TBZ School Hellaass [HOSTEL L...

By slurpeemac

26.1K 2.9K 5.4K

This Story is about life 12 orang tapir yang jakun plus perangai macam haram bru first time masuk hostel... More

Peek-a-boo
First Day ✌🏻
Welcome to the Hell
Ice Breaking
Hyunjae (Missing in action)
Ice Breaking II
"kita serupa !🙀"
Classmates 🤓
New is New
owl city 👻
Owl city 2👻
katak oh katak 🐸
Ayam Me🐔
PREP📓
Red String📿
HAZARD ☠️
HILANG😅
saengil chughahabnida 선우🎂
Cleaner to be 💦
What's your ugly?🤷‍♀️
Antisocial📱
Movie 1📽
Movie 2 📽
Troubletoilet🚽
Emergency🚨
TBZ next comeback be like...
Outing🚌
Merewang Bah #1🛫
Merewang Bah #2🛬
Merewang Bah #3✔️
CORONAVIRUS‼️
KELAS WOI‼️
Golden Time
Juyeon Where You At (Error)
Tetamu Tak Diundang😓 P1

Spotcheck🎒

578 66 125
By slurpeemac

Pagi yang gelap, kini sudah terang, eric adik mu dan juyeon abang ~

Tapi , pagi juyeon harini gelap, lagi malang " YA TUHAN!!! MANA PERGI KASUT PENGAWAS HITAM AKU LAGI SEBELAH NI!! " jeritan dia menyebabkan semua
berkumpul di hadapan dorm.

" weh luu pehal bosskurrrr? Menyalak pepagi ni? Cuba call kasut tu. " tanye Haknyeon

"Aku sembelih kau ni kang! Lepasni Otak tu rendam dengan clorox dulu sebelum cakap " herdik New sambil menjentik tangan Haknyeon. Haknyeon hanya mengaduh lalu menjelirkan lidah pada New.

" jom Ah juyeon, kita buat aduan kat cikgu. suh buat spotcheck. Yeheeeee bolehle aku selongkar beg orang! " sorak Kevin.

" haah, kita semua dah lambat dah ni. Wait wait, mana Hwall? " tanya Jacob.

"Hwall berakkkk jap. Biasa lah, perut waktu pagi, nak melawat member kat tandas dulu,nak sedut aroma tandas dulu" jawab Younghoon.

" dah lah orang tu tanya sikit, kau melebih sampai kesitu. Babab bontot kang ~" usik Q.

" eh berani nak babab? Bontot aku ni power tau! Pernah ada pengalaman tolak orang sampai tombang ! "

Di Perhimpunan

Juyeon terpaksa turun ke perhimpunan sambil memakai selipar jamban klepak klepek, buat sementara waktu.

Macam biasa, Pak cik Hyuksoo yang bermaharaja lela dengan mic dia
" para pengawas akan buat spotcheck sekarang. Tolong bagi kerjasama. "

Juyeon,Kevin dan pengawas yang lain buat spotcheck ke atas seko seko punya beg . Macam-macam hartanah diorang jumpa.

" kau bawak teddy bear gi sekolah Sunwoo? Ehh anak manja ea~" tanya Kevin.

Younghoon yang beratur di belakangnya menyampuk " jap!tu bukan teddy bear yang aku bagi ke? Kau simpan weh?! Haritu bukan main kau kutuk !"

Sunwoo terus merampas teddy bear tu dan masukkan semula ke dalam beg dia " aku tak perlukan sampah dalam hidup aku. Buat pe aku bawak sampah ni gi sekolah? Aku just terlupa nak keluarkan balik sebab arituh aku bawak bende ni main dengan kucing belakang kantin tu "

" tak payah nak tipu. Kau bukan takut natang tu ke? Ok takpe, nanti aku bawak masuk kucing kat dalam dorm kau. Suka kan?"

" ok ok! Aku bawak sebab aku sayang kau lah! "

" serious Ah?! Aku tau ramai yang sayang aku ~" . Sunwoo terus membalas "ok aku tarik balik kata aku tadi. "

Younghoon mula menganjing
" terlajak perahu boleh undur, terlajak kata tak boleh bro~" . Dengan geram Sunwoo mengeluarkan kata-kata diluar kotak " kalau terlajak berak, boleh sedut balik tak? Ha jawab Ah " dia cuba melawan kata-kata Younghoon.

" oi oi dah dah. Malu lah sikit woi dengan readers! Soalan pebende kau tanya ni? " marah Kevin.

Giliran beg Younghoon pulak " hoi setan, kau bawak Hadndsetan gi sekolah eh? Nak aku rampas? " tegas Kevin

" eh hello! Kalau aku setan, kau tu apa? Iblis? Tu dalam poket kau tu, cantik je bentuk petak tu. Jangan sampai aku bagitau cikgu. Mampus kau kene lucut kang! Hilang kuasa! Melutut lah kat aku! "

" okk okk jangan buat pasal. fine!"
Kevin terus beredar dari situ sambil merengus.

Juyeon pula buat spotcheck kat beg Hyunjae " MasyaAllah! Bapak ahh tulang ayam kau penuh dalam beg ni! Kau ni saka ke ape hah? Kau nak buat artifak ke biol? Nah amik balik!" sambil duk lap lap tangan dia pada baju Hyunjae.

Dalam hati Hyunjae berkata " tu baru beg. Kau tak tengok lagi locker aku, bawah meja aku, poket aku. Sebok je. Patutlah kasut dia hilang . Kasut dia pon dah tak nak dengan dia"

Bila tiba part New pulak " ya ampun, patutlah muka dia ni peloles. Berapa banyak brand bb cream kau pakai? Dengan lip tint lagi, contact lens jangan cakap Ah. Mata kucing, mata setan ,mata anjing semua ada. Mata babi ada? Heish kau ni, fake! " sambil Baling semula mekap ke muka New.

" wei beradap sikit! Mahal aku beli tu! Muka dah serupa orang asli, nak kutuk lak. Jeles le tuwww~"

Setakat ni, Sangyeon, Eric, Jacob,Q dan Haknyeon boleh terima dek akal lagi lah. KOT...

Cuma macam biasa, semua tau kan dalam beg Haknyeon penuh dengan apa anak anak? " MAKANAN" . Jacob lak, kamus dewan je dah penuh satu beg +cereal lagi. Sangyeon boleh tahan bawak satu plastik koyok. Dasar orang tua. Eric pulak kiub dia memacam bentuk ada.

And Q? " Apa kau bawak ni Q? ni ke yang kau belajar kat sekolah selama ni? "
Tanya Kevin dengan meluat.

" apa dia?aku bawak buku lah" jawab Q tanpa bersalah

" pale otak kau. ni buku kau?" sambil terabur kan semua barang Q di atas tanah.

Nak tahu?Penuh dalam beg dia gambar polaroid dengan Younghoon. Siap ada sticker love kat setiap gambar tu.

Lepastu,Ada jugaklah tragedi sampai Juyeon spotcheck dompet Eric " bijak nye lahai kau ni. Mana le muat aku nak sumbat kasut kau dalam dompet bodoh! "

" diam ahh kau. Aku tau apa aku buat. Ni gambar ic kau ke? Hodoh siot kau dulu! Gigi rongak! " Hina Juyeon

" aku tau lah aku buruk. At least letaklah filter kan weh?takpe, muka aku upgrade sekarang~" perasan nye lahai Eric ni.

💩💩💩

" eii sumpah ahh? Hampir semua form kita buat spotcheck, seko pon ta de?!!!! Bapak aku beli mahal tho dekat Bata !! 50 hengget . Smart pulak tu . Takkan lah sampai habis sekolah aku kene sarung selipar jamban ni?!" Juyeon yang hati batu tu mula meratapi kehilangan kasut dia.

"Halah kau ni~ Bata je pung! ingat ASICS tadi" sindir Q

" kau ni kan, cuai lah. Tapi kau belum lagi check kat dorm diorang kan? Tah tah diorang simpan kat dorm. Tak pon, ada yang dengki ngan kau, and dia flush kasut kau dalam lubang jamban" Sangyeon cuba tenangkan Juyeon.

" tak payah nak bagi kata-kata semangat sangat. Ayat kau langsung tak membantu. Lagi panas hati aku ni ade Ah " marah Juyeon.

" weh mana Hwall? Dari tadi kot dia berak. Lama nya buat taik. Tak muncul lagi ni ha . Beg dia je yang belum di check. Dia tu kan suka fesyen,kot kot an dia yang amik kasut kau. Dia nak jadi hipsturr sebelah putih,sebelah hitam?" cadang Eric.

" haahlah, logik gak teori kau ni . Aku nak cari dia sekarang jugak kat tandas! " Juyeon pecut menuju ke tandas.

" orang tu seksa meneran kat tandas, sedap kau je main tuduh-tuduh dia. " perli Hyunjae.

Di tandas

" baik aku nyorok kat sini sampai spotcheck habis." Hwall bermonolog sambil menyorok di belakang tandas.

Juyeon yang baru saja sampai, terus melilau melihat sekeliling . Perlahan-lahan dia check satu persatu kubikel tandas.

Tapi malangnya, semua tandas kosong. " aik tak de pon Hwall ni. Mana dia ni pergi? Takkan dah termasuk dalam lubang jamban kot" bebel Juyeon sendiri.

"Aku ada kat belakang ni~" tiba-tiba Juyeon dengar satu suara Yang sebijik macam Hwall ,cuma suaranya agak sayu.

Juyeon terus ke belakang tandas , dan dia dapati Hwall ada di situ.

" weh kau buat apa kat belakang tu?!" Hwall terkejut beruk mendengar jeritan Juyeon . " alamak aku dah kantoi!apa aku nak jawab ni?!"

" erk erkk..macam mana kau tau aku kat sini? Sebenarnya aku nyorok dari kau sebab aku amik kasut kau." sambil tunjuk ke arah kasut.

" niat nak try je, tapi tadi tiber sakit perut tak leh nak bawak bincang. Aku pon bawak sekali lah kasut kau ni. Tak sempat nak bukak. Sorry! Aku nyorok sebab aku takut kau marah. Nanti aku pulangkan lah balik kat kelas. "

" panjangnya explain kau. Ok aku maafkan. Kau bukak kasut tu sekarang gak! Lain kali kalau kau buat lagi, aku patah riuk kan tulang kau tau! Betul lah teori eric. Tak sangka dia bijak. " Juyeon jawab dengan tenang sambil mencium kasut kesanyangan dia tu .

" geli anat. Tadi aku dah bawak berak kot kasut tu. " bisik hati Hwall yang rasa loya tu .

tiba-tiba...

" jap, tadi kau ada cakap, macam mana aku boleh jumpa kau kat sini? Kau yang bagitau aku kau kat sini" Juyeon mula menelan air liur.

" kau dah kenapa? Takkanlah aku nak menyorok, pastu aku pergi kantoikan sendiri. Lagipun aku tak tau pon yang kau datang " Hwall marah sebab dia pon cuak.

" abis tadi tu siapa duh?! Suara macam kau! Tapi tadi tak de sesiapa pon kat tandas! " jerit Juyeon bagai orang dirasuk.

" jangan jangan..... Tah tah tadi selama aku nyorok pon , bende tu teman aku!" Hwall dah tak tentu arah.

" haah saya teman awak~" tiba-tiba ada satu suara sayup kedengaran yang mencelah perbualan mereka.

Apa lagi, mencecet dua heko tu lari ketakutan .

" hahahahahahahaha~ "


MYGADD TETIBA GUE SERAMM NI!!!
MAU TIDO DULU
KCHAW‼️

Continue Reading

You'll Also Like

77.1K 7.9K 21
Cerita pendek yang bergenre komedi yang bakal mencuit hati anda.
19.5K 396 2
sorang tak nak kalah.. sorang lagi tak mahu mengalah siapa yang akan menang?
7.6K 745 10
Well, Tahun Lepas Family Along Harash, then this year.. Family Along Ayden pula ya. Hehehehe jom baca macam mana kecohnya hari mereka lebih-lebih lag...
408 98 8
✦ 𝑪𝒉𝒊𝒍𝒍 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔: 𝑵𝒖𝒓 𝑯𝒖𝒎𝒂𝒊𝒓𝒂 𝑸𝒂𝒍𝒊𝒆𝒔𝒚𝒂 ✦ Kisah perjalanan seorang remaja yang rumit,menyayat hati serta memberikan kita pe...