tidak terlalu kurus dan tidak juga kelihatan terlalu berisi. Malah tingginya juga terbilang melebihi ketinggian gadis-gadis biasa. Walaupun mengenakan tudung tetapi bahasa tubuhnya tidak memperlihatkan yang dia adalah seorang gadis yang lemah-lembut.Langkahan kakinya tidak lebar tetapi bersaiz sebahu yang tampak tegap dan tegas.

Jika Naufal adalah seperti salinan kelibat Haji Mahmud, Indah pula tidak mirip langsung dengan Haji Latif. Walaupun wajah Indah tampak lembut jika tersenyum, namun dalam keadaan dia berdiam diri begitu ada sesuatu pada sinar wajahnya yang diam-diam menerbitkan rasa segan dan hormat. Wajah teduh Indah menyejukkan mata memandang tetapi tatapan mata gadis itu akan berubah tajam jika hatinya sedang tidak nyaman.

Dengan kulit yang cerah, wajah teduhnya dipayungi oleh sepasang kening yang hitam tetapi tidak dirapi-rapikan seperti kebanyakan gadis. Seimbas pandang, Indah seperti memiliki sisi lembut dan tegasnya sekaligus. Tetapi yang jelas, kesan aneh wajah gadis itu akan lenyap apabila dia tersenyum dan garis-garis tegas wajahnya sirna dek lekuk pipi kanannya yang dalam dan deretan giginya yang putih bersih.

Azan Isyak yang berkumandang sayup-sayup dibawa angin menebar ke segenap ceruk kampung tersebut sudah lama berlalu.Buat pertama kalinya selepas puluhan tahun, Solat Isyak malam itu diimamkan oleh Haji Al-Attas.

Lalu nostalgia  lama liku-liku perjalanan persahabatan mereka kembali terimbau membuatkan Penghulu Paduka Haji hampir menitiskan air mata demi melihat satu-persatu wajah keturunan para sahabatnya yang sangat dirinduinya ketika itu.

Tidak menyangka sekali lagi mereka berdiri dalam barisan saf yang sama seperti waktu dulu walaupun yang tersisa hanyalah cucu cicit keturunan sahabat-sahabat baiknya sahaja.

Naufal yang sejak dari awal Maghrib tadi sudah merasa seram sejuk dan dalam masa yang sama hidungnya dipenuhi wangian aneh yang belum pernah dihidunya sebelum ini hanya memerhatikan kawasan sekitar beranda itu dengan tatapan waspada.

Selain ayah dan datuknya yang kejap bersila, ada pula seorang lelaki berusia lewat enam puluhan yang turut berada disitu manakala seorang gadis yang juga sejak dari tadi tidak mengatakan apa-apa namun Naufal tahu bahawa sesekali gadis itu menatap tajam ke satu arah.

Namun apabila dia mengekori ke mana arah pandangan gadis tersebut, apa yang dilihatnya hanyalah ruang hujung beranda yang kosong tetapi yang anehnya bau harum tersebut seakan-akan terbit dari tempat tersebut.

" Naufal..."

Mendengar namanya diseru, Naufal mengangkat wajah dan tatapan matanya bertembung dengan sepasang mata milik lelaki berusia tersebut.Sang tuan rumah dengan jubah putih dan serban hijau serta kain Rida kosong tanpa warna yang tersangkut di bahu kanannya.

" Iya? "

" Maafkan Atuk, Cu.."

Lelaki berusia tersebut mengengsotkan punggungnya ke arah Naufal dan mencengkam pergelangan tangannya dengan pantas.Walaupun kelihatan lebih berusia daripada datuknya sendiri, cengkaman lelaki itu masih terasa kejap dan hampir serta-merta ada hawa panas yang merenjat pembuluh darahnya.

Belum sempat fikirannya mencerna kejadian tersebut, tanpa memberi amaran pun-lelaki yang membahasakan dirinya sebagai datuk itu tiba-tiba sahaja melekapkan tapak tangannya ke arah kedua-dua kelopak mata Naufal.Hanya dalam kiraan beberapa detik, telinga Naufal mendadak berdengung dan kepalanya juga sedikit pusing.

Kaget dengan tindakan lelaki tersebut, Naufal menepis tangan lelaki itu perlahan dan sebaik sahaja tangan kasar nan berurat itu penglihatannya yang terhalang kembali terang, wajah lelaki tersebut menyambut penglihatannya dan diikuti oleh wajah datuk serta ayahnya yang menatapnya dengan tatapan yang aneh.

" Assalamualaikum anaknda
Naufal Hatta.. "

Ada satu suara yang memberi salam dengan nada lembut dari arah kanan Naufal dan ia membuatkan Naufal pantas menoleh.Di sana, kelihatan tiga susuk tubuh dan salah seorang daripada lelaki tersebut dikenali Naufal sebagai pemuda yang memperkenalkan dirinya sebagai Tun Indera di pinggir gelanggang silat tersebut beberapa malam yang sudah.

Entah sejak bila mereka berada di situ kerana dia tidak pula melihat mereka sebelum itu. Sejak bila mereka tiba, Naufal juga bingung sendiri. Bagaimana mungkin mereka berada di situ dalam masa kiraan hanya beberapa detik?  Itupun Naufal tidak mendengar bunyi langkahan kaki melintasinya sekejap tadi.

" Wwaaalaikumsalllaammmm... "

Naufal menjawab tergagap-gagap dan akal warasnya masih tidak mampu menerima logik apa yang menjelaskan kejadian tersebut.

" Sahabat Tok Ayah. " suara datuknya kedengaran mencelah seraya mengukir senyuman lebar " Penghulu Paduka Haji dan seperti yang Naufal kenal.."

" Tun Indera .." tanpa sedar Naufal menggumamkan nama tersebut dan sekilas dilihatnya pemuda itu tersenyum lagi.

" Dan, nama kita Aduka.Sahabat
Indera. "

Naufal tidak tahu sama ada hendak mengangguk atau menggeleng demi melihat satu susuk tubuh yang kelihatan sebaya dengan Indera mempamerkan senyumannya.

Jika Tun Indera kelihatan di mata Naufal tidak kurang seperti watak putera mahkota dalam pementasan teater purbawara dengan menyarung baju mirip Baju Melayu Cekak Musang yang longgar berwarna hijau pucuk pisang dan mengenakan sehelai lagi baju luar tidak berlengan yang berwarna hitam dengan ditekat menggunakan benang berwarna keemasan serta mengenakan tengkolok dari warna yang sama, Aduka juga tidak kurang tidak lebih.

Seperti Tun Indera, pemuda itu juga setali tiga wang sahaja dengan pemuda di sebelahnya. Melihat tampang pemuda-pemuda berwajah bersih itu dalam balutan pakaian mereka yang lengkap bertengkolok dan bersamping bak tampannya sang raja sehari di atas pelamin, Naufal memang tidak habis fikir. Apa sebenarnya yang sedang berlaku? 

" Maafkan kita kerana terpaksa bertemu dengan anaknda sekalian dalam keadaan begini tergesa-gesa.. "

Mendengarnya, lengkap sudah kebuntuan Naufal.Gerak-geri mereka hanya di perhatikannya dengan fikiran bersimpul-simpul.

" Maksudnya? "

" Silap kita wahai ayahnda bertiga. " Tun Indera mencelah dan Naufal meligas pantas ke arah pemuda itu
" Kita tidak menghantarkannya sehingga ke tapak pencarian. "

" Dan dalam perjalanan, dia hilang.."

" Beberapa hari kemudian, di denai yang sama di mana kita menghantarkannya-salah seorang daripada penduduk desa menemui sebilah anak panah."

" Dan kita tidak pernah melihat lagi anak panah sedemikian sejak dulu. "

" Maksud Penghulu? "

Datuknya pula menyampuk dan pandangan mata Naufal silih berganti diantara wajah lelaki di hadapannya ketika itu.

" Kita mengenali busur panah tersebut sebagai kepunyaan Mumbala.. "

" Mudah-mudahan sahaja tekaan kita khilaf, ayahnda sekalian.."

Aduka yang berada di sebelah Indera menimpali kata lelaki yang dibahasakan sebagai Penghulu Paduka Haji itu dengan wajah jelas mendadak gusar. Di bawah sinar lampu yang dihurungi serangga-serangga malam, wajah enam lelaki dihadapan Naufal berubah tiba-tiba seperti membayangkan kilatan kegusaran yang bukan main-main.

" Benar seperti kata Aduka, ayahnda sekalian. " Suara Tun Indera bernada
risau " Mumbala terlepas sekali lagi dan besar tekaan kita Mumbala sudah menangkapnya.. "

" Maksud Tun Indera? "

" Penjaga Kunci yang kedua."

" Keturunan Syeikh Abu Mutalib? "

Pertanyaan tersebut tergantung begitu sahaja tetapi keadaan bertukar menjadi tegang apabila melalui sudut matanya, Naufal melihat gadis yang sejak tadi diam tidak berkutik itu bingkas meraih cawan dihadapannya dan serta-merta melemparnya ke satu arah di sudut kiri halaman rumah berhampiran sepohon pokok mempelam yang rendang.

" Indah. " Lelaki yang menutup mata Naufal sebentar tadi menyeru nama gadis tersebut manakala yang lain-lain tertoleh ke kiri dan ke kanan " Kenapa? "

" Ada tetamu tidak diundang sedang mencuri dengar! "

+             +               +

Continue Reading

You'll Also Like

68.9K 10.2K 104
Aerith Jane nak sangat buktikan pasukan hoki ais perempuan pun boleh setanding dengan pasukan hoki ais lelaki akademi mereka. Dua pasukan berbeza, ka...
Kampungku By

Fantasy

98.6K 501 8
Aktiviti Kemasyarakatan Dikampung Sangat Harmoni Dengan Kerjasama Penduduk Setempat Dalam Berbagai Perkara Yang Dilakukan Bersama-Sama Diatas Semanga...
1K 154 27
Sorang panas baran. Sorang lagi annoying. Bila jumpa kalau tak bergaduh tak sah. Kalau ada orang beritahu yang diorang dulu rapat, confirm takda sapa...
277K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.