Saat Cintaku Berbisik Rindu [...

By KANoor6

195K 4.5K 221

Amani tahu dirinya hanyalah anak pungut yang entah dari mana asal usulnya. Namun, tatkala dirinya diperangkap... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59

Bab 35

3.1K 72 1
By KANoor6

DANISH tak percaya dengan apa yang terjadi. Tak sampai sebulan perempuan tu kat rumah ni, semua orang sudah memihak padanya. Buktinya, umminya sudah melayan perempuan itu dengan mesra didepannya.

Bukan itu sahaja, umminya juga memintanya untuk membuka hati dan melayan perempuan itu dengan baik. Hilang akal ke apa nak aku layan dia dengan baik? Aku bencikan perempuan itu dan sampai bila-bila aku takkan terima dia.

"Ummi nak Danish layan dia dengan elok? Ummi dah lupa ke apa yang dia dah buat?" soal Danish sambil duduk bertentang dengan umminya.

"Danish, ummi tahu benda ni bukan senang. Lebih-lebih lagi ummi bukan kat tempat Danish. Tapi, tak salahkan kalau Danish cuba untuk buka hati Danish? Layan dia dengan elok. Mana tahu, dengan buat semua tu Danish pun akan bahagia."

Datin Fatimma sudah berlembut hati. Danish sudah buntu. Nak harapkan siapa pula lepas ni. Apa jalan untuk dia balas dendam pada perempuan bernama Amani itu.

Sudah hampir sebulan dia sah menjadi suami Amani namun dendam dan bencinya tak pernah padam. Mana taknya, setiap kali Amani ingin mendekati atau berbuat baik, pasti Danish akan menolak atau mengamuk.

Danish harus memikirkan jalan yang lain untuk menyakiti Amani. Nampaknya, hanya dia yang harus melaksanakan dendam ini. Tapi, apa yang boleh dilakukan? Sudah sebulan otaknya liat berfikir namun masih tiada rancangan.

"Encik Danish, makan malam dah siap. Ummi ajak makan." Amani mengajak dengan lembut dimuka pintu bilik tidur itu.

Dia tersedar dari lamunan. Danish memerhati wajah Amani. Berbuat baik? Perlu ke aku buat baik dengan dia? Kalau aku berbaik dengan dia, apa yang aku akan dapat?

Tiba-tiba Danish teringat akan rancangannya yang pertama dulu. Membuatkan Amani jatuh cinta lalu menghancurkan hati gadis ini seremuknya. Iya, mungkin rancangan ini akan berjaya.

Danish mengangguk dengan senyuman. Amani terkedu. Inilah kali pertama dia mendapat senyuman dari Danish sejak berada di rumah ini.

"Tak nak turun sekali ke?" soal Danish setelah berada disebelah Amani.

Entah sejak bila Danish ada di situ, Amani tak perasan. Dia terkedu di situ melihat senyuman tadi.

"Jom lah turun."

Terpinga-pinga Amani mendengarkan suara lembut Danish. Namun, laju dia membuntuti langkah suaminya itu.

Sampai sahaja di meja makan, terus Danish meminta dihidangkan nasi dan lauk oleh Amani. Datin Fatimma dan Datuk Kamal agak terkejut melihat sikap mesra itu. Mereka mengerutkan dahi sambil berpandangan.

"Kenapa ummi dan abi pandang macam tu?" soal Danish setelah melihat mata mereka memandangnya tanpa berkelip.

Datuk Kamal tersenyum memandang isterinya.

"Ummi tengok Danish nampak lain." Datin Fatimma cuba mengusik Danish.

Dia tersenyum memandang Amani.

"Nampak lain? Maksud ummi?" tanya Danish sambil menyuapkan nasi ke mulutnya.

Datin Fatimma sudah tersenyum lebar. Mungkin, Danish sudah mula mengikuti nasihatnya.

"Nampak macam manis dan kacak." Datuk Kamal pula menjawab.

"Habis tu selama ni Danish tak manis dan kacak ke abi?" Danish cuba bergurau.

Mendengar soalan itu, Amani hampir tergelak. Manis dan kacak? Dia nak panggil diri dia manis dan kacak lah tu.

"Sejak bila kamu ni manis dan kacak?" Datuk Kamal mengusik Danish.

Terkucil ketawa Amani namun segera dikawalnya. Danish perasan yang Amani cuba menahan ketawanya. Dikerlingnya dengan ekor mata.

"Eh, abang ni. Danish kacak dari dulu lagi. Tapi, manis tu tak ada." Datin Fatimma pula menambah.

"Ummi ni puji ke perli? Danish pun keliru." ujar Danish dengan muka serius.

Datin Fatimma sudah tertawa melihat reaksi Danish itu.

"Kalau tak percaya, tanyalah isteri kamu tu. Ada ke manis pada wajah kamu tu?" Datuk Kamal cuba mengusik lagi.

Danish terus menoleh pada Amani yang duduk bertentangan dengannya.

"Saya ni manis tak?" soalan Danish agak memeranjatkan Amani.

Matanya tidak beranjak dari wajah Danish. Ya, Danish kelihatan mesra sekali. Amani cuba menghalakan pandangan pada Datin Fatimma untuk meminta sokongan. Hatinya panik.

"Ani?"

Ya, Danish sedang memanggil namanya. Dengan suara yang lembut dan perkataan 'saya' pula itu. Adakah ini mimpi? Kenapa tiba-tiba? Apa yang dah jadi kat suami dia? Soal hatinya bertubi-tubi.

"Ani, saya tanya awak ni."

Amani tersentak dari lamunan dengan teguran suara Danish.

"Encik Danish kacak dan manis di mata saya." jawab Amani tanpa berfikir panjang.

WHAT? Apa yang aku baru cakap tadi? kacak dan manis di mata aku? Kenapa aku boleh cakap macam tu? Ya Allah, tolonglah tarik balik perkataan tu. Malunya aku. Didepan mertua aku pulak tu. Gerutu hati Amani.

Datin Fatimma dan Datuk Kamal tergelak mendengar jawapan Amani. Danish pula tersengih. Dia tak sangka jawapan macam tu yang keluar dari mulut Amani.

"Dengar tu Danish. Sekurang-kurangnya, kamu tu manis di mata isteri kamu." usik Datin Fatimma.

Amani sudah merona merah. Inilah pertama kali dia bermanis mulut dengan suaminya.

Kemesraan Danish tidak terhenti di situ sahaja. Sejak malam itu, Amani perasan yang sikap Danish semakin mesra. Danish sudah tidak mengeluarkan kata-kata kasar mahupun meninggikan suara.

Malahan, Danish mengotakan janjinya untuk memberi nafkah kepada Amani. Buktinya, Danish telah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank Amani seperti yang dijanjikan.

Amani rasa malu dan bersalah untuk menerima wang itu. Dia rasa seperti menambah beban kepada Danish setelah apa yang terjadi sebelum ini.

"Encik Danish, saya malu untuk terima duit ni." ujar Amani setelah memeriksa baki akaun bank nya.

Danish yang duduk diatas katil sambil membaca buku terus menghentikan pembacaannya.

"Kenapa pula?" soalnya dengan nada serius.

Amani menelan air liurnya. Minta-minta dia ni tak mengamuk atau marah. Dah lama rasanya Amani tak ditengking atau di marahi.

"Saya tak buat apa-apa pun untuk Encik Danish. Takkan saya nak ambil duit ni macam itu aje." terang Amani dengan tenang diatas tilam totonya yang sudah hampir dua minggu di beli.

"Kan kita dah buat perjanjian yang awak takkan bekerja kat luar sana dan saya akan bagi duit kat awak setiap bulan."

Danish memandang isterinya yang duduk di depan pintu tandas itu.

"Tapi, saya rasa duit ni.."

"Jangan ada tapi-tapi." Danish memotong ayat Amani.

"Saya ikhlas untuk berikan duit tu. Terima aje." Sambungnya lagi dengan nada mendatar.

Amani akur. Untuk apa dia berbahas tentang ini. Bukan dia tak kenal sikap keras kepala suami dia ni. Walaupun dia tak suka, terpaksa dia terima duit itu.

"Terima kasih, encik Danish." ucap Amani dengan lembut.

Dia mengolak rambutnya ke tepi sebelum membetulkan bantal dan selimutnya. Danish memandang Amani tak berkerdip. Setiap malam dia melihatkan kecantikan isterinya itu namun malam ini terasa seperti luar biasa.

Dia berdehem setelah merasakan dirinya memandang Amani terlalu lama. Malu dengan diri sendiri kot.

"Ani.." Danish memanggil dengan lembut.

Amani yang baru saja melentokkan kepala di bantal terbangun semula.

"Ya, encik Danish?" soal Amani dengan mata bundarnya itu.

Danish berdehem lagi. Kelihatan seperti gelisah.

"Sampai bila awak nak tidur kat depan pintu tandas tu?"

Berkerut dahi Amani mendengar soalan Danish. Bukan dia ke yang suruh aku tidur kat sini? Kenapa pulak dia boleh tanya soalan macam ni?

Amani hanya berdiam. Dia tak tahu nak bagi jawapan apa.

Danish baru tersedar. Untuk apa dia bertanya soalan macam tu. Dah sah-sah Amani tak tidur tempat lain sebab kat situ tempat yang aku suruh dari hari pertama dia jejakkan kaki ke dalam bilik ni.

"Saya tak nak awak tidur kat situ." ujar Danish dengan tenang.

Hati Amani terus gelisah mendengarnya.

"Encik Danish nak halau saya keluar dari bilik ni ke? Takkan saya nak tidur kat luar sana. Nanti, apa pulak kata ummi dan abi."

Danish menatap Amani.

"Saya minta maaf kalau saya ada salah tapi janganlah sampai halau saya. Kalau saya tidur kat luar, banyak pula masalah dan soalan muncul. Kalau saya ada salah dan silap, saya minta maaf sangat-sangat." suara Amani sudah serak.

"Bukan macam tu. Saya tak nak pun awak tidur kat luar."

Amani mengerutkan dahinya mendengarkan jawapan Danish.

"Apa maksud encik Danish?"

Danish menghelakan nafasnya sebelum memandang Amani.

"Apa kata... awak.. tidur kat sebelah saya."

"Hah?" itu sahaja bunyi yang mampu dikeluarkan Amani apabila Danish mempelawanya untuk tidur sekatil.

Dah kenapa dengan mamat ni? Kenapa tiba-tiba ajak aku tidur sekatil? Selama ni nak pandang aku pun benci. Apatah lagi nak tidur sebelah dia. Kenapa dengan dia malam ni? Mungkin dia mengigau kot. Monolog hati Amani.

"Saya tak suka tengok awak tidur kat situ. Mengganggu saya nak ke tandas setiap malam. Selalu saya hampir terpijak awak tahu tak." Danish memberi alasan.

Dia tahu, pelawaannya yang tiba-tiba ini mungkin akan memeranjatkan Amani. Namun, dia harus merapatkan dirinya agar Amani jatuh cinta kepadanya. Dia yakin Amani hanya melayannya sebagai suami sahaja bukan kerana cinta.

Amani mengangguk faham dengan alasan yang diberikan Danish. Tapi, tak sangka pulak yang Danish akan mengajaknya tidur sekatil.

"Maaflah kalau saya mengganggu encik Danish tapi untuk saya tidur sekatil..." Amani tidak dapat menghabiskan ayatnya.

Danish pula terasa malu kerana Amani menolak. Namun, cuba dikawak riak mukanya dengan setenang mungkin.

"Kalau awak tak nak tidur sebelah saya atas katil, sekurangnya tidur kat sebelah katil ni. Tak adalah menyusahkan saya kalau saya nak ke tandas malam-malam. Awak tu tidur mati. Kalau bom meletup jam 3 pagi pun bukan sedar."

Amani mengetap bibirnya. Suka-suka hati aje cakap aku tidur mati. Dia tu yang susah nak bangun subuh tak nak cakap apa-apa pulak.

"Cepatlah, dah lewat ni. Nak tidur." Danish seakan menggesa pula.

Amani merenung wajah suaminya. Memang dia akan janggal sangat untuk tidur sekatil dengan suaminya. Tapi, sebab Danish bertegas yang Amani menyusahkan dirinya kalau tidur di depan pintu tandas, dia harus berfikir sekali lagi.

Tidur disebelah katil itu mungkin idea paling selamat sekarang. Amani tak akan menyusahkan dan mereka tak akan tidur sekatil.

Amani bingkas bangun. Danish memerhati tingkah Amani yang sedang menarik tilam totonya ke sebelah katil. Dia tersenyum.

Amani mengemaskan toto dan selimutnya di sebelah kanan katil itu. Sambil dia mengemaskan selimutnya, baru dia perasan yang Danish tak henti memerhatikannya.

"Ada apa, encik Danish? Kenapa pandang saya macam tu?" soal Amani dengan suara gugup.

Awkward!! Itu jeritan batin Amani apabila Danish berbaring sambil memerhatikannya.

Danish tersenyum tanpa balasan. Amani terus baring tanpa mempedulikan pandangan mata Danish. Dia berbaring membelakangkan suaminya.

"Dah siap? Boleh tidur?" soal Danish dengan tenang.

Amani mengangguk tanpa menoleh. Hatinya berdegup kencang. Matanya ditutup dengan rapat.

Danish mematikan lampu yang ada di meja kecil di sebelahnya.

"Selamat malam." ucap Danish dengan lembut setelah lampu dimatikan.

Amani tersenyum malu mendengarnya. Hatinya berbunga bahagia mendengar suara suaminya yang tiba-tiba romantik itu. Mungkin, akan ada sinar bahagia akhirnya buat mereka berdua. Malam itu, Amani tidur dengan hati yang gembira dan bahagia.

Continue Reading

You'll Also Like

39.9K 972 35
Adam Mikael seorang lelaki yg sempurna bagi setiap wanita. Tetapi walaupun ramai perempuan yg pernah couple... semua ada alasan sendiri utk break. A...
SERAKAH By yinyeen

Non-Fiction

375K 1.2K 14
Kisah benar seorang bapa yang berhati binatang. Menjadikan nafsu sebagai raja yang memimpin akal fikiran yang waras. Sehinggakan sanggup menjadikan a...
73.9K 212 5
KOLEKSI CERITA PENDEK BERBAGAI JENIS NAFSU 21SX BACAAN DEWASA SAHAJA. KALAU AKU TERIMA REPORT LAGI. AKU TAK AKAN TULIS LAGI APA-APA CERITA TQ
eqa By puterasp

Non-Fiction

36K 60 1
xxx