C | Cuddle

By oddishh

2.3M 180K 25.6K

πŸ’ the everyday life of aku dan suami aku yang introvert. note: cerita ini sequel 'flirt', tapi boleh baca se... More

1 - prolog
2 - lelaki introvert x perempuan gatal
3 - kucing
4 - tali leher
5 - home
6 - outstation
7 - baby
8 - grocery talk
9 - hehe
10 - game
11 - password
12 - majalah sekolah
13 - demam (amirah)
14 - delete
15 - game over
16 - cemburu
17 - positions
18 - moody
19 - suspicion
20 - username
21 - raya edition
22 - kawan sekerja
23 - curang part i
24 - curang part ii
25 - babysit
26 - rahsia
27 - kepala dan ekor
28 - chemistry
29 - stargazing
30 - suami isteri
31 - jauh
32 - mimpi
33 - cosplay
35 - birthday
36 - scrabble
37 - hujan
38 - teman
39 - anak
40 - kebahagiaan
41 - berita gembira
42 - panas
43 - hobi orang lelaki
44 - conflict part i
45 - conflict part ii
46 - overprotective
47 - merah
48 - ishraq part i
49 - ishraq part ii
50 - kolej
51 - jantina
52 - fitting room
53 - google form
54 - joging
55 - rinie
56 - ramadhan edition
57 - cuddle
58 - nama
59 - anugerah terindah
60 - fitri zennirah
61 - avocado & strawberry
62 - irsyad & girlfriend
63 - midnight
64 - drive-thru
65 - among us
66 - universe
67 - bisu
68 - demam (fahri)
69 - bercuti
70 - asmara
71 - kampus
72 - baby sayang
73 - pillow talk
74 - panggilan
75 - rambut part i
76 - rambut part ii
77 - new year edition
78 - reunion
79 - lost contact
80 - surat cinta
81 - kejutan
82 - terpisah
83 - rindu
84 - love language
85 - pahit manis
86 - healing
87 - rezeki
88 - exchange diary
89 - time skip
90 - epilog
thanks
drafts
pov

34 - ps5

23.6K 1.8K 202
By oddishh

Fahri melihat bungkusan di tangannya itu. Sekarang waktu lunch hour tetapi dia sanggup balik ke rumah berbanding makan semata-mata kerana bungkusan ini.

Fahri menelan air liur. Dia menyorokkan bungkusan itu di atas almari. Dalam hatinya berdoa, semoga dia tak terkantoi dengan isterinya.

"Honey, what's this?" Amirah memegang bungkusan itu sambil mukanya berkerut memandang Fahri.

Nampaknya nasib Fahri sangat malang. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Tapi, mungkin Fahri tak cukup pandai sorokkan barang sebab tu dia jatuh awal-awal.

Fahri menjawab, "PS5..."

"Huh?"

"Itu PS5."

"Saya reti baca, Ri. Tapi kenapa benda ni ada kat rumah kita?"

"..." Fahri tak tahu nak cakap apa.

"Fahri." Amirah berkata dengan tegas.

"Saya pre-order... Saya lupa nak bincang dengan awak lepas tu. Tup tup dah sampai." Fahri mula meluahkan rahsianya.

"Bukan ke benda ni ada kat rumah mak ayah saya?"

"Takkanlah saya nak ke rumah mak ayah awak semata-mata untuk main game? Lagipun, kat rumah mak ayah awak tu PS4..."

"Ada beza ke?"

Fahri mengangguk.

Amirah mengeluh, "Berapa harga benda ni?"

"Rahsia." Berani mati Fahri ni pergi jawab camtu.

"Excuse me?"

"Ini guna duit saya, kan?"

"...Are you serious?"

"Huh?"

"Tak cukup ke PC tu untuk awak?"

"...Amirah, saya nak ambik kotak ni boleh?" Fahri dengan perlahan mengambil kotak PS5 dari tangan Amirah. Dia bukan sengaja tukar topik tapi takut dibalingnya kotak itu kalau Fahri buat Amirah rasa nak mengamuk.

"Dahlah tu, saya malas nak gaduh dengan awak. Awak buatlah apa yang awak nak. Buat macam awak tinggal sorang-sorang dalam rumah ni." Amirah memberi kotak itu kepada Fahri lalu berjalan ke arah bilik tidur.

Fahri mengeluarkan keluhan. Dia berjalan untuk mencapai kunci kereta lalu berkata kepada Amirah, "Nak keluar sekejap."

"Keluarlah. Tak kisah pun."

Dan dia keluar.

"Wow, kau ni boleh tahan bengap jugak eh?" Irsyad tergelak mendengar luahan hati seorang sahabat.

Fahri mengangguk, kepala dia direhatkan di atas tangan yang terletak di atas meja restoran mamak tu.

"Kau betul-betul lupa nak bagitahu dia ke?" Irsyad tanya.

Fahri mengangguk.

"Asal bini kau emo sangat? Datang bulan ke?"

Fahri terdiam sebentar, "Hari ni berapa hari bulan?"

"20."

"Oh, haah. Mungkin dia datang bulan." Fahri berkata lagi. Dia dah ingat jadual period bini dia.

"Pastu kau tinggalkan dia sorang-sorang kat rumah. Kau nak mati ke?" Irsyad berkata dengan sarkastik.

Fahri menggeleng, "Aku takut nak cakap dengan dia. Pastu awkward..."

"Laa, kau ni jenis takut bini ke?"

"Diam ah. Kau kahwin nanti kau pun akan takut jugak."

"Hahaha, gelpren aku sekarang sweet je orangnya. Takkanlah aku nak takut."

"Semua perempuan akan berubah lepas kahwin, percayalah. Lagi satu, bila kau nak kahwin?"

"Aku pun macam kau, Aidan. Tunggu makwe habis belajar, baru aku jumpa mak ayah dia."

"Berapa umur dia?"

"23."

"Wow, sama macam umur Amalia, adik aku."

Selepas itu Irsyad tersedak.

Fahri mengerutkan muka, "Bakpe mu ni?"

"Heheh, takde apa. Er, kembali kepada masalah kau. Kau balik rumah nanti, kau mintak maaf dekat dia."

"Hm."

"Pastu kau kabo yang kau akan cuba untuk limitkan masa kau dengan game. Dan balancekan masa kau untuk dia."

"Hm." Fahri mengangguk.

"Pastu kau jangan lupa bungkus roti naan cheese untuk dia. Aku dengar perempuan waktu period ni pelahap semuanya."

Fahri tergelak, "Betullah tu."

"Kau sayang Amirah, kan?"

"Sayang gila weh."

"OK, pastikan kau buat semua benda yang aku suruh kau buat tadi."

Amirah kelihatan sedang baring mengiring di atas katil. Fahri memanggilnya lembut, "Amirah..."

Tiada jawapan. Jam baru pukul 10 malam tetapi Amirah dah tidur. Nampaknya esoklah baru masalah akan selesai.

Fahri memandang kotak PS5 yang terletak kemas di penjuru bilik.

Patutnya dia berasa excited nak unbox benda tu. Tapi bila benda tu dah campur hal rumah tangga dia, Fahri langsung tak happy dengan apa yang dibelinya itu walaupun menggunakan duit sendiri.

"Ah..." Tiba-tiba Amirah berbunyi seperti sedang dalam kesakitan.

"Kenapa, sayang?" Fahri bertanya.

"Ri, ambikkan panadol." Amirah memesan.

Fahri mengangguk lalu dengan pantas dia ke dapur untuk mengambil painkiller buat isteri. Namun dalam peti ada dua jenis panadol, satu warna putih, satu lagi warna pink.

Fahri malas nak pikir lama-lama, dia mengambil kedua-duanya dan segelas air lalu pecut semula ke dalam bilik.

Setelah Amirah menelan sebiji pil panadol (yang warna pink) dan menghirup air, dia kembali cuba untuk tidur tetapi dalam posisi yang amat pelik. Bayangkan korang duduk bersimpuh, dan kepala korang direhatkan di lutut. Lebih kurang camtulah.

"...Amirah." Fahri cuba bercakap dengan isterinya lagi.

"Hmm?"

"Em, awak OK tak ni?"

"Tak."

Fahri mula overthink. Tak OK sebab dia ke?

"S-Saya sorry..." Fahri meminta maaf.

"Ha?"

"Sebab... Lupa nak bincang dengan awak."

Lantas itu Amirah tergelak lemah. Fahri hairan dengan reaksi Amirah tu.

"Kalau awak terlupa, tak apa. Saya pun sorry sebab marah awak tadi. Hormon tak menentu." Amirah menyentuh tangan Fahri.

Fahri menggenggam tangan Amirah, "Awak senggugut ke?"

Amirah mengangguk, "Tapi dah OK lepas makan panadol tadi."

Fahri kemudian membawa Amirah ke atas pangkuannya lalu memeluk si isteri. Dia teringat pesanan Irsyad waktu lepak tadi lalu berkata, "Awak risau ke saya akan lebihkan masa kat game berbanding awak?"

Amirah tergelak, "Haah. Mengada, kan?"

Fahri menggeleng, "Saya janji saya akan hadkan masa saya dengan game, dan balancekan masa saya untuk awak."

Amirah tersenyum, "Thank you, Fahri."

"Em, saya ada belikan naan cheese untuk awak. Awak nak makan sekarang ke?"

Amirah mengangguk kemudian mereka pergi ke meja makan untuk menikmati makanan yang ditapau dari restoran mamak tadi.

"Awak pergilah unbox PS5 awak tu." Amirah berkata.

Riak wajah Fahri bertukar gembira. Dia kemudian membawa kotak PS5 itu ke TV di ruang tamu dan mula memasang. Amirah perhati saja laki dia berkelakuan macam remaja excited.

Selepas beberapa minit, Fahri habis pasang (siap testing main game bola) dan Amirah juga dah habis makan.

"Jom main dengan saya." Fahri mengajak. Mukanya berseri-seri.

Ya, baru sahaja beberapa jam yang lepas mereka bergaduh. Akhirnya terduduk juga dua makhluk tu di atas sofa empuk, masing-masing memegang konsol PS5, si suami sedang mengajar si isteri main game bola. Cara nak shoot bola, tukar pemain, bla bla bla.

"Dah ready?" Fahri bertanya selepas hampir setengah jam dia ajar Amirah benda basic. Amirah pun tak sangka dia akan terjebak dalam benda ni.

"Ready untuk apa?"

"Match dengan saya."

"Ouh, ready. Sejak lahir lagi saya dah ready." Amirah berkata dengan yakin.

Fahri menyandarkan badannya di sofa yang sedang mereka duduki. Ceh, konon pro lah tu.

Kemudian game pun bermula.

Mungkin semua orang dah tahu siapa kalah dan siapa menang.

"Ah! Saya tak suka game ni!" Amirah merungut.

Fahri tergelak, "Dah tu awak suka game apa?"

"Game macam The Sims."

"Tak habis-habis awak ni dengan The Sims. Nantilah saya belikan game lawan-lawan untuk awak."

"Berapa ringgit satu game?"

Fahri mengangkat dua jari.

"20 ringgit?" Amirah bertanya.

Fahri menggeleng.

Amirah membesarkan mata, "200?!"

Fahri mengangguk. Jawapan tu membuatkan Amirah terlopong.

"Astaghfirullah mahalnya."

"Jangan risau."

Amirah menjeling Fahri di sisi, "Mentang-mentang banyak duit."

"Ish, awak jangan risau. Saya dah fikir masak-masak pasal ni dan saya tak kacau pun savings saya. Anggaplah ini self-reward saya."

Kemain self-reward dia. Perempuan pun tak sampai ke tahap tu.

"Apa-apa jelah. Dah tu awak nak main game bola dengan siapa?"

Fahri menjawab, "Adib dan Aniq."

Amirah tersengih, "Heh, adakah itu maksudnya kita akan ada tetamu hujung minggu ni?"

Fahri tersenyum lalu mengangguk.

⚽️

harap maklum, ps5 tak launch lagi ya. chapter ni datang dari future heheh

thank u for reading <3

Continue Reading

You'll Also Like

306K 22.2K 78
❌DILARANG UNTUK DITIRU SAMA SEKALI ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA -TOP 1 KING OF THE BEST TEEN FICTION OF NOVELIS AWARD "Kauorang nak tau ta...
1.2M 67K 58
Senyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata d...
106K 4.5K 30
πŸ₯€π’΅π“Žπ’Άπ“ƒ ℛ𝒢𝒻𝒢ℯ𝓁 x π’œπ“π“Žπ’Ά π’¬π’Άπ’Ύπ“ˆπ’Άπ“‡π’ΆπŸ₯€ _ℛℯ𝓁𝒢 π’¦π“Š π’Ÿβ„―π“‡π’Ύπ“‰π’Ά π’Ÿβ„―π“‚π’Ύ ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒢𝓉 β„³π“Š β„¬π’Άπ’½π’Άβ„Šπ’Ύπ’Ά_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...