TERSESAT KE ALAM BUNIAN

De MiszJupiter

608K 36.1K 3.3K

Ashanty, gadis moden yang tidak percaya tentang wujudnya bunian dan hantu dikejar oleh makhluk ghaib dari asr... Mai multe

CHAPTER 1: WUJUDKAH BUNIAN DI BLOK ALPHA
CHAPTER 2-TEMAN TIDUR
CHAPTER 3- PONTIANAK
CHAPTER 4- MENARA HIJAU
CHAPTER 5- INDRAWAN
CHAPTER 6-MIMPI SEMALAM
CHAPTER 7-DIKEJAR PONTIANAK
CHAPTER 8- TOLONG AKU INDRAWAN
CHAPTER 9- TERIMA KASIH
CHAPTER 10: DI AIR TERJUN
CHAPTER 11: SELAMAT MALAM, INDRA.
CHAPTER 12: BALAS DENDAM
CHAPTER 13: BILIK SIAPA ITU
CHITCHAT 1#
CHAPTER 14- MARAH LAGI
CHAPTER 15-BERTEMU PAK GHAZAL
CHAPTER 16-SISI LAIN INDRA
CHAPTER 17- KAU DALAM BAHAYA
CHAPTER 18-AHLI NUJUM
CHAPTER 19-AIR TUAK
CHAPTER 20-2.0.1.4
CHAPTER 21-BUNIAN
CHAPTER 22-JANGAN TINGGALKAN AKU, ASHA
CHAPTER 24-KORBAN?
CHAPTER 25-SERANGAN PONTIANAK
CHAPTER 26-KEBENCIAN ITU
CHAPTER 27-PEREMPUAN ASING
CHAPTER 28-SIAPA MARIAM?
CHAPTER 29- KEHADIRAN IBU
CHAPTER 30-SLEEP PARALYSE
CHAPTER 31-PETAPA GUA BANUA
CHAPTER 32-MANUSIA ABADI
CHAPTER 33-POHON RAHSIA
CHAPTER 34- PEREMPUAN KORBAN
CHAPTER 35- SANGGUL PERAK
CHAPTER 36- KE MANA KAU PERGI
CHAPTER 37- KISAH INDRA
CHAPTER 38- HAMBA ATAU ISTERI
CHAPTER 39- KERIS WARISAN
CHAPTER 40-AMANAT DARI MOYANG
CHAPTER 41- AKU MAHU MATI!
CHAPTER 42- PENGAKHIRAN BUAT INDRA
CHAPTER 43- AKU DAH BUNUH DIA.
CHAPTER 44- UBAH HATI
CHAPTER 45-PINTU KELUAR
CHAPTER 46- TOPENG AJAIB
CHAPTER 47-KEBAL
CHAPTER 48- LUAHAN HATI
CHAPTER 49-SELAMATKAN IBRAHIM
CHAPTER 50- HUTANG LAMA
CHAPTER 51-KISAH CINTA
CHAPTER 52 - JIJIK
CHAPTER 53- KEJAM
CHAPTER 54- KEPUTUSAN BODOH
CHAPTER 55-MALAM PERTAMA
CHAPTER 56- MANA KERIS TU?
CHAPTER 57- TRAUMA SEMALAM
CHAPTER 58- SELAMAT
CHAPTER 59-BALIK KE KAMPUNG BUNIAN
CHAPTER 60- HIDUP TANPA INDRA
CHAPTER 61- BUKAN DUNIA KAU
CHAPTER 62- PUJUK ASHA
CHAPTER 63- PERBEZAAN DUA DUNIA
CHAPTER 64-HARI PERNIKAHAN
CHAPTER 65- AKU RINDU KAU
THE END
ANNOUNCEMENT

CHAPTER 23-MIMPI

8.5K 491 50
De MiszJupiter

"Ibu! Ibu!" aku berlari ke arah ibu yang sedang berjual kuih dan nasi lemak di tepi jalan. Muka yang comot dek tangisan dan hingus aku biarkan sahaja. Ibu yang sedang menyusun nasi lemak di atas meja terus melihat ke arah aku. Aku terus berlari dan memeluk pinggangnya.

"Iya, sayang. Lah, kenapa menangis ni?" tanya ibu. Aku terus saja menangis teresak-esak.

"Dah jangan nangis," pujuk ibu lagi seraya memeluk dan menenangkan aku. Belakang tubuhku ditepuk-tepuknya perlahan.

"Ibu... Ibu..." aku merengek berkali-kali. Mukaku tersembam di bahu ibu yang berlapik tudung bawal berwarna kuning cair menyebabkan terbentuk tompok basah di tudung ibu.

"Ya, sayang. Ibu ada ni. Kenapa?"

"Ya Allah..." ibu terus membelek-belek bajuku. "Kenapa kotor sangat ni? Asha main apa?"

"Kawan Asha yang kotorkan baju Asha. Dia orang baling tanah kat baju Asha," jawabku sambil tersengguk-sengguk menangis.

"Kenapa?"

"Dia orang tak bagi Asha main dengan dia orang lagi."

"Kenapa pulak?"

"Sebab Asha sorang je tak de abah. Kawan-kawan semua ada abah," aku kembali menangis di bahu ibu.

"Asha. Lain kali kalau kawan Asha cakap macam tu lagi, cakap kat dia orang yang abah Asha ada je cuma sekarang abah Asha ada kat syurga," kata ibu lantas mengesat air mataku.

"Abah ada kat syurga?"

"Ya."

"Asha pun nak teman abah kat sana jugaklah. Jomlah ibu, kita teman ayah. Kesian abah sorang-sorang kat sana," kataku lagi dengan muka naif. Ibu tertawa kecil.

"Nanti sampai masa kita teman abah ya, sayang. Sekarang ni Asha kena teman ibu dulu, berniaga kat sini. Dah, jangan nangis. Dah tak comel dah anak ibu menangis macam ni," kata ibu lagi sambil mengesat lagi lebihan air mata di pipi.

"Ibuuu..."

"Tak delah, ibu gurau je. Anak ibu ni mestilah comel, cantik. Dah pergi salin baju. Ibu ada bawak baju lebih kat dalam kereta. Lepastu datang sini balik. Teman ibu kat sini, ya sayang. Tak payah main lagi," kata ibu.

.............

"Asha..."

"Ayah!" terkejut aku apabila tiba-tiba ayah tiriku ada di dapur. Bukankah tadi ayah masih tidur? Bila dia sedar ni? Selalunya selagi belum azan zohor, ayah takkan bangun.

Ayah perlahan-lahan mendekatiku saat aku sedang memasak. Aku menggigit bawah bibir menahan rasa takut.

"Ibu mana?"

"Emmm... Ibu kat gerai lagi."

"Belum balik?"

Aku menggeleng-gelengkan kepala dan sambung menumis sayur di dalam kuali. Ayah bergerak dan berdiri tepat-tepat di belakangku, hingga perutnya yang kedepan itu mengena belakangku. Aku yang tidak selesa cepat-cepat bergerak ke sinki, berpura-pura hendak membasuh pinggan-mangkuk.

"Lama lagi ke masak?"

"Ahhh, sekejap je. Tapi nasi belum masak. Kalau ayah nak makan, nasi goreng pagi tadi ada lagi. Ada dalam tudung saji tu," aku berusaha sehabis baik untuk bertingkah normal di hadapannya. Hakikatnya, ketakutan aku waktu itu hanya Tuhan saja yang tahu.

Ayah terus menuju ke meja lalu membuka tudung saji. Dia mencicip sesudu nasi goreng dari dalam mangkuk sebelum duduk.

"Asha teman ayah makan sekali."

"Tak pelah, ayah. Asha nak basuh pinggan ni kejap. Ayah makan dulu, ya."

"Asha ambilkan ayah cawan, sayang. Ayah nak minum," kata ayah lagi.

Sayang? Dah kenapa nak panggil aku macam tu? Aku menelan air liur mendengar ayah memanggilku begitu. Cawan di atas rak aku capai sebelum aku ke meja makan.

"Tuangkan ayah air," arah ayah lagi tatkala aku sudah berada di tepinya, hendak memberi cawan kepadanya.

Aku terus mencapai teko dan menuang air teh yang sudah sejuk ke dalam cawan. Aku terpaksa membongkok sedikit ketika mengambil teko kerana kedudukan teko agak jauh dari tempat aku berdiri.

Dari ekor mata, aku perasan yang ayah sedang memerhatikan punggungku. Aku mula tidak sedap hati dan cepat-cepat menuang air.

"Ni air, yah," selepas meletakkan cawan di hadapan ayah, aku tergesa-gesa untuk bergerak menjauhinya.

Tiba-tiba ayah menarik pinggangku lalu aku didudukkan ke ribanya.

"Eh, apa ni, ayah?!"

"Marilah teman ayah makan sekali, sayang. Tak bestlah makan sorang-sorang je," kata ayah lembut.

"Okay, tapi Asha nak duduk kat kerusi situ," kataku lagi. Aku berusaha untuk bangun dari ribanya tapi ayah memaut pinggangku kuat.

"Alah, duduk jelah sini. Asha pun mesti rindu nak duduk dekat riba abah Asha yang dah mati tu, kan?"

"Ayah, lepaslah Asha..."

"Dengar sini. Lepas ni, ayah akan sayang Asha sama macam abah Asha sayang Asha ya, sayang? Tapi Asha kena teman ayah dulu tau."

"Ayah janganlah macam ni. Nanti ibu balik macam mana?"

"Ibu lambat lagilah balik. Asha janganlah degil, sayang. Kan ayah nak sayang Asha ni. Nanti ayah layan Asha baik-baik ya?"

"Ayah... Tak payahlah..." aku menolak-nolak kepala ayah yang semakin mendekat dengan mukaku. Jantungku terasa berdegup kencang hingga aku rasa hendak tercabut.

"Asha takut ya? Janganlah takut. Ayah layan Asha baik-baik sama macam ayah layan ibu. Asha mesti suka," kata ayah lagi. Kali ini sebelah tangan ayah sudah berada di tepi leherku. Aku melihat ke matanya. Mata ayah tepat memandang dadaku yang betul-betul berada di hadapan matanya.

"Tapi Asha tak nak!"

Aku berusaha menolak tangan dan tubuh ayah yang besar itu. Aku berasa ngeri dan geli saat bulu pada dadanya mengena lenganku. Ya, ayah tidak berbaju. Itu yang membuat aku bertambah ngeri. Tapi sekuat mana aku berusaha menolak tubuh ayah, tubuh ayah semakin rapat ke tubuhku.

"Asha cuba jangan melawan. Ayah pun tak nak berkasar dengan Asha, sayang," kata ayah lagi. Kali ini lebih lembut.

Tiba-tiba aku merasa satu kucupan di leherku. Aku terus menjadi panik lalu tertampar wajah ayah.

"Kurang ajar!"

Pang!!

Ayah menamparku kuat hingga aku jatuh tersadung ke lantai. Tiba-tiba rambutku ditarik hingga aku mendongak ke atas.

"Ayah!"

"Perempuan tak guna! Berani kau tampar aku!"

"Asha mintak maaf. Ayah, maafkan Asha."

"Kau dengan ibu kau dua-dua tak guna. Dua-dua menyusahkan aku!"

Pang!

Sekali lagi ayah menamparku.

Tiba-tiba aku rasakan tangan ayah menarik-narik seluarku. Aku lantas menarik kembali seluarku daripada dilucutkan.

"Ayah! Apa ni, ayah?!"

"Aku layan kau baik-baik, kau tampar aku. Siap kau! Kau tak kenal aku siapa lagi!"

"Ayah jangan macam ni! Ayah!"

Ayah tidak mengendahkan suara dan tangisanku. Seluarku terus sahaja ditarik. Aku yang dalam keadaan panik terus saja menendang celah kelangkangnya.

"Arghhh!!" ayah menjerit kesakitan. Aku terus mengesot ke belakang ketakutan melihat ayah yang sedang kesakitan.

"Tak guna!"

Pang! Pang! Pang!

"Ayah sakit!"

"Kau memang tak guna!"

Pang! Pang!

Tiba-tiba kedengaran bunyi motor di luar rumah.

"Kau dengar sini, eh? Kau jangan nak mengada-ngada nak mengadu dengan ibu kau yang bodoh tu. Kalau tak kau dengan ibu kau tu aku kerjakan cukup-cukup. Patah riuk korang aku kerjakan nanti. Lepastu aku ratah kau cukup-cukup depan ibu bodoh kau tu. Kau nak ke?!" ugut ayah dengan nada berbisik. Rambutku ditarik ke belakang dan kepalaku ditunjal-tunjal berkali-kali.

"Tak nak! Tak nak!"

"Siap kau kalau pecah rahsia!"

Kata ayah lalu dia berlari keluar dari rumah mengikut pintu dapur. Aku yang masih lagi ketakutan terkocoh-kocoh menutup api di dapur dan masuk ke dalam bilik air. Pili air terus aku buka, berlakon konon-konon yang aku sedang berada dalam bilik air sedang mandi.

.......

Setitik air mata jatuh di tubir mataku. Sampai bila mimpi-mimpi ini akan membelengguku? Aku juga ingin mimpikan sesuatu yang indah. Tapi kenapa mimpi ini juga yang hadir dalam setiap tidurku?

Kenapalah dulu aku bodoh sangat! Kenapalah aku biarkan semua tu berlaku! Sebab aku yang bodoh nilah, ibu merana! Sebab aku yang bodoh nilah, ibu tinggalkan aku selama-lamanya! Ibu pergi untuk selama-lamanya.

Hanya Tuhan saja yang tahu betapa siksanya memendam rasa sakit hati, benci, dendam yang akhirnya menjadi kanser yang memakan hati sendiri.

Ya, sampai mati pun, aku akan benci ayah tiriku yang tak guna tu!

Continuă lectura

O să-ți placă și

94.9K 6K 12
Fina seorang yang cantik & baik. Tetapi dia mempuanyai kuasa untuk melihat benda-benda yang langsung tiada orang lihat. Selepas dia berpindah dari se...
2.2M 61.2K 58
𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺 Aydan yang telah kematian kekasihnya kini dipaksa berkahwin dengan pilihan mummyny...
481K 21K 44
Jin-Hanya satu perkara je yang aku boleh buat kau tunduk dekat aku iaitu byuntae.hahahahaha cast:- -bts -Exid Publish-10.12.2015 End-18.5.2016
13.9K 941 56
Cover by @NDfleur Mungkin dalam cerita ni banyak typo nanti sy edit untuk betulkan semula awak semua bacalah dulu yang typo ini 😭 BOOK 1 "My story...