PENDIAM

By RizanHarihta

2.4K 140 36

Maya, zaman kanak-kanaknya luar biasa daripada kanak-kanak sebayanya. Seawal usia 10 tahun dia menghabiskan m... More

Prolog
Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
Sembilan
Sepuluh
Dua Belas
Tiga Belas
Empat Belas
Lima Belas

Sebelas

101 9 5
By RizanHarihta

"You got yourself pregnant. So, what now?"

Selena melepaskan satu keluhan panjang di hadapan kawan baiknya, Damien.

"What now? I nak jaga anak ni la."

Dahi Damien berkerut dalam, menunjukkan dia tidak bersetuju akan kata-kata Selena.

"Excuse me? Family you macam mana? You ingat Uncle nak biarkan you conteng arang ke muka mereka ke?"

"Ien, I akan pergi jauh daripada mereka buat sementara waktu ni. Mereka tak perlu tahu pun tentang anak I dengan Arfan ni."

Kata-kata Selena mengundang tawa sinis Damien.

"Damn, you're so stupid. Dia dah buang you macam tu saja, you beriya-iya nak jaga anak dia? The hell, Selena?"

"Hey, jangan cakap macam tu pada Arfan. What happened to us was a mistake. But, still..."

Selena terdiam seketika lalu mengusap perutnya.

"...this child is ours."

Bibir Selena mengukir senyuman kecil.

"Apa yang you nampak pada budak Melayu tu, Selena? Dia tak habis belajar lagi tau tapi pandai berfoya-foya. Islam apa macam tu."

Selena mendengus geram. Dia tidak menyangka Damien akan melontarkan kata-kata begitu terhadap dirinya dan Arfan.

"Jangan salahkan agama untuk kesalahan individu, Ien. Are you a good Christian too? Religion and individual are two different things."

Damien mencebik.

"Yeah right. Cinta both of you dah butakan mata you guys sama-sama. I don't want to look after you and your baby, Selena. Not during your pregnancy."

"Damien, I tengah minta tolong you untuk sediakan tempat tinggal I buat sementara waktu ni daripada family I. You must help me."

"Why? Beritahu Uncle dan semuanya akan settle."

Kali ini Selena pula berkerut.

"You tahu apa jawapan ayah I. Dia akan suruh I gugurkan kandungan."

"Then, gugurkanlah! Simple."

"Kenapa dengan you ni, Ien? You lainlah sekarang ni."

Damien menggelengkan kepalanya.

"Bukan I yang lain tapi you yang lain disebabkan budak Melayu tu. Cuba kalau you dengan I sekarang ni, masalah ni semua takkan terjadi."

"Ien... I dah cakap banyak kali kat you. I cuma anggap you sebagai kawan baik I saja. Kita berkawan dari kecil lagi."

"Then, try to give me a chance for you love me, Selena."

Damien mengambil kesempatan itu untuk mengusap tangan Selena namun Selena menarik tangannya segera.

"Listen, I love someone else, not you. We already talked about this, Ien. How could you?"

Riak Damien berubah marah.

"No, Selena. You can love me but you choose to love someone else. You know what, I dah tak nak bersubajat dengan you. So, I dah call Uncle awal-awal sebelum you ajak I datang sini. And there he are right now, behind you."

Selena terus menoleh ke belakangnya dan mendapati kedua-dua ayah dan mamanya berada di belakangnya.

"Damien! How could you do this to me?"

Damien menongkat kedua-dua bahunya.

"I don't care. If you tak nak beritahu Uncle dan Aunty, it's my pleasure to tell them."

"For what? Becoming my saviour? Wow, is this your true color right now?"

Selena mendengus geram.

"Hai, Selena, Ien. Tadi Ien call ayah untuk datang sini dengan mama. Dia cakap Selena nak cakap sesuatu dengan ayah dan mama. Kenapa ni?"

Selena menjadi pucat.

'Arfan, help me...'

"AKU TAK NAK KELUAR! AKU NAK BALAS DENDAM PADA BUDAK LELAKI NI SEBAB DIA DAH HANCURKAN HATI TUAN AKU!"

Sebaik sahaja Ustaz Hakim mendapat panggilan mengenai Maya dirasuk di medan makan kolej perempuan, dia terus mengarahkan beberapa pelajar lelaki yang pandai berubat untuk pagar sekeliling medan selera itu supaya Maya tidak dibawa keluar dari tempat itu. Sekarang ini, semua pelajar telah dikerah keluar dan pekerja dapur masing-masing berlindung di belakang dapur untuk mengelak diri mereka termasuk campur dalam urusan Maya. Mujurlah Ustaz Hakim masih ada lagi di kawasan universiti, tidak pulang ke rumahnya lagi.

"Kenapa kau tak nak keluar? Siapa tuan kau? Apa yang dia nak dari Maya?"

Benda yang merasuk Maya ketawa dengan hilaian yang mengerikan.

"BUDAK NI BANYAK PENDAMPING. AKU NAK MASUK DALAM BADAN DIA PUN SUSAH. TAPI NASIB BAIK MAHKLUK YANG JAGA DIA TU TAKDA SEPANJANG MINGGU NI. JADI SENANG KERJA AKU."

Ustaz Hakim berkerut.

"Apa maksud kau? Jangan perdayakan kami. Allah tempat kami semua memohon perlindungan dan tiada sesiapa yang layak dipohon perlindungan melainkan Allah Maha Esa!"

"KAU CAKAP MACAM KAU MANUSIA SEMPURNA DI DUNIA INI! APA KAU INGAT IMAN DALAM DIRI KAU SUDAH CUKUP UNTUK MEMUSNAHKAN AKU? AKU TIDAK AKAN PULANG SELAGI AKU TIDAK BUNUH LELAKI DI DEPAN AKU NI!!!"

Arfan telah lama tidak sedarkan dirinya sebaik sahaja dia diterkam oleh Maya setelah Maya dirasuk. Kini, tangan kanan Maya mencekik leher Arfan dan perlahan-perlahan mengangkat tubuhnya. Nabil yang terlopong melihat kejadian di depan matanya mulai perasan kaki Arfan tidak menjejak lantai lalu dia terus melompat ke arah Arfan dan Maya untuk menyelamatkan Arfan.

"Hei, kamu! Aidil, bawa kawan-kawan kamu pergi bawa jauh lelaki tu," pesan Ustaz Hakim seraya memandang Maya kembali.

"Jadi, kau tak beri pilihan banyak kepada aku. Sama ada kau nak pergi diri sini atau aku akan bunuh kau dan hantar kau semula kepada tuan kau!"

Maya ketawa lagi.

"CUBALAH KALAU KAU MAMPU! KITA LIHAT SIAPA YANG LEBIH HEBAT!"

Mila dan kembar tidak berhenti berulang-alik dari luar medan makan yang telah dipagar itu.

"You kan, Tina. Kalau dah tahu benda tu benda belaan, kenapa you tak beritahu awal-awal? Tengok apa dah jadi sekarang!" marah Mila.

Tina dan Qi mengeluh kecil.

"Kami berdua cuba untuk datang ke sini semula, jaga dia semula. Kami berdua tak sangka benda tu boleh tahan kuat juga sampai boleh merasuk Maya depan-depan kita begini," keluh Tina.

"Benda senang macam ni susah nak ramal ke? Kalau dah jadi benda belaan, kuasanya bertambah. Kalau tidak, sia-sialah jadi belaan."

"Aku dah rasa dah yang Selena tu belaan seseorang tapi itulah. Dah nama hantu, memang menipulah kerjanya."

Kata-kata kembar membuatkan Mila mengangguk.

"Boleh tak kalau you guys pergi tolong ustaz tu sembuhkan Maya semula? Jangan buang masa di sinilah."

Tina dan Qi tersenyum kecil.

"Setiap yang berlaku ada hikmahnya, Mila. Dalam hal ini, kami berdua tidak boleh membantu ustaz tu pulihkan Maya. Ini urusan antara ustaz tu dan pergantungan ustaz tu terhadap Dia. Jadi, kami tidak boleh membantunya melainkan dengan izin-Nya."

"I risaukan dia. Kenapalah I tak boleh masuk dalam sekarang ni. Semua sebab pagar bodoh ni la!" rungut Mila.

Kembar mengangguk tanda setuju. Tina dan Qi tersenyum kecil.

"Mila, kembar, kami berdua dah tahu kisah korang berdua sebelum ni. Kamu berdua tak mahu ke pelajari agama kami?" tanya Tina dengan lembut.

Tiba-tiba air muka Mila dan kembar berubah.

"Siapalah kami ni di sisi Allah, Tina. Banyak silap dan dosa yang telah kami bertiga lakukan sebelum ni."

"Tapi masih belum terlewat untuk berubah semula, Mila, kembar."

"ARGHHHHHHHH! SAKITLAH BODOH!"

Tumpuan mereka berlima terganggu akan jeritan garau dari dalam dewan itu. Mila benar-benar risaukan keadaan Maya.

"Tina, Qi, tolong buat sesuatu supaya benda tu keluar dari dewan ni. Kami bertiga nak tolong Maya."

Tina dan Qi saling berpandangan.

"Kamu bertiga nak buat apa?"

"Tolong dulu kami. Korang berdua akan tahu juga nanti," ujar Mila.

Dalam sekelip mata Qi menghilangkan dirinya dan muncul di dalam dewan itu, berada betul-betul di hadapan Maya yang sedang dalam kerasukan.

"Aku izinkan diri aku dilihat kau dengan izin Allah. Jauhkan diri kau dan pelajar kau sejarak tujuh langkah menjauhi kakiku berpijak sekarang."

Qi menoleh ke kanannya memandang ustaz Hakim yang terkejut melihat kehadirannya.

"Allahuakbar... Baik."

Sepanjang dia berubat orang, inilah kali pertama ustaz Hakim melihat seorang lelaki gagah yang berpakaian lengkap seakan-akan baju perang dahulu kala yang dia lihat dalam Internet.

"Ikut saya. Jangan lebih dari tempat saya berdiri ni," arah ustaz Hakim kepada beberapa pelajarnya yang berada berdekatannya.

"MACAM MANA KAU BOLEH MUNCUL SINI?" marah Maya mengundang senyuman kecil Qi.

"Kau bermain dengan manusia yang silap, jin laknatullah. Manusia yang kau rasuk itu di bawah jagaan aku dan seluruh keluargaku sejak tujuh keturunan yang lepas," balas Qi dengan nada serius.

"DIA BUKAN ISLAM! KENAPA KAU DAN KELUARGA KAU PERLU LINDUNGI DIA YANG BUKAN ISLAM NI! MAHKLUK BODOH!"

Tanpa melengahkan masanya, Qi mengeluarkan pedangnya yang tiba-tiba muncul dari belakangnya. Sebilah pedang tergenggam erat di tangan kanannya membuatkan Maya perlahan-perlahan menjauhi Qi.

"TURUNKAN PEDANG KAU, BODOH!. TURUNKAN PEDANG KAU!!!"

Terkebil-kebil Nabil yang sedang memapah Arfan dan beberapa pelajar yang mengikuti ustaz Hakim mendengar perbualan Maya dengan seseorang atau sesuatu yang mereka tidak dapat lihat dengan mata kasar mereka. Namun berbeza dengan ustaz Hakim. Hatinya tidak berhenti-henti berzikir kepada Allah dengan harapan benda yang merasuk Maya itu dapat dilemahkan. Tahulah dia sekarang kenapa Maya diberi kelebihan deria keenam sehingga boleh melihat mahkluk-mahkluk halus yang lain.

*Dua minggu lepas*

Dia menggagahkan dirinya untuk melarikan dirinya dari rumah itu meskipun tubuhnya berlumuran darah. Air matanya tidak berhenti mengalir. Pada saat ini, dia tidak tahu dengan siapa lagi dia harus bergantung. Kini, dia sudah hilang tempat pergantungan. Dia sudah tidak berasa aman. Meskipun dia tahu dia telah berlari jauh dari rumah itu tetapi dia tidak mahu dia dijumpai sesiapa yang mengenalinya. Dalam dia leka berlari, dia tidak sedar bahawa dia sudah tiba di kawasan jalan raya dan dia berlari berlawanan arah.

"Ya Tuhan, selamatkan aku..."

Dia menyeka air matanya dengan hujung lengan bajunya namun dia tidak sedar bahawa dia sedang berlari ke arah sebuah kenderaan yang menuju hadapannya.

"Oh my God! Honey, tengok depan tu!!!" jerit seorang wanita pertengahan umur kepada lelaki di sebelahnya.

"Jesus!"

Lelaki itu sempat menarik brek kenderaannya sebelum melanggar seseorang yang berlari ke arah kenderaannya.

"Kita tak langgar dia kan?"

Tenaganya lemah dan dia benar-benar terkejut akan situasi yang berada di hadapannya. Dia merasakan tubuhnya ringan sebelum rebah ke jalan tar.

Sebelum pandangannya gelap, dia sempat mendengar alunan suara yang asing namun menenangkan.

"Selamat... kan..... aku........." bisiknya perlahan sebelum matanya tertutup rapat.

*Sekarang*

Perlahan-lahan Arfan membuka matanya apabila dia mendengar teriakan ganas dari mulut Maya. Tubuhnya dipapah Nabil, menjauhi Maya.

"Nabil..."

"Fan, kau dah sedar? Kau rehat dulu. Ustaz tengah berlawan dengan Maya."

Arfan mengerutkan dahinya. Tidak semena-menanya dia menangis. Dia meraup wajahnya dengan kedua-dua tangannya.

"Allahhhhh... Apa yang aku dah buat ni,  ya Allah!!!"

Tumpuan semua orang tertumpu kepada Arfan. Maya menjeling tajam ke arah Arfan lalu menerpanya dan mencekak lehernya.

"Lepaskan manusia itu!" tempik Qi kuat membuatkan Maya teragak-agak seketika namun dia tetap berdegil.

"Ya Allah!"

Dua orang pelajar ustaz Hakim iaitu Aidil dan Eiman menarik tubuh Nabil menjauhi Arfan dan Maya.

"Maafkan aku, Selena... Aku yang bersalah. Aku minta maaf! Aku berdosa banyak pada kau, Selena. Semuanya salah aku....."

Air matanya mengalir deras. Arfan akur. Jika ini ajalnya di tangan Selena, dia reda. Ini kifarah atas perbuatannya merosakkan Selena.

"KAU SAKITKAN HATI TUAN AKU!!! AKU AKAN BUNUH KAU!"

"Aku tak sangka kau mati bunuh diri, Selena. Keluarga kau datang tuntut bela atas kematian kau sebelum ni. Aku patut tahu kau akan datang menghantui aku. Maafkan aku, Selena..."

"TUAN AKU MAHU KAU MERANA! BIAR AKU BAWA KAU KE JAHANAM BERSAMA-SAMA AKU!!!"

Qi menutup matanya sejenak. Dia menghela nafas sambil mulutnya berkumat-kamit membaca ayat-ayat Al-Quran sebelum mengangkat pedangnya dan sepantas kilat menikam tubuh Maya dalam sekelip mata.

"ALLAHUAKBAR! LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH!"

Cengkaman Maya terus terlepas dan satu jeritan mengerikan bergema di segenap ruang dalam medan makan itu. Tubuh Arfan tercampak sebaik sahaja Maya melepaskan cengkaman pada tubuhnya. Mata Arfan bagaikan tidak percaya apabila dia melihat ada seorang lelaki gagah dan elok rupa parasnya sedang menghunuskan pedangnya pada tubuh Maya.

Qi melepaskan nafas lega. Tubuh Maya sudah berpisah dengan mahkluk durjana itu. Dia memandang ustaz Hakim dan mengisyaratkannya supaya membantu mengembalikan semangat Maya yang baru sahaja dirasuk. Ustaz Hakim akur pada arahan lelaki itu lalu menghampiri Maya. Tiba-tiba, hadir satu perasaan rendah diri dalam diri ustaz Hakim. Dia berasa sebak. Dia fikir dia boleh merawat Maya namun segala-gala yang berlaku di luar kemampuannya. Hanya Allah yang berkemampuan melakukan apa-apa yang mustahil bagi kudrat manusia lemah sepertinya.

"Dia dah ok. Bawa dia ke surau kolej perempuan. Biarkan dia bermalam di situ malam ini."

Qi mendekati Arfan yang terkesan akibat pertempuran sebentar tadi.

"Mahkluk itu muncul dalam hidup kau untuk memberi peringatan kepada kau. Apa yang berlaku pada hari ini akan kekal menjadi teladan kepada kau."

Kata-kata Qi membuatkan Arfan menangis lagi.

"Semuanya salah aku. Aku yang bunuh Selena sebenarnya."

Qi mendiamkan dirinya sebentar.

"Sesuatu yang terzahir di mata kadang-kadang menjadi permainan dunia," ujarnya lalu menghilangkan dirinya.

Arfan menjadi bingung seketika.

'Permainan dunia?'

"Terima kasih, Qi. You selamatkan Maya."

Untuk kali pertamanya, Mila menitikkan air mata kegembiraan. Dia baru sahaja merancang untuk merasuk tubuh Maya dan berlawan dengan mahkluk yang merasuk Maya itu meskipun dia tahu nyawanya mungkin akan melayang kerana dia sedar kekuatan mahkluk itu lebih kuat berbanding dirinya.

"Segala-galanya dengan izin Allah, Mila," ujar Qi dengan tenang.

"Awak takut, Mila?"

"Bukan Mila seorang saja tapi kami berdua juga."

Raut wajah kembar juga menunjukkan kegirangan melihat keadaan Maya yang selamat dari ancaman mahkluk yang merasuknya.

Tina mengukirkan senyuman lembut.

"I takut I akan hilang kawan I."

"Seperti Sharmila?" teka Tina.

Mila memandang Tina.

"You tahu tentang dia?"

Tina mengangguk.

"Kami berdua juga tahu tentang kembar. Asal-usul kalian bertiga."

Mila dan kembar saling berpandangan.


10 tahun yang lepas.

Lahir sebuah perasaan sedih di dalam dirinya apabila melihat tubuh gadis yang lemah-lembut yang dia kenali selama ini tergantung kaku di hadapan. Dia tidak dapat menerima hakikat yang terzahir di depan matanya kini.

"Ya Allahhhhh! Kenapa Engkau biarkan dia tewas dalam hasutan syaitan dalam dirinya? Kenapa pengakhirannya begini?! Dia budak baik yang pernah aku jumpa, ya Allah..."

Dia berasa dirinya dikuasai perasaan amarah yang membuak-buak. Seluruh bilik itu menjadi tunggang terbalik dek kemarahannya. Seluruh penghuni kolej yang mendiami kediaman itu terus melarikan diri menjauhkan diri mereka dari bilik itu. 

"Milaaaaaaa......."

Akhirnya dia tewas juga. Air matanya buat kali pertama tumpah kerana manusia.

Continue Reading

You'll Also Like

519K 20.8K 88
Join the ride full of possessiveness, love,hate,pain,happiness,joy,rudeness.
256K 3.4K 77
Harry Potter is dead. In the aftermath of the war, in order to strengthen the might of the magical world, Voldemort enacts a repopulation effort. Her...
19.8K 936 23
*π’˜π’‰π’Šπ’”π’•π’π’†* "𝑾𝒐𝒓𝒍𝒅 π’˜π’‰π’†π’“π’† 𝒂𝒓𝒆 π’šπ’π’– ~" "𝑫𝒐𝒏𝒕 π’Œπ’†π’†π’‘ π’Žπ’† π’˜π’‚π’Šπ’•π’Šπ’π’ˆ. π’šπ’π’– π’Œπ’π’π’˜ 𝑰 𝒅𝒐𝒏'𝒕 π’π’Šπ’Œπ’† π’Šπ’• " "𝑾𝑢𝑹...
DON'T NEVER CHANGE By May

Mystery / Thriller

57.5K 3.6K 37
G!P and Girl ( Uni and Zawgyi )